BAB 30
Badan Ija yang penat
masih belum dilegakan lagi. Penat dan letih oleh peristiwa tadi. Peristiwa
ditolak dan dihalau oleh suaminya sendiri. Kini , bebola mata yang mengantuk
terasa berbalam-balam. Malas rasanya mahu berbual dengan Nani. Nani adalah pekerja kepada Papa Zul Hakimi,
tapi Ija sendiri tidak mengetahui bahawa dia mengetahui atau tidak yang Zul
Hakimi dengannya sudah bernikah.
‘ Iah, nikah apanya.. dia pun dah nak
lepaskan kau sekarang ni .. Jangan berangat sangat Zul Hakimi tu suami kaulah...’
Desis hati Ija.
Semenjak di dalam kereta, bibir Ija
terasa berat untuk mengukir senyum malah untuk berbual dengan Ika pun terasa
berat. Jika tersenyum, semua itu hanyalah senyuman yang dipaksa untuk menjaga
hati papa dan Ika. Entah mengapa, bibir yang sering tersenyum kini bagaikan digam
dengan pelekat. Payah untuk ditarik untuk membentuk sebentuk senyuman. Jika
ditarik terasa perit sangat. Inikan
pula, Nani mengajaknya berbual- bual. Lagilah dia berasa sedikit payah.
Entah berapa lama dia mengalamun. Entah , Ija sendiri tidak mengetahui sudah
berapa lama dia sudah berada didalam bilik tersebut dan mula berbaring serta
matanya memandang arah pergerakan kipas yang berputar. Tadi bukan main matanya
terasa berbalam –balam , kini sebaliknya pula. Mata Ija terasa segar tiba-
tiba. Dia sedikit hairan dengan dirinya malam ini. Selalunya,bila badannya
menjengah katil sahaja dia pastinya akan terus terlena, walaupun ditempat baru.
Ija memandang sekeliling dari putaran kipas hingga ke keadaan sekeliling bilik
itu. Bilik ynag agak suram dan samar- samar cahayanya.
Seketika kemudian, Ija mula memusingkan
badannya kiri, kemudian ke arah kanan pula. Namun, tiada satu keadaanpun yang
mampu meredakan otaknya yang entah apa yang difikirkan. Pastinya Ija sedang
gelisah!. Seketika kemudian, Ija mula memandang kembali kipas yang berputar di
celah- celah kesamaran cahaya lampu tersebut. Ija mula bingkas bangun. Duduk di
katil dengan perasaan bercelaru saat teringatkan senyuman Zul Hakimi. Dia cuba
membayangkan layanan serta senyuaman manis yang dilemparkan oleh Zul Hakimi
kepadanya. Senyuman yang manis yang dilemparkan disaat dirumahnya, di rumah
ibubapanya malah semuanya senyumannya bukan segala sifat buruknya yang
diingati!..
‘ Arghh… Ganggu betul mamat ni’ Ija mula
mencari jam tangannya yang diletakkan dibawah bantal.
Jam berbentuk bulat itu dilihat
disebalik kesamaran lampu. Jam baru sahaja menunjukkan jam 2.05 pagi. Sudah
lampir dua jam dia ‘memberangankan’ Zul Hakimi. Lantas di mengesot sedikit dari
katil , Ija mahu turun dari katil. Untuk seketikannya dia duduk di birai katil.
Walaupun dia sudah duduk di birai katil, namun wajah Zul Hakimi seakan- akan
menari- nari diruang matannya. Kemudian, Ija mula mengambil kedua telapak
tangannya dan sesaat itu dia meraup wajahnya.
‘ Lupakan Ija !!’ Ija mula menampar
lembut pipinya. Dia cuba untuk menyedarkan lamunannya yang di rasakan sudah
cukup lama.
Namun, bayangan Zul Hakimi menujah lagi
benak fikirannya. Fikiran Ija mula memikirkan perbuatan ‘jahatnya’ pula.
Manalah tahu dengan cara tersebut boleh menghilangkan khayalan yang menganggu
kelopak matannya malahan tidur malamnya juga terjejas. Dari tidur 6 jam yang
diperuntukkan kini sudah kurang dua jam. Rugi- rugi.
Ija mula mengigatkan kembali ayat- ayat
‘manis’ yang pernah di ‘ hadiahkan’ oleh Zul Hakimi kepadanya. Mungkin
dengan cara itu, benak fikirannya tidak
lagi memikirkan suaminya itu. Lagipun, dia juga bakal bernikah dengan seorang
wanita yang disayangi oleh mamanya. Tambahan pula, Zul Hakimi juga
mencintainya. Masakan mungkin Ija kau boleh menjadi ratu dalam hatinya, mungkin
kau menjadi kutu hatinya sahaja. Berangan sahajalah kau Ija. Berangan tak
sudahlah kau tu..
Ija yang masih duduk dibirai katil menerungi
lantai yang berwarna krim lembut. Ija mula mengigati kata- kata manis Zul
Hakimi kembali.
“
Ingat !! Bila nak je, aku datang cari kau. Kau tak payah, mengatal dengan aku!.
Seba, aku bayar kau!.Aku bayar, setiap
apa kau buat dekat aku. Tapi…aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan
berketurunan jahat macam kau ni!!”
‘Tidak
akan jatuh cinta dengan perempuan yang berketurunan jahat!!’ Ija menjerit kuat
dalam hatinya.
Jatuh cinta????
Inikan dinamakan cinta. Adakah ini
cinta?. Mengapa selama bertahun –tahun bersama Zarul dulu dia langsung tidak
ada perasaan sedemikian rupa?. Semasa bersama bekas tunangnya dahulu, langsung
tidak pernah Ija tidak lelap tidur malamnya.. Cinta??
Tak mungkin aku akan jatuh cinta dengan
Zul Hakimi… Macam mana aku boleh jatuh hati padanya? Sedangkan dia cukup- cukup
membenciku.. Sedangkan cinta buatku tidak ada langsung di banak fikiran Zul
Hakimi. Cinta???
Tidak mungkin Zul Hakimi mencintainya…
Tidak mungkin juga Zul Hakimi akan jatuh hati padaku..
“
Lain kali jangan nak mengatal dengan aku!. Ingat kau tu layak ke untuk aku!.
Bukan je tak layak. Semua la..Cuba cermin muka tu sikit..Ingat kau tu perempuan
kotor. Kotor!!. Tak hingin ,aku dengan kau.keturunan pun bukan baik sangat.
Jijik ! .Bila aku nak je kalau boleh dekat dengan aku.faham. F.a.h.a.m!!!”
‘Jijik!!!!!’ Itulah perkataan yang
selalu diungkap oleh Zul Hakimi kepadanya..
Dia jijik dengan kau Ija. Jadi buat apa
nak jatuh cinta dengan lelaki jijik dengan kau.. Buang masa sahaja, buang
tenaga, dan buang segalanya keringat. Namun, segala ingatan Ija mula mati
apabila teringatkan kembali saat – saat ‘manis’ antara Zul Hakimi dengannya.
Bibir Ija mula melukiskan senyuman.
Ija yang sedari tadi duduk di birai
katil sudah mengesot menghampiri bantal empuk yang bersarung merah jambu. Terus
sahaja Ija menyembabkan kepalanya kearah bantal tersebut. Kemudian matanya
ligat kembali melihat putaran kipas siling yang seirama seperti tadi. Walaupun
matanya tepat memandang kearah putaran kipas tersebut , namun fikirannya masih
mengigati setiap senyuman dan kenangan terindahnya dengan Zul Hakimi.
Bak baik lagu nyanyian Najwa Latif dan
Sleeq,
‘Senyumanmu
menawan, kau buatku tertawan..”
Senyuman Zul Hakimi cukup menawan,
kerana itu aku tertawan denganmu Zul Hakimi. Arghh.. benarkan aku benar – benar
tertawan. Kenangan yang terindah, namun hanya sedetik cuma. Ija terlena. Dia
terlena dengan senyuman Zul Hakimi menari persis tarian didalam sehati
berdansa.
p/s: selamat berpuasa semua~