Sunday, July 22, 2012

Novel (24) : Kau Jodoh Aku, Tapi Aku Cinta Kau! (EPISOD 24)

Views


Kau JOdoh Kau Tapi Aku Cinta Kau!.

Bab 24




Anak mata Zulaikha atau Ikaku tenung lama. Merah dan butiran jernih masih mengalir di pipinya. Walaupun, Puan Sri Znariah sudah masuk di dalam bilik hospital hampir 3 jam , namun Ika masih menangis. Semenjak tadi, kelibat Zul Hakimi masih belum kelihatan. Ya, dia outstation di Terengganu untuk projek chalet di sana . Chalet itu masih dalam pembinaan lagi. jadi, Zul Hakimi perlu memantau perkembangan pekerja projeknya itu.  Chalet itu adalah idea asalnya. Jadi, apa yang di mahukan adalah yang terbaik sahaja untuk projeknya.

“ Kak Ija, Ika yang berdosa. Ika yang salah. Ika yang buat mama, jadi macam ni. Kak, Ika berdosa kak cakap mama macam tu tadi..” berjujuk lagi air matanya.

Aku memeluknya erat.  Aku mengusap lembut belakang badannya.

“ dah la Ika..jangan salahkan diri Ika. Itu takdir- Nya. Kita hanya merancang, Tuhan yang menetukan segalanya. “

Tangan kanan Ika ku gengam erat.

“ Kak macam mana kalau mama..Jadi apa-apa? Ika menyesal kak cakap macam tu dekat Mama. Mama, sayangkan Ika, tapi cara mama tu salah. Salah ke, Ika menegur tindakan mama buat terhadap akak? salah ke?. Mama..jangan tinggalkan Ika..”

Jari telujukku diletakkan dibibir Ika.

“ syuhh…jangan cakap macam tu.  Puan Sri  tak akan apa- apa..percayalah cakap akak.. Insya-Allah semuanya akan selamat.  Mungkin Mama Ika penat je kot.sebab tu jadi macam tu.. dah jangan fikir yang bukan- bukan ye...” pujukku lagi.

Dari kejauhan kelihatan Zura sedang memegang handbagnya yang diletakkan di tangan kanannya. Sebijik lagaknya seperti mak datin di kaca telivisyen.  Aku masih memandangnya yang masih kekal dengan senyuman sinisnya.

**
“ Semua ni salah kau!. Kau ni memang bawak sial betul!” bergema suatu ruang hospital tersebut dek suara Zul Hakimi. Mata dan mukanya semakin memerah. Ya, Zul Hakimi makin marah dengannya.

Kemudian lengan kanan Ija di cengkam dan di tarik hingga ke arah dinding hospital. Mujurlah bilik itu hanya menempatkan Puan Sri Zanariah sahaja , jika tidak mau tak malunya muka Ija.

“ aku baru tak ada beberapa hari sahaja,kau dah tunjukkan belang kaukan!. Ni, mama aku sakit ni mesti kau yang buatkan?” soal Zul Hakimi bertalu- talu.

Kemudian dia menyambung kembali ayatnya.

“  dengar si baik- baik Ija. Aku nak lepas ni, kau bungkus semua barang- barang kau dekat rumah tu, dan lepas tu. Kau boleh berambus dari sini. Aku dah tak nak tengok dah muka kau. Kau ni memang bawak malang pada aku. Sekarang ni, kau bawak malang kau tu pada aku pulak. dah, kau jangan lagi nak tunjuk muka seposen kau tu dekat aku. Ingat aku hadap sangat ke tengok muka kau. “ panjang ayat yang terluah dari bibir Zul Hakimi.

Ika entah kemana dengan papanya. Jika tidak pasti Zul Hakimi tidak akan berkata sedemikian. Zura dan Puan Sri Zanariah masih memandang adegan filem tanpa sebarang edit di hadapan matanya.  Drama swastalah katakan!.Dan dia masih mahu menyambung kata-katanya lagi.

“  Aku akan biarkan hidup kau musnah!. Dah berambus!”

Tubuhku di tolak jatuh ke lantai. Dan aku mahu membangkang apa yang ingin di ucapkan oleh Zul Hakimi.

“ Tapi..saya tak….”

“ Tapi apa lagi?!. banyak pulak cekadak kau ni. berambus je la!..aku nak bila aku balik rumah tu. kau berambus. Aku tak nak tengok kau dah. Kalau kau ada lagi aku tak teragak- agak buat sesuatu yang boleh buat kau lenyap terus dari bumi ni!”

Aku mahu bangun dari lantai ni. namun tubuhku di halang untuk bangun. Kemudian Zul Hakimi mencengkam pipi Ija. Sakit!.

“ Sakit!..” Ija mengerang  sedikit.

“ Hey, setakat ni je pun..itu pun sakit. Banyak bunyi pulak minah ni. dengar sini. Kalau , mama aku bertambah sakit. Kau tahulah apa nasib kau, keluarga kau pun sama!.Aku tak akan teragak- agak nak musnahkan hidup kau..”

Aku memejamkan mata. Inginkan Zul Hakimi ni meninggalkannya segera.

“ Woi.. Tak payahla nak buat aku bersimpati dengan muka kau tu..aku sikit pun tak kesihankan kau..Jijik betul aku dengan perempuan macam kau ni…dari abang hingga ke adik semuanya sama sahaja..tak reti- reti agaknya. Makin aku biarkan , makin mua kau ye Ija...” Zul Hakimi masih dengan barannya lagi.

Kini air mataku mula mengalir deras.

“ Tolong Izinkan saya bercakap dengan Puan Sri Zanariah?”

Hampir terbelik kedua- dua anak mata Zul Hakimi memandangku.
.
“ Tolong la..saya rayu.. saya nak sangat cakap dengan Puan Sri…tolong la”
Gelakan sinis dan hembusan nafas Zul Hakimi menampar lembut di wajahku.

“  nak cakap dengan mama aku?.. no way..dalam mimpi kau tak akan dapat bercakap dengan mama aku. Jangan harap la aku boleh kasi, kau bercakap dengan mama aku..mimpila kau!.”

“ tolong la encik.. saya betul- betul nak cakap dengan Puan Sri..sekejap pun jadilah..”

Aku terus bangun tanpa menghiraukan Zul Hakimi yang masih berada di hadapanku. Tanpa berlengah aku terus menuju kearah katil Puan Sri Zanariah dan di sebelah kirinya ada bakal isteri kesayangan Zul Hakimi.

“ Puan Sri ..mana Puan Sri sorokkan abang saya?.. tolong la cakap puan sri..tolong la saya rayu…”

Kedua- dua tanganku memegang hujung kaki Puan Sri Zanariah.

“ kau ni memang tak reti bahasakan?” tubuhku di tolak ketepi.
 
Hampir – hampir tersadung ke lantai dek tolakkan kuat oleh Zul Hakimi. Dan aku cuba mengimbangi imbangan tubuh badanku yang makin tidak stabil. Lantai meja kecil itu aku gengam erat supaya aku tidak jatuh ke lantai. 

4 comments:

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.