BAB 29
KAU JODOHKU, TAPI AKU CINTA KAU!!!
BAB
29
Sunyi seketika saat ini. Keadaan
diantara Ija dan Zul Hakimi seakan- akan masa terhenti. Seakan –akan antara
mereka hanya ada mereka sahaja di rumah itu. Sungguh tiada sebarang pergerakan
dan hanya ada pergerkan dalam jantung mereka sahaja. Anak mata mereka masih
saling bertentangan. Saling berpandangan antara satu sama lain. lidah pula kelu
untuk berbicara. Tiada suara –suara yang kedengaran. Kini, Ija hanya mendengar degupan jantungnya
yang sudah tidak senada iramanya. Lama
mereka berkeadaan sedemikian. Jantungnya bagaikan sudah tidak lagi berada
ditempat yang sepatutnya.
Bunyi deringan handphone
milik Zul Hakimi melalak kuat. Lagu nyanyian Adele , Set Fire To The Rain
semakin kuat vokalnya. Itu menandakan
pendail number telefon tersebut mahu diangkat segera. Lantas wajah Zul Hakimi
menunduk dan tangannya menyeluk poket seluarnya untuk mengeluarkan handphone yang sedari tadi nada
deringnya tidak berhenti. Setelah menekan
butang yang berwarna hijau, kotak suara Zul Hakimi mula mengeluarkan suara
garaunya.
Kini, Ija sudah mahu melangkah meninggalkan Zul
Hakimi. Ija mahu ke bilik Ika sebenarnya. Ini kerana, Ija tahu satu- satunya
bilik yang selamat untuknya untuk melindungi dirinya adalah di bilik adik
kepada Zul Hakimi ini. Hanya adiknya kini, boleh melindungi diri, Yelah tak
mungkinlah dia boleh pergi ke bilik papa Zul Hakimi. Itu dinamakan sengaja mencari
nahas namanya!.
Belumpun sempat Ija melangkah setapak. Tangan Zul
Hakimi pantas mencengkam.
“ Lepaslah..” Ija mula bersuara.
Zul Hakimi
mula menguatkan cengkaman tangannya. Kemudian matanya membulat memandang tepat
kearah wajah bersih Ija. Kemudian Zul Hakimi meletakkan telefon tersebut
diantara telinganya dan bahunya dan menutup sebahagian daripada permukaan
telefon tersebut.
“ Diam!”
Kemudian telefon tersebut diletakkan kembali kearah
telinganya. Lantas, dia menyambung kembali perbualan telefonnya dengan
pemanggil yang tidak diketahui siapa.
“ Ok, Sayang..Bye. Sweet dream.” Nada suara Zul Hakimi selembut kapas lagaknya.
Setelah perbulan diantara Zul Hakimi dan entah siapa
pemanggilnya. Namun Ija pasti pemanggil itu sudah pastinya Zura. Ija
yakin benar dengan pendapatnya satu itu. Teramat yakin. Ija begitu yakin bahawa
pemanggil itu adalah Zura, ini adalah kerana hanya dengan wanita itu , sahaja
Zul Hakimi akan berkelakuan sedemikian rupa kecuali aku..Desis ija dalam
hatinya.
“Ehh, tadi masa dekat hospital bukan ke?, aku dah
pesan dekat kau!.. Kau kene berambus
dari sini, sebelum aku balik rumah ni. Tapi, tengok… Kau masih terpacak dekat
sini.”
Zul Hakimi berhenti sebentar daripada bersuara.
Kemudian dia menyambung kembali percakapannya.
“ Kenapa kau ni, suka sangat membangkitkan kemarahan
aku?. Suka sangat tengok aku marah- marah kau agaknya.. Kau ni saja menaikkan darah aku agaknya?. Kau nak bagi aku masuk
hospital agaknya?. Maklumlah kau memang hebat dalam bab- bab menyusahkan orang
ni. Pakar!!!. ” Zul Hakimi mula mengamuk.
“ Tak.. kejap lagi saya keluar dari rumah ni, saya
tengah tunggu Tan Sri bersiap..”
Zul Hakimi memejam rapat matanya. Bulu mata
panjangnya jelas kelihatan dimata Ija. Cantik.
“ Kau kene berambus dari sini, kenapa mesti
tunggu papa akunya?. kenapa kau nak jadi perempuan simpanan ayah aku ke?.” Ayat
yang keluar dari bibir nipis Zul Hakimi pedas kedengaran gegendang telinga Ija.
“ Saya bukan perempuan murahan!.” Tegas nada suara
Ija.
Apa dia ingat aku semurah itu. Apa dia ingat semua
wanita sedemikan rupa agaknya. kalau dia tahu mengapa wanita –wanita diluar
sana menjadi pelacur pastinya ayat –ayat sedemikian tidak akan meniti dibibir
Zul Hakimi. Bentak Ija dalam hatinya.
Zul Hakimi mula mendengus dan kehangatan hembusan
nafasnya lembut menampar wajah Ija.
“ Kalau kau nak jadi perempuan simpananlah kan . Pleaselah pilih lelaki lain. Jangan nak
ganggu keluarga aku lagi , dari abang hingga ke adik.. Perangai korang berdua
sebijik!. Sama sahaja, bukan menyenangkan malah menyusahkan orang sahaja. ”
Zul Hakimi meneguk liurnya dan menyambung ayatnya kembali.
“ Kalau kau tak cukup duit nak hidup, ini cek ini
ambik. “
Sehelai kertas putih melayang tepat kewajah Ija. Ija
hanya membiarkan kertas tersebut beralun dan jatuh gugur ke lantai seakan –akan
pergerakan sehelai daun gugur dari dahannya.
“ Cek tu, untuk bayaran atas ‘lakonan’ hebat kau!...Tanpa
pengarah pun, kau memang pandai berlakon.. Hmm.. aku rasa cukuplah kot, untuk
kau hidup lepas kau tinggalkan rumah ni. Tapi.. kalau tak cukup kau boleh la
buat kerja kotor kau tu..”
“ Saya bukan perempuan macam tu!.”
“ Sekarang kau tak nak mengaku kau perempuan macam
tu?. Nak tunjuk alim sangat. Blahlah kau ni.. Macam baik sangat!. Kalau kau ni
baiklahkan, takkanlah tunang kau dulu tu,boleh tinggalkan kau . Pelikkan!”:.
“ Itu cerita lama, rasanya tak perlu dibangkitkan
lagi.”
“ Cerita lama.. Huh!.. Bukan boleh percaya sangat.
Sebab kau kena tinggal tu pastinya sebab kau perempuan kotor. Perempuan
jijik!.”
Ija mula memejam matanya seerat yang mungkin. Dan
air hangat sudah mula menitis mengalir turun melalui pipi yang sudah berubah
warnanya.
“ Saya bukan perempuan sedemikian rupa. Saya bukan
perempuan murah, saya bukan perempuan kotar, saya jugak bukannya perempuan
jijik. Itu semua bukan saya!!!.” Jerit Ija sepenuh hatinya.
Dada Ija sudah turun naik. Wajahnya sudah berubah
100 %. Zul Hakimi sudah mula berubah air mukanya. Mungkin juga tidak pernah
melihat Ija sedemikan rupa.
“ Ehh, kau tak payahlah nak tarik vocal kau macam Ning Baizura!. Aku bukan
nak kau melatih vocal dekat sini. Aku
bukan cikgu vocal pun lagipun aku tak pernah bukak kelas nyanyian lagi!”
Suara Zul Hakimi
sedikit kendur dari sebelumnya. Zul Hakimi mula bersuara kembali setelah
Ija hanya diam sahaja.
“ Eh, tak payah terjerit – jeritlah. Aku belum pekak
lagi rasanya. Sekarang ni, kau pandai melawan aku ye.. Belum apa – apa lagi kau dah tunjukkan belang
kau!!.”
Ija menoleh sedikit wajahnya kearah Zul Hakimi dan
mula mengerakkan lidah dan bibirnya untuk bercakap kemudiannya.
“ Apa dia, yang encik nak sebenarnya ?. Tak cukup
lagi penghinaan tu?. Tak cukup?. Dah la encik.
Buat apalahkan encik nak simpan perempuan kotor macam saya. Sekarang pun
encik boleh lepaskan sayakan. Betul tak?”
Anak mata Ija sudah tepat memandang wajah Zul Hakimi.
Ija menantikan jawapan daripada Zul Hakimi sahaja kini. Ayat yang keluar dari
bibirnya teramat berat, teramat sakit untuk keluar. Namun, buat apa mahu
menyambung simpulan ‘ikatan’ ini
walaupun tahu tali yang diikat itu sudah reput dan uzur. Tali ini juga hanya
menanti masa untuk terlerai sahaja.
Zul Hakimi mula mengenggam erat kelima-lima jarinya
dan melangkah setapak demi setapak menghampiri Ija. Ija mula mengundur setapak
kebelakang sehingga tiada ruang lagi untuknya mengundur.
“ Aku…”
“ Aku…”
Ija mula memejamkan matanya. Dia sedar sebaris kata
yang bakal keluar dari mulut Zul Hakimi
akan menjadi penamat ‘lakonan’ ini.
“ Aku.. Tak akan lepaskan kau! , Walaupun kau tak
lagi, tinggal sebumbung dengan aku.. Tapi, aku akan buat kau jadikan kau
gantung tak bertali. Biar padan dengan muka kau!!” Zul Hakimi mula meludah
tepat ke muka Ija.
Air mata Ija tidak ubah seperti air terjun yang
mengalir tanpa henti sedari tadi.
“ Kenapa?. Kalau encik tahu kebenarannya, pasti
encik akan lepaskan saya kan..”
Zul Hakimi mula mendekatkan mukanya kearah telinga
Ija dan berbisik.
“ Kebenaran?!!.”
“ Kebenaranya Ija oii… family aku, tak bersalah.. Abang kau tu, yang buat adik aku macam
mayat hidup dulu. Itu kebenarannya!!”
Telapak jari Zul Hakimi mula menampar dinding dapur
kering rumahnya. Marah!. Dia mula meraih kedua- dua bahu Ija dan menyandarkan
badan Ija tepat ke dinding tersebut. Lantas, tudung yang sudah senget itu
direntap kasar. Habis tercabut dan Zul Hakimi mula menarik rambut ikal Ija dan
menariknya.
Ija mula memegang rambutnya yang sakit di tarik oleh
Zul Hakimi.
“ Bukan itu.. Family
saya tak bersalah pun..abang saya…”
Belum habis pun ayat yang mahu dituturkan Ija , Zul
Hakimi sudah memintasnya.
“ Kiranya, kau nak cakap abang kau tu baiklah?.
Macam tu?. kau mari sini meh aku ajar kau sikit.”
Badan Ija sudah di tarik hingga ke ruang tamu dan
Zul Hakimi mula menolak tubuh badan Ija jatuh ke kerusi empuk tersebut.
“ Tak payahlah nak cakap yang family
kau tak bersalah. Dah terang lagi bersuluh Ija oii..”
“ Betul, itu faktanya.”
“ Faktanya sekarang aku nak kau berambus cepat sikit
dari sini.”
Kini, Zul Hakimi mula menarik Ija menggunakan rambut
Ija Ija mula terduduk dan menjerit kesakitan.
“ Sakit!!”
Ija juga mula jatuh kelantai. Namun, Zul Hakimi
langsung tidak mengiraukan rintihan Ija. Malah mula mengheret Ija keluar dari
pintu utama rumah ini. Kemudian, beg yang sudah diletakkan di hadapan pintu
mula di campak dan beg yang mempunyai roda tersebut terkena tepat peha Ija.
“ Aduh!!” Ija mula mengerang kesakitan. Walaupun dia
menjerit meminta tolong pun, hati Zul Hakimi sudah keras seperti batu.
Zul Hakimi
mula mendekati Ija.
“ Sakit?? ,Kau tak payahlah nak berdrama sangat.
Ingat ye Ija walau apa pun terjadi kau akan jadi isteri aku. Aku nak biarkan
kau jadi perempuan yang gantung tak
bertali.” Zul Hakimi mula mahu masuk
semula kedalam rumah.
Ija mula bangun walau dengan pehanya yang sakit.
“ Encik.. tunggu dulu, saya..”
“ Kau nak apa lagi?..” lantas Zul Hakimi menyambung
kembali ayatnya. “ tak cukup lagi ‘ hadiah’ yang aku bagi tadi. Atau kau nak
lagi?” soal Zul Hakimi.
“ Bukan.. saya..”
“ Kau tak payah buang masa akulah! Cepatlah !!!.”
“ saya..”
Cincin berwarna silver
yang masih tersarung dijari manis Ija perlahan-lahan ditanggalkannya. Dan
cincin tersebut di gengam erat oleh Ija. Seerat –eratnya. Ija tidak mahu
melepaskan cincin yang sudah setahun lebih dia jarinya. Namun, hari ini adalah
hari terakhir cincin tersebut menjadi miliknya dan berada di jari runcingnya.
“ Apa lagi!!!”
“ Saya., nak pulangkan cincin ni.. “ lantas cincin
tersebut di hulurkan kearah Zul Hakimi.
“ Kau ambik je lah cincin tu. Aku tak hingin pun!.
Lagipun cincin murah aku beli. Cincin tu pun tak membawa apa-apa makna pada
aku. Lagipun, manalah tahukan masa kau
terdesak nanti, kau boleh jual cincin tu. Dapat jugak kau duitkan..” Sinis nada
suara Zul Hakimi.
“ Saya tak nak simpan cincin ini. Lagipun, cincin tu
encik mungkin boleh bagipada bakal isteri baru encik ke?”
“ Woii.. tak faham bahasa ke apa?. Agaknya tak lulus
kertas bahasa agaknya kau ni?. Aku akan beli cincin mahal untuk bini baru aku
nanti. Tak kan, aku nak bagi wanita yang aku cintai pakai barangan perempuan
kotor macam kau. Bekas kau buat apa aku nak berinya!. ”
Ija tetap juga menyerahkan cincin tersebut kepada
Zul Hakimi. Ija masih menghulurkannya. Tangannya masih menghulurkannya. Setelah
lama menghulurkan cincin tersebut, Zul Hakimi menyambutnya juga walaupun agak
lambat. Sangka Ija, dia akan menyimpannya namun terus Zul Hakimi membalingnya
kearah taman bunga yang bunga- bunganya tumbuh mekar. Bunyi ‘derdeting’ akibat
daripada dentuman dengan pasu bunga agaknya.
“ Kenapa encik buang?.”
“ Suka hati akulah.. Aku ada duit..Lagipun , aku
boleh beli berapa sahaja yang aku nak..”
Ija membiarkan lagak
Zul Hakimi tersebut. Biarlah, memang orang tak suka buat apa mahu bertanya.
Ija mula berfikir adakah envelope putih yang diletakkan di meja solek bilik Zul Hakimi itu
akan dibacanya atau dikoyak terus tanpa membacanya. Duit- duit yang dahulu yang diberikan oleh
Zul Hakimi diletakkan sekali didalam envelope tersebut. Adakah juga dia akan
menerima syarat- syarat yang ditulis olehku ?. Adakah dia bakal membacanya?. Apakah
Zul Hakimi akan membenarkan syarat –syarat tersebut . Dan apa pula reaksi Zul
Hakimi apabila mengetahui kebenarannya?. Segala persoalan tersebut mula menari-
nari di benak fikiran Ija.
Ya- Allah kau bukalah hati Zul Hakimi untuk membaca
kertas tersebut. Ya- Allah permudahkanlah segala urusanku. Ya- Allah engkaulah
penguasa samaada dilangit atau di bumi dan engkau mengetahui segalanya.
p/s: Moga terhibur. :)