Saturday, May 18, 2013

novel(28): kau jodohku, tapi aku cinta kau!!!!

Views


BAB 28
Kau Jodohku, Tapi aku cinta kau!!!



Ija membuka kembali almari bajunya yang sudah kosong. Dia buka dan dilihat kembali, takut- takut ada barang yang tertinggal. Macam mana dia boleh kembali semula, takkanlah Zul Hakimi membenarkan Ija, kembali menjejakkan kaki ke rumah kelurganya ini.

Hmm, mati hidup semula pun belum tentulah Zul Hakimi akan membenarkannya. Tengok sahajalah macam mana dia menghalaunya di hospital tadi.  Sedemikian rupa, mau dia akan melayannya dengan baik- baik, kalau ada pun  mungkin ada agenda tersembunyi. Bak kata orang, ada udang di sebalik batu.

Perlahan – lahan Ija menutup kembali almari baju tersebut. Lantas kaki Ija melangkah kearah almari yang bercermin dan mula membuka laci kecil yang bertombol kecil. Dikeluarkan sebuah album gambar perkahwinannya dengan Zul Hakimi. Ija mula bergerak untuk duduk di hujung katil, sambil tangannya mula perlahan- lahan menyelak sehelai demi sehelai gambar pernikahannya.

 Dari majlis berinai, akad nikah dan sehingga ke persandingan. Setiap moment, setiap saat gambarnya di ambil. Ye, Ija tersenyum riang di saat itu, siapa tahu perkenalan antara Ija dan Zul Hakimi hanya sebulan namun jodoh itu mengheret kami ke kancah pernikahan yang tidak ada rasa cinta buat Zul Hakimi. Cintanya bukan buatku. Cintanya buat Zura, Zura..Alangkah indahnya jikalau aku adalah Zura, dapat memiliki cinta suamiku. Ya- Allah andai jodohku hanya di sini.. Kau bahagiakanlah Zul Hakimi dengan pilihannya. Doa Ija dalam hatinya.

Namun, gerakan tangan Ija,  terhenti di saat Ija melihat gambarnya dengan Zul Hakimi saling berpandangan diantara satu sama lain. Gambar disaat Zul Hakimi  mendukung Ija di sebuah jeti. Gambar yang diambil selepas majlis pernikahannya. Peristiwa tersebut makin ligat berputar di benak fikiran Ija.

“ Ishh, Zul jangan segan- segan pulak nak dukung bini tu.” seloroh Syafiq. Jurukamera yang di upah oleh mak saudara Ija. Ija sendiri pun tidak mengetahuinya. Dia hanya di suruh ke jeti itu, selepas majlis pernikahan selesai. Lalu ija hanya menurut.

Di saat itu, muka Zul sudah merah padam. Ija pun sama. Masing – masing malu.

“ Ye, Ye..Ini nak dukunglah ni..” ujar Zul Hakimi sejurus diasak beberapa kali.

“Eee..Tak payahlah. Berat..” Ija mula naik segan. Lagipun, pandangan mata orang-orang disekelilingnya hanya tertumpu padanya.  

“ Nak buat apa nak malunya.. Halal dahkan..Lainlah tak halal lagi Ija oii.. Ini halal.. Halalan toiyiba la katakan..” Syafiq dan beberapa orang disitu gelak kuat. Masa inilah nak ‘membahan’ pengantin baru.
Lamunan Ija mula mati dan dia cepat- cepat menutupi album pernikahannya apabila terdengar ketukan dari luar. Sesaat kemudian, tombol pintu dipulas oleh Ika dan dia mula melangkah masuk.

“ Kak.. boleh tak kalau, Kak Ija jangan pergi. Lagipun, akak bukan salahpun.. Biar Ika explain pada abang. Mesti abang fahamnya.” Bersungguh – sungguh Ika bersuara.

Ika mahu dia bercakap dengan Zul Hakimi?. Mahukah Zul Hakimi mendengarnya?. Sudah tentu- tentu Zul Hakimi tidak mahu mendengar segalanya.? Buang masa sahaja Ika oii..sah- sah dia tidak akan mendengarnya. Jadi, buat apa mahu membuang masa bercakap dengan orang yang tidak mahu mendengarnya. Bukankah itu dinamakan membuang masa?.Ika boleh memikirkannya. Buat apa difikirkan lagi. Buang masa. Ija mengomel dalam hatinya.

“ Jangan buang masa Ika.. Anggap sahaja, Abang Ika dengan akak, dah tak ada jodoh.” Ungkap Ija di saat dia mahu menyimpan album tersebut di dalam begnya. Lantas dizipnya beg berwarna merah hati tersebut.

Beg tersebut kemudiannya di angkat dan diletakkan  berhampiran dengan pintu. Senang nanti bila mahu memunggah segala barangnya. Biarpun tidaklah sebanyak mana. Hanya satu beg roda sederhana besar dan satu beg berwarna merah hati. Barang- barangnya tidak banyak. Yelah, menjadi orang gaji manalah banyak barangnya.

“ Akak, kenapa akak tak nak bagitahu kebenarannya pada abang. Biar abang tahu. Mama yang rancang semua ini.  Tolonglah akak jangan pergi. Please akak.. Jangan pergi..”

Kemudian tubuh Ija ditolak lembut hingga ke ruang tamu rumah besar ini. Setelah kami betul- betul berada di kerusi panjang tersebut, Ija mengengam erat tangan kanan Ika, kemudian tangan kiri Ija pula diletakkan keatas tangannya. Kini Ija, mengenggam erat tangan kanan Ika dan mula bersuara.

“ Kenapa Ika, dahlah… Tak payah nak pening kepala nanti bila akak dah tak ada, tak ada lagi masalah akan timbul lagi dah.  Semuanya akan selesai. Dah jangan nak fikir sangat. Lagipun mama Ika kat hospital tu, jangan tambah masalah. Biarlah, nanti kalau mama Ika dah keluar hospital dia tengok Kak Ija dalam rumah ni, makin bertambah sakit dia macam mana?. Siapa yang susah?. Ika jugakkan..” pujuk Ija.

Siaran televisyen ligat memainkan cerita Korea, Princess Man. Cerita ini mengisahkan cerita tentang seorang gadis yang telah menukar identitinya dengan seorang puteri diraja. Kemudian, jejaka yang mahu dijodohkan pada asalnya dengan gadis tersebut telah di jodohkan pula dengan puteri diraja tersebut. Dari situlah bermulanya cerita cinta hebat mereka. Lamunan Ija mula mati pabila Ika mula menguatkan sedikit nada suaranya.

“ Akak?.”

“ Hmm.. Kenapa?” soal Ija kepada Ika. Maklumlah Ija mula berangan- angan menjadi Grand Pricess SeYong. Heroin dalam Princess Man tu. Angan- angan jelahkan, nak dapat jadi princess tu jauh panggang dari apilah jawabnya, nak jadi princess dalam hidup Zul Hakimi,suami sendiripun tak lepas. Inikan pulak mahu menjadi princess. Ija sila berpijak dibumi yang nyata ye.

“ Akak mengelamun ye?.” Ika sudah mula tersenyum mengusik.

Kantoi ke Ija oii.. itulah berangan lebih sangat!.Kutuk Ija dalam hatinya.

“ Ishh..Mana ada”.  Dalih Ija.

“ Apa salahnya akak?.. Kalau akak, rindukan abang Ika yang sombong tu pun boleh, akak. Halalkan akak, kalau nak ingat abang yang tak handsome tu.. Betul tak akak?.”  sambil itu Ika mula tergelak kecil.

Ija mula mengerutkan dahinya dan mula tersenyum tipis.

Isshh.. ada ke dia kata suami aku tak handsome, ada ke patut. Ishh.. biasanya orang kutuk belakang- belakang. Ini Ika ni, selamba badak kutuk suami aku tu.. Ishh, tak patut, tak patut. Suamilah sangat Ijakan. Hmm, Ija oii sedar sikit dari lamunan tak terhenti kau tu, dia pun menyuruh kau berambus dari rumah ini.  Elok sangat kalau kau hanya anggap dia bekas suami kau je sekarang ini, Ija oii..

Sebab surat yang di tulis oleh kau pun mintak dia lepaskan kau cara elok. Ya surat yang telah ditulis tangan itu di masukkan di dalam envelope bersaiz A4 akan di serahkan kepada Zul Hakimi. Surat yang mengandungi empat syarat yang Zul Hakimi perlu patuhi. Surat yang akan Ija, letakkan didalam bilik tidur Zul Hakimi, Ija letakkan dia betul- betul di atas meja solek. Harap –harap Zul Hakimi akan membuka dan membacanya.

“ Akak, kalau akak keluar nanti, akak nak duduk mana?. Lagipun hari dah nak maghrib ni.? macam mana akak nak cari rumah..”

Butang volume televisyen itu ditekan dan kemudian volume suaranya sudah menjadi 10. Suara televisyen tersebut antara dengan tidak dengar sahaja.

 “ Ika, Ika..Ini Malaysia Ika, bukannya negara yang akak tak pernah duduk. Akak dah duduk berpuluh- puluh tahun dah.. Hotel, Motelkan banyak dekat sini. Akak boleh pilih yang mana akak nak. Betul tak?”

Ika memeluk semakin erat bantal yang berada ditangannya.

“ Akak.. memanglah kita dekat Malaysia akak.. Tapi, cuba akak fikir.. Hati orang ni tak sama akak. Rambut sama hitam akak, tapi hati lain- lain. Betul tak papa, apa yang Ika cakap ni?”

Ika mula meminta papanya untuk mengesahkan hujahnya. Papanya yang langsung tiada didalam perbualan mereka langsung memunculkan diri dan bersuara.

“ Tu, papa setuju.. Dah Ija..Jangan risau.. buat masa ni, Ija akan duduk dulu dengan Nani. Dia tu staff papa yang papa percayai. Lagipun dia duduk sorang- sorang dekat rumah sewa dia tu. Nani tu, bujang lagi. Tadi papa baru sahaja habis bercakap dengan dia. Nani pun setuju sahaja kalau Ija nak tinggal dengan dia.”

Sebaik sahaja ayat itu tamat. Ika terus mengangguk tanda setuju dengan cadangan papanya. Kemudian, papa Ika mula membuka mulutnya semula.

“  Memang papa ada sebuah apartment, tapi apartment tu dah di sewa orang, baru je awal bulan ni . Takkan papa nak suruh dia keluar pulak dari rumah tu.”

Ija mula membetulkan duduknya. Ija tidak mahu terhutang budi, ye..memang dia tahu bahawa dia langsung tidak bersalah dalam cerita ini. Namun, Ija juga merasakan dia langsung tidak layak untuk mendapat layan sebaik ini. Tambahan pula, dia bukannya menantu apa sesiapa sahaja di rumah ini. Malah suaminya , Zul Hakimi juga menganggapnya sebagai orang gaji sahaja. Adakah layak untuknya dilayan seperti bidadari?, Adakah layak buatnya untuk dilayan sedemikian rupa?. Layakkah dia?.

“ Tapi..”

“ Ija, tak payah nak bertapi –tapi lagi. Dah.. Kejap ye Ija.. Nanti papa hantarkan kamu lepas maghrib ni. Sekarang papa nak mandi sekejap. Kamu jangan pergi dulu tau.. Papa hantarkan nanti. Kamu berehat dulu, lepas ni papa hantarkan. Ni papa, nak naik dulu.. Ehh, Ika kamu tu tak reti nak mandi, dari tadi dok pakai baju yang sama  je.. Rasanya papa tak ada lah anak kambing dalam rumah ni..”

“ Papa ni.. Ada ke anak kambing?. Tak glamour langsung”

“ Dah tu, kamu nak apa ye yang glamour – glamour?.. Hmm.. Blue Hippo nak?”

“ Ada- ada lah papa ni”

“ Dah lah papa naik dulu. Nanti sebelum hantar Ija pergi rumah Nani, kita singgah hospital kejap, papa nak melawat mama kamu. Entah macam manalah mama kamu tu..”

“ Baik papa.. Arahan diterima.” Ika terus menggangkat kelima-lima jari kanannya dan meletakkannya di sudut kanan kepalanya. Sebijik macam askar baru menerima arahan dari komandornya.

Kemudian cetusan Gelakkan antara papa Ika, , Ika dan Ija bertambah kuat. Dan  seketika kemudian Papanya terus maju menuju kearah tangga dan hilang dari pandangan mata mereka berdua. Tidak sampai lima minit setelah papanya meninggalkannya mereka berdua di ruang tamu rumah ini, Ika juga telah meminta diri untuk meninggalkan Ija bersendirian.

Lantas, Ija menggangkat beg roda sederhana besar serta beg merah tersebut hingga ke pintu utama rumah ini. Lagi cepat dia meninggalkan rumah ini, selagi itu dia pasti tidak mungkin dapat bersua muka dengan Zul Hakimi. Maklum sahajalah Zul Hakimi tidak mahu Ija berada dirumah ini setelah dia balik kerumah ini semula.   

Ija tahu jika kelibatnya masih ada disini, pastinya Zul Hakimi akan mengamuk sakan. Siapalah yang tidak kena Zul Hakimi ini, dia boleh buat apa sahaja keatasnya. Belumpun, kedua- dua begnya berada dihadapan pintu kayu rumah besar ini, kelihatan kereta Zul Hakimi baru sahaja memasuki ruang khas meletakkan kenderaan di bahagian kiri rumah ini.

‘Mati, kalau Zul Hakimi ternampak aku masih berada di rumah ini.’ Detik hati Ija setelah melihat Zul Hakimi menekan butang kunci keretanya.

Cepat- cepat Ija mahu meninggalkan ruangtamu rumah ini. Biarlah dia menyorok dulu dimana-mana. Belumpun sempat dia mahu melangkah kedapur, suara Zul Hakimi sudah kedengaran.
“ Kau!!!!!!...Ada lagi dekat sini!..”

“ Errr….sa… sa..”

Ija mula berpaling kebelakang setelah mendengar suara lelaki yang teramat dikenalinya. Suara yang cukup- cukup dikenalinya. Ija mula mati kata. Zul Hakimi juga serupa, mati kata, kelu berbicara.

Bibir mereka kelu. Bibir mereka seakan –akan digam daripada menuturkan kata. Hanya mata mereka bertentang antara satu sama lain.  Kedua- duanya diam seribu bahasa. Hanya pandangan mata mereka sahaja yang mula berbicara dan bicara tersebut hanya bisa difahami oleh mereka berdua sahaja. 

p/s: semoga terhibur!!!

No comments:

Post a Comment

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.