Saturday, May 18, 2013

novel(29): kau jodohku, tapi aku cinta kau!!!

Views

BAB 29
KAU JODOHKU, TAPI AKU CINTA KAU!!!




BAB 29

Sunyi seketika saat ini. Keadaan diantara Ija dan Zul Hakimi seakan- akan masa terhenti. Seakan –akan antara mereka hanya ada mereka sahaja di rumah itu. Sungguh tiada sebarang pergerakan dan hanya ada pergerkan dalam jantung mereka sahaja. Anak mata mereka masih saling bertentangan. Saling berpandangan antara satu sama lain. lidah pula kelu untuk berbicara. Tiada suara –suara yang kedengaran.  Kini, Ija hanya mendengar degupan jantungnya yang sudah tidak senada iramanya.  Lama mereka berkeadaan sedemikian. Jantungnya bagaikan sudah tidak lagi berada ditempat yang sepatutnya.

Bunyi deringan handphone milik Zul Hakimi melalak kuat. Lagu nyanyian Adele , Set Fire To The Rain semakin kuat vokalnya.  Itu menandakan pendail number telefon tersebut mahu diangkat segera. Lantas wajah Zul Hakimi menunduk dan tangannya menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan handphone yang sedari tadi nada deringnya tidak berhenti.  Setelah menekan butang yang berwarna hijau, kotak suara Zul Hakimi mula mengeluarkan suara garaunya.

Kini, Ija sudah mahu melangkah meninggalkan Zul Hakimi. Ija mahu ke bilik Ika sebenarnya. Ini kerana, Ija tahu satu- satunya bilik yang selamat untuknya untuk melindungi dirinya adalah di bilik adik kepada Zul Hakimi ini. Hanya adiknya kini, boleh melindungi diri, Yelah tak mungkinlah dia boleh pergi ke bilik papa Zul Hakimi. Itu dinamakan sengaja mencari nahas namanya!.

Belumpun sempat Ija melangkah setapak. Tangan Zul Hakimi pantas mencengkam.

“ Lepaslah..” Ija mula bersuara.

 Zul Hakimi mula menguatkan cengkaman tangannya. Kemudian matanya membulat memandang tepat kearah wajah bersih Ija. Kemudian Zul Hakimi meletakkan telefon tersebut diantara telinganya dan bahunya dan menutup sebahagian daripada permukaan telefon tersebut.

“ Diam!”

Kemudian telefon tersebut diletakkan kembali kearah telinganya. Lantas, dia menyambung kembali perbualan telefonnya dengan pemanggil yang tidak diketahui siapa.

“ Ok, Sayang..Bye. Sweet dream.” Nada suara Zul Hakimi selembut kapas lagaknya.

Setelah perbulan diantara Zul Hakimi dan entah siapa pemanggilnya. Namun Ija pasti pemanggil itu sudah pastinya Zura.   Ija yakin benar dengan pendapatnya satu itu. Teramat yakin. Ija begitu yakin bahawa pemanggil itu adalah Zura, ini adalah kerana hanya dengan wanita itu , sahaja Zul Hakimi akan berkelakuan sedemikian rupa kecuali aku..Desis ija dalam hatinya.

“Ehh, tadi masa dekat hospital bukan ke?, aku dah pesan dekat kau!.. Kau kene berambus dari sini, sebelum aku balik rumah ni. Tapi, tengok… Kau masih terpacak dekat sini.”

Zul Hakimi berhenti sebentar daripada bersuara. Kemudian dia menyambung kembali percakapannya.

“ Kenapa kau ni, suka sangat membangkitkan kemarahan aku?. Suka sangat tengok aku marah- marah kau agaknya.. Kau ni saja menaikkan  darah aku agaknya?. Kau nak bagi aku masuk hospital agaknya?. Maklumlah kau memang hebat dalam bab- bab menyusahkan orang ni. Pakar!!!. ” Zul Hakimi mula mengamuk.

“ Tak.. kejap lagi saya keluar dari rumah ni, saya tengah tunggu Tan Sri bersiap..”

Zul Hakimi memejam rapat matanya. Bulu mata panjangnya jelas kelihatan dimata Ija. Cantik.

“  Kau kene berambus dari sini, kenapa mesti tunggu papa akunya?. kenapa kau nak jadi perempuan simpanan ayah aku ke?.” Ayat yang keluar dari bibir nipis Zul Hakimi pedas kedengaran gegendang telinga Ija.


“ Saya bukan perempuan murahan!.” Tegas nada suara Ija.

Apa dia ingat aku semurah itu. Apa dia ingat semua wanita sedemikan rupa agaknya. kalau dia tahu mengapa wanita –wanita diluar sana menjadi pelacur pastinya ayat –ayat sedemikian tidak akan meniti dibibir Zul Hakimi. Bentak Ija dalam hatinya.

Zul Hakimi mula mendengus dan kehangatan hembusan nafasnya lembut menampar wajah Ija.

“ Kalau kau nak jadi perempuan simpananlah kan . Pleaselah pilih lelaki lain. Jangan nak ganggu keluarga aku lagi , dari abang hingga ke adik.. Perangai korang berdua sebijik!. Sama sahaja, bukan menyenangkan malah menyusahkan orang sahaja. ”

Zul Hakimi meneguk liurnya dan menyambung ayatnya kembali.

“ Kalau kau tak cukup duit nak hidup, ini cek ini ambik. “

Sehelai kertas putih melayang tepat kewajah Ija. Ija hanya membiarkan kertas tersebut beralun dan jatuh gugur ke lantai seakan –akan pergerakan sehelai daun gugur dari dahannya.

“ Cek tu, untuk bayaran atas ‘lakonan’ hebat kau!...Tanpa pengarah pun, kau memang pandai berlakon.. Hmm.. aku rasa cukuplah kot, untuk kau hidup lepas kau tinggalkan rumah ni. Tapi.. kalau tak cukup kau boleh la buat  kerja kotor kau tu..”

“ Saya bukan perempuan macam tu!.”

“ Sekarang kau tak nak mengaku kau perempuan macam tu?. Nak tunjuk alim sangat. Blahlah kau ni.. Macam baik sangat!. Kalau kau ni baiklahkan, takkanlah tunang kau dulu tu,boleh tinggalkan kau . Pelikkan!”:.

“ Itu cerita lama, rasanya tak perlu dibangkitkan lagi.”

“ Cerita lama.. Huh!.. Bukan boleh percaya sangat. Sebab kau kena tinggal tu pastinya sebab kau perempuan kotor. Perempuan jijik!.”

Ija mula memejam matanya seerat yang mungkin. Dan air hangat sudah mula menitis mengalir turun melalui pipi yang sudah berubah warnanya.

“ Saya bukan perempuan sedemikian rupa. Saya bukan perempuan murah, saya bukan perempuan kotar, saya jugak bukannya perempuan jijik. Itu semua bukan saya!!!.” Jerit Ija sepenuh hatinya.

Dada Ija sudah turun naik. Wajahnya sudah berubah 100 %. Zul Hakimi sudah mula berubah air mukanya. Mungkin juga tidak pernah melihat Ija sedemikan rupa.

“ Ehh, kau tak payahlah nak tarik vocal kau macam Ning Baizura!. Aku bukan nak kau melatih vocal dekat sini. Aku bukan cikgu vocal pun lagipun  aku tak pernah bukak kelas nyanyian lagi!”

Suara Zul Hakimi  sedikit kendur dari sebelumnya. Zul Hakimi mula bersuara kembali setelah Ija hanya diam sahaja.

“ Eh, tak payah terjerit – jeritlah. Aku belum pekak lagi rasanya. Sekarang ni, kau pandai melawan aku ye..  Belum apa – apa lagi kau dah tunjukkan belang kau!!.”

Ija menoleh sedikit wajahnya kearah Zul Hakimi dan mula mengerakkan lidah dan bibirnya untuk bercakap kemudiannya.

“ Apa dia, yang encik nak sebenarnya ?. Tak cukup lagi penghinaan tu?. Tak cukup?. Dah la encik.  Buat apalahkan encik nak simpan perempuan kotor macam saya. Sekarang pun encik boleh lepaskan sayakan. Betul tak?”

Anak mata Ija sudah tepat memandang wajah Zul Hakimi. Ija menantikan jawapan daripada Zul Hakimi sahaja kini. Ayat yang keluar dari bibirnya teramat berat, teramat sakit untuk keluar. Namun, buat apa mahu menyambung simpulan ‘ikatan’  ini walaupun tahu tali yang diikat itu sudah reput dan uzur. Tali ini juga hanya menanti masa untuk terlerai sahaja. 

Zul Hakimi mula mengenggam erat kelima-lima jarinya dan melangkah setapak demi setapak menghampiri Ija. Ija mula mengundur setapak kebelakang sehingga tiada ruang lagi untuknya mengundur.

“ Aku…”

“ Aku…”

Ija mula memejamkan matanya. Dia sedar sebaris kata yang bakal keluar dari mulut Zul Hakimi  akan menjadi penamat ‘lakonan’ ini.

“ Aku.. Tak akan lepaskan kau! , Walaupun kau tak lagi, tinggal sebumbung dengan aku.. Tapi, aku akan buat kau jadikan kau gantung tak bertali. Biar padan dengan muka kau!!” Zul Hakimi mula meludah tepat ke muka Ija.

Air mata Ija tidak ubah seperti air terjun yang mengalir tanpa henti sedari tadi.

“ Kenapa?. Kalau encik tahu kebenarannya, pasti encik akan lepaskan saya kan..”

Zul Hakimi mula mendekatkan mukanya kearah telinga Ija dan berbisik.

“ Kebenaran?!!.”

“ Kebenaranya Ija oii… family aku, tak bersalah.. Abang kau tu, yang buat adik aku macam mayat hidup dulu. Itu kebenarannya!!”

Telapak jari Zul Hakimi mula menampar dinding dapur kering rumahnya. Marah!. Dia mula meraih kedua- dua bahu Ija dan menyandarkan badan Ija tepat ke dinding tersebut. Lantas, tudung yang sudah senget itu direntap kasar. Habis tercabut dan Zul Hakimi mula menarik rambut ikal Ija dan menariknya.

Ija mula memegang rambutnya yang sakit di tarik oleh Zul Hakimi.

“ Bukan itu.. Family saya tak bersalah pun..abang saya…”

Belum habis pun ayat yang mahu dituturkan Ija , Zul Hakimi sudah memintasnya.

“ Kiranya, kau nak cakap abang kau tu baiklah?. Macam tu?. kau mari sini meh aku ajar kau sikit.”

Badan Ija sudah di tarik hingga ke ruang tamu dan Zul Hakimi mula menolak tubuh badan Ija jatuh ke kerusi empuk tersebut.

“ Tak payahlah nak cakap yang  family kau tak bersalah. Dah terang lagi bersuluh Ija oii..”

“ Betul, itu faktanya.”

“ Faktanya sekarang aku nak kau berambus cepat sikit dari sini.”

Kini, Zul Hakimi mula menarik Ija menggunakan rambut Ija Ija mula terduduk dan menjerit kesakitan.

“ Sakit!!”

Ija juga mula jatuh kelantai. Namun, Zul Hakimi langsung tidak mengiraukan rintihan Ija. Malah mula mengheret Ija keluar dari pintu utama rumah ini. Kemudian, beg yang sudah diletakkan di hadapan pintu mula di campak dan beg yang mempunyai roda tersebut terkena tepat peha Ija.

“ Aduh!!” Ija mula mengerang kesakitan. Walaupun dia menjerit meminta tolong pun, hati Zul Hakimi sudah keras seperti batu.

 Zul Hakimi mula mendekati Ija.

“ Sakit?? ,Kau tak payahlah nak berdrama sangat. Ingat ye Ija walau apa pun terjadi kau akan jadi isteri aku. Aku nak biarkan kau jadi perempuan yang  gantung tak bertali.”  Zul Hakimi mula mahu masuk semula kedalam rumah.

Ija mula bangun walau dengan pehanya yang sakit.

“ Encik.. tunggu dulu, saya..”

“ Kau nak apa lagi?..” lantas Zul Hakimi menyambung kembali ayatnya. “ tak cukup lagi ‘ hadiah’ yang aku bagi tadi. Atau kau nak lagi?” soal Zul Hakimi.

“ Bukan.. saya..”

“ Kau tak payah buang masa akulah! Cepatlah !!!.”

“ saya..”
Cincin berwarna silver yang masih tersarung dijari manis Ija perlahan-lahan ditanggalkannya. Dan cincin tersebut di gengam erat oleh Ija. Seerat –eratnya. Ija tidak mahu melepaskan cincin yang sudah setahun lebih dia jarinya. Namun, hari ini adalah hari terakhir cincin tersebut menjadi miliknya dan berada di jari runcingnya.

“ Apa lagi!!!”

“ Saya., nak pulangkan cincin ni.. “ lantas cincin tersebut di hulurkan kearah Zul Hakimi.

“ Kau ambik je lah cincin tu. Aku tak hingin pun!. Lagipun cincin murah aku beli. Cincin tu pun tak membawa apa-apa makna pada aku.  Lagipun, manalah tahukan masa kau terdesak nanti, kau boleh jual cincin tu. Dapat jugak kau duitkan..” Sinis nada suara Zul Hakimi.

“ Saya tak nak simpan cincin ini. Lagipun, cincin tu encik mungkin boleh bagipada bakal isteri baru encik ke?”

“ Woii.. tak faham bahasa ke apa?. Agaknya tak lulus kertas bahasa agaknya kau ni?. Aku akan beli cincin mahal untuk bini baru aku nanti. Tak kan, aku nak bagi wanita yang aku cintai pakai barangan perempuan kotor macam kau. Bekas kau buat apa aku nak berinya!. ”

Ija tetap juga menyerahkan cincin tersebut kepada Zul Hakimi. Ija masih menghulurkannya. Tangannya masih menghulurkannya. Setelah lama menghulurkan cincin tersebut, Zul Hakimi menyambutnya juga walaupun agak lambat. Sangka Ija, dia akan menyimpannya namun terus Zul Hakimi membalingnya kearah taman bunga yang bunga- bunganya tumbuh mekar. Bunyi ‘derdeting’ akibat daripada dentuman dengan pasu bunga agaknya.

“ Kenapa encik buang?.”

“ Suka hati akulah.. Aku ada duit..Lagipun , aku boleh beli berapa sahaja yang aku nak..”

Ija membiarkan lagak  Zul Hakimi tersebut. Biarlah, memang orang tak suka buat apa mahu bertanya.

Ija mula berfikir adakah envelope putih yang diletakkan di meja solek bilik Zul Hakimi itu akan dibacanya atau dikoyak terus tanpa membacanya.  Duit- duit yang dahulu yang diberikan oleh Zul Hakimi diletakkan sekali didalam envelope tersebut. Adakah juga dia akan menerima syarat- syarat yang ditulis olehku ?. Adakah dia bakal membacanya?. Apakah Zul Hakimi akan membenarkan syarat –syarat tersebut . Dan apa pula reaksi Zul Hakimi apabila mengetahui kebenarannya?. Segala persoalan tersebut mula menari- nari di benak fikiran Ija.

Ya- Allah kau bukalah hati Zul Hakimi untuk membaca kertas tersebut. Ya- Allah permudahkanlah segala urusanku. Ya- Allah engkaulah penguasa samaada dilangit atau di bumi dan engkau mengetahui segalanya.

p/s: Moga terhibur. :)

6 comments:

  1. cpt2 la update n3 baru....
    lama tunggu dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh ada entry br..
      jmput baca..
      slmt berpuasa n slmat hr raya..

      Delete
  2. akak best! Cpt update n3 baru. Tak sabar ni......

    ReplyDelete
  3. best nak lagi dah lama tunggu tau.

    ReplyDelete

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.