Monday, April 16, 2012

novel (14): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 14 )

Views

BAB 14



Usai sahaja salam di beri. Aku dapat rasakan ada ketenagan di situ. Ada satu perasaan yang lahir dalam lubuk hati aku. Kenapa, ini perasaan apa..perasaan yang benar- benar mengusik kalbuku..

Ya- allah, aku tidak menyangka bahwa Zul Hakimi mampu menjadi imam solat jemaah bersama. Sungguh aku tidak menyangka. Itu impian ku sejak dulu. Impian mahu solat berjemaah bersama- sama suamiku. tak kisah la suamiku itu mencintai aku atau pun tak. Yang pasti itu impian ku…

Ya benar aku mahu menjalankan solat jemaah bersama- sama di saat selesai menggangkat akad. Sewaktu kami bernikah dahulu. Sungguh aku mahukan sedemikian..tapi itulah apa yang di rancang tidak menjadi kenyataan. Bila mana Allah menyatakan Kunfayakun maka jadilah.. tapi, apa yang aku rancangkan tidak menjadi kenyataan..

Selasai menadah tangan  aku mula mahu menaggalkan telekung yang berada di kepala ku..namun tiba-tiba..tangan Zul Hakimi di hulurkan.

Aku mendongak ke atas. Memandang tepat ke wajahnya . Kenapa?

Dia menghulurkan tangannya. Serta matanya mengarahkan aku menyalaminya.. ya- allah betul ke lelaki yang berada di dalam bebola mataku kini adalah Zul Hakimi. Benarkan apa yang mataku kini Nampak..

“ hmm..” tangannya di gerakkan..

Lantas aku menyalaminya terus. Mencium tangan kanannnya.. Ya Allah..sungguh aku rasakan nikmat nya sebuah perkahwinan yang di sulami dengan cinta kepadamu..

Di saat aku menggangkat wajahku. Dia masih tidak melepaskan gengaman tanganku. Sungguh indah saat ini..indah sunggu. Terima kasih Tuhan. Terima kasih.

Lantas dia mengucup lembut dahiku..

Hampir gugur setitis air mataku ni..

Ya- allah..benarkah dia sudah berubah?..tapi kenapa dia berubah dengan mudahnya…kenapa…tapi jikalau dia berubah itu satu nikmat kesyukuran. Satu keajaiban yang engkau kurniakan. Yang Engkau hadiakan buat perkahwinan kami…ya- allh syukur..syukran yazillan…

***

“ Zul..lama ke kamu duduk sini..sampai ahad ke?” soal mak pada Zul Hakimi..

Aku hanya jadi memerhati. Abah pun diam seribu bahasa. Hanya sesekali kedengaran batukan kasar abah.

 Mana la abah tak batuk teruk. Rokok tu mana nak berhenti. Dari muda sampai la sekarang..abah masih dengan tabiatnya..yelah.. kata orang rokok membahayakan kesihatan. Siap atas kotak rokok ada tanda ROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN, tapi orang tetap isap rokok jugak..

“ aah mak..saya balik sama dengan Ija..”

Mak aii.. maknanya dia duduk sini sampai hari ahad ni. kiranya tiga  hari dia nak tidur rumah ni..lamanya..hehehe..tapi tak pe kalau dia jadi macam tadi. Baik..harap –harap la kan…perangai huduh dia tak datang balik..amin…

“ ehh..kiranya sempat la bang, dia datang kenduri..esok kamu ikut la Si ija ni balik rumah arwah wan dulu..nanti tengah hari sikit mak sampai..mak dengan abah kena beli barang dulu.. kamu nanti pergi dengan ija ye..boleh teman kan ija tu..”

“ kenduri..kenduri apa?”

Mak terus memandang ke arahku..

“ ija kamu tak cakap ke, dengan suami kamu ni. esok kita nak buat kenduri..?”

Aku mengeleng laju..mana nak cakap nya.. lupa la mak…

“ bertuah punya isteri macam ni. boleh suami sendiri lupanya..” emak mengeleng – geleng kepalanya…

“ mak ngah kamu nak pergi umrah..buat kenduri tahlil dengan gotong royong sikit..masak sama- sama dengan orang kampong..mak ingat nak masak dodol sekali.. dah lama mak tak makan dodol..”

Aku tengok muka si Zul Hakimi blur semacam je..kenal ke dia dengan dodol tu semua..tah- tah dodol pun tak pernah makan..

Abah mula menyoal..


“ kamu esok boleh la tolong kacau dodol sekali..”

Nasib kau la encik Zul Hakimi oii..kene kacau dodol..reti ke dia…hahahaha…sok kita tengok dia penat ke tak kacau dodol tu…

“ dodol” dia mengaru kepalanya…

“ kamu pernah makan ke tak?.mak tengok kamu pelik semacam je..kenapa Zul?”

Laju je Zul Hakimi mengeleng.

“ dodol tu apa ye mak?..tak pernah makan kot mak..”

Mana pernah makan. Nama pun dodol..apa kebendanya tu.. mama bukan suka makanan tradisional ni..katanya baik makan masakan orang putih lebih sedap. Lebih enak..gerutu hati Zul Hakimi..hari raya pun mama suka masak masakan ala barat..mana nak kenalnya..

“ itulah kamu ni budak Bandar..lupa pulak mak..tak pelah esok kamu tahu la apa dia nya..”

Dalam hati ija..hahaha…macam boleh kenakan dia je..hahha..syok jugak ni kan..tocang dua macam dah keluar diatas kepalaku.HAHAHAH...

No comments:

Post a Comment

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.