BAB 19
KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU!...
Majlis pertunangan antara Zura dan Zul Hakimi di sambut meriah. Majlis yang
di buat di Hotel lima bintang. Maklum la kedua- duanya makhluk tuhan ini anak
orang kaya. Tentunya majlisnya sepadan dengan darjat serta tarafnya.
Majlis yang dihiasai dengan bunga ross merah serta putih.
Majlis yang Ija sendiri tak sanggup hendak pergi. Namun, di gagahkan jua untuk
menghadirinya disebabkan oleh Puan Sri Zanariah memaksa.
“ kak ija, kenapa akak termenung ni? akak sedih ke, tengok
abang Zul tunang dengan Kak Zura?” soal Zulaikha. Cantik persalinan dress berwarna kelabu yang melekap di tubuh Zulaikha.
Dari jauh Ija dapat melihat wajah Zul Hakimi yang tersenyum
pada para tetamu. Entah, kenangan di hari penikahanku terimbau kembali. Di hari
pernikahan ku aku lihat riak wajahnya tidak seceria ini.
“ kak?”
Lamunanku mula mati!.
“ ya, Ika nak apa?” soalku menutupi khayalanku.
“ akak sedih ye..tabahkan hati akak tau. Ika faham perasaan
akak” pujuk Zulaikah kepadaku.
Tanganku di genggam erat. Lantas aku membalas gengamannya
juga.
“ akak tak sedih la..buat apa nak sedih- sedih. Encik Zul
kan hanya boss akak.nak buat apa sedihnya. Tak ada maknanya..” sayu Suara Ija
Ya ke ,tak ada
maknanya?. Bukankan hati ini bagaikan meronta kesedihan? Aduh..tolonglah hati
lupakan segalanya. Lupakan segala rasa yang mula bersarang di hati.
“ kak, jangan tipu diri akak tau…nanti makan hati? Kak, Ika
suka kalau akak jadi akak ipar Ika berbanding dengan Kak Zura tu…”
Aku tergelak kecil.
“ ha, dari tadi papa duk perhatikan kamu berdua ni. ini
kenapa pulak ini? Ija , papa harap Ija jangan sedih sangat. Papa mintak maaf
dari pihak keluarga ni.” sayu suara Tan Sri Adam Suffian.
“ issh..mana ada, Ija sedih. Buat apa nak sedih Tan Sri,
esok- esok saya akan tinggalkan rumah ini jugak. “
“ ha, sebab sebelum akak pergilah kitaorang carikan calon
untuk akak nak tak? Tu tengok sana tu, ramai cousin Ika tu. akak nak yang mana?
Lawyer ade, doctor pun ada? Businessman pun ada akak Ija? Pilihlah?” jari telunjuk Ika menujukkan kearah sekelopok
lelaki yang sedang rancak berbual.
Aku tersenyum. Terhibur
dengan aksi Ika.
Amboi, ingat cari
calon suami macam pilih ikan dekat pasar malam!.
“ ingat senang, amboi..cuba Ika dulu.ika pilih dulu.”
“ ishh, wat apa Ika nya. Akak la, akak tau tak dari tadi tu,
kawan Abang Zul duk pandang akak je. Tu Abang Zack tu, baru je balik oversea
tu. lama tenung akak dari tadi. Hmmm, rasanyakan akak Ija, dia tu single lagi.
nanti Ika boleh suruh abang Zul recommend kan. Akak nak?”
Satu suara kedengaran dari belakang kami.
“ hmm, ada apa Ika sebut nama abangnya. ?” soal Zul Hakimi
yang entah datang dari mana.
“ ha, elok sangat abang ada dekat sini. Boleh terus Ika
sampaikan.tu, abang Zack tu single lagi ke tak?. Ika nak recommend kan Kak Ija
dekat dia. Sepadan je Ika tengok. Boleh bang?”
Mata Zul Hakimi bulat memandang wajahku. Terus anak mataku di larikan.
“ tak boleh.” Tegas suaranya.
“ kenapa pulak dengan abang Zul ni?. abang dah ada tunang
elok jugak kalau kak Ija cepat- cepat cari pengganti. Cepat la Ika dapat anak
buah.”
“ IKa boleh jangan melalut boleh tak? Tunggu je la abang
kawin berapa bulan lagi dengan Zura tu. kang dapat la anak buah berape ramai
yang Ika nak?.lima , sepuluh?”
Ika mencebik. Aku hanya membisu.
“ anak abang buat apa. Nak anak Kak Ija. Dah la cantik. Tu kalau
dengan abang Zack. Kacak pulak tu. hmm..mesti anak diorang cantik kan bang. Ishh..tak
sabar rasanya.”
Gila apa si Zulaikha
ini. Abang dia pun tak lepaskan aku lagi. mana nak dapatkan anaknya. Aduh..ingat
Zul Hakimi tu nak lepaskan aku senang-senang. Arghh, ingat dendam dia cepat
sangat terlerai ke…entah bilala dendam ini akan terpadam.
Dan suara mereka tenggelam dalam lamunan yang aku sendiri
tidak sedari..
***
Pukul 5 petang barulah kami sampai di rumah milik keluarga
Zul Hakimi. Penat. Itu sahaja mampu aku luahkan. Lantas aku terus meluru masuk
ke dalam bilik kecil yang di bina khas buatku. Aku terus merebahkan badanku
diatas katil. arghh, lega rasanya dapat merehatkan diri.
Baju kebaya kelabu masih melekap di tubuh badanku. Penat bercampur
malas untuk menukar pakaian.
Belum pun sempat mata ini terpejam. Ketukan pintu bilikku di
ketuk bertalu- talu. Hmm.. macam dapat agak dah siapa!. Tak lain tak bukan
mesti mamat poyo ini. Aku melangkah malas ke pintu yang berwarna coklat terukir
indah itu.
Lambat- lambat tombol pintuku dipulas.
“ ya, encik nak apa?”
Belum pun habis ayat diucapkan. Terus Zul Hakimi meluru
masuk dan menarik badanku kedalam bilik hinggakan aku terjatuh terduduk di atas
katil.
Dia nak buat perangai
tak semenggah dia la ni.
Aku bangun dari katil.
“kenapa?”
“ kenapa, kau Tanya aku!?”
Aku mengerutkan dahiku. Betul la aku Tanya kenapa? Salah ke?
Zul Hakimi oii..hang yang datang marah- marah..desis hati Ija.
Ija menggaru dahinya.
“ aku tak suka kau make up dengan pakai pakaian macam ni?”
matanya memandang tubuhku dari atas ke bawah.
Apa aku buat semuanya
dia tak suka. Pakai kebaya pun salah, kawan dengan abang syafiq pun salah. Apa masalah
entah si Zul Hakimi nie. Mabuk ke apa? Muka
dia sekarang ni, langsung tak macam orang baru beberapa jam lepas bertunang.
Garang semacam.macam singa!!..
Zul hakimi menyambung lagi ayatnya.
“ kenapa make up bagai, kau nak goda Si Zack tu ke apa. dari
tadi dia tenung kau macam singa kebulur”
Gila apa goda Zack. Kenal pun tak. Buat apa nak goda dianya.
Ini Cik Zulaikha yang bagi. aku tadah je la.lagipun Puan Sri Zanariah yang
suruh aku pakai cantik- cantik supaya aku tak jatuhkan maruah family dia.
“ hmm..Cik Zulaikha yang make up kan saya. Saya mintak maaf kalau encik tak suka.”
“ ingat, aku tak akan lepaskan kau untuk Si Zack ke sesiapa.ingat
pesan aku!. Aku belum habis lagi seksa
kau.”
Tubuhku di tolak lalu aku terjelopok jatuh ke lantai. Sakit. lantas dia meluru keluar dari bilikku.
eee..da kwin wt la cara kwin nie btunang ngn org len ag,
ReplyDeletehuhu kpd ciknie trima kasih komen this entry..Zul Hakimi mcm gatal je kan..huhuhu...
ReplyDelete