BAB 16
Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau!
Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau!
Pergelangan tanganku direntap kasar. Sakit!. Lantas tubuhku
di tolak ke arah dinding rumah emak. Ni, Zul Hakimi mahu buat perangai lagilah
ni. tak de lain dah ni. ini mesti ada yang tak kena dalam hati dia nie.
Sudahlah kalau perangainya mengalahkan orang meroyan.
“ sakit, encik.lepaskan saya. Sakit!” Ija mula mendesah.
“ kenapa?” anak matanya makin membulat. Matanya mula memerah
.
Mesti ada aku buat salah nie. Otak Ija mula berputar.cuba
mengigati segala cerita sebelum ini. Hmm..macam tak pernah jumpa je
kesalahannya. Betul ke?
“ apa salah saya?” ija mula menyoal.
“ apa salah , kau?. Boleh kau Tanya pulak apa salah kau.?” .
nada ketawa kedengaran.
Cengakam tanganku makin kejap. Tangan kiriku mula memegang
jari milik Zul Hakimi. Sakit, dan aku sediri sudah tidak tahan.
“ lain kali, ingat jangan cuba nak mengatal dengan mana-
mana jantan pun. Aku tak suka!” tegas. Bagaikan satu arahan. Bagaikan seorang
askar memberi arahan.
Mengatal? Mengatal
dengan siapa? Bila masa pulak aku mengatal?kot ye pun aku duduk dengan dia je
pun sepanjang hari ini. Ada ke aku mengatal dengan dia? Aduh!, rungsing aku dengan sikap Zul
Hakimi ni.
“ kau senyap tu, kenapa? Sudah bisu, dah habis air liur
untuk bercakap.” Sergahannya makin kuat.
Harap- harap mak dengan abah tak mendengar amukan Zul Hakimi ini.
“ dah la encik , lepaskanlah saya. Sakit!”
Arghh.. sakit..hati
aku nie lagi sakit. Membara , ada kau kisah ke?zul hakimi mula bermonolog pula.tapi,
kenapa aku rasa sakit, kenapa aku rasa bisanya. Kenapa?tak mungkinla ada
perasaan antara aku dengan Ija ni. Zura, mana nak campak.ishh..bukan aku tak
sukakan Zura tu ke?..aduhh….
Rahang pipiku
dicengkam.kuat!.
“ sakit!”
“ lain kali jangan mengatal dengan Syafiq tu. siap berabang-
abang la. Siap nak suap menyuap bagai. Itu baru depan aku. Kalaula , aku tak
sampai sini mesti kau makin menggatalkan? Semakin miang. Nasib baik aku ada
dekat sini”
Aku cuba menepis cengakamannya. Dan akhirnya terlerai.
“ syafiq? Abang syafiq? Bila saya mengatalnya.?”
“ yang tadi tu, tak ke di
kira menggatal namanya. Siap nak suap
bagai. Nak sakitkan hati aku. Kau ingat ini peringatan aku, tak mungkin kau
boleh sakitkan hati aku.Faham !. Ha! Lagi satu, kau tu bagi aku buat puaskan
nafsu aku je. Tak lebih. Faham. Kau jangan ada sekumit perasaan dekat aku.
Ingat tu.“
Lantas kepala ku di tonyoh. Aku tersentak ke belakang
.
Encik Zul Hakimi oii,
tak payah la nak ulang sejuta kali. Aku rasa daya ingatan aku ini, kuat lagi.
aku tak makan semut sebalang lah.tak payah ulang ayat tu banyak kalilah. Ya,
aku takkan jatuh hati pada kau , Zul Hakimi. Tak mungkin.tapi hati ini bagaikan
ingin menaggis dengan kata- kataku sendiri.
***
Malam makin memekat. Aku tidur di beralaskan sehelai toto
berwarna oren. Mata ini langsung tidak mahu pejam. Ayat tadi ligat di
ingatanku. Ligat berputar. Lampu tidur sudah di tutup.
Entah zul hakimi sudah
tidur atau belum. Aku tidak pasti kerana lampu tidur sudah di tutup. Lagipun
zul hakimi tidur di atas katil. mana nak nampaknya kan.aku kan dibawah.
Entah sekarang pukul berapa, aku tidak pasti. Mata pejam la.
Esok kan aku akan kembali ke Villa Sri Cempaka itu. villa yang penuh dengan
kenangan.aku tidak mahu kembali. Malasnya mahu menghadapi semua orang di Villa
itu. Puan sri, Tan Sri, lagi satu Zul Hakimi. Malasnya. Arghhh…
Kenapa cepat masa
berlalu?. Cepat masa melabuhkan tirainya. Tiba- tiba aku terdengar sayup- sayup
bunyi telefon menjerit- jerit meminta untuk di angkat. Lagu nanyian Bruno Mars
bertajuk Greenate tu semakin rancak menjerit.
Aku mula membangunkan tubuhku. Mahu menganggkat phone
tersebut. Namun, tidak sempat aku mengangkat phone yang berada di atas meja
kecik di sudut kanan katil. Zul Hakimi mencapainya terlebih dahulu.
“ ye, sayang. Kenapa?”
Suara zul hakimi lembut. Lembut gigi dari lidahlah!.
“ ye, Zura..ye esok I ambik you dekat airport ya. Sayang. I
miss you..miss you so much. Bye sayang. Love you.muah.”
“ yang kau ni, kenapa? Saja nak pasang telinga mendengar
panggilan telefon aku.hmm..aku tahu kau nak tahu sangat siapa Zura tukan?. Dia,
bakal isteri aku. Isteri yang aku cintai, bukan isteri yang aku benci macam kau.”
Siapa Zura? Siapa
sayang? Aku, isteri yang di benci?Air port? Kenapa nama Zura keluar dari bibir
Zul Hakimi tengah malam pula. Tapi nama Zura tu, mengigatkan aku pada
seseorang.
Seseorang yang mahu aku lupakan. Namanya juga aku mahu lupakan. Aku
mahu lupakan sepanjang hela nafasku. Sepanjang hayatku.
Argghh..tanpa sedar
air mata ini menitis. Entah, aku sendiri tidak pasti aku titiskan untuk apa,
sedih kerana Zul Hakimi mengucapkan sayang pada wanita lain di tengah malam.
Entah..ija tak pasti. Tak pasti …hmmm…
Akhirnya Ija tidur dalam air mata yang mengalir. Tidurlah
Ija. Mungkin esok ada sinar baru buatmu.
p/s: selamat membaca....
nak baca lagi.. best story !!! :)
ReplyDeletekp sis eduyue_md..jmput bc episod 17...
Deletemoge enjoy ja..
x bestlah...watak heroin lemah........buatlah heroin menentang baru bestkan..................................
ReplyDeletekpd fie..wtk ija akn menentang ble time kbnaran terbuka..tgu ye entry tsbut...
Delete