Monday, April 16, 2012

novel (15): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 15 )

Views


BAB 15




Jam di pergelangan tanganku. Aku jengah. Baru pukul 8.00 pagi.awal lagi ni. patutla sepupu aku yang kecik- kecik semuanya tak sampai lagi. baru nak kerahkan diorang buat kerja.. bukan la bermaksud untuk membuli. Tapi , ia bagi mempercepatkan proses penyiapan kerja..

“ ini rumah arwah wan kau ke..tak pernah pulak sampai sini..cantik betul la rumah ni..”

Rumah papan..cantik coraknya memang cantik. Tambah pulak pokok buah- buahan yang di tanam di sekeliling rumah. Tak jauh dari situ ada sawah padi.. jaraknya hanya daalm 300 meter sahaja..

Dari tadi aku melihat Zul Hakimi asyik menangkap gambar. Seronok ke apa..dia ni bukan ke mak suruh buat kerja bukan buat sesi fotographer cik abang oii..alah.. biarlah..karang sampai villa tu karang mula la jadi balik  big boss pulak..tak pe biarkan dia..janji dia tak ganggu aku.Aman sikit.

Aku mula mengemas dari dapur. Basuh pinggan mangkuk yang mula berabuk. Nasib baik pinggan masa kenduri kahwin aku dulu masih ada tersusun di atas meja..lantas aku angkat sedikit demi sedikit ke singki. Basuh dulu apa yang patut.

Kuali besar aku angkat..ya allah beratnya..ni kalau aku mengandung gugur anak aku.anak? kalau ada anak aku nak anak iras- iras Nealofa tu.cun nanti anak aku.kalau lelaki aku nak muka ala- ala Lee Min Ho..ishh.. angan – angan tak sudah betul..hehehe…

Tiba- tiba Zul Hakimi datang dari arah belakang tubuhku..

“ kau  buat apa? Nak angkat kuali besar ni. nak masak apa?..”

Dia menolong aku mengangkatnya keluar melalui pintu dapur..

“ kuali ni nanti nak masak dodol.. nanti encik boleh makan panas- panas. Tu lagi sedap kalau nak makan..biasanya kalau dekat kedai dah sejuk.. time dia hampir – hampir nak likat tu la best nak makan..nanti saya ajar encik makan..”

Lepas ni aku nak kemas ruang tamu pula..mahu vacuum serta tingkap pun aku nak lap jugak..ishh.. sempat ke? budak- budak ni mana..tak sampai- sampai lagi..lambatnya…

Di saat ini Zul Hakimi mula membantu aku dengan menbasuh pinggan mangkuk..ishh.. pandai je dia basuh pinggan kan.kalau dia makan dekat Villa dia tu tak pernah pun aku tengok dia basuh pinggan. Selalunya orang je yang selalu basuh untuk dia..pandai rupanya….

Aku meyapu sampah  diluar rumah. Tiba- tiba ada suara abang syafiq memanggil dari rumah sebelah. Dan saat ku menoleh, aku ternampak abang syafiq sudah mara ke arahku.

“ ehh.. ija! Ingat sapa tadi? Hehehe”

Tegur syafiq. Syafiq teman sejak dari kecik lagi. dia baru bertunang dengan sofiyah. Sepupu aku tu. kisah cinta diorang ni unik la jugak. Sofiyah dan syafiq banyak  bergaduh.  Tak sangaka gaduh- gaduh akhirnya itu jodohnya. Siapa sangka kan..itula sapa suruh gaduh- gaduh kan dah jatuh cinta..  kan TUhan dah cakap jangan terlalu membenci takut menjadi sebaliknya
.
“ dah abang syafiq ingat kan sapa.. ehh,… abang mesti ingatkan ija ni . Sofiyah kan.. betul tak?”

 Aku menduga. Saja meneka.. kedua- dua keningku ku angkat.

“ tak la.. bukan ingat kan sofiyah. Ingat kan mak lampir mana menyapu sampah dekat halaman rumah arwah wan kau tu.. tu yang Tanya tu”

Syafiq tersengeh.

“ amboi… sedap nya cakap. Ingat apa. Mak lampir ni cantik tau.”

“ iya la kamu tu lepaskan ikatan rambut tu kenapa.. sebijik macam mat lapir tu.. tu ingatkan orang yang sama. Tapi mak lampir depan  abang  ni cantik. “

Aku pun tak pakai tudung pulak keluar rumah. Lupa la pulak. maklum la ingatkan tak ada orang. rupanya si syafiq ni ada dekat rumah pulak.

“ ha.. cuba la cakap macam tu. karang dengar dekat sofiyah abang tu .nanti bulan lima ni abang naik pelamin sorang – sorang la jawab nya. ”

Aku sekadar mengusik.  Saja usik abang syafiq ni. alah sebenarnya dia sebaya abang long hakam aku. Tu tak kisah tu nak sembur dia ke apa tu.

 Kerja ku kini sudah semakin siap. Pinggan sudah di basuh, tingkap sudah dilap lantai pun dah mop dah..hari pun dah pukul 10.30 pagi.. Cuma tinggal bab masak – masak je tinggal. Tu mak dengan abah pun belum balik lagi ni.  macam mana nak potong- potong sayur. Tak pe bawang semua mak ngah sekeluarga yang buat. Tunggu nak sampai je lagi…

“ ija.. mana tandas? Aku nak membuangla..”

 Dengan muka penuh perasaan.. muka dia macam tak tahan sangat dah..

“ encik, nak masuk tandas?” soalku semula..

Saja nak kepastian..ija oii.. comform pastinya dia tu nak membuang,, kau sengaja nak dia ulang banyak kali ke?…

“ kalau nak ke tandas..nak buang air kecik kene pergi dekat perrigi tu, kalau nak buang yang satu lagi tu..sila buang kene gali lubang dulu. Ni kan rumah orang dulu- dulu. Mana ada tandas ni semua..  sistem sewage dia tak proper lagi..”

…hehehe…idea jahat ija ni dah datang dah…aku mula berlagu riang..hahaha…jerat dah terkena..
“ mana perigi nya..jauh tak?”

Aku menujukkan arah perigi. Dari pintu dapur ni Nampak la ..aku anggarkan Zul Hakimi ini kene berjalan kaki kiri- kira 30 langkah je..tak la jauh sangat..

Entah berapa minit tah dia pergi..tapi dia kini sudah kembali berada di dalam rumah..cepatnya membuang, kan kata nak membuang kene gali lubang dulu..takkan la cepat sangat dia mencakul nya..pelik- pelik…

“ cepatnya..?”

“ tak jadi.cancel..”

“ kenapa?”

“ mana la aku reti mencangkul.cangkul pun tak jumpa..mana nak koreknya.. nak pakai tangan mana retinya..”

Cangkul tu pun aku kenal sebab pergi rumah Man masa time aku cuti belajar dulu..gunanya aku tak reti.pegang pun tak pernah..desis Zul Hakimi..

nak cangkul ke..nanti saya ambikkan..nak ke?”

“ tak nak la..aku rela tahan tau takk..ehh..aku tengok air perigi tu sejuk..tu kalau kau balik sini..kau mandi depan- depan public macam tu ke.?.”

Perigi tu memang berada di luar rumah tapi ada lagi rumah yang berhampirannya. Jadi memang Nampak agak terdedah sikit  la.. tapi jarang sangat la orang pakai perigi tu sekarang. Kan dah ada kemudahan air paip jadi gunakan lah.

Aku mengangguk.

Lantak kau la Zul hakimi oii.. aku peduli apa.. yang penting dia bukan tahu pun.

Tiba- tiba aku berasa panas la pulakkan selepas buat  semua kerja – kerja pembersihan rumah ni. jadi aku pun fikir nak mandi la pulak.. Zul hakimi masih berada di perigi. Lantak kau la reti tak timba air tu.  pandai –pandai la kau.. panas. Biar lah, dia tak tau punya kan.

Lantas aku mencapai tuala serta baju t – shirt.  Terus je aku meluru masuk ke dalam bilik air yang berada di sudut kiri dapur.

Kalau mamat tu tau mampus dia kerjakan aku.

Kira- kira dalam 10 minit aku mandi. Aku pun terus keluar dari bilik air. Argghh.. segar rasanya. Sejuk . nyaman betul.

Tiba- tiba muncil Zul Hakimi depan mata.

Aku tersenyum.

“ encik siap mandi dah ke?.. sedap mandi perigi tu. ?” soalku. Suaraku mula terketar- ketar. Takut.

Maklum la buat salahkan. Mestila takut sikit. Tapi aku buat- buat berani je sekarang ni.

“ kau menipu aku kan?. Kau kata tak ada bilik air dalam rumah ni. “

Aku meneguh liur. Payahnya nak telan!.

“ saya nak bagi encik pengalaman mandi air perigi tu. kan syok mandi air perigi. Tu. lagipun encik kan orang Bandar tu yang nak bagi encik ada pengalaman tu. boleh la nanti kot- kot nak duk homestay bila encik kahwin lagi ke.?. boleh datang rumah arwah nenek saya tu, nak cari pengalaman dengan bini baru encik tu.. kita orang sedia menerima la kedatangan encik nanti”

Panjang aku memberi alasan. Entah mana datang nya idea tak berapa bernas tu. tak kisah la kan. Yang penting dapat selamatkan diri aku.Err..kalau dia nak kahwin lain, relakah aku.Hmm..macam tak rela sahaja.

Dia menarikku kedada bidangnya. Rapat. Debaran dalam jantung ni tak yah cakap la kan. Memang macam buat marathon je.

“ meh sini.. sakitnya hatiku. Kau main- main kan aku kan. Kau ingat lepas ni kau boleh tipu aku lagi ke.?” Pautannya semakin erat.

“ errr…” aku memejamkan mataku. Takut.dia ni bukan boleh percaya sangat.

“ ya- allah budak berdua ni. mak suruh kemas rumah. Bukan bercekerama dekat dapur ni” suara mak kedengaran.

Serta merta tangannya terlerai dari pinggangku.  Kami berdua kini mengadap emak. Macam ala- ala dekat mahkamah pulak. mak menjadi hakimnya. Abah pulak menjadi saksinya.

“ mak , ija naik dulu. Nak siap- siap..nanti Ija tolong mak ya..”

Malu sebenanya. Ada ke boleh kantoi dengan mak sendiri. Malunya…

2 comments:

  1. cepat sambung xsabar nak bace ni..jap nk tya knape zul hakimi tetiba jd baik ni???

    ReplyDelete
  2. yap2 br je unpload episod baru..
    slmat membaca tau..huhuhu
    Zul jd baik? sbb 2 kat rumah mak mentua dia n sbb ht dia dh mula suka dkt Ija..

    ReplyDelete

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.