BAB 26
KAU JODOHKU, TAPIKU CINTA KAU!!!
Mata Puan Sri Zanariah memandang
tepat ke dalam anak mata Ija. Ija mula memberanikan diri untuk memandangnya
kembali. Walaupun nampak sedikit takut-
takut, Ija tetap mengarahkan anak matanya memandang tepat kearah Puan Sri
Zanariah.
“ Puan Sri, mana Puan Sri sorokkan abang saya?” soal
Ija walaupun dia masih dalam keadaan sugul.
Puan Sri Zanariah tetap memandangnya dengan
pandangan tajam.
“ Abang kau yang gila tu, manalah aku tahu?. Aku
bukan penjaga dia.” Sinis.
Kemudian apple
yang sudah dibasuh yang berada di atas meja hospital itu di gigit oleh Puan Sri Zanariah. Bunyi gigitan rangup
daripada apple fuji tersebut
kedegaran. Lantas Puan Sri Zanariah meneruskan kunyahannya.
“ Puan Sri, cakaplah mana abang saya?. Lepas ni,
kami sekeluarga tidak akan mengganggu keluarga puan Sri dah. Saya janji.”
Kelima- lima jari runcing Ija diangkat keatas, tanda perjanjian yang di meterai
oleh mereka berdua.
Seketika kemudian, buah yang belum habis ditelan
oleh Puan Sri Zanariah dimuntahkan keluar kearah Ija. Habis terkena baju dan
tudung yang dipakai Ija.
Ija mula memejamkan matanya. Mencari kesabaran dan
kekuatan.
“Walau aku tahu sekalipun, aku tak hinggin nak
bagitahu abang kau dekat mana.. Faham!!”
“ Kenapa, buat kami sekeluarga macam ni.?”
“Kenapa, kau tanya?. Pergilah tanya, abang kau tu?. Apa
dia dah buat?. Apa yang menyebabkan aku rasa, abang kau tu sewel dan kerana
abang kau jugak la kau dapat balasan ini. Padan dengan muka kau!.”
“ Apa yang abang saya dah buat?. Saya tak faham”
"Abang kau tu, lurus bendul!..Sebijik macam kau!.
Kesian, di sebabkan lurus bendul dia tu, aku dapat tutup apa yang aku nak tutup
selama ini. Jadi, aku terpaksa gunakan korang untuk merealisasikan rancangan
aku. Tak sangka hidup aku jadi mudah ,bila tunang kau tinggalkan kau. “
Puan Sri Zanariah menelan liur pula. Kemudian dia
menyambung kembali ayatnya.
“ Masa tunang
kau tinggalkan kau, aku reka- reka cerita untuk mengaburi mata semua orang atas
apa yang aku lakukan. Tapi, kau jangan risau, aku akan suruh Zul bank in kan duit kedalam akaun bank kau.
Tak pun aku bagi cek je dekat kau. Duit
itu adalah bayaran sebab kau sudi mengaburi mata family aku… Tapi aku betul- betul tak sangka, Zul betul- betul
perayakan kata- kata aku. Hinggakan dia sanggup bernikah dengan kau. Yelah, aku
kan mak kandung dia, masakan pulak dia tidak percayakan kata-kata akukan?.“
Panjang lebar ayat yang keluar dari bibir Puan Sri
Zanariah. Entah satu benda pun Ija tak faham. Kaburi mata semua orang?. Kepala Ija
betul- betul bingung. Betul- betul runsing. Tak faham langsung dengan apa yang
berlaku.
Dahi Ija mula berkerut.
“ Saya betul- betul tak faham?. Apa sebenarnya
berlaku. Puan Sri, buat apa ni. Tolongla saya betul – betul tak faham?” kata Ija
jujur. Ija tidak faham dengan apa yang
di cakapkan oleh Puan Sri.
Ija menyambungkan ayatnya kembali.
“ Bayaran apa?. Kenapa ada bayaran ?. Kenapa?.”
“ Kau ni, bengap betul. Takkan la kau tak nampak lagi,
takkan la bodoh sangat anak aku nikah dengan perempuan old fashion macam kau ni!. Kampung!. Dah kampung, bengap pulak!.”
“ Bukan ke, Zul nikah dengan saya kerana dendam?.
Dendam, sebab Ika sakit. Bukan macam tu ke?”
“ Apasalla bengap sangat!. Aku sahaja reka- reka
cerita, sebab aku nak kaburi mata semua!. . Actually,
aku patut berterima kasih dekat kau sekeluarga, sebab korang berdua aku dapat
kaburi kesalahan yang aku dah buat pada family
aku. Tapi kesian hanya Ika sahaja dapat tahu sebelum aku dapat lenyapkan abang
kau”
“ Lagipun memang betullahkan?. Abang Hakam memang
tak bersalahkan?. Betul?. Jadi buat apa lagi Puan Sri nak simpan dia?. Lepaskan
je lah abang saya. “
Apple yang mempunyai sedikit kesan gigit, yang
sedari tadi berada di dalam gengaman Puan Sri Zanariah di letkkan diatas piring
kecil. Kemudian, mata Puan Sri Zanariah tearah ke arah Ija.
“ Baik kau jangan faham lagi bagus!. Bila kau,
melangkah pergi dari rumah tu, aku akan pastikan kau dapat bayaran sebab sudi
bernikah dengan anak kau!. Anggap sahaja itu sebagai ganti rugi atas apa yang
berlaku!. Lagipun, aku pasti sangat anak aku tak pernah sentuh kau walau
sejengkalkan?. So, please tinggalkan rumah tu, tapi ingat
jangan bagitahu Zul apa yang aku cakapkan ni. Kalau tidak abang kau akan lenyap
dari bumi ni, tanpa ada mayat pun!. Ingat!!!”
Ayat gertak daripada Puan Sri Zanariah makin keras.
“ Saya akan tutup mulut saya, kalau Puan Sri
bagitahu dekat mana abang saya”. Ija pula mahu mengertak Puan Sri Zanariah.
Biarpun tidaklah seberani mana. Namun, itu sahaja cara untuk mengetahui mana
abang kandungnya berada.
“ Yang perlu kau tahu, abang kau selamat di bawah
jagaan kami. Bila mana kau dah, blah dari rumah tu. Aku boleh lepaskan dia.
Tapi ingat jangan ada sebarang cerita pun, yang boleh kau cerita pada Zul.
Kalau tidak abang kesayangan kau, akan lenyap!!!!!!!”
Tiba- tiba Puan Sri Zanariah menjerit kuat. Ija mula
panik.Gawat!. Kenapa mesti Puan Sri Zanariah menjerit kuat sedangkan dia tidak
sakit pun. Ya- Allah, kenapa dia sedemikian.
“ Doktor!!!!!!!!!!.Sakit!!!!!!!!!!!!!!Sa….Kittttttttttttttttttttttttttttttttttttttt”…raung
Puan Sri Zanariah kuat.
“ Puan Sri tak apa- apa ke?”
Ija merapatkan badannya pada Puan Sri Zanariah.
“ Ingat!, jangan cakap apa- apa. Mulut kau kena Zip. Kalau tak, aku musnahkan abang kau
tu. Ingat!!!!!!!!!!”
Tidak sampai sesaat pun, Zul Hakimi sudah meluru masuk
kedalam bilik hospital itu. Zura melangkah setapak di belakang Zul Hakimi.
“ Kenapa mama?” sesaat kemudian, Zul Hakimi
mengarahkan Zura memanggil doktor. Sedari tadi loceng yang berwarna merah itu
ditekan, namun tidak ada seorang jururawat
mahupun doktor yang datang.
Puan Sri Zanariah menggenggam erat tangan anak
lelaki tunggalnya.
“ Tak payah Zul, panggil doctor. Mama tak apa-apa”
“ Ok..Mama rehatlah dulu. “ pujuk Zul Hakimi pada
Puan Sri Zanariah. Kemudian dia menyambung kembali ayatnya.
“ Ini semua sial kaulah ni! Mari sini.” Lengan kiri
Ija di cengkam kuat. Lantas diri Ija terdorong ke hadapan sedikit.
Tudung yang baru diperbetulkan itu tarik oleh Zul
Hakimi. Sanggulan anak rambut Ija di
rentap kasar. Kemudian, Zul Hakimi mengoyangkannya kearah kiri dan kanan.
“ Sakit!!!”
“ Sakit, kenapa kau buat mama aku sakit?. Aku
bengang betul dengan kau ni!. Ikutkan hati, aku nak je bunuh kau ni!” mata Zul
Hakimi membulat memandang Ija.
“ Zul..Dah la tu. Mama nak berehat. Suruh dia ni keluar”
Jari telunjuk Puan Sri Zanariah menunjukkan tepat ke
arah Ija dan seketika kemudian Puan Sri Zanariah mengiring membelakangi kami
semua.
“ Balik la Ija oiii.. Kemas semua barang kau tu!. Berambus
dari cepat- cepat sikit !. Tengok kau ni lama- lama, karang aku pulak masuk
hospital.” Ujar Zura yang sedari tadi diam seribu bahasa, kini sudah mula
bersuara.
Zura menyambung ayatnya kembali.
“ Elok- elok aku sihat macam ni, terus sakit.
Sayang, cepat –cepatlah you suruh
budak tak guna ni blah. I tak tahan
tengok muka dia. Rasa macam nak termuntah.” Zura mula membuat aksi seakan-akan
mahu termuntah.
“ Betul jugakkan, Zura sayang. Abang rasa kalau dia
ada seminit lagi dekat sini. Abang rasa macam boleh sewel.” Lantas pinggang
ramping Zura dirapatkan kebadannya.
“ Encik sebelum saya pergi. Halalkan segala makan
minum saya. Maafkan segala kesalahan saya selama saya tinggal di rumah keluarga
encik.” Ija berkata sebelum menghulurkan tangan kanannya kearah Zul Hakimi.
Namun, salam yang dihulurkan langsung tidak di sambut. Tangannya di pandang
kosong oleh Zul Hakimi.
“ Tak payah, nak tunjuk alim sangatlah!.” Zul Hakimi
mula berbicara dan dia mula menyambung ayatnya seketika kemudian. Tangannya
masih menjalar di pinggang Zura.
“ Aku tak nak ambik tahu hal lain –lain. Yang aku
tahu, saat aku masuk je rumah tu nanti.
Kau berambus dah. Kalau kau ada lagi. aku takut kau boleh mati je dekat tangan
aku!!! Sekarang aku nak kau blah dari sini! Berambus!!!!”
Terus sahaja Ija mencapai handbagnya, yang berada
lima langkah darinya. Handbag yang telah tercampak selepas Zul
Hakimi menolak Ija. Kemudian, Ija terus melangkah untuk mencapai tombol pintu
bilik hospital tersebut dan meninggalkan mereka bertiga. Ya- Allah kenapa
ujian-Mu begitu berat?. Ya- Allah aku yakin dengan innallaha
ma'ana, sesungguhnya Allah bersama kita. Ya sesungguhya Allah bersamaku. Ija
redha dengan qada dan qadarnya Ya- Allah.