KAU JODOH AKU, AKU CINTA KAU!
Sudah beberapa jam
aku sampai di Villa Sri Cempaka. Sudah penat juga diriku melayan kerenah Puan
Sri Znariah. Entah banyak barang- barang
hantaran diletakkan di sudah bilik kosong di Villa ini. siapa yang bakal
berkahwin dalam rumah ini? Zul Hakimi?
Cik Zulaikha? Siapa?
Pening kepala bila di fikir- fikirkan. Entahla..buat apa
fikirkan buang masa sahaja..
Kelibat Zul Hakimi semenjak dari petang sehingga kini masih
lagi tidak kelihatan. Bayangan dia pun tak Nampak. Tapi bagus juga, sebab jika
tidak banyak ragam dan kerenahnya. Mengalahkan kanak- kanak riang !!.
“ Mama..mama..Zura datang ni.. Im back..” laung satu suara
lunak.
“ ehh…menantu mama dah balik…isshh, makin cantik menantu
mama ni..” satu kucupan hinggap di pipi wanita putih gebu itu.
Siapa wanita ini?
Menantu? Puan Sri Zanariah ada anak lelaki lain ke selain Zul Hakimi? Ija mula
berteka- teki..bakal ister iZul Hakimi kah? hmm..kenapa hati ini mula sayu?
Mula mainkan rentak yang tak senada?
Tiba- tiba Zul Hakimi muncul dengan satu beg roda. Besar.
“ mama, zura rindu gila dekat mama.. mama ni..makin cantik
tau..untung papa dapat mama macam ni..”
“ isshh.. malu mama tau. Dapat pujian dari bakal menantu
mama yang sorang ni..” pelukan di leraikan. Kemudian namaku di laung. Kuat!.
“ ye..Puan Sri..ada apa?”
“ ehh ..tak kau tak Nampak ke apa? buat la air? Lembab!”
Bebola mataku memandang tepat ke anak mata Zura. Kenapa wajah
Zura ini sebijik macam zUra yang aku kenali dulu. Kenapa? Pelanduk dua serupa?
“ ehh..cepat la..terhegeh-hegeh..yang lama sangat kau tenung
Zura ni kenapa? Dah- dah..cepat buatkan air”
Tubuhku ditolak sedikit. Lantas aku ke dapur untuk membancuh
air. Fikiranku mula melayang –layang. Entah, kenapa wajahnya persis
dia..kenapa?
Mataku tidak lepas memandang gelagat dua manusia yang tak
berapa nak malu itu. depan mama sendiri boleh berpeluk sakan. Aduh, Pun Sri ini
pun tak reti nak melarang ke apa? Aduh,
makin galak aku melihat Zul Hakimi memegang pinggang Zura.
Makin galak hati aku
ini menahan rasa? Betul ka apa aku rasa ni. mata ini rasa nak mengalir air.
Tandanya apa ini, Cinta? Ishh, tak mungkin ada rasa cinta di hati aku. Tak
mungkin ada rasa sesuatu di dalam dada ini..argghh..kenapa ini?please jangan
macam ini..
“ ha, kau tengok- tengok kitaorang ni kenapa? Mengendap je
taunya…”
Aku mula menunduk. Air freash oren aku letakkan cepat- cepat
di atas meja. Malas aku melihat gelagat dua manusia yang poyo itu.
Tapi kenapa wajahnya sebijik dengan Zura itu..betul kah dia?
Benarkah dia adalah insan yang sama. Insan yang pernah menghancurkan hati
Ija..Hati ini. Benarkah..
“ kau ni kenapa?!”
Berkerut-kerut dahi Zura memikirkan sesuatu. Mungkin dia
juga sepertiku yang memikirkan tentang kenangan silam itu.
.
Lantas kakiku melangkah keluar rumah.. benarkah dia?..kenapa
hatiku kuat mengatakan dia adalah orang yang sama? Orang yang telah mencemarkan
maruahku? Argghh..benarkah?
Tiba-tiba belakangku di sentuh kasar.
Aku menoleh kebelakang.kini aku berdiri di hadapan Zura.
Bakal tunang Zul Hakimi..
“ ehh..kau ni Ija kan? Ija yang penah tinggal di kampung
Selasih?” soal Zura kepadaku..
Kenapa dia bertanyakan soalan itu?argghh..
“ ya..betul ke ini Zura? Zura anak Pak cik Ghazali?”
“ yap!” matanya. Wajahnya di buat seperti tidak ada satu
kesalahan yang di lakukan keatasku.
“ jadi kau la Zura? Ehh..kau ingat tak apa kau dah buat
dekat aku masa dulu?” soal ija.. suaranya kuat!.sekuat serta sesakit hatinya.
“ ingat…masakan aku
lupa semua tu.. tak mungkin aku lupakan..hahaha” kuat gelakan Zura.
Makin sakit hatiku kini.
“ ehh..kau ingat aku apa? Kenapa kau buat aku macam tu
ha!?kau tau tak yang kau dah rosakkan aku?
Kau musnahkan masa depan aku? Kau
hancurkan semuanya.. sampai seluruh keluarga aku kena buang dari kampung tu?
kau tak ingat? Kau tak rasa bersalah ke?”
Tubuhnya aku tolak. Ija sudah tidak mampu mengawal
perasaanya kini.
“ eleh..ingat sini..jangan mimpi kau boleh cakap apa-apa
pada family Zul Hakimi.. kalau kau cakap apa-apa kau tahula akibatnya” suaranya
separuh berbisik serta berbaur ugutan
.
“ apa yang kau nak buat?” tangan kananku mula ku angkat.
Belumpun sempat tanganku mengena wajah Zura. Puan Sri
Zanariah sudah menampar pipi gebu Ija.
Sakit!..
“mama!” suara Zul Hakimi bergema..
Aku memandang tepat ke anak mata Zul Hakimi serta wajah
mamanya. Berselang –seli.
Sesaat kemudian . mamanya menyambung..
“kau ni kenapa? Siap nak pukul bakal menantu rumah ni lagi.
ingat kau tu bukan sesiapa pun dalam rumah ini. Kau tu orang gaji sahaja. lagi
sekali kau apa-apakan Zura ni. aku bunuh kau!!” kini tangan Puan Sri Zanariah
mula memukul badan Ija. Sakit..
Zul Hakimi mula menghalang. Dia memeluk erat tubuhku dari
mengena sasaran mamanya. Aku membiarkan sahaja..Ya-Allah bantulah hambamu ini...Doa Ija dalam hati.
****
****
Pipi putih gebu Ija di sentuh berulang kali. Ada kesan
bengkak serta darah beku di hujung bibir kanan Ija. Sakit, memang sakit namun
ia tidak sesakit hatinya..
Ya-Allah, kenapa kau temukan aku semula dengan Zura.
Kenapa..kenapa ujian ini aku perolehi?
Kenapa..aku ingin melupakan segalanya. lupakan semuanya..
Kenapa..aku ingin melupakan segalanya. lupakan semuanya..
Peristiwa beberapa tahun lepas mula tersingkap. Air mataku
langsung tidak tertahan lagi. mengalir sederas air terjun. Badanku di baringkan
di katil. aku mahu menangis semahu-mahunya.
Tiba- tiba pintu biliku di ketuk. Air mataku di seka. Siapa
la nak menggangguku di waktu ini?. Lantas pintu bilikku di buka.kelibat Zul
Hakimi berdiri di hadapan pintu. Dia ini nak apa lagi..
“ kenapa tak pandang muka aku?”
“ encik , nak apa? Air?”
“ aku Tanya lain, kau jawab lain. meh sini aku tengok muka
kau?”
Aku mengundur setapak ke belakang. Cuba mengelak dari di
sentuh oleh Zul Hakimi.
“ ehh..kau ni kenapa? Meh la sini , aku tengok?”
“ hmm..encik nak apa? Saya menggantuk. Lagipun dah pukul
2.00 pagi.. Assalamuaikum…”
Lantas aku menolak
pintu bilikku. Malas ingin mengadap Zul Hakimi.. entah apa lagi yang dia nak..
Mood dia ni pun entah apa-apa. Kejap ok, kejap mabuk!..
“ ehh..aku tak habis cakap lagila..” pintu bilikku di tahan
daripada di tutup kemas.
“ esok, encik kerjakan?. Janganla ganggu saya..saya nak
tidur..saya penat”
Lantas pipiku di
sentuh lembut. Bibirku di sentuh lembut. Terbuai aku dengan belaian lembutnya.
Arghh.. Ija sedar diri sedikit la..Zul Hakimi bukan sukakan kau pun.!!.
Aku menolak tangannya dari menyentuh wajahku lagi.
“ sakit?” soal Zul Hakimi. Persis seorang insan yang sangat
penyayang. Arghh..palsu sahaja.
Sakitla..buat apa Tanya lagi..menyampah!..
“ nak, sapukan ubat?” soal Zul Hakimi. Perihatin.
“ tak payah sikit je nie..esok-esok ok la tu.lagipun saya
boleh bercakap lagi ini.bukan nak saya kene masuk hospital pun..encik nak apa
sebenarnya?” sela Ija..
“ memangla tak masuk hospital sayang , tapi muka tu dah
bengkak-bengkak.”
“ encik, mata saya mengantuk sangat. Tak tahan dah.saya
megantuk betul ni..”
Ishh..meleret-leret percakapannya. Entah apa yang di mahukan
oleh Zul Hakimi kini. lantas tanganku menolak daun pintu dan terus menguncinya.
Aku benar-benar mengantuk..mataku langsung tidak boleh dibuka.penat. Akhirnya
Ija terus merebahkan badannya ke katil dan Zul Hakimi sudah hilang dari
pandangan matannya.
***
Pagi-pagi lagi aku sudah membuat sarapan. Menu yang di minta
oleh Puan Sri Zanariah nasi lemak berserta roti bakar. Tanganku ligat mengupas
kulit telur yang telah direbus. Sedang leka mengupas kulit telur yang hanya
tinggal bebrapa biji itu.
Tiba- tiba kelibat Zul Hakimi muncul dari arah belakang Ija.
“ tengok muka?”
Aku menoleh serta menjarakan sedikit badanku yang begitu
hampir denganku. Jikalau Puan Sri Znariah serta Zura melihat aksi kami ini mahu
diamengamuk mengalahkan naga kelaparan yang tak makan sepuluh tahun!!..
“ marilah sini, nak tengok?” ulang Zul Hakimi. Tangannya
sudah menyentuh bibir kananku.
Tanganku menempis lembut.
“ dah, ok dah” lantas terus aku membawa pisau untuk membelah
dua telur rebus tersebut.
“ abang tak sempat nak tengok pun sayang. Marila abang
tengok?” lembur tutur kata Zul Hakimi…
Sayang, abang? Ayat tu
di ungkapkan kepada ku. Gila..semalam bukan main galak memegang serta berkasih
sayang dengan Zura ..alih –alih hari ini dia mula bersayang-sayang
denganku..pelik betul la mamat ni..Gila apa…
“ tak.saya ok..” tepi Ija.letih mahu melayan Zul Hakimi
kini..
“ jangan degil boleh?”
Lantas aku mebiarkan sahaja dia melihat bibirku yang
membengkak itu.
“ wah-wah..amboii..manjanya dia..siap mengadu pada kamu ye
Zul.mama tengok bukan main lagi dia mengadu pada kamu. Kenapa, Ija ..kau nak
menggoda anak aku? Ingat dia akan tergoda dengan kamu ke?” Puan Sri Zanariah
mula bersuara.
Entah bila masa Puan Sri Znariah sampai dia tidak
ketahuinya.
Cepat-cepat tanganku menempis tangan Zul Hakimi serta
tubuhku aku kebelakangkan. Lantas Puan Sri Znariah menyambung semula ayatnya.
“ kamu kenapa Zul? Dah tergoda dengan perempuan ni ke? Zul, Jawab soalan mama Zul?” soalnya pada Zul Hakimi pula.
“mama,..cukup la tu.... Zul ......”
Zul Hakimi sudah mati kutu. Hilang idea, dimindanya. Dia
mati kutu! mati akal!!..
Zura melangkah makin
mendekati kearah kami.
“ kenapa, mama…bising-bisng pagi-pagi ni?”
Rambut Zura yang
mengurai itu di ikatnya menggunakan penyepit rambut.
“ sayang..morning.” terus di peluk tubuh Zul Hakimi tanpa
segan.
Ija terus melangkah keluar dari “drama sebabak” ini. Malas
dia mahu melihat FILEM hebat yang bakal box office ini!. Menyampah.!!!! isshh..betul ke aku menyampah..bukankah ada sedikit ras cemburu???.. arghhh...Ingat Ija, dia bukan cintakan kau..hanya untuk sakitkan hati kau sahaja....
p/s: sori lambat upload..hope enjoy with this story..:)
No comments:
Post a Comment