Kau Jodoh Aku, Tapi Aku Cinta Kau!!!
Episod 25
“ Tolongla..”
air mataku mengalir deras. Aku ingin tahu dimanakan Puan Sri Zanariah
menyembunyikan Abang Hakamku. Entah mana Puan Sri Zanariah sembunyikannya. Aku
hanya ingin tahu. Dimana abangku..Aku dan seluruh keluargaku amat merindui
Abang Hakam. Sudah hampir 3 tahun Abang Hakamku tidak pulang ke kampung. Sudah
begitu lama aku rasakannya.
“ Tolongla”.. Ija masih merayu. Masih mahu merayu.
Namun, Zul Hakimi dan Puan Sri Zanariah masih kekal dengan ketegasan
mereka. Zul Hakimi masih membuat muka
tidak puas hatinya.
Ija sudah mula melutut di kaki Zul Hakimi. Kedua –
dua lututnya mencecah lantai hospital ini. Dia sudah tidak peduli akan
kekotoran lantai hospital yang entah apa yang dipijak oleh orang yang masuk
kedalam bilik hospital ini.
“ tolong la encik..saya mohon..saya
merayu..tolonglah saya untuk kali je..Tolong la..” kedua- dua tapak tangan Ija
dirapatkan. Bebola matanya tepat memandang kearah Zul Hakimi yang menyilangkan
kedua- dua tangannya. Dengan reaksi yang tanpa secalit perasaan Zul Hakimi masih
seperti Tugu Negara. Kemudian Lutut Zul Hakimi di gengam erat oleh kedua-dua
tangan milik Ija. Seketika sahaja dia
berkedudukan seperti Tugu Negara tersebut. Kini, Zul Hakimi mula bersuara.
“ kau ni..susah betul nak faham bahasakan?..agaknya
masa kau sekolah dulu, cikgu kau ni tak sempat nak ajar kau kot part nie.
Oh..tak punkan, kau nie banyak sangat ponteng sekolah. Sebab tu jadi macam ni.
BEBAL.BENGAP!!!” ..wajah Zul Hakimi menunduk memandang Ija.
Air mataku
mengalir sederas Air terjun Nigara. Air mata ini terjun sederas –derasnya.
“ Tolongla..” Ija masih merayu walaupun Ija sedar
hati Zul Hakimi kini sekeras simen.
Kemudian Zul Hakimi ketawa kuat.
“ memang bengap betul kau nikan..Ini pun tak faham
bahasa lagi. macam manalah mak bapak kau ajarkan kau ni. Hmm…agaknya kau sempat
belajar merosakkan hati orang je kan..” Zul Hakimi masih melontarkan ayat- ayat
pedasnya.
Ija memejamkan matanya. Air matanya di
seka..Ya-Allah, apakan ujianMu ini.. Ya-Allah permudahkanlah segala urusanku
ini. Ya-Allah , hanya padamu aku berharap. Hanya padamu ku berserah. Ya-Allah,
bantulah aku hambaMu yang lemah ni.. Aku memohon pada-Mu..Aku berlindung di
bawah Naugan-Mu Ya- Allah.. Ija berdoa dalam hatinya..Moga- Moga doanya di
terima Allah. Hanya Allah yang dapat membantunya kini.
“ ha..kenapa kau diam!!!!. Tidur pulak ke?”
“ Tolongla Encik..Tolonglah saya..sekejap pun
jadilah. Tolonglah..”
“ kau ni memang pekak bin tuli agaknya.” Jerkah Zul
Hakimi..kemudian, dia duduk menyaingiku Kini, dan kini kami berdua bertentangan
mata.
“ Tolong.. Saya rayu..”
“ kau nak buat apa lagi cakap dengan mama aku.?. Kau
nak buat dia sakit macam mana kau buat dia tadi. Oh, mesti kau nak buat dia
sakit macam adik aku dulu. Macam tu.!!!!!!??” soal Zul Hakimi bertalu- talu.
Tanpa sebarang noktah soalannya.
“ Bukan macam tu maksud saya. Saya hanya nak
bertanyakan satu soalan sahaja.Tolongla Encik…kali ini ja..Tolongla..”
Kemudian tudung bawal berwarna biru gelap yang
tersarung di kepala Ija direntap kasar. Sebahagian rambut Ija sudah jelas kelihatan.
“ Encik sakit…”
Tangan kanan Ija sudah memegang kerongsang berbentuk
bunga yang tajam menikam isi yang berada di bawah dagunya. Kerongsang yang
dipakai oleh Ija terkena di bawah dagunya menyebabkan Ija seperti sudah
kekurangan sedikit oksigen.
“ encik sakit..”
“ padan muka kau..”
“ Tolongla encik..” kemudian Zul Hakim merentap
kasar tudung yang dipakai Ija. Kini Ija sudah tidak memakai sebarang penutup di
kepalanya.
“ Tolonglah encik .. jangan buat saya macam ni. Saya
merayu..Tolonglah saya..” tudung yang sudah tertanggal di biarkan jatuh
melepasi bahunya.
Dia tersenyum memadangku. Sinis.
“ ini aku nak tolong kau la ni..”
Satu tamparan kuat hinggap di pipi Ija..
“ dah dapat ‘pertolongan’ dari aku..macam mana rasa
dia. Sedap?.”
“ kali ini sahaja…”
“ kau memang suka menguji kesabaran aku!!!”
Zul Hakimi mula mencekik leher jinjang milik Ija.
Sakit. Anak mata Ija sudah merah dek air matanya yang sedari tadi tidak
berhenti- henti mengalirkan airnya..
Kedua- dua tangan Ija memegang erat tangan Zul Hakimi yang mencekiknya.
Dia mahu Zul Hakimi melepaskan gengaman tangannya yang kejap memegang lehernya.
“ Zul, mati pulak budak tu” suara Puan Sri Zanariah mula
bersuara. Semenjak dari tadi Puan Sri Zanariah hanya menjadi penonton wayang
free di hadapan matanya. Kini dia mula bersuara untuk menahan Zul Hakimi
daripada membunuhku. Kalau mati Ija tu macam mana?. Zul tu satu-satunya anak
tunggal lelaki yang dia ada. Tak mungkin dia akan membiarkan anaknya meringkuk
dalam penjara. Mustahil dia akan membiarkan perkara itu terjadi.
Setelah itu barulah Zul Hakimi meleraikan tangannya
dari leher Ija.IJa mula terbatuk batuk menahan sakit. Hampir termuntah dek cengkaman kuat dari Zul
Hakimi.
“ kau boleh terjeluek dekat sini. Memang kurang ajar
betul kau nikan..boleh kau nak muntah dekat aku!!!. Sakit betul hati aku tengok
muka tak tahu malu kau nikan..pleasela!.. kenapalah aku kahwin dengan perempuan
bengap macam kau ni. dah lah bengap, kotor pulak tu..” Zul Hakim masih tidak
paus lagi menghembur kata.
“ Encik, cakap la apa sahaja.. Encik nak hina saya
ke, nak caci saya ke..tapi tolonglah saya nak cakap dengan Puan Sri 5 minit pun
jadilah..tapi tolong benarkan saya bercakap dengan Puan Sri Zanariah..sekejap
pun jadilah” . kedua bebeola mata Ija memandang tepat ke wajah Puan Sri
Zanariah.
Dia sedang tersenyum sinis sambil berpandangan
antara satu samalain dengan Zura. Mereka kelihatan benar- benar bahagia. Benar-
benar gembira. Entah apa agenda tersembunyi mereka Ija tidak ketahui. Yang dia
tahu kini dia mahu bertanyakan dimana abang Hakamnya berada.
“ 5 minit pun
jadilah”
“ ehh.. jangan kata..5 minit, 5 saat pun aku tak
benarkan..kau nak buat apa sebenarnya?.. cakap?!” Soal Zul Hakimi dengan nada
yang Kuat dan boleh memecahkan deria pendengaran seseorang. Bunyi suara ZUl
Hakimi ini agaknya boleh mengakibatkan kehilangan pendengaran kekal.
“ saya nak mana abang saya di sorokkan? .. tu
sahaja..tolongla encik..saya merayu satu ini sahaja pada encik..tolonglah..”
“ so..kau nak cakap abang kau yang jahat tu, mama
aku soroklah?..Macam tu.. tak la bodoh sangat kot, Mama aku nak sorokkan abang
kau tu..buang masa sahaja….”
Zul Hakimi
membela hujung baju kemeja yang berlipat. Kemudian dia menyambung kembali
kata-katanya.
“ kau nak
tuduh mama aku. Buat kerja gila tu. enah- entah abang kau dah gila, tak kenal
family sendiri.”
“ percayalah cakap saya.. Puan Sri tahu dekat mana
abang saya..tolong la encik” jari telunjuk Ija menghala tepat ke arah Katil
tempat pembaringan Puan Sri Zanariah.”
“ Kau jangan cuba nak buat fitnah yang bukan- bukan
dekat mama aku. Lagipun, aku dah muak dengan sandiwara kau ni. Jelikla aku dengan keletah kau ni!” .jerkah
Zul Hakimi. Tangannya mula mencengkam kedua- dua belah pipi Ija.
Kelakuannya masih sama. Masih mahu mencederakanku.
“ Zul..dah la tu.. Kamu nak dia mati ke?. .atau kamu
mahu dia saman kamu?. Kamu tahukan Zul..perempuan jahat macam ni, boleh buat
apa sahaja yang dia mahukan. Apa sahaja yang boleh mendatangkan rasa sakit
dekat family kita.. Zul Kamu jangan biarkan orang macam ni, menjadikan kita
lemah. Zul..nanti kalau dia saman kita mau heboh satu pejabat papa. Mahu heboh
satu Shah Alam ni dengan cerita ni.” gesa Puan Sri Zanariah.
“ belum sempat dia apa- apakan kita..Kita buatla
dulu dekat dia mama..Biar dia rasa sakit macam mana adik rasa.”
Zul Hakimi mula mendekati Mamanya. Cuba meyakinkan
mamanya bahawa aku boleh mendatangkan kecederaan kepadanya.
Adakah aku mampu
mencederakan Puan Sri Zanariah dalam keadaan begini?. Adakah aku juga mampu membuatkan
Puan Sri Zanariah tercedera?. Untuk mendekatinya juga aku tidak mampu. Adakah
semua ini dapat di fikirkan oleh Zul Hakimi?. Apakah dia tidak boleh berfikir
bahawa yang sebenarnya sudah tercedera adalah wanita yang berada di
hadapannya!!..raung Ija dalam hati..
“ Encik..kali ini sahaja..selepas ini saya tidak
akan langsung menganggu keluarga encik walau sesaat. Tolongla encik..hanya mama
encik ini sahaja yang tahu dimana abang saya berada?. Selepas saya dapat
bercakap dengan mama encik ini, saya akan tinggalkan semuanya. saya akan
tinggalkan rumah encik, tinggalkan segalanya. Saya akan anggap saya langsung
tak pernah kenal siapa lelaki dihadapan saya sekarang ini..tapi, semua itu saya
hanya akan lakukan selepas mama encik bagitahu saya di mana Abang Hakam saya
berada. Boleh ecnik?” kata- kata Ija penuh tegas.
Ya, aku akan
mengganggapnya sebagai satu mimpi. Mimpi yang akan pergi setelah mataku
terbuka. mimpi yang akan terhapus apabila ‘ mataku ‘ tersedar. Mimpi yang aku
sendiri tidak tahu adakah ia indah atau sebaliknya.
Kesemua orang yang berada didalam bilik hospital
tersebut terdiam membisu. Senyap. Persis
melihat bidadari turun dari langit lagak mereka semua. Tiba- tiba, Puan Sri
Zanariah mula berbicara.
“ Zul, Zura..kamu berdua tinggalkan Mama dengan
perempuan tak tahu malu ni. biar Mama cakap dengan dia…”
Puan Sri Zanariah membetulkan rambut perangnya yang
sedikit mengganggu percakapannya. Seketika kemudian, Puan Sri Zanariah mahu
menyambung kembali kata- katanya, namun belum sembat Puan Sri Zanariah
menyambung kata- katanya Zul Hakimi
memintas.
“ tapi ..Mama ..Kalau dia apa- apakan Mama macam
mana?” Riak wajah Zul Hakimi seperti tidak berpuas hati.
“ kalau dia cederakan Mama ..Mama tekan butang nie,
sayang. Lagipun dia tidak akan mampu mencederakan mama.. ” Sambil tangan Puan
Sri Zanariah menujukkan button Emergency Botton yang berwarna merah hati.
“ tapi”
“ Zul..percayalah cakap mama dia tidak akan mampu
mencederakan mama..believe me.” Kata Puan Sri Zanariah penuh yakin.
“ kalau kau apa-apakan Mama aku. siap kau!..nahas
kau aku kerjakan nanti.”
Kedua- dua berbola mata Zul Hakim masih tidak lepas
dari memandang kearah Ija. Walaupun kakinya sudah semakin hampir kearah pintu.
Namun anak matanya masih tepat memandang kearahku. Marah nya masih membara.
Masih membakar ke dalam hatinya agaknya. Biarlah apa yang di fikirkan oleh
otaknya, yang aku mahu sekarang adalah dia membenarkan aku berjumpa dengan
mamanya.
p/s: Selamat Hari Raya...
nak lagi,selamat hari raya semua
ReplyDeletependeknye.... lama da tunggu en3 ni....
ReplyDeletejmput bc..
Deletesambung lagi please..
ReplyDeleteyap..dh smbg nxt bab..
Deletehope suka dgn smg 2..
aaiikkk dah x nak berkarya lagi ker??? yuuuhuuuu....
ReplyDeletehuhuhu..msh krya lg..
Deletetp lmt skit..
huhuhu..