KAU JODOHKU, TAPIKU CINTA KAU
BAB 27
Gelak tawa antara Zura
dan Puan Sri Zanariah makin galak. Makin kuat kedengaran memenuhi segenap ruang
bilik hospital tersebut . Puan Sri Zanariah hanya berlakon sakit di hadapan
keluarganya. Ya, dia mahu membuang Ija dari rumah itu. Dia mahu Ija
meninggalkan rumah tersebut sebelum Zul Hakimi mendapat tahu kebenarannya.
Seboleh – bolehnya Puan Sri Zanariah
tidak mahu Zul Hakimi tahu segala ‘agenda’ yang dirancang. ‘ Agenda’ itu
seharusnya tertanam dalam lubuk hatinya sahaja bukan untuk dipamerkan dihadapan
anak- anaknya, bukan juga pada suaminya. Puan Sri Zanariah juga , tidak mahu
anak tunggal lelakinya akan menyalahkannya dan akan meninggalkan rumah keluarga
mereka. Sedaya upaya dia cuba menutup ‘cerita hitamnya’ dia mahu semua orang
menyalahkan keluarga Ija.
Biar semua marahkan Ija sahaja. Bak satu lagu
nyanyian Dato Siti Nurhaliza, Biarlah Rahsia. Jadi, Puan Sri Zanariah juga
mengharapkan rahsiannya menjadi rahsia. Rahsia yang kekal abadi sampai dia
menutup mata. Semoga rahsia yang mahu disimpan menjadi simpanan di dalam dasar
hatinya dan tetutup dalam kamus hidupnya.
“ Zura, macam mana lakonan mama tadi?. Real tak?” hilai tawa mereka bercantum
lagi.
“ Mama, hebat lakonan mama tadi.
Kalaulah ada anugerah Pelakon Wanita Amator mesti mama menang..” ujar Zura
dengan bersungguh- sungguh.
Zura memaniskan mukanya.
“ Hmm, tengoklah mama siapa dan bakal
mama mertua siapa..” Puan Sri Zanariah semakin galak.
Zul Hakimi sudah keluar membeli barangan
yang dipesan oleh Puan Sri Zanariah. Zul Hakimi sudah keluar kira-kira 15 minit
yang lepas. Jadi, mereka berdua bolehlah merencanakan apa yang dirancang oleh mereka
berdua. Mereka akan memastikan segala rancangannya berjalan lancar, tiada
langsung halangan dan segala halangan itu seharusnya dimusnahkan segera.
“ Oh ye Mama, macam mana tadi, Mama ada
bagi tahu Si Ija tu ke?, yang abang dia ada dengan Zura?” soal Zura yang sedari
tadi persoalan itulah yang menganggu mindanya.
Bagai tidak keruan dia berada diluar tadi
saat menunggu segala perbualan diantara Puan Sri Zanariah dengan Ija. Resah,
sangat resah bila di fikirkan saat –saat tadi . Jikalau rahsia Hakam tinggal
dengannya mahu Ija memarahinya. Tapi, tadi Ija terus berlalu meninggalkannya
tanpa sebarang soalan. Mungkin mama
tidak memberitahunya?. Benarkah?.Zura
berkata dalam hatinya.
“ Zura..Jangan risau, mama tak bagitahu
langsung apa- apa pada budak kampung tu”. pujuk Puan Sri Zanariah.
“ Betul ke mama ? . ” nada suara Zura
ceria. Yelah, takutlah kalau- kalau rahsiannya diketahui Ija.
Kita mana tahu
isi hati orang , diam- diam mungkin Ija itu berisi. Dalam diam- diam mungkin
Ija dapat memusnahkan hidupnya.
“Iya..Jangan risau..Mama tak akan,
bagitahu sesiapapun rahsia kita. Buat apa bagitahu pada Ija tu, buang masa
sahaja. Biarlah dia cari sendiri. Ha, lagipun dia memang tak guna..Carilah sendiri.
Bukan susah pun. Dia kena bijaklah gunakan otaknya. Betul tak Zura? ”
“ Tapi Mama” Zura makin cuak.
Telapak tangan Zura meraup wajahnya yang
semakin merah. Panas barangkali ataupun dia menahan rasa. Entah hanya dia
mengetahuinya. Sementara itu, Puan Sri Zanariah mula membuka zip handbag berwarna coklat dan mengeluarkan
handphone Galaxy Notenya. Lantas tangannya ligat mendail nombor orang
suruhanya.
“ Hello, Borhan.. I, Puan Sri
Zanariah..I nak you jaga budak kampung yang tu..Jaga elok- elok, jangan biarkan
dia terlepas. Kau jangan langsung bagi
dia keluar dari rumah tu..Ingat!!. Selangkah dia keluar rumah tu, nahas kau aku
kerjakan!. ” tegas suara arahan yang terbit dari bibir Puan Sri Zanariah.
Borhan orang upahan Puan Sri Zanariah.
Borhan juga sudah lama berkhidmat dengannya, yelah sudah hampir 4 tahun. Borhan
sudah menjadi orang kepercayaannya malah Borhan juga mengetahui sebab mengapa
dia mengurung Hakam di panthouse
tersebut.Malahan pula Borhan juga yang telah ‘menyebabkan’ Hakam kehilangan
ingatannya beberapa tahun lepas.
“ Baik boss... Budak kampung tu,
ditanggung beres boss. Dia takkan
terlepas dari tangan aku boss”
. Balas Borhan dengan arahan yang diterima.
“ Bagus..Nanti aku akan naikkan bayaran
untuk kau!..Ha, lagi satu..Kau jangan biarkan dia berjumpa dengan sesiapapun.
Kau kurung je dia dalam rumah tu. Biar mampus dia dalam rumah tu, pun tak pe!.
Aku tak kisah pun. ”
Borhan gelak besar dan menyambung
kembali ayatnya sebentar tadi.
“ Boss
ni, kenapa macam tak percayakan aku pulak. Macam tak biasa pulak Boss ni, Hakam tu lembik semacam je..Dah
la lurus bendul, macam manalah dia nak keluar dari rumah tu. Lagipun Zura
pandai mainkan peranan dia. Bijak betul menantu Puan Sri tu”. Puji Borhan
kepada bakal menantu Puan Sri Zanariah.
Borhan tahu Puan Sri Zanariah suka
dengan puji- pujian. Dia akan termakan pujian yang di berikan kepadanya. Dia
sudah lama mengenali Puan Sri Zanariah, sudah hampir empat tahun. Lagipun
segala aktiviti jahat Puan Sri Zanariah sudah berada di dalam gengamannya. Dialah yang bersubahat dengan segala
rancangan Puan Sri Zanariah . Borhan tahu dia bersalah namun dia tidak
mempunyai pilihan lain. Hanya Puan Sri Zanariah sahaja yang menerimanya setelah
keluar dari penjara 4 tahun dulu.
Dia meringkuk dalam penjara di sebabkan
dia disabitkan atas kesalahan merogol seorang gadis yang telah diupah oleh
seseorang. Entah di mana gadis tersebut sekarang. Yang dia tahu, gadis tersebut
sudah berpindah dari Kampung Selasih .
Keluarganya sudah berpindah dan dengar khbarnya gadis tersebut sudah bernikah
dengan seorang lelaki yang mencintainya.
Ya, rasa bersalah itu masih merantai
lehernya, rasa bersalah tersebut masih membelenggu mindanya. Rasa bersalah
tersebut akan terhapus jika dia dapat meminta maaf dari gadis tersebut. Bukan
niatnya dahulu untuk merogolnya, namun atas upah yang di beri untuk mengubati
emaknya yang sedang sakit tenat dia terpaksa melakukannya juga.
Tapi, akhirnya
dia ditangkap dan setelah keluar dari penjara Puan Sri Zanariah menawarkan dia
kerja ini. Borhan masih teringatkan
bagaimana dia mula terjebak dengan segala aktivti jahat Puan Sri Zanariah.
“ Eleh, kau nak buat apa lagi Borhan..Aku
tawarkan kau kerja ..Kau mesti buat budak ini lenyap dari bumi ini. Itu sahaja
yang kau perlu buat.. Lagipun, siapalah yang mahu terima kau berkerja lagi
dengan bekas banduan macam kau ni. Kau terima sahajalah, tawaran aku ni..Bukan
susah pun, kerja aku bagi ini pun mudah. ” Kata- kata itu akan di ingati
sepanjang hayatnya..
‘ Siaplah
yang akan terima kau berkerja lagi dengan bekas banduan macam kau ni. Bekas
banduan!!!!! ‘ ayat itu tergiang –ngiang dan sejak itu dia mula terjebak
kembali dengan aktiviti hitam yang di rencanakan oleh Puan Sri Zanariah. Ya,
memang bayaran yang diterima cukup lumayan, hampir berpuluh –puluh ribu.
Lamunan Borhan mula mati dek gelakan Puan Sri Zanariah di hujung handphone
Nokianya.
Puan Sri Zanariah mula tergelak kuat dan
senyumannya melebar. Riang dengan pujian
yang di lemparkan terhadap menantu pilihannya. Anak matanya lantas memandang
Zura yang sudah termenung jauh.
“ Biasalah menantu aku. Aku mesti pilih
menantu yang hebat macam Zura ni”. Puan Sri Zanariah pula melemparkan pujian
terhadap Zura. Zura yang sudah termenung jauh itu, mula memalingkan mukanya
kearah Puan Sri Zanariah apabila namanya dipetik.
“ Menantu bosskan..” Borhan terus menerus menanam jagung di tepi bibir.
Borhan tahu anak lelaki Puan Sri
Zanariah sudah bernikah dengan seorang wanita. Namun sehingga kini dia tidak
pernah berjumpa dengan menantunya. Wajahnya juga, ingat- ingat lupa.
Itu bukan bidang kerja aku. Buat apa aku
perlu masuk campur urusan keluarga Puan Sri Zanariah tersebut. Yang dia perlu
tahu, bayarannya masuk sahaja. kerja jalan bayaran pun dapat. Borhan mula
bermonolog sendirian.
Puan Sri Zanariah masih mahu memuji
bakal menantunya.
“ Menantu aku katankan.. Ehh, ingat
pesanan aku! . Kalau performance kau
tak bagus, aku kurangkan bayaran kau.. Ingat tu..kalau budak tu tanya yang
bukan –bukan , kau cakap yang kau tak tahu apa-apa ..Faham!!!” tegas kembali
suara Puan Sri Zanariah.
“ Alah boss..aku tak pernah hampakan bosskan
selama ini. Jasa boss akan dikenang sampai akhir hayatku. Boss” . Borhan mula membuat suara seakan- akan seorang cina
bercakap bahasa melayu. Alah persis Johan Raja lawak lagaknya.
“ Memanglah kau tak pernah hampakan aku!,
tapi aku takut kali ini kau hampakan aku pulak.” Nada suara Puan Sri Zanaria
tegas.
“ Baik boss, ada apa- apa, pesanan lagi yang mahu boss pesan?.”
“ Hmm..tak ada dah. Ingat pesan aku
tu. Jangan lupa pulak.”
“ Baik.Aku caw dulu ye boss..”
Talian di putuskan dan Puan Sri Zanariah
mula mengerakkan bibirnya untuk bercakap dengan Zura.
“ Ok..Sayang. Segalanya sudah beres.
Lepas ni, Zura jangan takut dah. Mama dah arahkan orang suruhan Mama, jaga
budak kampung tu baik- baik. So,
nanti bila Zura sampai panthouse tu,
Zura jangan takut. Zura buat tak tahu sahaja.”
Pujuk Puan Sri Zanariah kepada Zura. Dia
mahu Zura bertenang dan tidak terlalu kalut dengan segala yang terjadi. Puan
Sri Zanariah sudah merancang segalanya.
“ Tapi Mama..Zura takutlah..memang Zura
jahat. Tapi, Zura tak nak nanti kalau Ija tahu , mati dia kerjakan Zura”. Zura
sedikit resah. Dahinya sedikit berkerut.
“ Siapa yang akan kerjakan Zura? Ija?”
Soal suara lelaki dari arah pintu yang sedari tadi tertutup dan kini pintu
tersebut sudah terbuka sedikit. Kemudian kelibat Zul Hakimi menghampiri sambil
menjinjit beg plastic di kanan tangannya.
Doa Puan Sri Zanariah dalam hatinya, semoga anaknya tidak mendengar
setiap patah perkataan dari perbualan mereka berdua. Harap- harap, ‘ rahsianya’
tidak tersingkap!.. Kemudian Zul Hakimi meletakkan di meja kecil bersebelahan
dengan katil Puan Sri Zanariah dan kembali mengulangi ayatnya tadi.
“ Siapa yang akan kerjakan Zura? Ija?”
Soal Zul Hakimi buat kali kedua.
Berbola mata antara Zura dan Puan Sri
Zanariah saling berpandangan. Masing- masing kehilangan kata. Masing – masing
kehilangan ayat yang mahu terbit dari bibir mereka. Mati idea agaknya. Tiba-
tiba Puan Sri Zanariah mendapat satu idea yang entah dari mana datangnya.
“ Ishh.. Ija berani nak apa- apakan kita?.
Kalau dia berani apa- apakan kita. Nahas mama kerjakan dia. Tahulah nasib dia .”
Jawab Puan Sri Zanariah dengan wajahnya di seriuskan. Seakan dibuat- buat untuk
mengaburi mata anak terunanya.
“ Mama, Zura… kalau Ija tu berani apa- apakan family kita. Zul tak teragak- agak untuk buat hidup dia porak
peranda. Zul tak akan biarkan dia hidup bahagia walaupun sebesar hama sekalipun.
Zul akan pastikan jugak, dia dapat balasan atas apa yang dia kerjakan.” Kata –
kata Zul Hakimi penuh tekad.
Zul, Zul.. nasib baik kau tak tahu
kebenarannya . Kalau kau tahu, entah bagaimana penerimaan kau terhadap mama kau
ni?.. Lantak kaulah Zul Hakimi oiii.... itu pilihan kau.Kata- kata Zura ini
tidak terkeluar pun dari bibirnya namun hanya terkeluar dalam hatinya sahaja.
“ Bagus anak mama ni. Macam nilah anak
mama, selalu melindungi family kita.
Zul, mama sayang dekat anak- anak mama berdua.”
“ Zul, pun sayang pada Mama..Zul sanggup
lakukan segalanya untuk mama..”
“ Kalau sayang Mama. Zul mesti
percayakan mama..Jangan percayakan orang lain ye, sayang.”
Terus Puan Sri
Zanariah meraih tubuh badan Zul Hakimi. Lalu, di usap lembut belakang badan Zul
Hakimi. Tanda sayang mamanya padanya. Kemudian, dia menarik tangan Zura dan
mendakapnya. Mereka bertiga berpelukan penuh erat.
“ Zul..apa kata kita langsungkan cepat
pernikahan kamu. Benda baik Zul, tak payah lengahkan. Betul tak cadangan mama
ni ?.”
“ Buatlah apa sahaja Mama.. Zul ikut
sahaja segala cakap mama. Janji mama cepat sembuh.”
“ Mama nak kamu berdua bahagia. Mama
kesal dengan tindakan mama dahulu, Mama menyesal suruh kamu bernikah dengan
Ija. Dia memang Jahat, tengoklah dia buat apa pada mama.. Perempuan macam tu
tak layak langsung jadi menantu mama. Tak layak!.”
“ Tak apalah mama.. Mungkin dulu dia jodoh
Zul agaknya . Tapi, cinta mungkin tak ada antara kami.” Sayu nada suara Zul Hakimi.
Cinta? Aku sendiri tidak pasti Ija.
Adakah aku mencintai kau atau tidak?. Aku sendiri tertanya- Tanya adakah cinta
layak buat kita berdua?. Adakah cinta benar- benar wujud antara kita,
Ija?”.
Adakah Ija sudah keluar dari
rumah?. Masa aku sampai nanti, adakah
Ija sudah keluar dari situ atau dia masih menunggu aku.? Arghh.. benarkah semua
ini.? Tapi tadi aku sudah menghalaunya.
Arghh.. Zul, persetankan semuanya, Ija
bukan wanita baik. Tengok sahaja apa yang telah dilakukan terhadap mama kau.
Dia menyebabkan Mama kau masuk hospital. Sampai terlantar, macam ini layakkah
dia menjadi permaisuri hati aku. Layakkah dia menjadi bidadari hidup aku?.
Arghh.. sudah Zul Hakimi, malas
memikirkan apa yang menari- nari di benaknya. Dia mula memejamkan matannya dan
mula menekan pedal minyak dan memecut laju membelah lautan kereta.
p/s: selamat terhibur dengan bab kali ini..
salam kenal n follow =)
ReplyDeletesalam pekenalan jg. :)
Deletetq sbb follow blog nie..:)
hai..salam kenal....saya dr indonesia...cerita nya sedih.banget ada nggak lg sambungan nya..:)
ReplyDeleteslm kenal jg..
Deleteudah di sambung..
jemput baca ya..
hai... bila nak sambung citer ni. xkan zul hakimi gantung ija x bertali kot
ReplyDeletedh disambung...
Deletejemput bc..
as salam cik writer.... bila nak sambung citer ni. ke dah diterbitkan
ReplyDeletewslm..
Deletedh disambung..
nvl nie xditerbitkan pn..:)