EPISOD 18
“ Mama mahu kamu ceraikan dia!” ayat itu bergema- gema di
minda Zul Hakimi. Ayat itu menari – nari
di mindanya kini. Cerai?..Aduh, kenapa mama? Kenapa? Mama Zul rasa lain bila
dia tak ada mama. Zul rasa kosong.
Benarkah Zul boleh hidup tanpa dia Mama? Adakah ini cinta? Benarkah? Tak
mungkin aku jatuh hati dengan Ija.tak mungkin…
Aduh..pening kepala Zul Hakimi mengenangkan semuanya. tak mungkin aku cintakan Ija, dia mahu memusnahkan
hidup Ija.Bukan mencintainya?
“ ehh, Zul..ko kenapa lain macam sahaja hari ini?” ungkap
Man.
“ ehh..Man.bila ko masuk ni? tak sedar pun?’
Zul Hakimi mula membetulkan duduknya.
“ tak ada apa-apalah.aku penat je ni.”
“ penat? Bukan ko bercuti seminggu lebih.penat lagi?
aii..pelik ni? tapikan Zul,aku rasa ko tak payah nak tipu aku la..aku kenal ko
sejak dulu lagi. kau ada masalah kan?”
Man ini memang boleh membaca fikiranku. Entah Man ni ada
saka ke apa!.
“ mana ada”
“ eleh, aku kenal ko la..pasal mama kau kan? Kau tahu tak
muka kau ini lagi stress daripada masa Mama kau ,suruh kau kahwin dengan Ija. “
“ hmmm..memang masalah dengan Ija pun..”
Man mula buat muka penuh semangat. Penuh rasa ingin tahu
terpancar di wajahnya. Sesaat kemudian dia mula bersuara.
“ kenapa, mama kau nak suruh Ija mengandungkan cucu dia ke?”
Gelakkan Man makin kuat.
Macam mana nak dapat
cucu kalau mama nak suruh aku lepaskan dia desis Zul Hakimi.
“ mama aku, nak kan cucu apanya. Mama aku suruh aku lepaskan
dia. Pening kepala aku?”
Zul Hakimi mula meraut wajahnya. Serabut.
Man masih memandang
tepat ke anak mata Zul Hakimi. Seketika kemudian, dia ketawa.penuh isi ruang
pejabat ZUl Hakimi dengan gema gelakannya.
“ itu la masalah kau?” soal Man berulang kali.
Ishh..Man ni pun tak payah la ulang banyak kali. Zul Hakimi
menjawab soalan Man dengan anggukkan sahaja.
“ cerai?!..la bukan sebelum kau kahwin, kau kata nak
lepaskan dia?. So, baru 8 bulan kau kahwin
Mama kau suruh kau lepaskan Ija.elok
la tu. Ija pun boleh mulakan hidup baru dengan lelaki baru. Untung – untung
lepas dia habis edah aku boleh kahwin dengan dia”
Man berseloroh.
“ Man, aku bukan main- main la..aku serius ni. Mama nak aku
lepaskan dia sebelum aku bernikah dengan Zura. Aku risau ini?”
Zul Hakimi mula memegang Butang lengan baju kemeja purple
lembutnya. Di sentuh- sentuh.
“ risau? Kau risau kan apa? “
“ aku..aku..risau aku tak boleh hidup tanpa dia?”
Gelakan Man makin galak dari sebelum ini. Gelakan dia menyebabkan zUl Hakimi membara.
“ tanpa siapa? Ija? … kau cinta kan Ija kan? Betul tak?”
“ apa kau merepek ni, Man..aku Cintakan Ija? Merepek !Kau kerat
jari aku ni la Man!...ingat tak aku pernah cakap dekat kau, aku hanya mahu
memusnakan hidup dia sahaja. bukan mahu apa-apapun.”
Man mula menekan-nekan jejari tangannya.
“ aduh..kawan aku ni, tak payah la kau nak berdalih lagi
Zul.sebenarnya kau cintakan dia kan? Kau tak boleh hidup tanpa dia kan?. Baik
biar aku cakap dengan kau.. Ija tu berjuta- juta kali ganda baiknya dari Zura
tu. “
Benarkan aku mencintai
Ija? Arghh..tak mungkin..tapi kenapa bila aku melihat dia tersenyum dengan
Syafiq sudah membuatkan hatinya berasa sesuatu. Arghh..ija kau ni membuatkan
aku nanar!.
p/s: jemput baca...
pendek entry kali ni... apa pun best..
ReplyDeleteyap pendek..idea xbnyak skrg nie..huhuhu..nxt entry insyaAllah sy akn pnjangkn skit..
ReplyDelete