Thursday, March 15, 2012

novel (13): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 13 )

Views
EPISOD 13

KAU JODOH AKU TAPI AKU CINTA KAU!







Aku menarik tangan Zul Hakimi ke luar rumah. Bersebelahan keretanya. Aku tak nak sesiapa Nampak. Ishh… kenapa pulak dia ada dekat sini?..nak buat apa dia dekat sini?. Saja nak menganggu ketenteraman hidup aku la tu.. ishh.. tak boleh ke bersabar dalam, dua , tiga hari je lagi..lepas tu nak ganggu , ganggu la aku tak marah pun dah masa tu…

Tapi sekarang ni time aku bercuti..bercuti!!!. time ni la aku di benarkan berehat dari jadi orang gaji, bercuti dari menjadi kuli pada Zul Hakimi. Ni muncul pulak mamat poyo ni..rimas betul!.

baru je aku berangan- angankan dia.. ishh.. betul ke kata orang jika kita tiba- tiba teringgatkan seseorang tandanya dia pun ingatkan kita jugakkan..ishh.. tak kan la pulak mamat poyo ni nak ingat kan aku.. buat buang tenaga dengan otak je kalau nak fikirkan ni kan?…

“ encik buat apa dekat sini. Dah – dah balik..nanti mak dengan abah Nampak macam mana?”

“Biar la dia Nampak, apa salahnya kita ni bukan pasangan ke?..bukan maksiat pun?..kita ni suami isteri yang sah.aku salam tangan, goncang tangan ayah kau la masa nikah hari tu....yang kau nak kalut malut ni kenapa?..dah- dah aku nak masuk berehat. Ehh.. ni bukan rumah bapak mentua aku ke?..tak salah kan aku nak datang melawat? aku nak jadi menantu pilihan terbaik..hahahaha…”

Wah..senang nya cakap..aku tengok pokok cabai Melaka tu banyak ke dekat belah kanan aku ni..mau je aku boh satu kat mulut dia..tapi dia suami aku, mana boleh buat macam tu…ishh..kesian pulak dah…ishhh…

Kaki Zul Hakimi terus melangkah kehadapan lantas dia membuka kasutnya..terus sahaja meluru ke dalam rumah..ni nak buat perangai gila dia tula ni..menyusahkan aku la tu…menyampah la…
Mata aku tertacap di arah kerusi kayu jati tu..Zul Hakimi terus lelap. Mengantuk. Mungkin penat drive dari shah alam ke Jitra. Mungkin..tapi mana la elok tidur time – time ni..kalau mak Nampak mau dia gerak kan mamat poyo ni..

Alah biar padan muka kau.. siapa la suruh pergi tidur time- time ni. kan tak elok..time banyak syaitan keluar ni la mamat ni nak tidur. Ishh..Zul Hakimi ni kawan baik dengan dia ke??..hehehe..

Ishh, tak baikla..bukan..itu hanya sekadar nak mengusik encik Zul Hakimi kita ni sahaja..takkan la aku samakan suami aku dengan syaitan…tak boleh, tak boleh…dia suami aku…

“ ehh..mak bapak kau mana..dari tadi tak Nampak batang hidung pun..sejak aku sampai tak ada orang pu rumah ni..”

“ surau”

Jawabku sepatah. Malas nak bercakap banyak dengan dia ni..

Tangannya di basuh di singki. Terus duduk di kerusi hadapan aku.

Ishh..dada ni pun jangan la kencang sangat.. relek..cool ija..cool..

“ dah tak reti nak layan aku dah..lupa..eleh baru dalam berapa hari dah lupa tanggugjawab kau ke?..eh,, cepat betul kau lupanya?..kau makan semut banyak sangat kee? ..tu yang kau lupa banyak tu… tapi jangan kau lupa aku ni laki kau dah la kan..”

Nasi aku letakkan di dalam pinggannya..Terus suapan nasi kemulut.

Bagus jugak makan semut banyak- banyak. Supaya terus lupakan kau.. lagi bagus. Lagi aman hidup aku ni. tak payah mengadap kau lagi dah..

“ ehh.. ija.. banyak- banyak masakan dekat dunia ni. kenapa kau masak kaki ayam ni. dah tak ada lauk lain nak masak.”

Mak aku yang nak makan kaki ayam ni. dia yang mintak. Lagipun aku buat tuk mak aku. Mak aku nak makan la bukan kau. Kau tiba- tiba je muncul dari kayangan mana tah…

“ mak yang suruh masak saya masak la..”

Nasib baik mak kau nak makan. Kalau kat rumah aku ni mau aku suruh kau masak masakan lain ni..tapi mungkin sedap rasanya. Ini kali pertama aku nak makan kaki ayam ni..Getus hati Zul Hakimi.

“ sepanjang aku hidup..tak pernah aku makan kaki ayam tau tak.. tapi nak makan macam mana?

Aku tak reti nak makan macam mana?. Tak kotor ke? …”

Zul hakimi buat muka cuak..

Mau tersembur nasi dari mulut aku..apa tak pernah makan..kesian..punya la sedap rasa kaki ayam ni..dia tak pernah makan..ishh..lawak betul la..

“ masuk mulut kunyah.. macam ni”

Ija dah mula buat muka tak semengah dia tu..aku ajarkan dia mengunyah kaki ayam tu..senang macam tu pun ada manusia yang tak reti nak makan..adoiii…ishh ye lah kan bukan sama citarasa setiap manusia ni kan….

“ ehh..kau basuh ni bersih tak, tah apa ayam ni pijak..”

Ija mula bermonolong sendirian pulak..makan je lah ..kang ade pulak kaki ayam ni aku cocok dekat mata dia kang..tak payah pakai garpu macam cerita Tan Sri P. Ramlee tu. ala Kasim Selamat tu..biar kau rasakan..hahaha…

“ yang kau senyum sorang-sorang ni kenapa? Berangan ke apa kau ni?…hmm…ehh..sapa suruh kau balik sini tanpa izin aku. Aku baru berapa hari pergi melancong. Kau senang – senang datang sini. Siapa bagi izin dekat kau ha..”

Melancong. Bukan melancong sebenarnya. Aku dah lama tak tangkap gambar view- view yang cantik.. kamera dslr aku pun dah boleh buat koleksi habuk dah..tu yang nak sangat pergi melancong tu..lagi satu aku dah bosan la mengadap kerja yang tak habis- habis dekat pejabat tu..tu yang pergi melancong dekat Pulau Tioman tu..cantik.. indah ciptaan Tuhan ni. cuba bayangkan itu syurga dunia, kalau syurga akhirat tak dapat nak bayangkan la betapa cantiknya diakan…desis hati Zul Hakimi.

Pinggan ku sudah sampai ke singki. Aku mula membasuh pinggan .

Malas aku nak mendengar soalan- soalan dari tadi. Aku rasa aku masak kaki ayam bukan bontot ayam. Yang mamat poyo ni bercakap tak ada jumpa R&R kenapa?…ni kalau aku masak bontot ayam mau mulut dia tah henti bercakap ni..mau bernanah telinga aku ni,silap hari bulan boleh sampai subuh pagi esok ni!

Bahu ku dicengkam..aduh!..dia buat dah…perangai buruk dia dah mai dah!.

“ kenapa..?” lembut..kalau nada tinggi mau dia hanggin satu badan..

Badan ku ku pusingkan, kini aku sudah mengadapnya. Kini mata antara aku dengan dia bertentang.

“ kenapa aku Tanya kau langsung tak jawab. Kenapa sakit tekak?. Balik rumah ni je kau jadi bisu..ha.?”

Aku hanya menunduk.
“ saya balik sini, saya mintak izin Puan Sri Zanariah.. tak salahkan saya balik. Lagipun encik jugak cakap saya boleh mintak izin dengan sesiapa pun?”

“ tapi kenapa tak cakap dengan aku langsung. Call ke apa ke. ni tak, aku sampai je rumah kau dah tak ada. Aku ni suami kau tahu tak?.”

Suami..suami la konon – kononnya suami atas kertas. Suami hanya pada nama. Suami yang bukan suami.. kalau kau anggap aku ni isteri kau mesti kau tak buat aku macam ni..

“aku tunggu kau dua hari..dua hari..macam pak pacak je aku tengok aku ni…aku tunggu call kau ..langsung kau tak call..kalau kau call pun hanya cakap dengan mak tijah, dengan Ika,.kenapa tak kau call aku?..aku call kau kau off phone..kenapa..?” lirih nada suara Zul Hakimi..sedih pun ada jugak…

Yang kau tak call aku tu kenapa?…ishh.. kau ni pelupa betul la Ija..dah berapa hari dah phone kau mati..tak pulak kau nak caj dia balik…ija, ija…kau memang macam ni..

“ tak..saya.. tak caj phone saya..”

Tak ada alasan aku nak berikan pada dia...Mana la aku tau..Kalau call pun aku nak cakap apa?…takkan la encik saya dah sampai kampong..Encik dah makan? Encik sihat?Dah sms atau call aku nak cakap macam tu aku nak bagi dekat dia..Comform dia sembur aku balik. Silap hari bulan, aku dikatanya buang terbiat!hang kan tu jadi kes naya tu!..

tak pun mesti dia cakap aku ni nak mengedik dengan dia. Bukan boleh caya sangat mamat ni. kalau otak dia tersumbat boleh apa sahaja keluar dari mulut dia. Kadang- kadang lebih dahsyat dari api masak dekat dapur tu..

“ lain kali caj..in case jadi apa kan senang nak contact…”

Dia mula nak berceramah. Kenapa tah malam ni aku rasa mamat poyo ni lain sangat. Macam pelik..ishh.. ija baik kau jangan fikir sangat.. kalau fikir kot-kot la kau salah faham dia suka kat kau..kan dia nak buat kau merana..ija kau jangan masuk sangkar yang dia sediakan…jangan ija…

“ dah la saya nak solat kejap..encik tengok la televisyen dulu..kejap lagi saya hantar kan kopi”

“ ija kita solat sama- sama”

“ ha…” aku memandang tepat ke matanya.

“ kita jemaah sama- sama..”

Aku mula mengerutkan dahi. Biar betul apa yang aku dengar itu. aku mula menapar pipiku. Sakit! Maknanya betul la apa yang aku dengar tu. tak salah..aku berada di alam nyata.

p/s: selamat membaca

1 comment:

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.