EPISOD 20
Kau Jodoh Aku, Tapi Aku cinta Kau!!!
Sofea sepupu Zul
Hakimi yang sudah tiga tahun tinggal di luar negara. Adam, Anak sepupu Zul
Hakimi ligat berlari-lari kehulur
kehilir. Penat mengejarnya. Sudah hampir sejam lebih Ija melayan
kerenahnya. Anak sepupu Zul Hakimi yang
baru pulang daripada Australia. Sudah dua hari tinggal di rumah Puan Sri Zanariah
ini.
Hai, si kecik ini
kalau macam ni hari-hari mau berat badan aku turun 10 kilo nie!. Ni mana pulak
perginya Adam ni. Desis Ija.
Mata Ija melilau mencari kelibat Adam. sudah puas Ija pusing
di sekeliling ruang tamu. Semuanya tiada. Matilah ija kali ini. Kalau Puan Sri
Zanariah tahu aku tidak menjaga cucu nya ini,mahu dia jerkah aku.
Ija
menarik nafasnya dalam- dalam.
Sesaat kemudian matanya terpandang keluar. Ha, itu pun si
kecik ni. ija mula berlari-lari anak. Fuhh, nasib baik , jika tidak mahu si
Adam ini terjun kedalam kolam renang yang dalam ini. Mintak simpang la kalau
jadi apa-apakan. Aduh, syukurYa-Allah. Terus sahaja Ija mahu mendukung Adam ,
dia terus berlari terus ke Gazebo. Aduh, budak kecik ni. saje je tau!!..
Saat aku memangil nama Adam. tiba-tiba bebeola matanya
terpandangkan kelibat Zul Hakimi dan Zura yang hampir-hampir bercium. Arghh,
baru bertunang sudah berlebih-lebih!.
“ ija, aku boleh explain” suara Zul Hakimi kedengaran.
Ija terus berpaling. Dan Adam di dukungnya, serta mata si
kecil di tutup dengan jemari runcing Ija. Isshh, tak kan budak sekecil ini di
benarkan menyaksikan aksi tidak senonoh bapa saudara sepupunya. Zul Hakimi ini miang sangat dah agaknya. Arghh,
tunggu je la beberapa bulan lagi.
“ tak pe. Encik..saya dengan Adam masuk dulu” terus sahaja
aku melangkah berlalu meninggalkan Zul Hakimi.
Tanpa sedar anak mataku terpandangkan wajah Zura. Dia
tersenyum sinis. Arghh, saja membangkitkan amarah aku agaknya!.
***
Setelah susu Adam di bancuh. Ija menyuapkan susu ke mulut
Adam dan mula mendodoikannya. Emak di Adam ini keluar bersama-sama Puan Sri
Zanariah. Entah kenapa Zura tidak ikut sekali.lagi satu Si Zura ni tak reti -reti ke nak balik rumah family dia. Entahla..malas nak fikir.
Sambil memdodoikan Adam. Mata Ija sudah mula kuyu. Sudah mula
mahu tertutup. Maklumla tidur di atas katil empuk di bilik tetamu. Hmm,
indah!!. Namun, keindahan itu tercemar pabila ada satu tangan melingkari ke
pinggangku.
Ija menjerit. Adam sudah mula menagis.Ija menepuk-nepuk
Adam.
“ encik ni kenapa?” suara Ija sedaya upaya di perlahankan. Takut-takut
Adam tersentak lagi. Lagi nahas di buatnya.
Zul Hakimi mengenggam tangan kiriku. Sambil sebelah lagi
menepuk- nepuk Adam.
“ dengar Ija.apa yang kau Nampak tu. tak betul. Tak aku
dengan Zura tu.. betul tak ada apa-apa” bersungguh-sungguh Zul hakimi
menerangkan kejadian tadi.
Ya benar. Hatiku ada
terusik. Namun, siapa aku untuk jelouse?. Layakkah aku? Sesuaikan aku
berperasaan begitu? . bukankan Zul Hakimi itu hanya boss aku? . Hanya lelaki
yang bergelar suami, namun bukannya melayan aku seperti Isterinya. Arghh..
jangan di fikir sangat Ija. Kau seharusnya fikirkan dia lepaskan kau dan
berakhirnya semua benda ini. Aku nak bebas dari Zul Hakimi!!!!.
“ tak apa la encik. Hmm, nasihat saya la . tunggulah sampai
Zura tu sah menjadi milik encik. Tak pun encik percepatkan pernikahan encik. Benda
elokkan, eloklah di cepatkan.” Nasihat Ija kepada Zul Hakimi.
Entah macam mana ayat itu boleh keluar dari mulut Ija. suara si Ija pun sudah macam mak cik tua memberi nasihat kepada anak!!..hahaha...Kalau Si Zul Hakimi tu naik angit dengan
nasihatku. Mati!!!.Tangannya ligat mendodoi Adam.
“ dengar dulu, explaination aku ija.”
“ apa dia lagi?”
“ benda tu, tak jadi
pun. Aku tak sengaja, terpeluk dia..dan…”
Tak sengaja. Arghh..tak
boleh diterima akal kot!. Dengan pakaian Zura , yang hanya mengenakan pakaian
tidur nipis. Mau iman si Zul Hakimi ni, tak goyah. Tak percaya aku!!..
“ dan?” Ija mencebik.
“ dah la encik. Lagipun she will become your wife one day. So,
encik pun open minded kan. Lagipun kita bukan ada apa kaitan pun. Jadi, tak
payah explain la. Hmm.. boleh tak encik keluar dari bilik ni. karang timbul
fitnah pulak”
Zul Hakimi membetulkan duduknya. Mukanya di ruap. Dia menarik
nafas dalam.
“ fitnah?. Fitnah apa?”
“ encik, Puan Sofea. Tak tahu apa-apa pun. Lagipun ini bilik
tidur dia. Encik nak saya cakap apa kalau Puan Sofea Tanya?. Encik tengok tak
jam dekat dinding tu? dah nak pukul dua kan?. Atau pun encik memang mahu
menambah masalah?.” mulutku di juih sedikit untuk menunjukkan jam bulat di
dinding.
“ bukan macam tu sayang”
Dah buat dah. Sayang-sayang.
Entah dengan Zura apa lah ayatnya dengan aku pun sayang..bentak Ija namun dalam
hati sahaja.
Lantas bahuku di pegang oleh kedua-dua tangan Zul Hakimi.
“please Ija..jangan macam ni”. pingangku di rangkul.
“ ZUL!!!!!!!!!” suara Sofea kedengaran..
Hmm..rasa-rasanya macam Zul Hakimi sengaja mahu menabah
masalah agaknya di tengah malam buta macam ini. Dan kedua-dua kami berpandangan
tepat kearah Puan Sri Zanariah dan Sofea. Aduh..masalah!!!!!!!!!!!!!.........
p/s : selamat membaca dan semoga terhibur...