Tuesday, December 25, 2012

novel(27): kau jodohku, tapi aku cinta kau!!!

Views


KAU JODOHKU, TAPIKU CINTA KAU

BAB 27





Gelak tawa antara Zura dan Puan Sri Zanariah makin galak. Makin kuat kedengaran memenuhi segenap ruang bilik hospital tersebut . Puan Sri Zanariah hanya berlakon sakit di hadapan keluarganya. Ya, dia mahu membuang Ija dari rumah itu. Dia mahu Ija meninggalkan rumah tersebut sebelum Zul Hakimi mendapat tahu kebenarannya.

Seboleh – bolehnya Puan Sri Zanariah tidak mahu Zul Hakimi tahu segala ‘agenda’ yang dirancang. ‘ Agenda’ itu seharusnya tertanam dalam lubuk hatinya sahaja bukan untuk dipamerkan dihadapan anak- anaknya, bukan juga pada suaminya. Puan Sri Zanariah juga , tidak mahu anak tunggal lelakinya akan menyalahkannya dan akan meninggalkan rumah keluarga mereka. Sedaya upaya dia cuba menutup ‘cerita hitamnya’ dia mahu semua orang menyalahkan keluarga Ija.

 Biar semua marahkan Ija sahaja. Bak satu lagu nyanyian Dato Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. Jadi, Puan Sri Zanariah juga mengharapkan rahsiannya menjadi rahsia. Rahsia yang kekal abadi sampai dia menutup mata. Semoga rahsia yang mahu disimpan menjadi simpanan di dalam dasar hatinya dan tetutup dalam kamus hidupnya.

“ Zura, macam mana lakonan mama tadi?. Real tak?” hilai tawa mereka bercantum lagi.

“ Mama, hebat lakonan mama tadi. Kalaulah ada anugerah Pelakon Wanita Amator mesti mama menang..” ujar Zura dengan bersungguh- sungguh.

Zura memaniskan mukanya.

“ Hmm, tengoklah mama siapa dan bakal mama mertua siapa..” Puan Sri Zanariah semakin galak.

Zul Hakimi sudah keluar membeli barangan yang dipesan oleh Puan Sri Zanariah. Zul Hakimi sudah keluar kira-kira 15 minit yang lepas. Jadi, mereka berdua bolehlah merencanakan apa yang dirancang oleh mereka berdua. Mereka akan memastikan segala rancangannya berjalan lancar, tiada langsung halangan dan segala halangan itu seharusnya dimusnahkan segera.

“ Oh ye Mama, macam mana tadi, Mama ada bagi tahu Si Ija tu ke?, yang abang dia ada dengan Zura?” soal Zura yang sedari tadi persoalan itulah yang menganggu mindanya.

Bagai tidak keruan dia berada diluar tadi saat menunggu segala perbualan diantara Puan Sri Zanariah dengan Ija. Resah, sangat resah bila di fikirkan saat –saat tadi . Jikalau rahsia Hakam tinggal dengannya mahu Ija memarahinya. Tapi, tadi Ija terus berlalu meninggalkannya tanpa sebarang soalan.  Mungkin mama tidak memberitahunya?.  Benarkah?.Zura berkata dalam hatinya.

“ Zura..Jangan risau, mama tak bagitahu langsung apa- apa pada budak kampung tu”. pujuk Puan Sri Zanariah.

“ Betul ke mama ? . ” nada suara Zura ceria. Yelah, takutlah kalau- kalau rahsiannya diketahui Ija.

 Kita mana tahu isi hati orang , diam- diam mungkin Ija itu berisi. Dalam diam- diam mungkin Ija dapat memusnahkan hidupnya.

“Iya..Jangan risau..Mama tak akan, bagitahu sesiapapun rahsia kita. Buat apa bagitahu pada Ija tu, buang masa sahaja. Biarlah dia cari sendiri. Ha, lagipun dia memang tak guna..Carilah sendiri. Bukan susah pun. Dia kena bijaklah gunakan otaknya. Betul tak  Zura? ”

“ Tapi Mama” Zura makin cuak.

Telapak tangan Zura meraup wajahnya yang semakin merah. Panas barangkali ataupun dia menahan rasa. Entah hanya dia mengetahuinya. Sementara itu, Puan Sri Zanariah mula membuka zip handbag berwarna coklat dan mengeluarkan handphone Galaxy Notenya. Lantas tangannya ligat mendail nombor orang suruhanya.

“ Hello, Borhan.. I, Puan Sri Zanariah..I nak you jaga budak kampung yang tu..Jaga elok- elok, jangan biarkan dia terlepas.  Kau jangan langsung bagi dia keluar dari rumah tu..Ingat!!. Selangkah dia keluar rumah tu, nahas kau aku kerjakan!. ” tegas suara arahan yang terbit dari bibir Puan Sri Zanariah.

Borhan orang upahan Puan Sri Zanariah. Borhan juga sudah lama berkhidmat dengannya, yelah sudah hampir 4 tahun. Borhan sudah menjadi orang kepercayaannya malah Borhan juga mengetahui sebab mengapa dia mengurung Hakam di panthouse tersebut.Malahan pula Borhan juga yang telah ‘menyebabkan’ Hakam kehilangan ingatannya beberapa tahun lepas. 

“ Baik boss... Budak kampung tu, ditanggung beres boss. Dia takkan terlepas dari tangan aku boss”
. Balas Borhan dengan arahan yang diterima.

“ Bagus..Nanti aku akan naikkan bayaran untuk kau!..Ha, lagi satu..Kau jangan biarkan dia berjumpa dengan sesiapapun. Kau kurung je dia dalam rumah tu. Biar mampus dia dalam rumah tu, pun tak pe!. Aku tak kisah pun. ”

Borhan gelak besar dan menyambung kembali ayatnya sebentar tadi.

Boss ni, kenapa macam tak percayakan aku pulak. Macam tak biasa pulak Boss ni, Hakam tu lembik semacam je..Dah la lurus bendul, macam manalah dia nak keluar dari rumah tu. Lagipun Zura pandai mainkan peranan dia. Bijak betul menantu Puan Sri tu”. Puji Borhan kepada bakal menantu Puan Sri Zanariah.

Borhan tahu Puan Sri Zanariah suka dengan puji- pujian. Dia akan termakan pujian yang di berikan kepadanya. Dia sudah lama mengenali Puan Sri Zanariah, sudah hampir empat tahun. Lagipun segala aktiviti jahat Puan Sri Zanariah sudah berada di dalam gengamannya.  Dialah yang bersubahat dengan segala rancangan Puan Sri Zanariah . Borhan tahu dia bersalah namun dia tidak mempunyai pilihan lain. Hanya Puan Sri Zanariah sahaja yang menerimanya setelah keluar dari penjara 4 tahun dulu. 

Dia meringkuk dalam penjara di sebabkan dia disabitkan atas kesalahan merogol seorang gadis yang telah diupah oleh seseorang. Entah di mana gadis tersebut sekarang. Yang dia tahu, gadis tersebut sudah berpindah dari  Kampung Selasih . Keluarganya sudah berpindah dan dengar khbarnya gadis tersebut sudah bernikah dengan seorang lelaki yang  mencintainya.

Ya, rasa bersalah itu masih merantai lehernya, rasa bersalah tersebut masih membelenggu mindanya. Rasa bersalah tersebut akan terhapus jika dia dapat meminta maaf dari gadis tersebut. Bukan niatnya dahulu untuk merogolnya, namun atas upah yang di beri untuk mengubati emaknya yang sedang sakit tenat dia terpaksa melakukannya juga.

 Tapi, akhirnya dia ditangkap dan setelah keluar dari penjara Puan Sri Zanariah menawarkan dia kerja ini.  Borhan masih teringatkan bagaimana dia mula terjebak dengan segala aktivti jahat Puan Sri Zanariah.

“ Eleh, kau nak buat apa lagi Borhan..Aku tawarkan kau kerja ..Kau mesti buat budak ini lenyap dari bumi ini. Itu sahaja yang kau perlu buat.. Lagipun, siapalah yang mahu terima kau berkerja lagi dengan bekas banduan macam kau ni. Kau terima sahajalah, tawaran aku ni..Bukan susah pun, kerja aku bagi ini pun mudah. ” Kata- kata itu akan di ingati sepanjang hayatnya..

Siaplah yang akan terima kau berkerja lagi dengan bekas banduan macam kau ni. Bekas banduan!!!!! ‘ ayat itu tergiang –ngiang dan sejak itu dia mula terjebak kembali dengan aktiviti hitam yang di rencanakan oleh Puan Sri Zanariah. Ya, memang bayaran yang diterima cukup lumayan, hampir berpuluh –puluh ribu. Lamunan Borhan mula mati dek gelakan Puan Sri Zanariah di hujung handphone Nokianya.

Puan Sri Zanariah mula tergelak kuat dan senyumannya  melebar. Riang dengan pujian yang di lemparkan terhadap menantu pilihannya. Anak matanya lantas memandang Zura yang sudah termenung jauh.

“ Biasalah menantu aku. Aku mesti pilih menantu yang hebat macam Zura ni”. Puan Sri Zanariah pula melemparkan pujian terhadap Zura. Zura yang sudah termenung jauh itu, mula memalingkan mukanya kearah Puan Sri Zanariah apabila namanya dipetik.

“ Menantu bosskan..” Borhan terus menerus menanam jagung di tepi bibir.

Borhan tahu anak lelaki Puan Sri Zanariah sudah bernikah dengan seorang wanita. Namun sehingga kini dia tidak pernah berjumpa dengan menantunya. Wajahnya juga, ingat- ingat lupa.

Itu bukan bidang kerja aku. Buat apa aku perlu masuk campur urusan keluarga Puan Sri Zanariah tersebut. Yang dia perlu tahu, bayarannya masuk sahaja. kerja jalan bayaran pun dapat. Borhan mula bermonolog sendirian.

Puan Sri Zanariah masih mahu memuji bakal menantunya.

“ Menantu aku katankan.. Ehh, ingat pesanan aku! . Kalau performance kau tak bagus, aku kurangkan bayaran kau.. Ingat tu..kalau budak tu tanya yang bukan –bukan , kau cakap yang kau tak tahu apa-apa ..Faham!!!” tegas kembali suara Puan Sri Zanariah.

“ Alah boss..aku tak pernah hampakan bosskan selama ini. Jasa boss akan dikenang sampai akhir hayatku. Boss” . Borhan mula membuat suara seakan- akan seorang cina bercakap bahasa melayu. Alah persis Johan Raja lawak lagaknya.

“ Memanglah kau tak pernah hampakan aku!, tapi aku takut kali ini kau hampakan aku pulak.” Nada suara Puan Sri Zanaria tegas.

“ Baik boss, ada apa- apa, pesanan lagi yang mahu boss pesan?.”

“ Hmm..tak ada dah. Ingat pesan aku tu.  Jangan lupa pulak.”

“ Baik.Aku caw dulu ye boss..”

Talian di putuskan dan Puan Sri Zanariah mula mengerakkan bibirnya untuk bercakap dengan Zura.

“ Ok..Sayang. Segalanya sudah beres. Lepas ni, Zura jangan takut dah. Mama dah arahkan orang suruhan Mama, jaga budak kampung tu baik- baik. So, nanti bila Zura sampai panthouse tu, Zura jangan takut. Zura buat tak tahu sahaja.”

Pujuk Puan Sri Zanariah kepada Zura. Dia mahu Zura bertenang dan tidak terlalu kalut dengan segala yang terjadi. Puan Sri Zanariah sudah merancang segalanya.

“ Tapi Mama..Zura takutlah..memang Zura jahat. Tapi, Zura tak nak nanti kalau Ija tahu , mati dia kerjakan Zura”. Zura sedikit resah. Dahinya sedikit berkerut.

“ Siapa yang akan kerjakan Zura? Ija?” Soal suara lelaki dari arah pintu yang sedari tadi tertutup dan kini pintu tersebut sudah terbuka sedikit. Kemudian kelibat Zul Hakimi menghampiri sambil menjinjit beg plastic di kanan tangannya.

Doa Puan Sri Zanariah  dalam hatinya, semoga anaknya tidak mendengar setiap patah perkataan dari perbualan mereka berdua. Harap- harap, ‘ rahsianya’ tidak tersingkap!.. Kemudian Zul Hakimi meletakkan di meja kecil bersebelahan dengan katil Puan Sri Zanariah dan kembali mengulangi ayatnya tadi.

“ Siapa yang akan kerjakan Zura? Ija?” Soal Zul Hakimi buat kali kedua.

Berbola mata antara Zura dan Puan Sri Zanariah saling berpandangan. Masing- masing kehilangan kata. Masing – masing kehilangan ayat yang mahu terbit dari bibir mereka. Mati idea agaknya. Tiba- tiba Puan Sri Zanariah mendapat satu idea yang entah dari mana datangnya.

“ Ishh.. Ija berani nak apa- apakan kita?. Kalau dia berani apa- apakan kita. Nahas mama kerjakan dia. Tahulah nasib dia .” Jawab Puan Sri Zanariah dengan wajahnya di seriuskan. Seakan dibuat- buat untuk mengaburi mata anak terunanya.

“ Mama, Zura… kalau Ija  tu berani apa- apakan family kita. Zul tak teragak- agak untuk buat hidup dia porak peranda. Zul tak akan biarkan dia hidup bahagia walaupun sebesar hama sekalipun. Zul akan pastikan jugak, dia dapat balasan atas apa yang dia kerjakan.” Kata – kata Zul Hakimi penuh tekad.

Zul, Zul.. nasib baik kau tak tahu kebenarannya . Kalau kau tahu, entah bagaimana penerimaan kau terhadap mama kau ni?.. Lantak kaulah Zul Hakimi oiii.... itu pilihan kau.Kata- kata Zura ini tidak terkeluar pun dari bibirnya namun hanya terkeluar dalam hatinya sahaja.

“ Bagus anak mama ni. Macam nilah anak mama, selalu melindungi family kita. Zul, mama sayang dekat anak- anak mama berdua.”

“ Zul, pun sayang pada Mama..Zul sanggup lakukan segalanya untuk mama..”

“ Kalau sayang Mama. Zul mesti percayakan mama..Jangan percayakan orang lain ye, sayang.” 

Terus Puan Sri Zanariah meraih tubuh badan Zul Hakimi. Lalu, di usap lembut belakang badan Zul Hakimi. Tanda sayang mamanya padanya. Kemudian, dia menarik tangan Zura dan mendakapnya. Mereka bertiga berpelukan penuh erat.

“ Zul..apa kata kita langsungkan cepat pernikahan kamu. Benda baik Zul, tak payah lengahkan. Betul tak cadangan mama ni ?.”

“ Buatlah apa sahaja Mama.. Zul ikut sahaja segala cakap mama. Janji mama cepat sembuh.”

“ Mama nak kamu berdua bahagia. Mama kesal dengan tindakan mama dahulu, Mama menyesal suruh kamu bernikah dengan Ija. Dia memang Jahat, tengoklah dia buat apa pada mama.. Perempuan macam tu tak layak langsung jadi menantu mama. Tak layak!.”

“ Tak apalah mama.. Mungkin dulu dia jodoh Zul agaknya . Tapi, cinta mungkin tak ada antara kami.”  Sayu nada suara Zul Hakimi.

Cinta? Aku sendiri tidak pasti Ija. Adakah aku mencintai kau atau tidak?. Aku sendiri tertanya- Tanya adakah cinta layak buat kita berdua?. Adakah cinta benar- benar wujud antara kita, Ija?”.  

Adakah Ija sudah keluar dari rumah?.  Masa aku sampai nanti, adakah Ija sudah keluar dari situ atau dia masih menunggu aku.? Arghh.. benarkah semua ini.? Tapi tadi aku sudah menghalaunya.
Arghh.. Zul, persetankan semuanya, Ija bukan wanita baik. Tengok sahaja apa yang telah dilakukan terhadap mama kau. 

Dia menyebabkan Mama kau masuk hospital. Sampai terlantar, macam ini layakkah dia menjadi permaisuri hati aku. Layakkah dia menjadi bidadari hidup aku?. Arghh.. sudah Zul Hakimi,  malas memikirkan apa yang menari- nari di benaknya. Dia mula memejamkan matannya dan mula menekan pedal minyak dan memecut laju membelah lautan kereta. 

p/s: selamat terhibur dengan bab kali ini..

Wednesday, November 14, 2012

Novel (26) kAU JODOHKU, tAPI AKU CINTA KAU!!!

Views




BAB 26
KAU JODOHKU, TAPIKU CINTA KAU!!!




Mata Puan Sri Zanariah memandang tepat ke dalam anak mata Ija. Ija mula memberanikan diri untuk memandangnya kembali. Walaupun nampak  sedikit takut- takut, Ija tetap mengarahkan anak matanya memandang tepat kearah Puan Sri Zanariah.

“ Puan Sri, mana Puan Sri sorokkan abang saya?” soal Ija walaupun dia masih dalam keadaan sugul.
Puan Sri Zanariah tetap memandangnya dengan pandangan tajam.

“ Abang kau yang gila tu, manalah aku tahu?. Aku bukan penjaga dia.” Sinis.
Kemudian apple yang sudah dibasuh yang berada di atas meja hospital itu di gigit  oleh Puan Sri Zanariah. Bunyi gigitan rangup daripada apple fuji tersebut kedegaran. Lantas Puan Sri Zanariah meneruskan kunyahannya.

“ Puan Sri, cakaplah mana abang saya?. Lepas ni, kami sekeluarga tidak akan mengganggu keluarga puan Sri dah. Saya janji.” Kelima- lima jari runcing Ija diangkat keatas, tanda perjanjian yang di meterai oleh mereka berdua.

Seketika kemudian, buah yang belum habis ditelan oleh Puan Sri Zanariah dimuntahkan keluar kearah Ija. Habis terkena baju dan tudung yang dipakai Ija.
Ija mula memejamkan matanya. Mencari kesabaran dan kekuatan.

“Walau aku tahu sekalipun, aku tak hinggin nak bagitahu abang kau dekat mana.. Faham!!”

“ Kenapa, buat kami sekeluarga macam ni.?”

“Kenapa, kau tanya?. Pergilah tanya, abang kau tu?. Apa dia dah buat?. Apa yang menyebabkan aku rasa, abang kau tu sewel dan kerana abang kau jugak la kau dapat balasan ini. Padan dengan muka kau!.”

“ Apa yang abang saya dah buat?. Saya tak faham”

"Abang kau tu, lurus bendul!..Sebijik macam kau!. Kesian, di sebabkan lurus bendul dia tu, aku dapat tutup apa yang aku nak tutup selama ini. Jadi, aku terpaksa gunakan korang untuk merealisasikan rancangan aku. Tak sangka hidup aku jadi mudah ,bila  tunang kau tinggalkan kau. “
Puan Sri Zanariah menelan liur pula. Kemudian dia menyambung kembali ayatnya.

“  Masa tunang kau tinggalkan kau, aku reka- reka cerita untuk mengaburi mata semua orang atas apa yang aku lakukan. Tapi, kau jangan risau, aku akan suruh Zul bank in kan duit kedalam akaun bank kau. Tak pun aku bagi cek je dekat kau. Duit itu adalah bayaran sebab kau sudi mengaburi mata family aku… Tapi aku betul- betul tak sangka, Zul betul- betul perayakan kata- kata aku. Hinggakan dia sanggup bernikah dengan kau. Yelah, aku kan mak kandung dia, masakan pulak dia tidak percayakan kata-kata akukan?.“

Panjang lebar ayat yang keluar dari bibir Puan Sri Zanariah. Entah satu benda pun Ija tak faham. Kaburi mata semua orang?. Kepala Ija betul- betul bingung. Betul- betul runsing. Tak faham langsung dengan apa yang berlaku.

Dahi Ija mula berkerut.

“ Saya betul- betul tak faham?. Apa sebenarnya berlaku. Puan Sri, buat apa ni. Tolongla saya betul – betul tak faham?” kata Ija jujur. Ija tidak faham dengan apa yang  di cakapkan oleh  Puan Sri.
Ija menyambungkan ayatnya kembali.

“ Bayaran apa?. Kenapa ada bayaran ?. Kenapa?.”

“ Kau ni, bengap betul. Takkan la kau tak nampak lagi, takkan la bodoh sangat anak aku nikah dengan perempuan old fashion macam kau ni!. Kampung!. Dah kampung, bengap pulak!.”

“ Bukan ke, Zul nikah dengan saya kerana dendam?. Dendam, sebab Ika sakit. Bukan macam tu ke?”

“ Apasalla bengap sangat!. Aku sahaja reka- reka cerita, sebab aku nak kaburi mata semua!. . Actually, aku patut berterima kasih dekat kau sekeluarga, sebab korang berdua aku dapat kaburi kesalahan yang aku dah buat pada family aku. Tapi kesian hanya Ika sahaja dapat tahu sebelum aku dapat lenyapkan abang kau”

“ Lagipun memang betullahkan?. Abang Hakam memang tak bersalahkan?. Betul?. Jadi buat apa lagi Puan Sri nak simpan dia?. Lepaskan je lah abang saya. “

Apple yang mempunyai sedikit kesan gigit, yang sedari tadi berada di dalam gengaman Puan Sri Zanariah di letkkan diatas piring kecil. Kemudian, mata Puan Sri Zanariah tearah ke arah Ija.

“ Baik kau jangan faham lagi bagus!. Bila kau, melangkah pergi dari rumah tu, aku akan pastikan kau dapat bayaran sebab sudi bernikah dengan anak kau!. Anggap sahaja itu sebagai ganti rugi atas apa yang berlaku!. Lagipun, aku pasti sangat anak aku tak pernah sentuh kau walau sejengkalkan?. So, please tinggalkan rumah tu, tapi ingat jangan bagitahu Zul apa yang aku cakapkan ni. Kalau tidak abang kau akan lenyap dari bumi ni, tanpa ada mayat pun!. Ingat!!!”

Ayat gertak daripada Puan Sri Zanariah makin keras.

“ Saya akan tutup mulut saya, kalau Puan Sri bagitahu dekat mana abang saya”. Ija pula mahu mengertak Puan Sri Zanariah. Biarpun tidaklah seberani mana. Namun, itu sahaja cara untuk mengetahui mana abang kandungnya berada.

“ Yang perlu kau tahu, abang kau selamat di bawah jagaan kami. Bila mana kau dah, blah dari rumah tu. Aku boleh lepaskan dia. Tapi ingat jangan ada sebarang cerita pun, yang boleh kau cerita pada Zul. Kalau tidak abang kesayangan kau, akan lenyap!!!!!!!”

Tiba- tiba Puan Sri Zanariah menjerit kuat. Ija mula panik.Gawat!. Kenapa mesti Puan Sri Zanariah menjerit kuat sedangkan dia tidak sakit pun. Ya- Allah, kenapa dia sedemikian.

“ Doktor!!!!!!!!!!.Sakit!!!!!!!!!!!!!!Sa….Kittttttttttttttttttttttttttttttttttttttt”…raung Puan Sri Zanariah kuat.

“ Puan Sri tak apa- apa ke?”

Ija merapatkan badannya pada Puan Sri Zanariah.

“ Ingat!, jangan cakap apa- apa. Mulut kau kena Zip. Kalau tak, aku musnahkan abang kau tu. Ingat!!!!!!!!!!”

Tidak sampai sesaat pun, Zul Hakimi sudah meluru masuk kedalam bilik hospital itu. Zura melangkah setapak di belakang Zul Hakimi.

“ Kenapa mama?” sesaat kemudian, Zul Hakimi mengarahkan Zura memanggil doktor. Sedari tadi loceng yang berwarna merah itu ditekan, namun tidak ada seorang jururawat  mahupun doktor yang datang.

Puan Sri Zanariah menggenggam erat tangan anak lelaki tunggalnya.

“ Tak payah Zul, panggil doctor. Mama tak apa-apa”

“ Ok..Mama rehatlah dulu. “ pujuk Zul Hakimi pada Puan Sri Zanariah. Kemudian dia menyambung kembali ayatnya.

“ Ini semua sial kaulah ni! Mari sini.” Lengan kiri Ija di cengkam kuat. Lantas diri Ija terdorong ke hadapan sedikit.

Tudung yang baru diperbetulkan itu tarik oleh Zul Hakimi. Sanggulan anak rambut Ija  di rentap kasar. Kemudian, Zul Hakimi mengoyangkannya kearah kiri dan kanan.

“ Sakit!!!”

“ Sakit, kenapa kau buat mama aku sakit?. Aku bengang betul dengan kau ni!. Ikutkan hati, aku nak je bunuh kau ni!” mata Zul Hakimi membulat memandang Ija.

“ Zul..Dah la tu. Mama nak berehat. Suruh dia ni keluar”

Jari telunjuk Puan Sri Zanariah menunjukkan tepat ke arah Ija dan seketika kemudian Puan Sri Zanariah mengiring membelakangi kami semua.

“ Balik la Ija oiii.. Kemas semua barang kau tu!. Berambus dari cepat- cepat sikit !. Tengok kau ni lama- lama, karang aku pulak masuk hospital.” Ujar Zura yang sedari tadi diam seribu bahasa, kini sudah mula bersuara.

Zura menyambung ayatnya kembali.

“ Elok- elok aku sihat macam ni, terus sakit. Sayang, cepat –cepatlah you suruh budak tak guna ni blah. I tak tahan tengok muka dia. Rasa macam nak termuntah.” Zura mula membuat aksi seakan-akan mahu termuntah.

“ Betul jugakkan, Zura sayang. Abang rasa kalau dia ada seminit lagi dekat sini. Abang rasa macam boleh sewel.” Lantas pinggang ramping Zura dirapatkan kebadannya.

“ Encik sebelum saya pergi. Halalkan segala makan minum saya. Maafkan segala kesalahan saya selama saya tinggal di rumah keluarga encik.” Ija berkata sebelum menghulurkan tangan kanannya kearah Zul Hakimi. Namun, salam yang dihulurkan langsung tidak di sambut. Tangannya di pandang kosong oleh  Zul Hakimi.

“ Tak payah, nak tunjuk alim sangatlah!.” Zul Hakimi mula berbicara dan dia mula menyambung ayatnya seketika kemudian. Tangannya masih menjalar di pinggang Zura.

“ Aku tak nak ambik tahu hal lain –lain. Yang aku tahu,  saat aku masuk je rumah tu nanti. Kau berambus dah. Kalau kau ada lagi. aku takut kau boleh mati je dekat tangan aku!!! Sekarang aku nak kau blah dari sini! Berambus!!!!”


Terus sahaja Ija mencapai handbagnya, yang berada lima langkah darinya.  Handbag yang telah tercampak selepas Zul Hakimi menolak Ija. Kemudian, Ija terus melangkah untuk mencapai tombol pintu bilik hospital tersebut dan meninggalkan mereka bertiga. Ya- Allah kenapa ujian-Mu begitu berat?. Ya- Allah aku yakin dengan innallaha ma'ana, sesungguhnya Allah bersama kita. Ya sesungguhya Allah bersamaku. Ija redha dengan qada dan qadarnya Ya- Allah.

Tuesday, August 21, 2012

Novel(25): Kau Jodoh Aku, Tapi, Aku cinta kau..( Episod 25)

Views

Kau Jodoh Aku, Tapi Aku Cinta Kau!!!

Episod 25




 “ Tolongla..” air mataku mengalir deras. Aku ingin tahu dimanakan Puan Sri Zanariah menyembunyikan Abang Hakamku. Entah mana Puan Sri Zanariah sembunyikannya. Aku hanya ingin tahu. Dimana abangku..Aku dan seluruh keluargaku amat merindui Abang Hakam. Sudah hampir 3 tahun Abang Hakamku tidak pulang ke kampung. Sudah begitu lama aku rasakannya.

“ Tolongla”.. Ija masih merayu. Masih mahu merayu. Namun, Zul Hakimi dan Puan Sri Zanariah masih kekal dengan ketegasan mereka.  Zul Hakimi masih membuat muka tidak puas hatinya.

Ija sudah mula melutut di kaki Zul Hakimi. Kedua – dua lututnya mencecah lantai hospital ini. Dia sudah tidak peduli akan kekotoran lantai hospital yang entah apa yang dipijak oleh orang yang masuk kedalam bilik hospital ini.

“ tolong la encik..saya mohon..saya merayu..tolonglah saya untuk kali je..Tolong la..” kedua- dua tapak tangan Ija dirapatkan. Bebola matanya tepat memandang kearah Zul Hakimi yang menyilangkan kedua- dua tangannya. Dengan reaksi yang tanpa secalit perasaan Zul Hakimi masih seperti Tugu Negara. Kemudian Lutut Zul Hakimi di gengam erat oleh kedua-dua tangan milik Ija.  Seketika sahaja dia berkedudukan seperti Tugu Negara tersebut. Kini, Zul Hakimi mula bersuara.

“ kau ni..susah betul nak faham bahasakan?..agaknya masa kau sekolah dulu, cikgu kau ni tak sempat nak ajar kau kot part nie. Oh..tak punkan, kau nie banyak sangat ponteng sekolah. Sebab tu jadi macam ni. BEBAL.BENGAP!!!” ..wajah Zul Hakimi menunduk memandang Ija.  

 Air mataku mengalir sederas Air terjun Nigara. Air mata ini terjun sederas –derasnya.

“ Tolongla..” Ija masih merayu walaupun Ija sedar hati Zul Hakimi kini sekeras simen.
Kemudian Zul Hakimi ketawa kuat.

“ memang bengap betul kau nikan..Ini pun tak faham bahasa lagi. macam manalah mak bapak kau ajarkan kau ni. Hmm…agaknya kau sempat belajar merosakkan hati orang je kan..” Zul Hakimi masih melontarkan ayat- ayat pedasnya.

Ija memejamkan matanya. Air matanya di seka..Ya-Allah, apakan ujianMu ini.. Ya-Allah permudahkanlah segala urusanku ini. Ya-Allah , hanya padamu aku berharap. Hanya padamu ku berserah. Ya-Allah, bantulah aku hambaMu yang lemah ni.. Aku memohon pada-Mu..Aku berlindung di bawah Naugan-Mu Ya- Allah.. Ija berdoa dalam hatinya..Moga- Moga doanya di terima Allah. Hanya Allah yang dapat membantunya kini.

“ ha..kenapa kau diam!!!!. Tidur pulak ke?”


“ Tolongla Encik..Tolonglah saya..sekejap pun jadilah. Tolonglah..”

“ kau ni memang pekak bin tuli agaknya.” Jerkah Zul Hakimi..kemudian, dia duduk menyaingiku Kini, dan kini kami berdua bertentangan mata.

“ Tolong.. Saya rayu..”

“ kau nak buat apa lagi cakap dengan mama aku.?. Kau nak buat dia sakit macam mana kau buat dia tadi. Oh, mesti kau nak buat dia sakit macam adik aku dulu. Macam tu.!!!!!!??” soal Zul Hakimi bertalu- talu. Tanpa sebarang noktah soalannya.

“ Bukan macam tu maksud saya. Saya hanya nak bertanyakan satu soalan sahaja.Tolongla Encik…kali ini ja..Tolongla..”

Kemudian tudung bawal berwarna biru gelap yang tersarung di kepala Ija direntap kasar. Sebahagian rambut Ija sudah  jelas kelihatan.

“ Encik sakit…”

Tangan kanan Ija sudah memegang kerongsang berbentuk bunga yang tajam menikam isi yang berada di bawah dagunya. Kerongsang yang dipakai oleh Ija terkena di bawah dagunya menyebabkan Ija seperti sudah kekurangan sedikit oksigen.

“ encik sakit..”

“ padan muka kau..”

“ Tolongla encik..” kemudian Zul Hakim merentap kasar tudung yang dipakai Ija. Kini Ija sudah tidak memakai sebarang penutup di kepalanya.

“ Tolonglah encik .. jangan buat saya macam ni. Saya merayu..Tolonglah saya..” tudung yang sudah tertanggal di biarkan jatuh melepasi bahunya.

Dia tersenyum memadangku. Sinis.

“ ini aku nak tolong kau la ni..”

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Ija..

“ dah dapat ‘pertolongan’ dari aku..macam mana rasa dia. Sedap?.”

“ kali ini sahaja…”

“ kau memang suka menguji kesabaran aku!!!”

Zul Hakimi mula mencekik leher jinjang milik Ija. Sakit. Anak mata Ija sudah merah dek air matanya yang sedari tadi tidak berhenti- henti mengalirkan airnya..  Kedua- dua tangan Ija memegang erat tangan Zul Hakimi yang mencekiknya. Dia mahu Zul Hakimi melepaskan gengaman tangannya yang kejap memegang lehernya.

“ Zul, mati pulak budak tu” suara Puan Sri Zanariah mula bersuara. Semenjak dari tadi Puan Sri Zanariah hanya menjadi penonton wayang free di hadapan matanya. Kini dia mula bersuara untuk menahan Zul Hakimi daripada membunuhku. Kalau mati Ija tu macam mana?. Zul tu satu-satunya anak tunggal lelaki yang dia ada. Tak mungkin dia akan membiarkan anaknya meringkuk dalam penjara. Mustahil dia akan membiarkan perkara itu terjadi. 

Setelah itu barulah Zul Hakimi meleraikan tangannya dari leher Ija.IJa mula terbatuk batuk menahan sakit.  Hampir termuntah dek cengkaman kuat dari Zul Hakimi.

“ kau boleh terjeluek dekat sini. Memang kurang ajar betul kau nikan..boleh kau nak muntah dekat aku!!!. Sakit betul hati aku tengok muka tak tahu malu kau nikan..pleasela!.. kenapalah aku kahwin dengan perempuan bengap macam kau ni. dah lah bengap, kotor pulak tu..” Zul Hakim masih tidak paus lagi menghembur kata.

“ Encik, cakap la apa sahaja.. Encik nak hina saya ke, nak caci saya ke..tapi tolonglah saya nak cakap dengan Puan Sri 5 minit pun jadilah..tapi tolong benarkan saya bercakap dengan Puan Sri Zanariah..sekejap pun jadilah” . kedua bebeola mata Ija memandang tepat ke wajah Puan Sri Zanariah.
Dia sedang tersenyum sinis sambil berpandangan antara satu samalain dengan Zura. Mereka kelihatan benar- benar bahagia. Benar- benar gembira. Entah apa agenda tersembunyi mereka Ija tidak ketahui. Yang dia tahu kini dia mahu bertanyakan dimana abang Hakamnya berada.  

“  5 minit pun jadilah”

“ ehh.. jangan kata..5 minit, 5 saat pun aku tak benarkan..kau nak buat apa sebenarnya?.. cakap?!” Soal Zul Hakimi dengan nada yang Kuat dan boleh memecahkan deria pendengaran seseorang. Bunyi suara ZUl Hakimi ini agaknya boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran kekal.

“ saya nak mana abang saya di sorokkan? .. tu sahaja..tolongla encik..saya merayu satu ini sahaja pada encik..tolonglah..”

“ so..kau nak cakap abang kau yang jahat tu, mama aku soroklah?..Macam tu.. tak la bodoh sangat kot, Mama aku nak sorokkan abang kau tu..buang masa sahaja….”

 Zul Hakimi membela hujung baju kemeja yang berlipat. Kemudian dia menyambung kembali kata-katanya.

“  kau nak tuduh mama aku. Buat kerja gila tu. enah- entah abang kau dah gila, tak kenal family sendiri.”

“ percayalah cakap saya.. Puan Sri tahu dekat mana abang saya..tolong la encik” jari telunjuk Ija menghala tepat ke arah Katil tempat pembaringan Puan Sri Zanariah.”

“ Kau jangan cuba nak buat fitnah yang bukan- bukan dekat mama aku. Lagipun, aku dah muak dengan sandiwara kau ni.  Jelikla aku dengan keletah kau ni!” .jerkah Zul Hakimi. Tangannya mula mencengkam kedua- dua belah pipi Ija.

Kelakuannya masih sama. Masih mahu mencederakanku.

“ Zul..dah la tu.. Kamu nak dia mati ke?. .atau kamu mahu dia saman kamu?. Kamu tahukan Zul..perempuan jahat macam ni, boleh buat apa sahaja yang dia mahukan. Apa sahaja yang boleh mendatangkan rasa sakit dekat family kita.. Zul Kamu jangan biarkan orang macam ni, menjadikan kita lemah. Zul..nanti kalau dia saman kita mau heboh satu pejabat papa. Mahu heboh satu Shah Alam ni dengan cerita ni.” gesa Puan Sri Zanariah.

“ belum sempat dia apa- apakan kita..Kita buatla dulu dekat dia mama..Biar dia rasa sakit macam mana adik rasa.”

Zul Hakimi mula mendekati Mamanya. Cuba meyakinkan mamanya bahawa aku boleh mendatangkan kecederaan kepadanya.

Adakah aku mampu mencederakan Puan Sri Zanariah dalam keadaan begini?. Adakah aku juga mampu membuatkan Puan Sri Zanariah tercedera?. Untuk mendekatinya juga aku tidak mampu. Adakah semua ini dapat di fikirkan oleh Zul Hakimi?. Apakah dia tidak boleh berfikir bahawa yang sebenarnya sudah tercedera adalah wanita yang berada di hadapannya!!..raung Ija dalam hati..

“ Encik..kali ini sahaja..selepas ini saya tidak akan langsung menganggu keluarga encik walau sesaat. Tolongla encik..hanya mama encik ini sahaja yang tahu dimana abang saya berada?. Selepas saya dapat bercakap dengan mama encik ini, saya akan tinggalkan semuanya. saya akan tinggalkan rumah encik, tinggalkan segalanya. Saya akan anggap saya langsung tak pernah kenal siapa lelaki dihadapan saya sekarang ini..tapi, semua itu saya hanya akan lakukan selepas mama encik bagitahu saya di mana Abang Hakam saya berada. Boleh ecnik?” kata- kata Ija penuh tegas.

Ya, aku akan mengganggapnya sebagai satu mimpi. Mimpi yang akan pergi setelah mataku terbuka. mimpi yang akan terhapus apabila ‘ mataku ‘ tersedar. Mimpi yang aku sendiri tidak tahu adakah ia indah atau sebaliknya.

Kesemua orang yang berada didalam bilik hospital tersebut terdiam membisu.  Senyap. Persis melihat bidadari turun dari langit lagak mereka semua. Tiba- tiba, Puan Sri Zanariah mula berbicara.

“ Zul, Zura..kamu berdua tinggalkan Mama dengan perempuan tak tahu malu ni. biar Mama cakap dengan dia…”

Puan Sri Zanariah membetulkan rambut perangnya yang sedikit mengganggu percakapannya. Seketika kemudian, Puan Sri Zanariah mahu menyambung kembali kata- katanya, namun belum sembat Puan Sri Zanariah menyambung kata- katanya  Zul Hakimi memintas.

“ tapi ..Mama ..Kalau dia apa- apakan Mama macam mana?” Riak wajah Zul Hakimi seperti tidak berpuas hati.

“ kalau dia cederakan Mama ..Mama tekan butang nie, sayang. Lagipun dia tidak akan mampu mencederakan mama.. ” Sambil tangan Puan Sri Zanariah menujukkan button Emergency Botton yang berwarna merah hati.

“ tapi”

“ Zul..percayalah cakap mama dia tidak akan mampu mencederakan mama..believe me.” Kata Puan Sri Zanariah penuh yakin.

“ kalau kau apa-apakan Mama aku. siap kau!..nahas kau aku kerjakan nanti.”

Kedua- dua berbola mata Zul Hakim masih tidak lepas dari memandang kearah Ija. Walaupun kakinya sudah semakin hampir kearah pintu. Namun anak matanya masih tepat memandang kearahku. Marah nya masih membara. Masih membakar ke dalam hatinya agaknya. Biarlah apa yang di fikirkan oleh otaknya, yang aku mahu sekarang adalah dia membenarkan aku berjumpa dengan mamanya.


p/s: Selamat Hari Raya...
Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.