Kau JOdoh Kau Tapi Aku Cinta Kau!.
Bab 24
Anak
mata Zulaikha atau Ikaku tenung lama. Merah dan butiran jernih masih mengalir
di pipinya. Walaupun, Puan Sri Znariah sudah masuk di dalam bilik hospital
hampir 3 jam , namun Ika masih menangis. Semenjak tadi, kelibat Zul Hakimi
masih belum kelihatan. Ya, dia outstation di Terengganu untuk projek chalet di
sana . Chalet itu masih dalam pembinaan lagi. jadi, Zul Hakimi perlu memantau
perkembangan pekerja projeknya itu.
Chalet itu adalah idea asalnya. Jadi, apa yang di mahukan adalah yang
terbaik sahaja untuk projeknya.
“
Kak Ija, Ika yang berdosa. Ika yang salah. Ika yang buat mama, jadi macam ni.
Kak, Ika berdosa kak cakap mama macam tu tadi..” berjujuk lagi air matanya.
Aku
memeluknya erat. Aku mengusap lembut
belakang badannya.
“
dah la Ika..jangan salahkan diri Ika. Itu takdir- Nya. Kita hanya merancang,
Tuhan yang menetukan segalanya. “
Tangan
kanan Ika ku gengam erat.
“
Kak macam mana kalau mama..Jadi apa-apa? Ika menyesal kak cakap macam tu dekat
Mama. Mama, sayangkan Ika, tapi cara mama tu salah. Salah ke, Ika menegur
tindakan mama buat terhadap akak? salah ke?. Mama..jangan tinggalkan Ika..”
Jari
telujukku diletakkan dibibir Ika.
“
syuhh…jangan cakap macam tu. Puan
Sri tak akan apa- apa..percayalah cakap
akak.. Insya-Allah semuanya akan selamat.
Mungkin Mama Ika penat je kot.sebab tu jadi macam tu.. dah jangan fikir
yang bukan- bukan ye...” pujukku lagi.
Dari
kejauhan kelihatan Zura sedang memegang handbagnya yang diletakkan di tangan
kanannya. Sebijik lagaknya seperti mak datin di kaca telivisyen. Aku masih memandangnya yang masih kekal dengan
senyuman sinisnya.
**
“ Semua
ni salah kau!. Kau ni memang bawak sial betul!” bergema suatu ruang hospital
tersebut dek suara Zul Hakimi. Mata dan mukanya semakin memerah. Ya, Zul Hakimi
makin marah dengannya.
Kemudian
lengan kanan Ija di cengkam dan di tarik hingga ke arah dinding hospital.
Mujurlah bilik itu hanya menempatkan Puan Sri Zanariah sahaja , jika tidak mau
tak malunya muka Ija.
“
aku baru tak ada beberapa hari sahaja,kau dah tunjukkan belang kaukan!. Ni,
mama aku sakit ni mesti kau yang buatkan?” soal Zul Hakimi bertalu- talu.
Kemudian
dia menyambung kembali ayatnya.
“ dengar si baik- baik Ija. Aku nak lepas ni,
kau bungkus semua barang- barang kau dekat rumah tu, dan lepas tu. Kau boleh
berambus dari sini. Aku dah tak nak tengok dah muka kau. Kau ni memang bawak
malang pada aku. Sekarang ni, kau bawak malang kau tu pada aku pulak. dah, kau
jangan lagi nak tunjuk muka seposen kau tu dekat aku. Ingat aku hadap sangat ke
tengok muka kau. “ panjang ayat yang terluah dari bibir Zul Hakimi.
Ika entah
kemana dengan papanya. Jika tidak pasti Zul Hakimi tidak akan berkata
sedemikian. Zura dan Puan Sri Zanariah masih memandang adegan filem tanpa sebarang
edit di hadapan matanya. Drama swastalah
katakan!.Dan dia masih mahu menyambung kata-katanya lagi.
“ Aku akan biarkan hidup kau musnah!. Dah berambus!”
Tubuhku
di tolak jatuh ke lantai. Dan aku mahu membangkang apa yang ingin di ucapkan
oleh Zul Hakimi.
“ Tapi..saya
tak….”
“ Tapi
apa lagi?!. banyak pulak cekadak kau ni. berambus je la!..aku nak bila aku
balik rumah tu. kau berambus. Aku tak nak tengok kau dah. Kalau kau ada lagi
aku tak teragak- agak buat sesuatu yang boleh buat kau lenyap terus dari bumi
ni!”
Aku mahu
bangun dari lantai ni. namun tubuhku di halang untuk bangun. Kemudian Zul
Hakimi mencengkam pipi Ija. Sakit!.
“ Sakit!..”
Ija mengerang sedikit.
“ Hey,
setakat ni je pun..itu pun sakit. Banyak bunyi pulak minah ni. dengar sini. Kalau
, mama aku bertambah sakit. Kau tahulah apa nasib kau, keluarga kau pun sama!.Aku
tak akan teragak- agak nak musnahkan hidup kau..”
Aku memejamkan
mata. Inginkan Zul Hakimi ni meninggalkannya segera.
“
Woi.. Tak payahla nak buat aku bersimpati dengan muka kau tu..aku sikit pun tak
kesihankan kau..Jijik betul aku dengan perempuan macam kau ni…dari abang hingga
ke adik semuanya sama sahaja..tak reti- reti agaknya. Makin aku biarkan , makin
mua kau ye Ija...” Zul Hakimi masih dengan barannya lagi.
Kini
air mataku mula mengalir deras.
“
Tolong Izinkan saya bercakap dengan Puan Sri Zanariah?”
Hampir
terbelik kedua- dua anak mata Zul Hakimi memandangku.
.
“
Tolong la..saya rayu.. saya nak sangat cakap dengan Puan Sri…tolong la”
Gelakan
sinis dan hembusan nafas Zul Hakimi menampar lembut di wajahku.
“ nak cakap dengan mama aku?.. no way..dalam
mimpi kau tak akan dapat bercakap dengan mama aku. Jangan harap la aku boleh
kasi, kau bercakap dengan mama aku..mimpila kau!.”
“
tolong la encik.. saya betul- betul nak cakap dengan Puan Sri..sekejap pun
jadilah..”
Aku terus
bangun tanpa menghiraukan Zul Hakimi yang masih berada di hadapanku. Tanpa berlengah
aku terus menuju kearah katil Puan Sri Zanariah dan di sebelah kirinya ada
bakal isteri kesayangan Zul Hakimi.
“ Puan Sri ..mana Puan Sri sorokkan abang saya?.. tolong la
cakap puan sri..tolong la saya rayu…”
Kedua- dua tanganku memegang hujung kaki Puan Sri Zanariah.
“ kau ni memang tak reti bahasakan?” tubuhku di tolak
ketepi.
Hampir – hampir tersadung ke lantai dek tolakkan kuat oleh
Zul Hakimi. Dan aku cuba mengimbangi imbangan tubuh badanku yang makin tidak
stabil. Lantai meja kecil itu aku gengam erat supaya aku tidak jatuh ke lantai.