Sunday, July 1, 2012

Novel (21): Kau Jodoh Aku, Tapi Aku Cinta Kau Episod 21

Views
BAB 21

KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU!..




“ Mama, macam mana ni. si Hakam tu?. Zura tengok macam dah mula ingat balik sejak balik Malaysia ni. Mama datang penthouse Zura ye.” Zura makin gawat. Telefon Lumianya di hempas ke kerusi. Gawat kalau tembelangnya pecah. Gawat lagi kalau Hakam mengingati segala-galanya. Segala yang di rancang bersama  Puan Sri Zanariah akan terkubur. Berkubur tanpa perlukan batu nisan!.

 Entah berapa lama Zura mengelamun namun bunyi gerakan kaki seseorang menyedarkannya dari terus mengelamun.

“ ohh..Hakam..kenapa, kau nak apa-apa ke?” soal Zura menutupi gugupnya.

Hakam terus sahaja duduk bersebelahan dengan Zura. Sesaat kemudian dia terus menekan remote control Tv.  Serta merta televisyen yang tadinya bisu sudah mengeluarkan bunyi- bunyi yang pelbagai.

“  Zura, malam tadi aku mimpi. Mimpi seorang perempuan. Cantik. Tapi perempuan tu bukan macam kau. Lain. Dia…”

Zura mula memandang tepat ke matannya.

Siapa wanita yang dimaksudkan Hakam. Ibunya? Ija? Ika? Atau siapa? Aduh, Hakam ni pun jangan buat ayat tergantung boleh tak. Buat menambah degupan nadi aku sahaja. Arghh..menyusahkan sahaja.Zura bermonolog sendirian Mampus aku kalau kau ingat segalanya.

“ siapa?” Zura mula basi-basi.

“ entah, aku tak ingat.tapi dia ..rasanya dia pernah rapat dengan aku. Hmm..atau mungkin aku ini ada family? Yelah, siapa tahukan?”

“ ehh..Hakam..elok kau jangan fikir sangat. Kot-kot nanti sakit kepala kau tu datang balik. Macam mana , siapa yang susah nanti?”

Zura terus bangkit dari kerusi empuk yang baru dibelinya sejurus kembalinya dari oversea.  Jikalau terus menerus di sini pastinya Si Hakam akan terus menyoalnya persis polis pencen!. Baik selamatkan diri daripada disoal dengan pelbagai soalan yang aku tidak mampu menjawabnya. Namun, belum pun habis Zura melangkah, Hakam meneruskan soalannya.

“ Zura, kau pasti tahukan..siapa diri aku. Aku ada family?”

Zura menoleh.

“ hmm.. tak ada..kau tak ada family. Kau anak yatim. Kita di besarkan sama-sama dekat rumah anak-anak yatim.”

Ayat ini juga Zura sogokkan untuk Hakam semenjak kali pertama aku menjaganya atas permintaan Puan Sri Zanariah. Katanya jangan di beritahu siapa gerangan keluarganya. Sebenarnya Zura juga tidak mengetahui kenapa dia di suruh menjaga Hakam abang kepada Ija. Entah..malas aku mahu mengetahui lebih lanjut tentang keluarga mereka. Lantaklah la asalkan kerja aku beres.

“ tapi..aku selalu mimpi mak cik tu, seorang wanita yang tersenyum, seorang lelaki tua…”

“ ehh..kau ni kenapa Hakam?.baik kau stop daripada mumbling.penat la mendengarnya. “

“ Zura..”

Terus sahaja Zura melangkah meninggalkan Hakam terkapai –kapai mencari jawapan yang tidak pasti. Dalam hati Zura berharap sangat semoga Mama , Puan Sri Zanariah datang segera. 

****

Tenungan mata Sofea tajam. Marah ke? rasanya malam tadi dia sudah melihat aku di tampar oleh Puan Sri Zanariah. Tak mugkin lagi dia mahu menyoal soalan-soalan pelik. Lantas Ija terus menghampiri Adam yang sudah  bergerak-gerak.

“ aku tak faham, kenapa dengan kau ni?. kau kan dah tahu Zul Hakimi akan bernikah tak lama lagi dengan Zura. Tak kan kau tak tahu, kenapa kau nak lagi menggoda Zul Hakimi” soal Sofea sambil menghalang Ija dari terus melangkah meninggalkan bilik tetamu itu.

Menggoda? Aku goda Zul Hakimi. Tolong la aku nak menggoda Zul Hakimi. Tak ingin aku menggoda Zul Hakimi. Dia yang datang semalam ye. Buat apa aku mahu menggodanya. Zura itu bakal jadi menantu pilihannya. Bakal menjadi menantu yang disukai oleh Puan Sri Zanariah. Aku sebenarnya mahu Zul Hakimi melepaskan aku. Itu sahaja.

“ err, saya tak sengaja semalam”

“ What!!!!!!!!..tak sengaja kau kata. Ehh, memang tak boleh diterima akal langsung”.

Hampir sahaja pecah gegendang telingaku. Aduh dia ni terlelan microfon ke apa. Jerit slow sikit la. Tinggi sangat decibel ( db)nya. Sebijik macam species Zul Hakimi punya family.

“ kenapa ni, kak Sofea?” soal Ika.

Entah mana datangnya Ika ini pun tidak di ketahui. Tahu- tahu sahaja dia sudah ada di hadapannya. Tepat Ika memandang kerah kami bertiga. Aku, Sofea dan Adam.

“ iKa, tak ada apa-apa. Ni akak nak mandikan Adam kejap lagi” dalih aku. Malas nak panjang kan cerita.

Sofea tergelak sinis.

“ ehh, saja nak lari dari masalah la tu kan. Sengaja nak lari. Cakap, berapa kau nak dari Zul Hakimi?. Macam aku tak tahu kau tu mata duitan. Sengaja nak duit dari orang kaya macam keluarga ini.yelah, kau mesti nak goda Zul Hakimi kan.lepas tu mintak duit banyak- banyak!. Maklumla nak hidup senang dengan cara singkat.”

Wah, mudahnya andaian Si Sofea ni. apa ingat aku nak sangat ke dekat Zul Hakimi tu. erghh…kalau kacak macam Lee Min Hoo tak apa la jugak. Ni..aii..Betul ka Ija tak kacak ???..ishh..betul la..hati sila jangan nak mengada-ngada waktu-waktu macam ni ye..

“ apa kak Sofea cakap kan ni..akak kebenarannya biarlah Ika cakap. SEbenarnya kak Ija ini menantu dekat rumah ni. isteri abang Zul yang sah. Dah nak dekat setahun  dah abang kahwin.tapi, yelah..mama tak suka. Memang dapat la layan first class dari mak mertua macam mama tu” Ika sudah mula bersuara.

“ Ika.!”

“ yelah, kak..berapa lama akak nak simpan perkara ni?. sampai bila?biar semua ahli keluarga Ika tahu siapa akak di dalam keluarga ni. akak bukan orang gaji dalam rumah ni!.

“ apa?!”

Wajah Sofea seperti tidak percaya!. Seperti wajah seorang terperanjat yang amat. Kemudian dia menyambungnya semula.

“ betul ke?. ataupun dia yang perangkap Zul tu?. entah –entah dia goda abang Ika tu kahwin dengan dia. Maklumla anak orang miskin.”

Ika gelak kecil. Ija pula memejamkan matanya. Payah situasi ini.

“  Apa la Kak Sofea ni. Buat apa la dia nak menggoda abang Zul tu. buat membazir je. Bukan boleh bahagia pun dengan abang tu. kalau tak tak, takkan la semua ahli keluarga kita orang kata Kak Ija ni hanya orang gaji. Abang, tak ada pun backup , Kak Ija ni. ini tak mengiyakan isterinya dikatakan orang gaji. Ada ke kak suami yang macam Abang Zul tu?. Elok la kalau Abang kawin dengan Kak Zura, nanti Kak Sofea boleh carikan galang ganti tuk Kak Ija ni.”

Ika kemudiannya menelan air liur. Seketika kemudian menyambungnya kembali.

“ Eleh, kak Sofea cakap macam tu kenapa? Sebabnya kan akak rasa orang msikin ni sama macam suami akak kan. Maklum la Abang Baharom tu pun orang msikin jugak kan.  Tak ke sama sahaja . dahla, kak Ija jom”

Terus sahaja tanganku di tarikh keluar dari bilik tetamu itu. 

p/s: selamat membaca n semoga terhibur. 

No comments:

Post a Comment

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.