Monday, July 15, 2013

novel(30): kau jodohku tapi aku cinta kau!!!

Views
BAB 30



Badan Ija yang penat masih belum dilegakan lagi. Penat dan letih oleh peristiwa tadi. Peristiwa ditolak dan dihalau oleh suaminya sendiri. Kini , bebola mata yang mengantuk terasa berbalam-balam. Malas rasanya mahu berbual dengan Nani.  Nani adalah pekerja kepada Papa Zul Hakimi, tapi Ija sendiri tidak mengetahui bahawa dia mengetahui atau tidak yang Zul Hakimi dengannya sudah bernikah.
‘ Iah, nikah apanya.. dia pun dah nak lepaskan kau sekarang ni .. Jangan berangat sangat Zul Hakimi tu suami kaulah...’ Desis hati Ija.

Semenjak di dalam kereta, bibir Ija terasa berat untuk mengukir senyum malah untuk berbual dengan Ika pun terasa berat. Jika tersenyum, semua itu hanyalah senyuman yang dipaksa untuk menjaga hati papa dan Ika. Entah mengapa, bibir yang sering tersenyum kini bagaikan digam dengan pelekat. Payah untuk ditarik untuk membentuk sebentuk senyuman. Jika ditarik terasa perit sangat.  Inikan pula, Nani mengajaknya berbual- bual. Lagilah dia berasa sedikit payah.

Entah berapa lama dia mengalamun.  Entah , Ija sendiri tidak mengetahui sudah berapa lama dia sudah berada didalam bilik tersebut dan mula berbaring serta matanya memandang arah pergerakan kipas yang berputar. Tadi bukan main matanya terasa berbalam –balam , kini sebaliknya pula. Mata Ija terasa segar tiba- tiba. Dia sedikit hairan dengan dirinya malam ini. Selalunya,bila badannya menjengah katil sahaja dia pastinya akan terus terlena, walaupun ditempat baru. Ija memandang sekeliling dari putaran kipas hingga ke keadaan sekeliling bilik itu. Bilik ynag agak suram dan samar- samar cahayanya.

Seketika kemudian, Ija mula memusingkan badannya kiri, kemudian ke arah kanan pula. Namun, tiada satu keadaanpun yang mampu meredakan otaknya yang entah apa yang difikirkan. Pastinya Ija sedang gelisah!. Seketika kemudian, Ija mula memandang kembali kipas yang berputar di celah- celah kesamaran cahaya lampu tersebut. Ija mula bingkas bangun. Duduk di katil dengan perasaan bercelaru saat teringatkan senyuman Zul Hakimi. Dia cuba membayangkan layanan serta senyuaman manis yang dilemparkan oleh Zul Hakimi kepadanya. Senyuman yang manis yang dilemparkan disaat dirumahnya, di rumah ibubapanya malah semuanya senyumannya bukan segala sifat buruknya yang diingati!..

‘ Arghh… Ganggu betul mamat ni’ Ija mula mencari jam tangannya yang diletakkan dibawah bantal.
Jam berbentuk bulat itu dilihat disebalik kesamaran lampu. Jam baru sahaja menunjukkan jam 2.05 pagi. Sudah lampir dua jam dia ‘memberangankan’ Zul Hakimi. Lantas di mengesot sedikit dari katil , Ija mahu turun dari katil. Untuk seketikannya dia duduk di birai katil. Walaupun dia sudah duduk di birai katil, namun wajah Zul Hakimi seakan- akan menari- nari diruang matannya. Kemudian, Ija mula mengambil kedua telapak tangannya dan sesaat itu dia meraup wajahnya.

‘ Lupakan Ija !!’ Ija mula menampar lembut pipinya. Dia cuba untuk menyedarkan lamunannya yang di rasakan sudah cukup lama.

Namun, bayangan Zul Hakimi menujah lagi benak fikirannya. Fikiran Ija mula memikirkan perbuatan ‘jahatnya’ pula. Manalah tahu dengan cara tersebut boleh menghilangkan khayalan yang menganggu kelopak matannya malahan tidur malamnya juga terjejas. Dari tidur 6 jam yang diperuntukkan kini sudah kurang dua jam. Rugi- rugi.

Ija mula mengigatkan kembali ayat- ayat ‘manis’ yang pernah di ‘ hadiahkan’ oleh Zul Hakimi kepadanya. Mungkin dengan  cara itu, benak fikirannya tidak lagi memikirkan suaminya itu. Lagipun, dia juga bakal bernikah dengan seorang wanita yang disayangi oleh mamanya. Tambahan pula, Zul Hakimi juga mencintainya. Masakan mungkin Ija kau boleh menjadi ratu dalam hatinya, mungkin kau menjadi kutu hatinya sahaja. Berangan sahajalah kau Ija. Berangan tak sudahlah kau tu..

Ija yang masih duduk dibirai katil menerungi lantai yang berwarna krim lembut. Ija mula mengigati kata- kata manis Zul Hakimi kembali.

“ Ingat !! Bila nak je, aku datang cari kau. Kau tak payah, mengatal dengan aku!. Seba,  aku bayar kau!.Aku bayar, setiap apa kau buat dekat aku. Tapi…aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan berketurunan jahat macam kau ni!!”

 ‘Tidak akan jatuh cinta dengan perempuan yang berketurunan jahat!!’ Ija menjerit kuat dalam hatinya.
Jatuh cinta????

Inikan dinamakan cinta. Adakah ini cinta?. Mengapa selama bertahun –tahun bersama Zarul dulu dia langsung tidak ada perasaan sedemikian rupa?. Semasa bersama bekas tunangnya dahulu, langsung tidak pernah Ija tidak lelap tidur malamnya.. Cinta??

Tak mungkin aku akan jatuh cinta dengan Zul Hakimi… Macam mana aku boleh jatuh hati padanya? Sedangkan dia cukup- cukup membenciku.. Sedangkan cinta buatku tidak ada langsung di banak fikiran Zul Hakimi. Cinta???

Tidak mungkin Zul Hakimi mencintainya… Tidak mungkin juga Zul Hakimi akan jatuh hati padaku..
“ Lain kali jangan nak mengatal dengan aku!. Ingat kau tu layak ke untuk aku!. Bukan je tak layak. Semua la..Cuba cermin muka tu sikit..Ingat kau tu perempuan kotor. Kotor!!. Tak hingin ,aku dengan kau.keturunan pun bukan baik sangat. Jijik ! .Bila aku nak je kalau boleh dekat dengan aku.faham. F.a.h.a.m!!!”

‘Jijik!!!!!’ Itulah perkataan yang selalu diungkap oleh Zul Hakimi kepadanya..

Dia jijik dengan kau Ija. Jadi buat apa nak jatuh cinta dengan lelaki jijik dengan kau.. Buang masa sahaja, buang tenaga, dan buang segalanya keringat. Namun, segala ingatan Ija mula mati apabila teringatkan kembali saat – saat ‘manis’ antara Zul Hakimi dengannya. Bibir Ija  mula melukiskan senyuman.

Ija yang sedari tadi duduk di birai katil sudah mengesot menghampiri bantal empuk yang bersarung merah jambu. Terus sahaja Ija menyembabkan kepalanya kearah bantal tersebut. Kemudian matanya ligat kembali melihat putaran kipas siling yang seirama seperti tadi. Walaupun matanya tepat memandang kearah putaran kipas tersebut , namun fikirannya masih mengigati setiap senyuman dan kenangan terindahnya dengan Zul Hakimi.

Bak baik lagu nyanyian Najwa Latif dan Sleeq,

‘Senyumanmu menawan, kau buatku tertawan..”


Senyuman Zul Hakimi cukup menawan, kerana itu aku tertawan denganmu Zul Hakimi. Arghh.. benarkan aku benar – benar tertawan. Kenangan yang terindah, namun hanya sedetik cuma. Ija terlena. Dia terlena dengan senyuman Zul Hakimi menari persis tarian didalam sehati berdansa. 

p/s: selamat berpuasa semua~

Saturday, May 18, 2013

novel(29): kau jodohku, tapi aku cinta kau!!!

Views

BAB 29
KAU JODOHKU, TAPI AKU CINTA KAU!!!




BAB 29

Sunyi seketika saat ini. Keadaan diantara Ija dan Zul Hakimi seakan- akan masa terhenti. Seakan –akan antara mereka hanya ada mereka sahaja di rumah itu. Sungguh tiada sebarang pergerakan dan hanya ada pergerkan dalam jantung mereka sahaja. Anak mata mereka masih saling bertentangan. Saling berpandangan antara satu sama lain. lidah pula kelu untuk berbicara. Tiada suara –suara yang kedengaran.  Kini, Ija hanya mendengar degupan jantungnya yang sudah tidak senada iramanya.  Lama mereka berkeadaan sedemikian. Jantungnya bagaikan sudah tidak lagi berada ditempat yang sepatutnya.

Bunyi deringan handphone milik Zul Hakimi melalak kuat. Lagu nyanyian Adele , Set Fire To The Rain semakin kuat vokalnya.  Itu menandakan pendail number telefon tersebut mahu diangkat segera. Lantas wajah Zul Hakimi menunduk dan tangannya menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan handphone yang sedari tadi nada deringnya tidak berhenti.  Setelah menekan butang yang berwarna hijau, kotak suara Zul Hakimi mula mengeluarkan suara garaunya.

Kini, Ija sudah mahu melangkah meninggalkan Zul Hakimi. Ija mahu ke bilik Ika sebenarnya. Ini kerana, Ija tahu satu- satunya bilik yang selamat untuknya untuk melindungi dirinya adalah di bilik adik kepada Zul Hakimi ini. Hanya adiknya kini, boleh melindungi diri, Yelah tak mungkinlah dia boleh pergi ke bilik papa Zul Hakimi. Itu dinamakan sengaja mencari nahas namanya!.

Belumpun sempat Ija melangkah setapak. Tangan Zul Hakimi pantas mencengkam.

“ Lepaslah..” Ija mula bersuara.

 Zul Hakimi mula menguatkan cengkaman tangannya. Kemudian matanya membulat memandang tepat kearah wajah bersih Ija. Kemudian Zul Hakimi meletakkan telefon tersebut diantara telinganya dan bahunya dan menutup sebahagian daripada permukaan telefon tersebut.

“ Diam!”

Kemudian telefon tersebut diletakkan kembali kearah telinganya. Lantas, dia menyambung kembali perbualan telefonnya dengan pemanggil yang tidak diketahui siapa.

“ Ok, Sayang..Bye. Sweet dream.” Nada suara Zul Hakimi selembut kapas lagaknya.

Setelah perbulan diantara Zul Hakimi dan entah siapa pemanggilnya. Namun Ija pasti pemanggil itu sudah pastinya Zura.   Ija yakin benar dengan pendapatnya satu itu. Teramat yakin. Ija begitu yakin bahawa pemanggil itu adalah Zura, ini adalah kerana hanya dengan wanita itu , sahaja Zul Hakimi akan berkelakuan sedemikian rupa kecuali aku..Desis ija dalam hatinya.

“Ehh, tadi masa dekat hospital bukan ke?, aku dah pesan dekat kau!.. Kau kene berambus dari sini, sebelum aku balik rumah ni. Tapi, tengok… Kau masih terpacak dekat sini.”

Zul Hakimi berhenti sebentar daripada bersuara. Kemudian dia menyambung kembali percakapannya.

“ Kenapa kau ni, suka sangat membangkitkan kemarahan aku?. Suka sangat tengok aku marah- marah kau agaknya.. Kau ni saja menaikkan  darah aku agaknya?. Kau nak bagi aku masuk hospital agaknya?. Maklumlah kau memang hebat dalam bab- bab menyusahkan orang ni. Pakar!!!. ” Zul Hakimi mula mengamuk.

“ Tak.. kejap lagi saya keluar dari rumah ni, saya tengah tunggu Tan Sri bersiap..”

Zul Hakimi memejam rapat matanya. Bulu mata panjangnya jelas kelihatan dimata Ija. Cantik.

“  Kau kene berambus dari sini, kenapa mesti tunggu papa akunya?. kenapa kau nak jadi perempuan simpanan ayah aku ke?.” Ayat yang keluar dari bibir nipis Zul Hakimi pedas kedengaran gegendang telinga Ija.


“ Saya bukan perempuan murahan!.” Tegas nada suara Ija.

Apa dia ingat aku semurah itu. Apa dia ingat semua wanita sedemikan rupa agaknya. kalau dia tahu mengapa wanita –wanita diluar sana menjadi pelacur pastinya ayat –ayat sedemikian tidak akan meniti dibibir Zul Hakimi. Bentak Ija dalam hatinya.

Zul Hakimi mula mendengus dan kehangatan hembusan nafasnya lembut menampar wajah Ija.

“ Kalau kau nak jadi perempuan simpananlah kan . Pleaselah pilih lelaki lain. Jangan nak ganggu keluarga aku lagi , dari abang hingga ke adik.. Perangai korang berdua sebijik!. Sama sahaja, bukan menyenangkan malah menyusahkan orang sahaja. ”

Zul Hakimi meneguk liurnya dan menyambung ayatnya kembali.

“ Kalau kau tak cukup duit nak hidup, ini cek ini ambik. “

Sehelai kertas putih melayang tepat kewajah Ija. Ija hanya membiarkan kertas tersebut beralun dan jatuh gugur ke lantai seakan –akan pergerakan sehelai daun gugur dari dahannya.

“ Cek tu, untuk bayaran atas ‘lakonan’ hebat kau!...Tanpa pengarah pun, kau memang pandai berlakon.. Hmm.. aku rasa cukuplah kot, untuk kau hidup lepas kau tinggalkan rumah ni. Tapi.. kalau tak cukup kau boleh la buat  kerja kotor kau tu..”

“ Saya bukan perempuan macam tu!.”

“ Sekarang kau tak nak mengaku kau perempuan macam tu?. Nak tunjuk alim sangat. Blahlah kau ni.. Macam baik sangat!. Kalau kau ni baiklahkan, takkanlah tunang kau dulu tu,boleh tinggalkan kau . Pelikkan!”:.

“ Itu cerita lama, rasanya tak perlu dibangkitkan lagi.”

“ Cerita lama.. Huh!.. Bukan boleh percaya sangat. Sebab kau kena tinggal tu pastinya sebab kau perempuan kotor. Perempuan jijik!.”

Ija mula memejam matanya seerat yang mungkin. Dan air hangat sudah mula menitis mengalir turun melalui pipi yang sudah berubah warnanya.

“ Saya bukan perempuan sedemikian rupa. Saya bukan perempuan murah, saya bukan perempuan kotar, saya jugak bukannya perempuan jijik. Itu semua bukan saya!!!.” Jerit Ija sepenuh hatinya.

Dada Ija sudah turun naik. Wajahnya sudah berubah 100 %. Zul Hakimi sudah mula berubah air mukanya. Mungkin juga tidak pernah melihat Ija sedemikan rupa.

“ Ehh, kau tak payahlah nak tarik vocal kau macam Ning Baizura!. Aku bukan nak kau melatih vocal dekat sini. Aku bukan cikgu vocal pun lagipun  aku tak pernah bukak kelas nyanyian lagi!”

Suara Zul Hakimi  sedikit kendur dari sebelumnya. Zul Hakimi mula bersuara kembali setelah Ija hanya diam sahaja.

“ Eh, tak payah terjerit – jeritlah. Aku belum pekak lagi rasanya. Sekarang ni, kau pandai melawan aku ye..  Belum apa – apa lagi kau dah tunjukkan belang kau!!.”

Ija menoleh sedikit wajahnya kearah Zul Hakimi dan mula mengerakkan lidah dan bibirnya untuk bercakap kemudiannya.

“ Apa dia, yang encik nak sebenarnya ?. Tak cukup lagi penghinaan tu?. Tak cukup?. Dah la encik.  Buat apalahkan encik nak simpan perempuan kotor macam saya. Sekarang pun encik boleh lepaskan sayakan. Betul tak?”

Anak mata Ija sudah tepat memandang wajah Zul Hakimi. Ija menantikan jawapan daripada Zul Hakimi sahaja kini. Ayat yang keluar dari bibirnya teramat berat, teramat sakit untuk keluar. Namun, buat apa mahu menyambung simpulan ‘ikatan’  ini walaupun tahu tali yang diikat itu sudah reput dan uzur. Tali ini juga hanya menanti masa untuk terlerai sahaja. 

Zul Hakimi mula mengenggam erat kelima-lima jarinya dan melangkah setapak demi setapak menghampiri Ija. Ija mula mengundur setapak kebelakang sehingga tiada ruang lagi untuknya mengundur.

“ Aku…”

“ Aku…”

Ija mula memejamkan matanya. Dia sedar sebaris kata yang bakal keluar dari mulut Zul Hakimi  akan menjadi penamat ‘lakonan’ ini.

“ Aku.. Tak akan lepaskan kau! , Walaupun kau tak lagi, tinggal sebumbung dengan aku.. Tapi, aku akan buat kau jadikan kau gantung tak bertali. Biar padan dengan muka kau!!” Zul Hakimi mula meludah tepat ke muka Ija.

Air mata Ija tidak ubah seperti air terjun yang mengalir tanpa henti sedari tadi.

“ Kenapa?. Kalau encik tahu kebenarannya, pasti encik akan lepaskan saya kan..”

Zul Hakimi mula mendekatkan mukanya kearah telinga Ija dan berbisik.

“ Kebenaran?!!.”

“ Kebenaranya Ija oii… family aku, tak bersalah.. Abang kau tu, yang buat adik aku macam mayat hidup dulu. Itu kebenarannya!!”

Telapak jari Zul Hakimi mula menampar dinding dapur kering rumahnya. Marah!. Dia mula meraih kedua- dua bahu Ija dan menyandarkan badan Ija tepat ke dinding tersebut. Lantas, tudung yang sudah senget itu direntap kasar. Habis tercabut dan Zul Hakimi mula menarik rambut ikal Ija dan menariknya.

Ija mula memegang rambutnya yang sakit di tarik oleh Zul Hakimi.

“ Bukan itu.. Family saya tak bersalah pun..abang saya…”

Belum habis pun ayat yang mahu dituturkan Ija , Zul Hakimi sudah memintasnya.

“ Kiranya, kau nak cakap abang kau tu baiklah?. Macam tu?. kau mari sini meh aku ajar kau sikit.”

Badan Ija sudah di tarik hingga ke ruang tamu dan Zul Hakimi mula menolak tubuh badan Ija jatuh ke kerusi empuk tersebut.

“ Tak payahlah nak cakap yang  family kau tak bersalah. Dah terang lagi bersuluh Ija oii..”

“ Betul, itu faktanya.”

“ Faktanya sekarang aku nak kau berambus cepat sikit dari sini.”

Kini, Zul Hakimi mula menarik Ija menggunakan rambut Ija Ija mula terduduk dan menjerit kesakitan.

“ Sakit!!”

Ija juga mula jatuh kelantai. Namun, Zul Hakimi langsung tidak mengiraukan rintihan Ija. Malah mula mengheret Ija keluar dari pintu utama rumah ini. Kemudian, beg yang sudah diletakkan di hadapan pintu mula di campak dan beg yang mempunyai roda tersebut terkena tepat peha Ija.

“ Aduh!!” Ija mula mengerang kesakitan. Walaupun dia menjerit meminta tolong pun, hati Zul Hakimi sudah keras seperti batu.

 Zul Hakimi mula mendekati Ija.

“ Sakit?? ,Kau tak payahlah nak berdrama sangat. Ingat ye Ija walau apa pun terjadi kau akan jadi isteri aku. Aku nak biarkan kau jadi perempuan yang  gantung tak bertali.”  Zul Hakimi mula mahu masuk semula kedalam rumah.

Ija mula bangun walau dengan pehanya yang sakit.

“ Encik.. tunggu dulu, saya..”

“ Kau nak apa lagi?..” lantas Zul Hakimi menyambung kembali ayatnya. “ tak cukup lagi ‘ hadiah’ yang aku bagi tadi. Atau kau nak lagi?” soal Zul Hakimi.

“ Bukan.. saya..”

“ Kau tak payah buang masa akulah! Cepatlah !!!.”

“ saya..”
Cincin berwarna silver yang masih tersarung dijari manis Ija perlahan-lahan ditanggalkannya. Dan cincin tersebut di gengam erat oleh Ija. Seerat –eratnya. Ija tidak mahu melepaskan cincin yang sudah setahun lebih dia jarinya. Namun, hari ini adalah hari terakhir cincin tersebut menjadi miliknya dan berada di jari runcingnya.

“ Apa lagi!!!”

“ Saya., nak pulangkan cincin ni.. “ lantas cincin tersebut di hulurkan kearah Zul Hakimi.

“ Kau ambik je lah cincin tu. Aku tak hingin pun!. Lagipun cincin murah aku beli. Cincin tu pun tak membawa apa-apa makna pada aku.  Lagipun, manalah tahukan masa kau terdesak nanti, kau boleh jual cincin tu. Dapat jugak kau duitkan..” Sinis nada suara Zul Hakimi.

“ Saya tak nak simpan cincin ini. Lagipun, cincin tu encik mungkin boleh bagipada bakal isteri baru encik ke?”

“ Woii.. tak faham bahasa ke apa?. Agaknya tak lulus kertas bahasa agaknya kau ni?. Aku akan beli cincin mahal untuk bini baru aku nanti. Tak kan, aku nak bagi wanita yang aku cintai pakai barangan perempuan kotor macam kau. Bekas kau buat apa aku nak berinya!. ”

Ija tetap juga menyerahkan cincin tersebut kepada Zul Hakimi. Ija masih menghulurkannya. Tangannya masih menghulurkannya. Setelah lama menghulurkan cincin tersebut, Zul Hakimi menyambutnya juga walaupun agak lambat. Sangka Ija, dia akan menyimpannya namun terus Zul Hakimi membalingnya kearah taman bunga yang bunga- bunganya tumbuh mekar. Bunyi ‘derdeting’ akibat daripada dentuman dengan pasu bunga agaknya.

“ Kenapa encik buang?.”

“ Suka hati akulah.. Aku ada duit..Lagipun , aku boleh beli berapa sahaja yang aku nak..”

Ija membiarkan lagak  Zul Hakimi tersebut. Biarlah, memang orang tak suka buat apa mahu bertanya.

Ija mula berfikir adakah envelope putih yang diletakkan di meja solek bilik Zul Hakimi itu akan dibacanya atau dikoyak terus tanpa membacanya.  Duit- duit yang dahulu yang diberikan oleh Zul Hakimi diletakkan sekali didalam envelope tersebut. Adakah juga dia akan menerima syarat- syarat yang ditulis olehku ?. Adakah dia bakal membacanya?. Apakah Zul Hakimi akan membenarkan syarat –syarat tersebut . Dan apa pula reaksi Zul Hakimi apabila mengetahui kebenarannya?. Segala persoalan tersebut mula menari- nari di benak fikiran Ija.

Ya- Allah kau bukalah hati Zul Hakimi untuk membaca kertas tersebut. Ya- Allah permudahkanlah segala urusanku. Ya- Allah engkaulah penguasa samaada dilangit atau di bumi dan engkau mengetahui segalanya.

p/s: Moga terhibur. :)

novel(28): kau jodohku, tapi aku cinta kau!!!!

Views


BAB 28
Kau Jodohku, Tapi aku cinta kau!!!



Ija membuka kembali almari bajunya yang sudah kosong. Dia buka dan dilihat kembali, takut- takut ada barang yang tertinggal. Macam mana dia boleh kembali semula, takkanlah Zul Hakimi membenarkan Ija, kembali menjejakkan kaki ke rumah kelurganya ini.

Hmm, mati hidup semula pun belum tentulah Zul Hakimi akan membenarkannya. Tengok sahajalah macam mana dia menghalaunya di hospital tadi.  Sedemikian rupa, mau dia akan melayannya dengan baik- baik, kalau ada pun  mungkin ada agenda tersembunyi. Bak kata orang, ada udang di sebalik batu.

Perlahan – lahan Ija menutup kembali almari baju tersebut. Lantas kaki Ija melangkah kearah almari yang bercermin dan mula membuka laci kecil yang bertombol kecil. Dikeluarkan sebuah album gambar perkahwinannya dengan Zul Hakimi. Ija mula bergerak untuk duduk di hujung katil, sambil tangannya mula perlahan- lahan menyelak sehelai demi sehelai gambar pernikahannya.

 Dari majlis berinai, akad nikah dan sehingga ke persandingan. Setiap moment, setiap saat gambarnya di ambil. Ye, Ija tersenyum riang di saat itu, siapa tahu perkenalan antara Ija dan Zul Hakimi hanya sebulan namun jodoh itu mengheret kami ke kancah pernikahan yang tidak ada rasa cinta buat Zul Hakimi. Cintanya bukan buatku. Cintanya buat Zura, Zura..Alangkah indahnya jikalau aku adalah Zura, dapat memiliki cinta suamiku. Ya- Allah andai jodohku hanya di sini.. Kau bahagiakanlah Zul Hakimi dengan pilihannya. Doa Ija dalam hatinya.

Namun, gerakan tangan Ija,  terhenti di saat Ija melihat gambarnya dengan Zul Hakimi saling berpandangan diantara satu sama lain. Gambar disaat Zul Hakimi  mendukung Ija di sebuah jeti. Gambar yang diambil selepas majlis pernikahannya. Peristiwa tersebut makin ligat berputar di benak fikiran Ija.

“ Ishh, Zul jangan segan- segan pulak nak dukung bini tu.” seloroh Syafiq. Jurukamera yang di upah oleh mak saudara Ija. Ija sendiri pun tidak mengetahuinya. Dia hanya di suruh ke jeti itu, selepas majlis pernikahan selesai. Lalu ija hanya menurut.

Di saat itu, muka Zul sudah merah padam. Ija pun sama. Masing – masing malu.

“ Ye, Ye..Ini nak dukunglah ni..” ujar Zul Hakimi sejurus diasak beberapa kali.

“Eee..Tak payahlah. Berat..” Ija mula naik segan. Lagipun, pandangan mata orang-orang disekelilingnya hanya tertumpu padanya.  

“ Nak buat apa nak malunya.. Halal dahkan..Lainlah tak halal lagi Ija oii.. Ini halal.. Halalan toiyiba la katakan..” Syafiq dan beberapa orang disitu gelak kuat. Masa inilah nak ‘membahan’ pengantin baru.
Lamunan Ija mula mati dan dia cepat- cepat menutupi album pernikahannya apabila terdengar ketukan dari luar. Sesaat kemudian, tombol pintu dipulas oleh Ika dan dia mula melangkah masuk.

“ Kak.. boleh tak kalau, Kak Ija jangan pergi. Lagipun, akak bukan salahpun.. Biar Ika explain pada abang. Mesti abang fahamnya.” Bersungguh – sungguh Ika bersuara.

Ika mahu dia bercakap dengan Zul Hakimi?. Mahukah Zul Hakimi mendengarnya?. Sudah tentu- tentu Zul Hakimi tidak mahu mendengar segalanya.? Buang masa sahaja Ika oii..sah- sah dia tidak akan mendengarnya. Jadi, buat apa mahu membuang masa bercakap dengan orang yang tidak mahu mendengarnya. Bukankah itu dinamakan membuang masa?.Ika boleh memikirkannya. Buat apa difikirkan lagi. Buang masa. Ija mengomel dalam hatinya.

“ Jangan buang masa Ika.. Anggap sahaja, Abang Ika dengan akak, dah tak ada jodoh.” Ungkap Ija di saat dia mahu menyimpan album tersebut di dalam begnya. Lantas dizipnya beg berwarna merah hati tersebut.

Beg tersebut kemudiannya di angkat dan diletakkan  berhampiran dengan pintu. Senang nanti bila mahu memunggah segala barangnya. Biarpun tidaklah sebanyak mana. Hanya satu beg roda sederhana besar dan satu beg berwarna merah hati. Barang- barangnya tidak banyak. Yelah, menjadi orang gaji manalah banyak barangnya.

“ Akak, kenapa akak tak nak bagitahu kebenarannya pada abang. Biar abang tahu. Mama yang rancang semua ini.  Tolonglah akak jangan pergi. Please akak.. Jangan pergi..”

Kemudian tubuh Ija ditolak lembut hingga ke ruang tamu rumah besar ini. Setelah kami betul- betul berada di kerusi panjang tersebut, Ija mengengam erat tangan kanan Ika, kemudian tangan kiri Ija pula diletakkan keatas tangannya. Kini Ija, mengenggam erat tangan kanan Ika dan mula bersuara.

“ Kenapa Ika, dahlah… Tak payah nak pening kepala nanti bila akak dah tak ada, tak ada lagi masalah akan timbul lagi dah.  Semuanya akan selesai. Dah jangan nak fikir sangat. Lagipun mama Ika kat hospital tu, jangan tambah masalah. Biarlah, nanti kalau mama Ika dah keluar hospital dia tengok Kak Ija dalam rumah ni, makin bertambah sakit dia macam mana?. Siapa yang susah?. Ika jugakkan..” pujuk Ija.

Siaran televisyen ligat memainkan cerita Korea, Princess Man. Cerita ini mengisahkan cerita tentang seorang gadis yang telah menukar identitinya dengan seorang puteri diraja. Kemudian, jejaka yang mahu dijodohkan pada asalnya dengan gadis tersebut telah di jodohkan pula dengan puteri diraja tersebut. Dari situlah bermulanya cerita cinta hebat mereka. Lamunan Ija mula mati pabila Ika mula menguatkan sedikit nada suaranya.

“ Akak?.”

“ Hmm.. Kenapa?” soal Ija kepada Ika. Maklumlah Ija mula berangan- angan menjadi Grand Pricess SeYong. Heroin dalam Princess Man tu. Angan- angan jelahkan, nak dapat jadi princess tu jauh panggang dari apilah jawabnya, nak jadi princess dalam hidup Zul Hakimi,suami sendiripun tak lepas. Inikan pulak mahu menjadi princess. Ija sila berpijak dibumi yang nyata ye.

“ Akak mengelamun ye?.” Ika sudah mula tersenyum mengusik.

Kantoi ke Ija oii.. itulah berangan lebih sangat!.Kutuk Ija dalam hatinya.

“ Ishh..Mana ada”.  Dalih Ija.

“ Apa salahnya akak?.. Kalau akak, rindukan abang Ika yang sombong tu pun boleh, akak. Halalkan akak, kalau nak ingat abang yang tak handsome tu.. Betul tak akak?.”  sambil itu Ika mula tergelak kecil.

Ija mula mengerutkan dahinya dan mula tersenyum tipis.

Isshh.. ada ke dia kata suami aku tak handsome, ada ke patut. Ishh.. biasanya orang kutuk belakang- belakang. Ini Ika ni, selamba badak kutuk suami aku tu.. Ishh, tak patut, tak patut. Suamilah sangat Ijakan. Hmm, Ija oii sedar sikit dari lamunan tak terhenti kau tu, dia pun menyuruh kau berambus dari rumah ini.  Elok sangat kalau kau hanya anggap dia bekas suami kau je sekarang ini, Ija oii..

Sebab surat yang di tulis oleh kau pun mintak dia lepaskan kau cara elok. Ya surat yang telah ditulis tangan itu di masukkan di dalam envelope bersaiz A4 akan di serahkan kepada Zul Hakimi. Surat yang mengandungi empat syarat yang Zul Hakimi perlu patuhi. Surat yang akan Ija, letakkan didalam bilik tidur Zul Hakimi, Ija letakkan dia betul- betul di atas meja solek. Harap –harap Zul Hakimi akan membuka dan membacanya.

“ Akak, kalau akak keluar nanti, akak nak duduk mana?. Lagipun hari dah nak maghrib ni.? macam mana akak nak cari rumah..”

Butang volume televisyen itu ditekan dan kemudian volume suaranya sudah menjadi 10. Suara televisyen tersebut antara dengan tidak dengar sahaja.

 “ Ika, Ika..Ini Malaysia Ika, bukannya negara yang akak tak pernah duduk. Akak dah duduk berpuluh- puluh tahun dah.. Hotel, Motelkan banyak dekat sini. Akak boleh pilih yang mana akak nak. Betul tak?”

Ika memeluk semakin erat bantal yang berada ditangannya.

“ Akak.. memanglah kita dekat Malaysia akak.. Tapi, cuba akak fikir.. Hati orang ni tak sama akak. Rambut sama hitam akak, tapi hati lain- lain. Betul tak papa, apa yang Ika cakap ni?”

Ika mula meminta papanya untuk mengesahkan hujahnya. Papanya yang langsung tiada didalam perbualan mereka langsung memunculkan diri dan bersuara.

“ Tu, papa setuju.. Dah Ija..Jangan risau.. buat masa ni, Ija akan duduk dulu dengan Nani. Dia tu staff papa yang papa percayai. Lagipun dia duduk sorang- sorang dekat rumah sewa dia tu. Nani tu, bujang lagi. Tadi papa baru sahaja habis bercakap dengan dia. Nani pun setuju sahaja kalau Ija nak tinggal dengan dia.”

Sebaik sahaja ayat itu tamat. Ika terus mengangguk tanda setuju dengan cadangan papanya. Kemudian, papa Ika mula membuka mulutnya semula.

“  Memang papa ada sebuah apartment, tapi apartment tu dah di sewa orang, baru je awal bulan ni . Takkan papa nak suruh dia keluar pulak dari rumah tu.”

Ija mula membetulkan duduknya. Ija tidak mahu terhutang budi, ye..memang dia tahu bahawa dia langsung tidak bersalah dalam cerita ini. Namun, Ija juga merasakan dia langsung tidak layak untuk mendapat layan sebaik ini. Tambahan pula, dia bukannya menantu apa sesiapa sahaja di rumah ini. Malah suaminya , Zul Hakimi juga menganggapnya sebagai orang gaji sahaja. Adakah layak untuknya dilayan seperti bidadari?, Adakah layak buatnya untuk dilayan sedemikian rupa?. Layakkah dia?.

“ Tapi..”

“ Ija, tak payah nak bertapi –tapi lagi. Dah.. Kejap ye Ija.. Nanti papa hantarkan kamu lepas maghrib ni. Sekarang papa nak mandi sekejap. Kamu jangan pergi dulu tau.. Papa hantarkan nanti. Kamu berehat dulu, lepas ni papa hantarkan. Ni papa, nak naik dulu.. Ehh, Ika kamu tu tak reti nak mandi, dari tadi dok pakai baju yang sama  je.. Rasanya papa tak ada lah anak kambing dalam rumah ni..”

“ Papa ni.. Ada ke anak kambing?. Tak glamour langsung”

“ Dah tu, kamu nak apa ye yang glamour – glamour?.. Hmm.. Blue Hippo nak?”

“ Ada- ada lah papa ni”

“ Dah lah papa naik dulu. Nanti sebelum hantar Ija pergi rumah Nani, kita singgah hospital kejap, papa nak melawat mama kamu. Entah macam manalah mama kamu tu..”

“ Baik papa.. Arahan diterima.” Ika terus menggangkat kelima-lima jari kanannya dan meletakkannya di sudut kanan kepalanya. Sebijik macam askar baru menerima arahan dari komandornya.

Kemudian cetusan Gelakkan antara papa Ika, , Ika dan Ija bertambah kuat. Dan  seketika kemudian Papanya terus maju menuju kearah tangga dan hilang dari pandangan mata mereka berdua. Tidak sampai lima minit setelah papanya meninggalkannya mereka berdua di ruang tamu rumah ini, Ika juga telah meminta diri untuk meninggalkan Ija bersendirian.

Lantas, Ija menggangkat beg roda sederhana besar serta beg merah tersebut hingga ke pintu utama rumah ini. Lagi cepat dia meninggalkan rumah ini, selagi itu dia pasti tidak mungkin dapat bersua muka dengan Zul Hakimi. Maklum sahajalah Zul Hakimi tidak mahu Ija berada dirumah ini setelah dia balik kerumah ini semula.   

Ija tahu jika kelibatnya masih ada disini, pastinya Zul Hakimi akan mengamuk sakan. Siapalah yang tidak kena Zul Hakimi ini, dia boleh buat apa sahaja keatasnya. Belumpun, kedua- dua begnya berada dihadapan pintu kayu rumah besar ini, kelihatan kereta Zul Hakimi baru sahaja memasuki ruang khas meletakkan kenderaan di bahagian kiri rumah ini.

‘Mati, kalau Zul Hakimi ternampak aku masih berada di rumah ini.’ Detik hati Ija setelah melihat Zul Hakimi menekan butang kunci keretanya.

Cepat- cepat Ija mahu meninggalkan ruangtamu rumah ini. Biarlah dia menyorok dulu dimana-mana. Belumpun sempat dia mahu melangkah kedapur, suara Zul Hakimi sudah kedengaran.
“ Kau!!!!!!...Ada lagi dekat sini!..”

“ Errr….sa… sa..”

Ija mula berpaling kebelakang setelah mendengar suara lelaki yang teramat dikenalinya. Suara yang cukup- cukup dikenalinya. Ija mula mati kata. Zul Hakimi juga serupa, mati kata, kelu berbicara.

Bibir mereka kelu. Bibir mereka seakan –akan digam daripada menuturkan kata. Hanya mata mereka bertentang antara satu sama lain.  Kedua- duanya diam seribu bahasa. Hanya pandangan mata mereka sahaja yang mula berbicara dan bicara tersebut hanya bisa difahami oleh mereka berdua sahaja. 

p/s: semoga terhibur!!!
Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.