Monday, May 28, 2012

Novel (18) Kau jodoh aku, Tapi aku Cinta Kau( Episod 18)

Views


EPISOD 18




“ Mama mahu kamu ceraikan dia!” ayat itu bergema- gema di minda Zul Hakimi.  Ayat itu menari – nari di mindanya kini. Cerai?..Aduh, kenapa mama? Kenapa? Mama Zul rasa lain bila dia tak ada mama. Zul rasa kosong.  Benarkah Zul boleh hidup tanpa dia Mama? Adakah ini cinta? Benarkah? Tak mungkin aku jatuh hati dengan Ija.tak mungkin…

Aduh..pening kepala Zul Hakimi mengenangkan semuanya.  tak mungkin aku cintakan Ija, dia mahu memusnahkan hidup Ija.Bukan mencintainya?

“ ehh, Zul..ko kenapa lain macam sahaja hari ini?” ungkap Man.

“ ehh..Man.bila ko masuk ni? tak sedar pun?’

Zul Hakimi mula membetulkan duduknya.

“ tak ada apa-apalah.aku penat je ni.”

“ penat? Bukan ko bercuti seminggu lebih.penat lagi? aii..pelik ni? tapikan Zul,aku rasa ko tak payah nak tipu aku la..aku kenal ko sejak dulu lagi. kau ada masalah kan?”

Man ini memang boleh membaca fikiranku. Entah Man ni ada saka ke apa!.

“ mana ada”

“ eleh, aku kenal ko la..pasal mama kau kan? Kau tahu tak muka kau ini lagi stress daripada masa Mama kau ,suruh kau kahwin dengan Ija. “

“ hmmm..memang masalah dengan Ija pun..”

Man mula buat muka penuh semangat. Penuh rasa ingin tahu terpancar di wajahnya. Sesaat kemudian dia mula bersuara.

“ kenapa, mama kau nak suruh Ija mengandungkan cucu dia ke?” Gelakkan Man makin kuat.

Macam mana nak dapat cucu kalau mama nak suruh aku lepaskan dia desis Zul Hakimi.

“ mama aku, nak kan cucu apanya. Mama aku suruh aku lepaskan dia. Pening kepala aku?”

Zul Hakimi mula meraut wajahnya. Serabut.

Man masih memandang tepat ke anak mata Zul Hakimi. Seketika kemudian, dia ketawa.penuh isi ruang pejabat ZUl Hakimi dengan gema gelakannya.

“ itu la masalah kau?” soal Man berulang kali.

Ishh..Man ni pun tak payah la ulang banyak kali. Zul Hakimi menjawab soalan Man dengan anggukkan sahaja.

“ cerai?!..la bukan sebelum kau kahwin, kau kata nak lepaskan dia?. So, baru 8 bulan kau kahwin 

Mama kau suruh kau lepaskan Ija.elok la tu. Ija pun boleh mulakan hidup baru dengan lelaki baru. Untung – untung lepas dia habis edah aku boleh kahwin dengan dia”

Man berseloroh.

“ Man, aku bukan main- main la..aku serius ni. Mama nak aku lepaskan dia sebelum aku bernikah dengan Zura. Aku risau ini?”

Zul Hakimi mula memegang Butang lengan baju kemeja purple lembutnya. Di sentuh- sentuh.

“ risau? Kau risau kan apa? “

“ aku..aku..risau aku tak boleh hidup tanpa dia?”

Gelakan Man makin galak dari sebelum ini.  Gelakan dia menyebabkan zUl Hakimi membara.

“ tanpa siapa? Ija? … kau cinta kan Ija kan? Betul tak?”

“ apa kau merepek ni, Man..aku Cintakan Ija? Merepek !Kau kerat jari aku ni la Man!...ingat tak aku pernah cakap dekat kau, aku hanya mahu memusnakan hidup dia sahaja. bukan mahu apa-apapun.”
Man mula menekan-nekan jejari tangannya.

“ aduh..kawan aku ni, tak payah la kau nak berdalih lagi Zul.sebenarnya kau cintakan dia kan? Kau tak boleh hidup tanpa dia kan?. Baik biar aku cakap dengan kau.. Ija tu berjuta- juta kali ganda baiknya dari Zura tu. “

Benarkan aku mencintai Ija? Arghh..tak mungkin..tapi kenapa bila aku melihat dia tersenyum dengan Syafiq sudah membuatkan hatinya berasa sesuatu. Arghh..ija kau ni membuatkan aku nanar!.

p/s: jemput baca...

Monday, May 14, 2012

Novel (17) Episod 17: kau jodoh aku, tapi aku cinta kau 17

Views
Episode 17
KAU JODOH AKU, AKU CINTA KAU!



 Sudah beberapa jam aku sampai di Villa Sri Cempaka. Sudah penat juga diriku melayan kerenah Puan Sri Znariah.  Entah banyak barang- barang hantaran diletakkan di sudah bilik kosong di Villa ini. siapa yang bakal berkahwin dalam rumah ini?  Zul Hakimi? Cik Zulaikha? Siapa?

Pening kepala bila di fikir- fikirkan. Entahla..buat apa fikirkan buang masa sahaja..

Kelibat Zul Hakimi semenjak dari petang sehingga kini masih lagi tidak kelihatan. Bayangan dia pun tak Nampak. Tapi bagus juga, sebab jika tidak banyak ragam dan kerenahnya. Mengalahkan kanak- kanak riang !!.

“ Mama..mama..Zura datang ni.. Im back..” laung satu suara lunak. 

“ ehh…menantu mama dah balik…isshh, makin cantik menantu mama ni..” satu kucupan hinggap di pipi wanita putih gebu itu.

Siapa wanita ini? Menantu? Puan Sri Zanariah ada anak lelaki lain ke selain Zul Hakimi? Ija mula berteka- teki..bakal ister iZul Hakimi kah? hmm..kenapa hati ini mula sayu? Mula mainkan rentak yang tak senada?

Tiba- tiba Zul Hakimi muncul dengan satu beg roda. Besar.

“ mama, zura rindu gila dekat mama.. mama ni..makin cantik tau..untung papa dapat mama macam ni..”

“ isshh.. malu mama tau. Dapat pujian dari bakal menantu mama yang sorang ni..” pelukan di leraikan. Kemudian namaku di laung. Kuat!.

“ ye..Puan Sri..ada apa?”

“ ehh ..tak kau tak Nampak ke apa? buat la air? Lembab!”

Bebola mataku memandang tepat ke anak mata Zura. Kenapa wajah Zura ini sebijik macam zUra yang aku kenali dulu. Kenapa? Pelanduk dua serupa?

“ ehh..cepat la..terhegeh-hegeh..yang lama sangat kau tenung Zura ni kenapa? Dah- dah..cepat buatkan air”

Tubuhku ditolak sedikit. Lantas aku ke dapur untuk membancuh air. Fikiranku mula melayang –layang. Entah, kenapa wajahnya persis dia..kenapa?

Mataku tidak lepas memandang gelagat dua manusia yang tak berapa nak malu itu. depan mama sendiri boleh berpeluk sakan. Aduh, Pun Sri ini pun tak reti nak melarang ke apa?  Aduh, makin galak aku melihat Zul Hakimi memegang pinggang Zura.

Makin galak hati aku ini menahan rasa? Betul ka apa aku rasa ni. mata ini rasa nak mengalir air. Tandanya apa ini, Cinta? Ishh, tak mungkin ada rasa cinta di hati aku. Tak mungkin ada rasa sesuatu di dalam dada ini..argghh..kenapa ini?please jangan macam ini..

“ ha, kau tengok- tengok kitaorang ni kenapa? Mengendap je taunya…”

Aku mula menunduk. Air freash oren aku letakkan cepat- cepat di atas meja. Malas aku melihat gelagat dua manusia yang poyo itu.

Tapi kenapa wajahnya sebijik dengan Zura itu..betul kah dia? Benarkah dia adalah insan yang sama. Insan yang pernah menghancurkan hati Ija..Hati ini. Benarkah..

“ kau ni kenapa?!”

Berkerut-kerut dahi Zura memikirkan sesuatu. Mungkin dia juga sepertiku yang memikirkan tentang kenangan silam itu.
.
Lantas kakiku melangkah keluar rumah.. benarkah dia?..kenapa hatiku kuat mengatakan dia adalah orang yang sama? Orang yang telah mencemarkan maruahku? Argghh..benarkah?

Tiba-tiba belakangku di sentuh kasar.

Aku menoleh kebelakang.kini aku berdiri di hadapan Zura. Bakal tunang Zul Hakimi..

“ ehh..kau ni Ija kan? Ija yang penah tinggal di kampung Selasih?” soal Zura kepadaku..

Kenapa dia bertanyakan soalan itu?argghh..

“ ya..betul ke ini Zura? Zura anak Pak cik Ghazali?”

“ yap!” matanya. Wajahnya di buat seperti tidak ada satu kesalahan yang di lakukan keatasku.

“ jadi kau la Zura? Ehh..kau ingat tak apa kau dah buat dekat aku masa dulu?” soal ija.. suaranya kuat!.sekuat serta sesakit  hatinya.

“  ingat…masakan aku lupa semua tu.. tak mungkin aku lupakan..hahaha” kuat gelakan Zura.
Makin sakit hatiku kini.

“ ehh..kau ingat aku apa? Kenapa kau buat aku macam tu ha!?kau tau tak yang kau dah rosakkan aku?

Kau musnahkan masa depan aku? Kau hancurkan semuanya.. sampai seluruh keluarga aku kena buang dari kampung tu? kau tak ingat? Kau tak rasa bersalah ke?”

Tubuhnya aku tolak. Ija sudah tidak mampu mengawal perasaanya kini.

“ eleh..ingat sini..jangan mimpi kau boleh cakap apa-apa pada family Zul Hakimi.. kalau kau cakap apa-apa kau tahula akibatnya” suaranya separuh berbisik serta berbaur ugutan
.
“ apa yang kau nak buat?” tangan kananku mula ku angkat.

Belumpun sempat tanganku mengena wajah Zura. Puan Sri Zanariah sudah menampar pipi gebu Ija. 

Sakit!..

“mama!” suara Zul Hakimi bergema..

Aku memandang tepat ke anak mata Zul Hakimi serta wajah mamanya. Berselang –seli.

Sesaat kemudian . mamanya menyambung..

“kau ni kenapa? Siap nak pukul bakal menantu rumah ni lagi. ingat kau tu bukan sesiapa pun dalam rumah ini. Kau tu orang gaji sahaja. lagi sekali kau apa-apakan Zura ni. aku bunuh kau!!” kini tangan Puan Sri Zanariah mula memukul badan Ija. Sakit..

Zul Hakimi mula menghalang. Dia memeluk erat tubuhku dari mengena sasaran mamanya. Aku membiarkan sahaja..Ya-Allah bantulah hambamu ini...Doa Ija dalam hati.

****


Pipi putih gebu Ija di sentuh berulang kali. Ada kesan bengkak serta darah beku di hujung bibir kanan Ija. Sakit, memang sakit namun ia tidak sesakit hatinya..

Ya-Allah, kenapa kau temukan aku semula dengan Zura. Kenapa..kenapa ujian ini aku perolehi?

Kenapa..aku ingin melupakan segalanya. lupakan semuanya..

Peristiwa beberapa tahun lepas mula tersingkap. Air mataku langsung tidak tertahan lagi. mengalir sederas air terjun. Badanku di baringkan di katil. aku mahu menangis semahu-mahunya.

Tiba- tiba pintu biliku di ketuk. Air mataku di seka. Siapa la nak menggangguku di waktu ini?. Lantas pintu bilikku di buka.kelibat Zul Hakimi berdiri di hadapan pintu. Dia ini nak apa lagi..

“ kenapa tak pandang muka aku?”

“ encik , nak apa? Air?”

“ aku Tanya lain, kau jawab lain. meh sini aku tengok muka kau?”

Aku mengundur setapak ke belakang. Cuba mengelak dari di sentuh oleh Zul Hakimi.

“ ehh..kau ni kenapa? Meh la sini , aku tengok?”

“ hmm..encik nak apa? Saya menggantuk. Lagipun dah pukul 2.00 pagi.. Assalamuaikum…”

Lantas aku menolak pintu bilikku. Malas ingin mengadap Zul Hakimi.. entah apa lagi yang dia nak.. Mood dia ni pun entah apa-apa. Kejap ok, kejap mabuk!..

“ ehh..aku tak habis cakap lagila..” pintu bilikku di tahan daripada di tutup kemas. 

“ esok, encik kerjakan?. Janganla ganggu saya..saya nak tidur..saya penat”

Lantas pipiku di sentuh lembut. Bibirku di sentuh lembut. Terbuai aku dengan belaian lembutnya. Arghh.. Ija sedar diri sedikit la..Zul Hakimi bukan sukakan kau pun.!!.

Aku menolak tangannya dari menyentuh wajahku lagi.

“ sakit?” soal Zul Hakimi. Persis seorang insan yang sangat penyayang. Arghh..palsu sahaja.
Sakitla..buat apa Tanya lagi..menyampah!..

“ nak, sapukan ubat?” soal Zul Hakimi. Perihatin.

“ tak payah sikit je nie..esok-esok ok la tu.lagipun saya boleh bercakap lagi ini.bukan nak saya kene masuk hospital pun..encik nak apa sebenarnya?” sela Ija..

“ memangla tak masuk hospital sayang , tapi muka tu dah bengkak-bengkak.”

“ encik, mata saya mengantuk sangat. Tak tahan dah.saya megantuk betul ni..”

Ishh..meleret-leret percakapannya. Entah apa yang di mahukan oleh Zul Hakimi kini. lantas tanganku menolak daun pintu dan terus menguncinya. Aku benar-benar mengantuk..mataku langsung tidak boleh dibuka.penat. Akhirnya Ija terus merebahkan badannya ke katil dan Zul Hakimi sudah hilang dari pandangan matannya.

***

Pagi-pagi lagi aku sudah membuat sarapan. Menu yang di minta oleh Puan Sri Zanariah nasi lemak berserta roti bakar. Tanganku ligat mengupas kulit telur yang telah direbus. Sedang leka mengupas kulit telur yang hanya tinggal bebrapa biji itu.

Tiba- tiba kelibat Zul Hakimi muncul dari arah belakang Ija.

“ tengok muka?”

Aku menoleh serta menjarakan sedikit badanku yang begitu hampir denganku. Jikalau Puan Sri Znariah serta Zura melihat aksi kami ini mahu diamengamuk mengalahkan naga kelaparan yang tak makan sepuluh tahun!!..

“ marilah sini, nak tengok?” ulang Zul Hakimi. Tangannya sudah menyentuh bibir kananku.

Tanganku menempis lembut.

“ dah, ok dah” lantas terus aku membawa pisau untuk membelah dua telur rebus tersebut.

“ abang tak sempat nak tengok pun sayang. Marila abang tengok?” lembur tutur kata Zul Hakimi…

Sayang, abang? Ayat tu di ungkapkan kepada ku. Gila..semalam bukan main galak memegang serta berkasih sayang dengan Zura ..alih –alih hari ini dia mula bersayang-sayang denganku..pelik betul la mamat ni..Gila apa…

“ tak.saya ok..” tepi Ija.letih mahu melayan Zul Hakimi kini..

“ jangan degil boleh?”

Lantas aku mebiarkan sahaja dia melihat bibirku yang membengkak itu.

“ wah-wah..amboii..manjanya dia..siap mengadu pada kamu ye Zul.mama tengok bukan main lagi dia mengadu pada kamu. Kenapa, Ija ..kau nak menggoda anak aku? Ingat dia akan tergoda dengan kamu ke?” Puan Sri Zanariah mula bersuara.

Entah bila masa Puan Sri Znariah sampai dia tidak ketahuinya.

Cepat-cepat tanganku menempis tangan Zul Hakimi serta tubuhku aku kebelakangkan. Lantas Puan Sri Znariah menyambung semula ayatnya.

“ kamu kenapa Zul? Dah tergoda dengan perempuan ni ke? Zul, Jawab soalan mama Zul?” soalnya pada Zul Hakimi pula.

“mama,..cukup la tu.... Zul ......”

Zul Hakimi sudah mati kutu. Hilang idea, dimindanya. Dia mati kutu! mati akal!!..

 Zura melangkah makin mendekati kearah kami.

“ kenapa, mama…bising-bisng pagi-pagi ni?”

Rambut Zura yang  mengurai itu di ikatnya menggunakan penyepit rambut.

“ sayang..morning.” terus di peluk tubuh Zul Hakimi tanpa segan.

Ija terus melangkah keluar dari “drama sebabak” ini. Malas dia mahu melihat FILEM hebat yang bakal box office ini!. Menyampah.!!!! isshh..betul ke aku menyampah..bukankah ada sedikit ras cemburu???.. arghhh...Ingat Ija, dia bukan cintakan kau..hanya untuk sakitkan hati kau sahaja....



p/s: sori lambat upload..hope enjoy with this story..:)

Saturday, May 5, 2012

Novel (16), kau jodoh aku, tapi aku cinta kau! (episod 16)

Views


BAB 16
Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau!




Pergelangan tanganku direntap kasar. Sakit!. Lantas tubuhku di tolak ke arah dinding rumah emak. Ni, Zul Hakimi mahu buat perangai lagilah ni. tak de lain dah ni. ini mesti ada yang tak kena dalam hati dia nie. Sudahlah kalau perangainya mengalahkan orang meroyan.

“ sakit, encik.lepaskan saya. Sakit!” Ija mula mendesah.

“ kenapa?” anak matanya makin membulat. Matanya mula memerah
.
Mesti ada aku buat salah nie. Otak Ija mula berputar.cuba mengigati segala cerita sebelum ini. Hmm..macam tak pernah jumpa je kesalahannya. Betul ke?

“ apa salah saya?” ija mula menyoal.

“ apa salah , kau?. Boleh kau Tanya pulak apa salah kau.?” . nada ketawa kedengaran.

Cengakam tanganku makin kejap. Tangan kiriku mula memegang jari milik Zul Hakimi. Sakit, dan aku sediri sudah tidak tahan.

“ lain kali, ingat jangan cuba nak mengatal dengan mana- mana jantan pun. Aku tak suka!” tegas. Bagaikan satu arahan. Bagaikan seorang askar memberi  arahan.

Mengatal? Mengatal dengan siapa? Bila masa pulak aku mengatal?kot ye pun aku duduk dengan dia je pun sepanjang hari ini. Ada ke aku mengatal dengan dia? Aduh!, rungsing aku dengan sikap Zul Hakimi ni.

“ kau senyap tu, kenapa? Sudah bisu, dah habis air liur untuk bercakap.” Sergahannya makin kuat.


Harap- harap mak dengan abah tak mendengar amukan Zul Hakimi ini.

“ dah la encik , lepaskanlah saya. Sakit!”

Arghh.. sakit..hati aku nie lagi sakit. Membara , ada kau kisah ke?zul hakimi mula bermonolog pula.tapi, kenapa aku rasa sakit, kenapa aku rasa bisanya. Kenapa?tak mungkinla ada perasaan antara aku dengan Ija ni. Zura, mana nak campak.ishh..bukan aku tak sukakan Zura tu ke?..aduhh….

Rahang pipiku dicengkam.kuat!.

“ sakit!”
“ lain kali jangan mengatal dengan Syafiq tu. siap berabang- abang la. Siap nak suap menyuap bagai. Itu baru depan aku. Kalaula , aku tak sampai sini mesti kau makin menggatalkan? Semakin miang. Nasib baik aku ada dekat sini”

Aku cuba menepis cengakamannya. Dan akhirnya terlerai.

“ syafiq? Abang syafiq? Bila saya mengatalnya.?”

yang tadi tu, tak ke di kira menggatal namanya. Siap nak  suap bagai. Nak sakitkan hati aku. Kau ingat ini peringatan aku, tak mungkin kau boleh sakitkan hati aku.Faham !. Ha! Lagi satu, kau tu bagi aku buat puaskan nafsu aku je. Tak lebih. Faham. Kau jangan ada sekumit perasaan dekat aku. Ingat tu.“

Lantas kepala ku di tonyoh. Aku tersentak ke belakang
.
Encik Zul Hakimi oii, tak payah la nak ulang sejuta kali. Aku rasa daya ingatan aku ini, kuat lagi. aku tak makan semut sebalang lah.tak payah ulang ayat tu banyak kalilah. Ya, aku takkan jatuh hati pada kau , Zul Hakimi. Tak mungkin.tapi hati ini bagaikan ingin menaggis dengan kata- kataku sendiri.

***

Malam makin memekat. Aku tidur di beralaskan sehelai toto berwarna oren. Mata ini langsung tidak mahu pejam. Ayat tadi ligat di ingatanku. Ligat berputar. Lampu tidur sudah di tutup.

Entah zul hakimi sudah tidur atau belum. Aku tidak pasti kerana lampu tidur sudah di tutup. Lagipun zul hakimi tidur di atas katil. mana nak nampaknya kan.aku kan dibawah.

Entah sekarang pukul berapa, aku tidak pasti. Mata pejam la. Esok kan aku akan kembali ke Villa Sri Cempaka itu. villa yang penuh dengan kenangan.aku tidak mahu kembali. Malasnya mahu menghadapi semua orang di Villa itu. Puan sri, Tan Sri, lagi satu Zul Hakimi. Malasnya. Arghhh…
 Kenapa cepat masa berlalu?. Cepat masa melabuhkan tirainya. Tiba- tiba aku terdengar sayup- sayup bunyi telefon menjerit- jerit meminta untuk di angkat. Lagu nanyian Bruno Mars bertajuk Greenate tu semakin rancak menjerit.

Aku mula membangunkan tubuhku. Mahu menganggkat phone tersebut. Namun, tidak sempat aku mengangkat phone yang berada di atas meja kecik di sudut kanan katil. Zul Hakimi mencapainya terlebih dahulu.

“ ye, sayang. Kenapa?”

Suara zul hakimi lembut. Lembut gigi dari lidahlah!.

“ ye, Zura..ye esok I ambik you dekat airport ya. Sayang. I miss you..miss you so much. Bye sayang. Love you.muah.”

“ yang kau ni, kenapa? Saja nak pasang telinga mendengar panggilan telefon aku.hmm..aku tahu kau nak tahu sangat siapa Zura tukan?. Dia, bakal isteri aku. Isteri yang aku cintai, bukan isteri yang aku benci macam kau.”

Siapa Zura? Siapa sayang? Aku, isteri yang di benci?Air port? Kenapa nama Zura keluar dari bibir Zul Hakimi tengah malam pula. Tapi nama Zura tu, mengigatkan aku pada seseorang. 
Seseorang yang mahu aku lupakan. Namanya juga aku mahu lupakan. Aku mahu lupakan sepanjang hela nafasku. Sepanjang hayatku.

Argghh..tanpa sedar air mata ini menitis. Entah, aku sendiri tidak pasti aku titiskan untuk apa, sedih kerana Zul Hakimi mengucapkan sayang pada wanita lain di tengah malam. Entah..ija tak pasti. Tak pasti …hmmm…

Akhirnya Ija tidur dalam air mata yang mengalir. Tidurlah Ija. Mungkin esok ada sinar baru buatmu.

p/s:  selamat membaca....
Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.