Thursday, March 15, 2012

novel (13): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 13 )

Views
EPISOD 13

KAU JODOH AKU TAPI AKU CINTA KAU!







Aku menarik tangan Zul Hakimi ke luar rumah. Bersebelahan keretanya. Aku tak nak sesiapa Nampak. Ishh… kenapa pulak dia ada dekat sini?..nak buat apa dia dekat sini?. Saja nak menganggu ketenteraman hidup aku la tu.. ishh.. tak boleh ke bersabar dalam, dua , tiga hari je lagi..lepas tu nak ganggu , ganggu la aku tak marah pun dah masa tu…

Tapi sekarang ni time aku bercuti..bercuti!!!. time ni la aku di benarkan berehat dari jadi orang gaji, bercuti dari menjadi kuli pada Zul Hakimi. Ni muncul pulak mamat poyo ni..rimas betul!.

baru je aku berangan- angankan dia.. ishh.. betul ke kata orang jika kita tiba- tiba teringgatkan seseorang tandanya dia pun ingatkan kita jugakkan..ishh.. tak kan la pulak mamat poyo ni nak ingat kan aku.. buat buang tenaga dengan otak je kalau nak fikirkan ni kan?…

“ encik buat apa dekat sini. Dah – dah balik..nanti mak dengan abah Nampak macam mana?”

“Biar la dia Nampak, apa salahnya kita ni bukan pasangan ke?..bukan maksiat pun?..kita ni suami isteri yang sah.aku salam tangan, goncang tangan ayah kau la masa nikah hari tu....yang kau nak kalut malut ni kenapa?..dah- dah aku nak masuk berehat. Ehh.. ni bukan rumah bapak mentua aku ke?..tak salah kan aku nak datang melawat? aku nak jadi menantu pilihan terbaik..hahahaha…”

Wah..senang nya cakap..aku tengok pokok cabai Melaka tu banyak ke dekat belah kanan aku ni..mau je aku boh satu kat mulut dia..tapi dia suami aku, mana boleh buat macam tu…ishh..kesian pulak dah…ishhh…

Kaki Zul Hakimi terus melangkah kehadapan lantas dia membuka kasutnya..terus sahaja meluru ke dalam rumah..ni nak buat perangai gila dia tula ni..menyusahkan aku la tu…menyampah la…
Mata aku tertacap di arah kerusi kayu jati tu..Zul Hakimi terus lelap. Mengantuk. Mungkin penat drive dari shah alam ke Jitra. Mungkin..tapi mana la elok tidur time – time ni..kalau mak Nampak mau dia gerak kan mamat poyo ni..

Alah biar padan muka kau.. siapa la suruh pergi tidur time- time ni. kan tak elok..time banyak syaitan keluar ni la mamat ni nak tidur. Ishh..Zul Hakimi ni kawan baik dengan dia ke??..hehehe..

Ishh, tak baikla..bukan..itu hanya sekadar nak mengusik encik Zul Hakimi kita ni sahaja..takkan la aku samakan suami aku dengan syaitan…tak boleh, tak boleh…dia suami aku…

“ ehh..mak bapak kau mana..dari tadi tak Nampak batang hidung pun..sejak aku sampai tak ada orang pu rumah ni..”

“ surau”

Jawabku sepatah. Malas nak bercakap banyak dengan dia ni..

Tangannya di basuh di singki. Terus duduk di kerusi hadapan aku.

Ishh..dada ni pun jangan la kencang sangat.. relek..cool ija..cool..

“ dah tak reti nak layan aku dah..lupa..eleh baru dalam berapa hari dah lupa tanggugjawab kau ke?..eh,, cepat betul kau lupanya?..kau makan semut banyak sangat kee? ..tu yang kau lupa banyak tu… tapi jangan kau lupa aku ni laki kau dah la kan..”

Nasi aku letakkan di dalam pinggannya..Terus suapan nasi kemulut.

Bagus jugak makan semut banyak- banyak. Supaya terus lupakan kau.. lagi bagus. Lagi aman hidup aku ni. tak payah mengadap kau lagi dah..

“ ehh.. ija.. banyak- banyak masakan dekat dunia ni. kenapa kau masak kaki ayam ni. dah tak ada lauk lain nak masak.”

Mak aku yang nak makan kaki ayam ni. dia yang mintak. Lagipun aku buat tuk mak aku. Mak aku nak makan la bukan kau. Kau tiba- tiba je muncul dari kayangan mana tah…

“ mak yang suruh masak saya masak la..”

Nasib baik mak kau nak makan. Kalau kat rumah aku ni mau aku suruh kau masak masakan lain ni..tapi mungkin sedap rasanya. Ini kali pertama aku nak makan kaki ayam ni..Getus hati Zul Hakimi.

“ sepanjang aku hidup..tak pernah aku makan kaki ayam tau tak.. tapi nak makan macam mana?

Aku tak reti nak makan macam mana?. Tak kotor ke? …”

Zul hakimi buat muka cuak..

Mau tersembur nasi dari mulut aku..apa tak pernah makan..kesian..punya la sedap rasa kaki ayam ni..dia tak pernah makan..ishh..lawak betul la..

“ masuk mulut kunyah.. macam ni”

Ija dah mula buat muka tak semengah dia tu..aku ajarkan dia mengunyah kaki ayam tu..senang macam tu pun ada manusia yang tak reti nak makan..adoiii…ishh ye lah kan bukan sama citarasa setiap manusia ni kan….

“ ehh..kau basuh ni bersih tak, tah apa ayam ni pijak..”

Ija mula bermonolong sendirian pulak..makan je lah ..kang ade pulak kaki ayam ni aku cocok dekat mata dia kang..tak payah pakai garpu macam cerita Tan Sri P. Ramlee tu. ala Kasim Selamat tu..biar kau rasakan..hahaha…

“ yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa? Berangan ke apa kau ni?…hmm…ehh..sapa suruh kau balik sini tanpa izin aku. Aku baru berapa hari pergi melancong. Kau senang – senang datang sini. Siapa bagi izin dekat kau ha..”

Melancong. Bukan melancong sebenarnya. Aku dah lama tak tangkap gambar view- view yang cantik.. kamera dslr aku pun dah boleh buat koleksi habuk dah..tu yang nak sangat pergi melancong tu..lagi satu aku dah bosan la mengadap kerja yang tak habis- habis dekat pejabat tu..tu yang pergi melancong dekat Pulau Tioman tu..cantik.. indah ciptaan Tuhan ni. cuba bayangkan itu syurga dunia, kalau syurga akhirat tak dapat nak bayangkan la betapa cantiknya diakan…desis hati Zul Hakimi.

Pinggan ku sudah sampai ke singki. Aku mula membasuh pinggan .

Malas aku nak mendengar soalan- soalan dari tadi. Aku rasa aku masak kaki ayam bukan bontot ayam. Yang mamat poyo ni bercakap tak ada jumpa R&R kenapa?…ni kalau aku masak bontot ayam mau mulut dia tah henti bercakap ni..mau bernanah telinga aku ni,silap hari bulan boleh sampai subuh pagi esok ni!

Bahu ku dicengkam..aduh!..dia buat dah…perangai buruk dia dah mai dah!.

“ kenapa..?” lembut..kalau nada tinggi mau dia hanggin satu badan..

Badan ku ku pusingkan, kini aku sudah mengadapnya. Kini mata antara aku dengan dia bertentang.

“ kenapa aku Tanya kau langsung tak jawab. Kenapa sakit tekak?. Balik rumah ni je kau jadi bisu..ha.?”

Aku hanya menunduk.
“ saya balik sini, saya mintak izin Puan Sri Zanariah.. tak salahkan saya balik. Lagipun encik jugak cakap saya boleh mintak izin dengan sesiapa pun?”

“ tapi kenapa tak cakap dengan aku langsung. Call ke apa ke. ni tak, aku sampai je rumah kau dah tak ada. Aku ni suami kau tahu tak?.”

Suami..suami la konon – kononnya suami atas kertas. Suami hanya pada nama. Suami yang bukan suami.. kalau kau anggap aku ni isteri kau mesti kau tak buat aku macam ni..

“aku tunggu kau dua hari..dua hari..macam pak pacak je aku tengok aku ni…aku tunggu call kau ..langsung kau tak call..kalau kau call pun hanya cakap dengan mak tijah, dengan Ika,.kenapa tak kau call aku?..aku call kau kau off phone..kenapa..?” lirih nada suara Zul Hakimi..sedih pun ada jugak…

Yang kau tak call aku tu kenapa?…ishh.. kau ni pelupa betul la Ija..dah berapa hari dah phone kau mati..tak pulak kau nak caj dia balik…ija, ija…kau memang macam ni..

“ tak..saya.. tak caj phone saya..”

Tak ada alasan aku nak berikan pada dia...Mana la aku tau..Kalau call pun aku nak cakap apa?…takkan la encik saya dah sampai kampong..Encik dah makan? Encik sihat?Dah sms atau call aku nak cakap macam tu aku nak bagi dekat dia..Comform dia sembur aku balik. Silap hari bulan, aku dikatanya buang terbiat!hang kan tu jadi kes naya tu!..

tak pun mesti dia cakap aku ni nak mengedik dengan dia. Bukan boleh caya sangat mamat ni. kalau otak dia tersumbat boleh apa sahaja keluar dari mulut dia. Kadang- kadang lebih dahsyat dari api masak dekat dapur tu..

“ lain kali caj..in case jadi apa kan senang nak contact…”

Dia mula nak berceramah. Kenapa tah malam ni aku rasa mamat poyo ni lain sangat. Macam pelik..ishh.. ija baik kau jangan fikir sangat.. kalau fikir kot-kot la kau salah faham dia suka kat kau..kan dia nak buat kau merana..ija kau jangan masuk sangkar yang dia sediakan…jangan ija…

“ dah la saya nak solat kejap..encik tengok la televisyen dulu..kejap lagi saya hantar kan kopi”

“ ija kita solat sama- sama”

“ ha…” aku memandang tepat ke matanya.

“ kita jemaah sama- sama..”

Aku mula mengerutkan dahi. Biar betul apa yang aku dengar itu. aku mula menapar pipiku. Sakit! Maknanya betul la apa yang aku dengar tu. tak salah..aku berada di alam nyata.

p/s: selamat membaca

Wednesday, March 7, 2012

novel (12): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 12 )

Views
Bab 12

KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU!


Hari ini sudah genap  empat hari aku tinggal di kampong seronok rasanya.maklum la sudah lama aku tidak ke balik ke kampung. Maklum sahaja la sudah tiga ( 3) bulan aku menjadi isteri a.k.a menjadi suri rumah.. eh salah- salah..menjadi orang gaji..itula bahasa yang paling tepatnya..

Lagipun kan dia bukan cintakan aku..aku pun macam tu la jugak kan..tak pe mungkin kami di jodohkan bersama namun bukan untuk bersama untuk selamanya..

Tapi kan..aku memang la hantu baca novel tapi semua novel tu pastinya endingnya diorang falling in love.tapi aku dengan Zul Hakimi tu macam tak ada langsung perasaan..

Tapi, debaran bila tengok dia makin buat bergetar. Kenapa ye..tak mungkin la kot aku jatuh cinta dengan dia, lagipun aku pun baru je putus dengan Zarul tu..tak mungkin cepat sangat hati ni berubah citarasa. Ishh.. tak mungkin la pulak kan…tambah – tambah mamat poyo tu pulak memang dah benci, plus- plus pulak ada dendam pulak dalam hati dia..mau nya dia nak tirima aku..conform – conform la aku kene reject awal- awalnya..

“ ehh..ija..mak tengok kamu ni sejak balik banyak mengalamun. Kenapa? Ingat kat laki kamu tu ke?”

Ishh..mak ni macam tau- tau je aku fikirkan dia..aduh..mak-mak..dah namanya mak kau IJa conform la dia kenal kau tu..

“ ishh..mak ni buat terperanjat orang je la..mana adalah mak..tak ada maknanya nak ingat kan dia”

Muka aku dah blusing dah..malu siot…

“ alah..mak kenal sangat kamu tu..”

“ mana ada la mak..ha mak, abah mana..tak Nampak pun..”

Mak tersenyum nipis.conform abah pergi memancing ikan..

Biasala ayah aku suka sangat memancing, tapi jarang sangat la dapat buat naik ikannya..tapi itukan rezeki dari Tuhan…

“ memancing” duga aku…

 Mak hanya mengangguk..

“ mak nak Tanya ni..asyik Tanya pasal laki mak je..mak nak Tanya pasal laki kau ni..dia tak balik. ?”

Ishh…mak ni pun laki mak tu..conform la ayah aku…mak ni  pun buat lawak la tu…

“ dia sibuk mak..kerja..tak pe la mak..ni anak perempuan mak yang balik kan bagus macam tu”

“ banyak la kamu.suami kamu tu kalau balik boleh la tolong kita,lagipun kita nak buat kenduri dekat rumah arwah wan kamu tu. nak harapkan abang long Hakam kamu balik. Entah bila nak muncul batang hidung dia tu..entah sampai mak ni menutup mata baru dapat tengok dia. Kalau ada suami kamu tu boleh tumpang kasih..”

Lirih suara mak. Aku tahu emak sama sepertiku menanggung rindu terhadap abang hakam..tapi mak tak payah la nak menumpang kasih pada lelaki yang bernama Zul hakimi tu, dia tu penjahat…penjahat!!!ishh, tak baik cakap suami sendiri penjahat. Cuba jadi wanita solehah sikit.

“ dah la mak.kejap lagi Ija nak pergi dapur mak nak apa-apa  ke?”

“ mak rindu nak makan sup kaki ayam kamu masak”

“ baik. Itu di tanggung beres..”

Mak ni pun la..punya banyak – banyak menu kat dunia ni.. supkaki  ayam jadi pilihan.. sup  pun sup la..lagipun dah lama tak makan sup kaki ayam tukan..

Sedang asyik memotong bawang, bayangan wajah serta senyuman Zul Hakimi bermain di minda. Walaupun senyuman itu bukan untuk aku.. tapi aku tetapi menyukainya. Aduh la hati ni pun pelik pelik pemintaannya..

Ishh..ehh..mamat yang bernama Zul Hakimi baik kau jangan ganggu aku walaupun sekarang bayangan dalam khayal ku…wah..macam lirik lagula pulak kan…

ishh.. ija cuba jangan merepek..kang terpotong jari kang susah pulak mak mertua kau nak sarung cincin..apa nak sarung laginya..kau kan dah kahwin..

alah, ija kau kahwin pun dia tak cintakan kau, dia boleh lepaskan kau bila- bila masa dia nak je..sok- sok jari kau ini sapa tahu “mak mertua” lain yang sarungkan..ishh.. tak nak la..bila la dia sorang je..siapa? Zul Hakimi? ishh..ija kau biaq betui ni…

“ ija..oohh ija..” laung mak dariruang tamu..sayup –sayup je kedengarannya..

“ kenapa mak”

“ ehh..lupak pulak nak bagitahu kamu tu esok kamu pergi dulu ye balik rumah arwah wan kamu tu, mak dengan abah nak beli barang apa yang patut, kamu kemas dulu rumah tu ye..entah macam mana la rupa rumah tu nanti”

“ baik mak..sok Ija pergi sendiri la ek..naik skooter iJa tu”

Lama betul tak naik dia..sejak duk Villa milik mamat poyo tu..susah nak kuar rumah pun, macam mana nak naik skooter aku tu…lagipun skooter aku mana boleh letak depan halaman rumah. Nak mampus kene marah dengan Puan Sri Zanariah tu..ingat pulak aku pada peristiwa dia menendang skooter biru aku tu.

“ hey, ni motor buruk sapa ni.. duduk depan halaman rumah.. buat menyemak, sakit mata aku tengok moto buruk kau ni. lain kali mato buruk kau ni simpan buat khazanah je.. “

 Ishh.. ada ke kata buat kazanah. Wat sakit hatinya dengar nya. Tahu tak skooter ni la banyak berjasa pada aku. Banyak menyumbang bakti. Tenaga..iJa ini sudah mula nak melalutnya..

“Assalamuaikum..”

Sapa pulak yang datang maghrib- maghrib hari ni..peliknya..jarang la ada tetamu petang- petang macam ni..kalau kawan mak, mesti lepak bawah pokok mangga tu je..mak ni bukan duduk depan ke..kenapa mak tak layan pun orang ni..

Langkahku makin laju..

“ ye ..kejap…walaikumussalam..”

“ encikk….”

terpaku aku melihat wajahnya..aku mimpi kot..

p/s: selamat membaca...
Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.