Saturday, February 25, 2012

novel (11): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 11)

Views
Bab 11

KAU JODOH AKU , TAPI AKU CINTA KAU!


Sungguh nyamannya aku rasakan..bunyi jam loceng di kiri meja di matikan dengan menggunakan tangan. Mengatuk lagi rasanya. Pastinya jam sekarang pukul 6 pagi. boleh tak aku nak sambung tidur lagi..sedap la pulak rasa bantal ni..lain je dari sebelum ni..aku ada tukar bantal baru ke? ishh, macam tak ada sahaja.

Rasa- rasanya tak ada la pulakkan..alah..malas la nak pikir ..baik aku sambung je tidur..15 minit lagi aku bangunla..makin erat aku memeluk bantal ini..

Tiba- tiba dahi kurasa ada sesuatu objek menolak nya..aduh nyamuk ke apa ni…aku hanya menepisnya..gangguan pulak pagi- pagi buta ni..

“oiii…oii…bangun- bangun..” sekali lagi dahiku di tolak..

Ishh, kejap lagi aku bangunla..15  minit je aku nak sambung tidur ni.

“ oii…susahnya nak bangun!…bagun la..”

Ni siapa pulak ni..ini tak lain tak bukan mesti mamat ni kan..dalam mimpi aku pun dia nak masuk ke..tak payah la gangu aku …kejap je ..nanti dalam sedar nanti kau boleh ganggu balik la..desis hati Ija..

“ weii..ija oii..bangun la..ni kau tidur atas lengan sapa?”

Lantas cepat –cepat aku membuka mata. Sungguh mata aku dan Zul Hakimi bertentang mata..degupan jantung tu tak yah cakapla..aduh..mata aku dengan dia bagaikan terpaku. Bagai kan ada satu tarikan di situ,,sungguh..kalau jantung ni tak ada dalam rangka badan ni mau tercicir kat sini jugak ni… Ishh..patut la lain macam aje aku bantal tu..atas tangan dia rupanya..ishh..wat malu muka ja..

“ saja nak mengatal dengan aku kan..pagi –pagi buta dah buat aku marah…”

Tangannya terus dia angkat. Debukk..Terus kepalaku terjatuh ke tilam. Adoii…kot ye pun lembut la sikit. Ni tak.. ganas sokmo…ishh….

Memang menyakitkan kepala, hati, semuala..pagi-pagi buta ni.menyakitkan hati aku betul…arghhhh….

“ maaf encik tak sengaja..”

Ada gelakan kecil kedengaran di cuping telinga kecilku..sumbing je aku dengar gelakannya.

“ lain kali jangan nak mengatal dengan aku. Ingat kau tu layak ke untuk aku. Bukan je tak layak. Semua la..cuba cermin muka tu sikit..ingat kau tu perempuan kotor.kotor. tak hingin aku dengan kau.keturunan pun bukan baik sangat. Jijik.bila aku nak je kalau boleh dekat dengan aku.faham. f.a.h.a.m”

“ tapikan ni bukan bilik saya ke..bukan saya mengatal dengan encik pun.” Ija mula membentak..

“ ehhh…banyak cakap pulak perempuan ni pagi-pagi buta ni. ta kirala aku nak tidur bilik mana sekalipun.ni rumah family aku.kau tu orang luar je. Orang gaji rumah ni. tak payah la nak cakap banyak..aku punya sukalah nak tidur mana pun”

Muka Zul Hakimi makin merah. Menahan marah barangkali..

Dah tu kenapa tak tidur dekat tepi kolam ke, depat ruang tamu tu ke…kat gazebo tu ke..kenapa bilik aku jugak jadi mangsa. Elah..dasar lelaki..Gatal semuanya…

 ***

Senyuman terukir di bibir Zul Hakimi. Semua staf di department yang itu memandangnya pelik. kenapa? Tergoda dengan senyuaman menawan aku. Ishh..aku bukan buat iklan ubat gig tau tak?. Aku senyum tanda aku bagi sedekah pagi-pagi hari ini. Ishh..nak sedekahkan semua orang dengan wang tak mungkin la kan. Kalau senyuman semua orang boleh lakukan. Sedekah itukan amalan mulia. Lagipun sedekah ni la bekalan kat akhirant nanti..

Man mula buat muka pelik.

Kenapa pulak dengan kawan aku yang sorang ni. sewel dah ke..ke kene sampuk hantu. Senyum sorang – sorang pulak tu…ni mesti ada apa – apa ni..

“ ehh..man, awal nya masuk bilik aku.hairan jugak la aku dengan kau nikan..pelik..”

Briefcase berwarna hitam diletakkan di atas meja. Proposal yang akan di bentangkan pagi ini dikeluarkan dari dalam beg tersebut.lantas beg tersebut diletakkan ke atas rak sebelah kiri.

“ tak adala.. pelik jugak la aku tengok kau ni. senyuman tu lebar sangat. Wat iklan ubat gigi kea pa? ke malam tadi ada apa- apa?”

Man ni apa, nak korek rahsia rumah tangga aku la tu.. dia ni tak habis- habis betul. Ishh.. senyuman tu..penuh sejuta makna tau tak..Zul Hakimi menembak sahaja.

“ kenapa apa pulak.aku ok je ..sihat..bertenaga”

“ bertenaga”

Senyuman sumbing terukir di bibir Man.man ni mula nak fikir yang bukan- bukan tu..

“ tak ada..dah- dah pergi sambung buat kerja. Tu air kopi tu bak sini aku nak minum. Dahaga..panas pulak tu dengan gossip yang kau nak bawak ni”

“ betul tak ada apa- apa”

“ iya,.tak ada apa- apa..”

“ ehh…dengar cita.si Zura tu nak balik Malaysia..betul ke”

Zul Hakimi mula menepuk dahinya.

“ aah..lupa pulak aku dengan minah tak cukup kain tu..dia nak sampai sini kot. Malam tadi dia call katanya next week nak balik Malaysia. Entahla..biarlah minat senget tu..dia wat stok geli- geli aku boleh la”

Zul Hakimi gelak besar.

“ oii..bini kau nak campak mana.sungai klang ke..aku tak tau la pulak kan encik Zul Hakimi kalau kau orang pertama campak bini kau dalam sungai tu. aku pernah baca paper orang selalu campak baby je dalam sungai- sungai ni..”

Aah..betul sekarang ni banyak gejala macam tu. makin ramai orang buang anak ke dalam tong sampah, sungai, semua yang macam tu la..kes- kes semua buang bayi ini makin meningkat bila adanya konsert ke pesta, sambutan tahun baru  ke apa ke..

alih-alih 9 bulan lepas tu banyak la cerita orang buang bayi..ishh..betul ke bila ada pesta adanya peningkatan kes buang bayi ni..betul ke ..ni kena bagi cadangan dekat kerajaan ni supaya pesta tu tukar jadi konsert  kumpulan nasyid ke ceramah agama ke. ..mana tahu cadangan di terima..aku pun tak la baik mana kan..adanya usrah boleh saling mengigati. Desis Zul Hakimi.

Sejak bila aku jadi baik ni..pelik-pelik..

“ ishh..buat apa campak..aku bunuh je la dia. Tak pun bom macam kes altantuya tu. padan muka si Ija tu. banyak sangat menyakitkan hati keluarga aku, dengan aku-aku sekali dia sakitkan.”

Betul ke Ija tu menyakitakan hati kau. Bukan kau ke yang banyak menyakitkan hati dia. Arghh,..lantak la..mama nak aku seksa dia..biarla puas aku seksa dia..biar padan muka dia.

“ ehh..dah la..aku nak masuk meeting room ni..eh..yang kau terjegat lagi tu buat apa..tak nak masuk meeting ke?”

“ alah..Zul..nak lari topic la tu..”

“ dah- dah. Pergi Siap sedia tu.”

Man terus melangkah keluar tapi senyuman yang dilontar penuh makna mendalam
.
Ija kau ni  bagi aku makan apa.kenapa asyik ingat kan kau je..ishh.. Zul Hakimi oi..banyak awek kat luar tu kau boleh sapu. Tak pun ambik je kau punya secretary tu. Si Norinani a.k.a nani tu .cun  pun cun..sweet je aku tengok..anak dara lagi tu..ishh..ni mula nak mengatal la tu…

p/s: melamat membaca  ^-*

novel (10): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 10 )

Views
Bab 10


KAU JODOH AKU TAPI AKU CINTA KAU!



Hari ni..deringan telefon bimbit berwarna kelabu milik zul hakimi. berdering..ishh..rimas..” ni siapa pulak yang call pagi –pagi buta ni..aduh…tak tahu ke aku tengah tidur..ishh..menganggu betul..

“ helo sayang..still remember me..”

 siapa pulak la yang sayang menyang pagi –pagi buta ni..nak kata suara ija tak mungkin la..ishh..bila pulak sayang dia aku..arghh..dia perempaun jahat..

“ hmm.siapa ni…?”

“ alahh..darling you la, tak ingat ke.. I la Zura..kekasih you””

Suara anak keldai mana la mengedik pagi-pagi buta ni..gangguan betul, desis Hati Zul Hakimi

“ Zura”

“ zura?..”

“ ye la..your beloved la..siapa lagi..you..nanti ambik I kat airport ya..i waiting for you.rindu!. next week  I sampai tau”

Zura..aduh kenapa la kau muncul dalam hidup aku lagi..aku bukan pernah sayang kan kau pun..kau yang gedik- gedik dekat aku..

Ni mata ni pun satu lepas dengar suara perempuan mulut macam burung belatok tu.. tak leh tutup dah..ishh…nie pening kepala aku ni…

Baik aku turun minum air..dahaga la pulak..

hah..aku dapat idea.bijak kau otak datang idea time- time ni…

.apa kata kacau Ija tidur..padan muka dia..aku tak dapat tido dia kan isteri aku..kena la layan aku…hahaha….jahat jugak aku ni..

Zul Hakimi melangkah masuk ke dalam bilik Ija..Ija ni pun bilik tak berkunci dia buatnya lelaki masuk terkam kau macam mana..siapa susah..aku jugak kan…Zul hakimi bermonolog dalam hati..

Senyuman dah makin melebar…gatal…hahaha…
Dia mula menghampiri Ija..ishh..tido tu pun jangan la comel sangat..wat hati ni berdegup kencang tahu tak..kau ni pun satu…

Kain batik yang di pakai oleh Ija..tersingkap ke atas sedikit..menampakkan betisnya yang gebu…

Ija..kau ni nak goda aku ke apa…kenapa la hati aku cepat sangat tergoda dengan kau..pakai macam tu je pun..bukan baju mahal- mahal pun..kain batik je kau pakai setiap hari..tapi debaran dada kau ni mesti lain bila dengan kau..ishh…Zul hakimi, baik kau buang jauh- jauh perasaan tu, aku nak balas dendam je pun..

Fikiran kotor Zul Hakimi mula bemain di minda..senyuman pun makin melebar..ishh..nasib kau la ija..aku suami kau kan..bukan sapa pun..kalau aku mintak mana boleh tolakkan..

Zul Hakimi mula merebahkan badannya ke atas katil..ingin di peluknya badan Ija..belum pun sempat Zul Hakimi merebahkan tubuhnya..ija sudah tersedar..

Lantas terus bangun terduduk.

“ encik ni kenapa..nak apa..” kainnya mula di menutupi betisnya...

Gulp..kenapa la awal sangat minah nie sedar..

“ hmmm…aku nak air..”

“ air?”

punyala banyak air dekat dapur tu.cari dekat sini buat apa..ni bilik tidur la..gila betul la mamat ni..alah..macam la aku tak tau kau tu nak apa?.nak mengacau hidup serta ketenteraman hidup aku la tu...menyampah pulak aku tengok mamat ni malam ni.ISHH..Bukan malam ni je..hari-hari pun menyampah betul.

“ hmm..kat dapur kan banyak..”

“ saya ..nak air fresh oren…nak yang buatan sendiri.. aku tak nak yang beli dekat kedai ke..dalam kotak ke..”

Mamat ni buang tebiat ke apa…tengah – tengah pagi buta mintak air fresh oren..mamat ni dah buat dah  la perangai sewel dia tu..otak dia ni kadang- kadang senteng la jugak..tengah – tengah malam ni lagila senteng akalnya datang..

Ija mengaru rambutnya..aduh..

“ hmm..kejap nanti saya buatkan..”

Rambutnya mula di sanggulakan menggunakan penyepit.lantas ija bangun pergi ke arah dapur. Terus Ija hilang dari pandangan mata Zul Hakimi..

“ nasib kau la Ija..sape suruh kau bangun cepat sangat.kan dah kene buat air untuk aku..” senyuman Zul Hakimi makin melebar..mata ni mengantuk la pulak..

“ encik..encik bangun la..ni air fresh orange dah siap dah”

 Ni payah sangat nak bangun ni kenapa..ni lagi satu, tidur atas katil aku kenapanya..ni kan bilik stor..ade ke banyak- banyak tempat dia nak tidur mesti katil ni..dah la baru pukul 3.45 pagi..ni nak suruh aku tidur mana..

Aku mula menguatkan suaraku..agar Zul Hakimi dapat mendengarnya..aku rasa dah lebih dari 3 kali aku memanggil namanya..tak apa la, bolehla aku buat Qiamulai malam ni..rasanya dah lama aku tidak membuatnya..

Belum pun sempat aku melangkah. Pergelangan tanganku di pegang. Aku mula menoleh ke arahnya..
Ni kenapa pulak dah..

Lalu dia menarik hingga aku jatuh ke katil malah terlanggar dadanya yang bidang. Sakit la jugakkan..

“ encik lepas la..kenapa pulak ni..”aku mula meronta..

“ baring je la..abang mengantuk ni..rindu nak tidur dengan sayang” aku memandang kearahnya.matanya perpejam hanya suaranya sahaja yang kedengaran.gila ke apa?..tak pernah- penah panggil sayang, abang bagai..malam ni..

Arghh..lelaki bila angin gatal dia datang..mula la baik semacam..

“ encik lepaskan saya…”

“ syhhh…esok abang ada meeting …abang mengantuk sangat ni. jangan kacau abang..abang nak rehat”

hmm..akhirnya aku mebiarkannya sahaja..malasla nak bertekak malam – malam buta ini..akhirnya kami sama- sama terlena…

Sunday, February 19, 2012

novel (9): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 9)

Views
Bab 9


KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU



 “ Wah, wah …kau ni kan…pantang lepa sikit..kau mengular ke apa…saja la kan..nasib baik aku balik awal hari ni..kau ni kan sehari tak buat aku sakit hati tak boleh ke?”

Ni sebab mamat ni balik dulu la ni..jadi macam ni..aku menyampah betul pulak nengok nya.

Aku tengok pergelangan tangan kiri.dekat situla aku pakaikan jam tangan kesayanganku.
Baru pukul 3.15 minit petang.apa awal sangat mamat poyo ni balik..wat sakit hati pun ada la jugak..

Malas betul nak layan mamat poyo ni..baik aku terus je ke dapur.masak terus .lepas tu aku boleh tido sekejap.maklum la penat menemani Cik zulaikha tu..banyak betul dia nak shoppingnya..alah biasala orang kaya. Duit banyak.Macam-macam yang hendak dibelinya.

Tiba- tiba bahu kiriku di rentap.

Aku mendesah sedikit.Aduh!.

“ Aku cakap dengan kau kan..yang kau nie buat pekak badak kau tu kenapa? Dah pekak dah..sejak bila pulak pekaknya..”

Dia mula dah….ni yang malas bertembung mamat ni..

“ ya..”aku memandang ke anak matanya..

Aduhaii…kenapa la mata dia tu cantik sangat..desis hati Ija..lepas tu kalau mamat poyo ini tersenyumkan ke manis..ini dok duk wat muka kentut dia tu adalah...aduh, mata di ini boleh buat aku cair. Untung kalau mamat nie senyum, mau aku tak tidur malam ni..hehehe

Cepat- cepat aku mengalihkan pandangan mataku. Ishh..kang dia perasan pulak..masalah lain pulak akan timbul punya..

“ ehh…kau ni..dengar tak aku cakap dengan kau ni..”

“ ya.encik nak apa..saya nak masak ni..dah la lepaskan saya boleh?..nanti Cik Zulaikha tengok kan tak manis”

“ banyak kau punya manis..tu adik aku tu kenapa kau bawak tak tentu hala..kalau jadi apa- apa dekat dia .macam mana..siapa nak bertanggungjawab kan. Kau?”

Beg plastic sebanyak tiga bungkus tu..aku letakkan dia lantai.berat la nak pegang lama – lama..tambahan pulak.mamat poyo nie nak membebel la pulak. Lagi bertambah berat.

“ saya beli barang je.. cik ika yang suruh saya beli .saya beli la..saya hanya beli kek chiffon pandan je..santan..tu je..lepas tu temankan cik Ika bershopping. Tak lama pun”

Aku dah malas nak duduk situ..makin aku tenung mamat ni.makin lebur aku dengan panahan cinta dia..aduh..hati jangan la macam ni. dia kan tak sukakan kau.Ingat sikit Ija oiii...

“ tak lama kau cakap..tahu tak dah hampir sejam lebih aku terpacak dekat rumah ni.kau boleh cakap sekejap.yang kau nie, keluar ade mintak izin aku tak?..main keluar je .sesuka hati kau pulakkan nak keluar mana arah tanpa mintak izin aku kan.”

Ehhh…suka hati aku la nak keluar ke nak kemana ke..dulu cakap mamat ni cakap lain. buat lain pulak sekarang ni..ishh…boleh jadi sewel kalau duduk lama-lama dengan mamat ni..

Dah sapa suh tunggu..lagipun bukan mamat ni keje ke waktu ni.ishh, saja gatal balik awal siapa suruh.rasakanla,

“ bukan encik cakap saya boleh keluar dengan sesiapa dengan keizinan orang dalam rumah ni..sama ada encik ke, tan sri ke, puan sri ke atau Cik Ika..jadikan saya keluar dengan Cik Ika..so,,dapat keizinan la tu”

Mamat nie gila ke apa..dulu kata suara aku ni macam burung terkukur la itik la kalau mintak izin dia..

Ishh..aku ni pun satu ..tak ingat langsung apa aku pernah cakap dulu..dengus hati Zul Hakimi. Peristiwa itu mula bermain di mindanya..

“ ehh…boleh tak kalu kau nak keluar mana- mana pun..keluar je la..aku malas nak dengar suara kau yang macam burung terkukur tu. tak sedap langsung. Macam itik pun ade jugak kadang –kadang..lain kali jangan mintak izin dengan aku.mintak izin dengan sesiapa jelah janji bukan aku.”

Rimas pulak aku melihat Heliza ni..banyak pulak mintak izinnya..nak jadi isteri solehah la sangat. Tapi perangai ya adooo….

“ ingat .sapa- sapa yang ada dalam rumah nie kau boleh mintak izin..kalau kau nak mintak izin jugak kat aku nie..kiranya orang terakhir la yang perlu tahu, ataupun aku orang terakhir .tak pun aku tak payah tahu. lagi elok..”

“ Encik.Encik!”

Mengelamun ke apa dia ni..kot ye pun nak berangan tangan aku tu lepas la dulu..rimas betul..

Aku mula menguatkan suaraku..tanganku melambai – lambai ke mukanya..dia ni berangan ke tidur ni..kalau tidur kenapa berdiri tegak,lepas tu tangan tu kejap pulak pegang aku..ishh..Rimas!

***

Air kopi o dihidang di atas meja di gazebo di luar ruang rumah. Aku meletakkannya dia dengan penuh berhati- hati..kalau tumpah mahu aku di semburnya..mamat ni dengan mak dia  bukan boleh caya sangat. Mahu angin tornedo datang mati aku..

“ yang kau ni tuang air pun lembab sangat kenapa?..dah tak cukup tenaga ke naik tuang air je pun..” jerkah Zul Hakimi..

Kan dah cakap dah…
Mak aii..nasib baik aku tak tertumpahkan air atas seluar dia..kalau tumpah padan muka kau..mulut tu main sesedap rasa se jerkah aku.nasib baik aku tak de lemah jantung.

 Kalau tak mati free je aku nie..sian kau jugak dah jadi duda..duda muda pulak tu..hehehe…ishh..dia kan handsome..mau tak de orang terpikat dekat dia..eleh..sekarang pun boleh dia nak tambah kota..dia kan lelaki.boleh kahwin lagi tiga..kan, kan, kan…ija kau jangan melalut dah.

Aku percepatkan tuangan.malas nak mendegar bebelannya lagi..

“ abang..apa kata kalau kita bat renewvation rumah kita..saya ingat nak buat bilik tambahan kat bekang tu..saya nak ingat nak buat bilik kecik sikit kat belakang.nak letakkan si ija tu dekat sana..rimas saya tengok dia sekarang nie”

“ Zanariah..Zanariah…awak ni kenapa..abang tengok budak tu baik je..dengar cakap..tak ada pulak saya tengok dia buat apa- apa pun dekat awak dua beranak ni..abang tengok semenjak Ija tu ada dekat rumah ni..Zulaikha tu jadi ok walaupun tak sepenuhnya  macam dulu- dulu..tapi ada jugak peningkatan nya..tak  ke bagus macam tu?”

“ Yang abang nak sebelahkan dia kenapa? Saya ni isteri abangkan..kenapa abang nak ambik dia jadi isteri muda abang pulak..asyik- asyik back up dia je..saya nie..tak ade pulak abang nak puji ke , back up ke....”

Puan sri Zanariah mula membuat muka moncongnya..

Mama ngan papa ni pun..dah hampir 29 tahun berkahwin pun masih tak habis – habis dengan usikan manja mereka..

“ishh..kalau si ija tu sudi.. seribu kali lagi saya sudi..boleh jadi madu awak jugak”

Zul Hakimi terbatuk..hampir tersembur air kopi yang aku teguk itu..
Glupp…Gila apa papa aku ni..ade ke nak kahwin dengan ija tu..bini aku tu…haram kot…ishh..papa ni ..banyak –banyak perempuan kenapa la nama dia disebut..wat sakit hati je.Ye ke aku sakit hati?..

“ Hah!..zul kau kenapa pulak?..tersedak- sedak bagai..kamu dengan dia bukan ada apa-apa pun..kamu sentuh dia pun belumkan..tengok dia pun mama tahu kamu tak selera kan…betul tak cakap mama?. Kau masih setia dengan Zura kan..”

Puan Sri Zanariah mula tersengeh panjang. Zura..rindu pulak dekat budak sorang tu..

“ Tak ada apa- apa lah mama…Zul masuk dalam dulu…selamat malam..”

“ Ishh budak ni..kita tak habis bincang lagi..” Puan Sri Zanariah bula berpot pet pot pet,…

novel (8) : Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 8)

Views
Bab 8


KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU



Bilik Zulaikha aku ketuk. sudah tiga kali salam di beri namun, tiada jawapan yang aku terima. Sudah lengguh  tanganku memegang dulang berisi makanan tersebut. Lantas aku memulas tombol pintu bilik Zulaikha.

Semenjak dua menjak ni, Zulaikha sudah mula pandai menguruskan diri. Tidak seperti kali pertama aku melihatnya, . saat, kali pertama aku melihat Zulaikha sedemikian, aku tahu dia sudah mula berubah. Mungkin dia sudah boleh menerima takdirnya.

Namun, hingga ke hari ini peristiwa yang meyebabkan dia jadi murung tidak di ceritakan.tidak langsung di singkap, tidak langsung di selak walau sedikit..argghh..buat apa aku nak fikirkan..lambat laun rahsia akan terbongkar jua…bukankan ada pepatah melayu menyatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua…

Aku melangkah masuk, serta tanganku meletakkan dulang ke atas meja kecil yang berada di sudut tepi katil. aku mencari Zulaikha di atas katil, namun tiada. Biasanya dia akan menggulung badannya dengan selimut yang atas di atas katilnya. Tiba- tiba dia keluar dari bilik air dengan mengenakan tuala sahaja.

“ ehh, cik Zulaikha mandi sendiri?” soalku saat mataku terpandang wajahnya.

Zulaikha hanya menganguk pada pertanyaan ku tadi.

“ yap,”

“ kenapa, tak percaya, ika boleh mandi sendiri?”

Aku tersenyum sendiri, semenjak dua – menjak ini. Cik Zulaikha sudah banyak berubah dari seorang yang penuh ketakutan kepada yang sebaliknya. Mungkin juga semangatnya sudah pulih.

“ meh sini, ija sikatkan rambut cik IKa, bagus juga la cik Ika macam ni, tak lama lagi Puan Sri suka la kan, semua orang suka kalau cik IKa berubah kan..”

Aku melihat Zulaikha sudah mula ceria ..tidak seperti sebelum – sebelum ini..untuk keluar rumah juga sudah boleh…alhamdulilah..semua mungkin sudah akan berakhir sekejap lagi..

“ ija..kenapa panggil saya cik..formal sangat la..” ceria nada suara milik Zulaikha..

Ishh..cik ika ni nak aku panggil dia apa…puan ke…belum kahwin lagi la dia ni…nak pulak ke aku panggil puan..bukan semua perempuan lebih menyukai bila memanggil cik ke..ishh..pelik- pelik…

“ ishhh… kak ija molog la tu..”

Aku tesegih sahaja…macam mana dia ni dapat tahu pulak..malu la pulakkan.
.
“ panggil je la saya Ika..kan lebih mesra..lagipun ika tahu…ija ni..kakak ipar ika..boleh tak kalau ika panggil kak ija…?”

Budak ni pun..biar betul..mahu di dengarnya dekat si mamat tu ngan mak dia..mati aku..

“ boleh..tapi..ika panggil nama tu bukan depan puan sri dengan Encik Zul ek..Ika pun tahukan macam mana diorang dengan akak..”

“ hmm…ika tahu…”

“ dah la..jom makan..akak dah masak kan tu ika dah..meh la turun?”

Aku sudah menoleh ke belakang. Ingin turun..

“ akak”

Ishhh..ika hang nak apa lagi…nie kalau mamat tu tau hang tak makan on time mati aku di kerjakan…

“ akak.. petang nie akan masakan ija kek boleh..teringin la kak..lama dah tak makan…kek yang pernah akak masakan hari tu”

Nak kek bagai..kenapa pulak..hari jadi dia ke…tak pulak aku pastinya …dulu dia nie Tanya sepuluh patah jawabnya setengah patah macam mana nak kenalnya

“ kek apa yang Ika nak..kalau ada bahannya akak masakkan la…”

“ alah..hari tu ika jual mahal sangat..tak nak makan kek pandan yang akak masak..nie teringin pulak..”

Kek pandan…ohh…kek tu..kek pandan pun ade cerita sedih di sebaliknya jugakk

Kek pandan yang aku pernah hidangkan dekat ika, dengan Zul Hakimi..sugguh ade ke dia tolaknya kek sebuku yang aku masak tu dalam tong sampah..penat kot aku buatnya…bukan jamah pun, bau je pun dah mengada- ngada…

Bau tak sedap la..makanan tah apa-apa la..ishh…banyak songeh betull…nie ija nie mula la nak membebel nie…hati ija dah mendesis dah,ishh!!

“ boleh..dah jom kita makan dulu..pas tu kita pergi beli barang- barangnya..boleh?”

" errr"

Walaupun hati bagaikan menolak namun suaraku langsung tidak terkeluar. tersekat di kerongkong.Arghhh!!!..

Friday, February 17, 2012

cerpen: cinta jus epal merah

Views
Peraduan menulis cerpen sempena novel penerbitan MERAH CINTA EPAL keluaran Kaki Novel dan pengarang novel merah cinta epal adalah Ridha Reeani.

peraduan menulis cerpen di anjurkan oleh Pihak Group Komuniti ENovel. sila la join group nie if sudi. sila- silala menjengah .KOMUNITI ENOVEL


SLOGAN PERADUAN : rasa cinta kita seperti manisnya epal merah.

cerpen : cinta jus epal merah





Cinta Jus Epal Merah…
      Pagi ini aku tidak mendengar suara Encik Adib Ashraf. Bagusla seperti yang aku jangkakan. Dia tak masuk pejabat hari ini. Bagus. Tenang fikiran aku hari ini, kalau tidak, mahu permintaan pelik- pelik yang dimintanya.

“ ha, Zubaidah, kau kenapa, senyum sorang –sorang pulak ini?” jerkah Adib Ashraf.
Ada pulak mamat ini dekat sini. Ingatkan tak masuk pejabat hari ini. Ishhh…hari- hari mesti dengar suara dia.

Aku tersenyum. Sumbing.
“ ohh..kau ingatkan aku ye?”
Cepat- cepat aku mengeleng. Ishh, mana dia tahu aku tengah fikirkan dia. Ishh, kantoi. Kantoi..

“ yang kau cuak sangat kenapa? Dah pergi buah air epal dekat aku. Aku Dahaga ni. haus.Hmm..lagi satu, tolong potong epal merah dekat aku. Jangan lupa potong kulit sekali. Cepat sikit ye”

Tanpa mendengar suaraku menjawabnya, terus Adib Ashraf masuk kedalam biliknya yang berada diselah kiriku.

Itulah permintaannya hari – hari. Jus epal dan sebiji epal merah. Ingatkan dia tak nak masuk satu hari. Ini belum habis lagi pagi ini, muka dia sudah tercangak di hadapanku. Tension betul la..

“ eh, Bedah oii..yang tercegat lagi dekat sini ini, kenapa? Cepat la. Itulah siapa suruh tak jaga badan, sekarang  dah gemuk, kan susah nak gerakkan badan. Badan kau tu, aku tengok macam blue hypo dah Hahaha…”

Gelakan dia menerjah masuk ke cuping telingaku. Bedah!! Adahai mak aku pun tak panggil aku nama tu. ishh…nama aku Zu la..semua orang panggil aku Zu. Encik Adib sahaja yang memanggil aku dengan nama Bedah…dah la panggil aku Bedah, panggil pulak aku dengan gelaran Blue hypo. Menyampah pulak aku tengok boss aku ni. kalau dia kuli sama macam aku. Mau aku sepak free sahaja depan ini. Nasib baik kau yang bayar gaji aku.Zubaidah mula bermonolong sendirian.
____________________________________________________________________________

Sambil- sambil tanganku ligat memotong buah epal merah di pantries. Aku memasang berbual kosong dengan Zul Hakimi. Zul Hakimi budak despech dekat syarikat ini. Biasanya pagi- pagi Si Zul ini akan berbual- bual dulu barulah dia menjalankan kerja dia. Hantar surat. Ambik mood katanya.

“ Zu, Zu..tiap- tiap hari aku tengok kau ini potong buah dekat Encik Adib tu, kau nak jadi bini dia tak.hari- hari dia makan air tangan kau. “

Zul Hakimi gelak. Kemudian menyambung kembali ayatnya.

“Yelah. Nak jus epal hari – hari., lagi satu dia bukan nak yang dalam kotak ni. nak yang original punya. Aduh..confuse aku, kau bomoh kan dia ke apa..”

Ini salah satu tabiat pelik boss aku. Nak air jus yang di buat sendiri. Pejabat pulak tu. ada pulak orang macam ni. pelik, tapi benar!.

Zul Hakimi mula start cerita nak ‘menjodohkan’ aku dengan Encik Adib tu. menyampah. Apa gila aku nakkan Encik Adib tu. tak selera betul.

“Zul, kau jangan nak mula nak buat drama dekat sini kang. Karang tak pasai- pasai. Epal merah ni masuk terus perut kau, tak payah kunyah karang kenyang seminggu. Jimat pun jimat. Nak tak kau rasa?”

Gelakan Zul hakimi rasanya boleh pecah ruang pentri ini. Si Zul Hakimi ini kalau dapat gelak. Tak ingat dunia dah. Mengalahkan langsuir dah bunyinya. Hahaha…
_________________________________________________________________________-
      Adib ashraf membelek setiap helaian surat khabar news straits times. Tiada berita yang menarik minatnya untuk meneruskan bacaan. Dihadapannya Suffian kawan baiknya duduk diam sahaja mengadapnya.Sufiian kawannya sejak di Universiti. Sama- sama belajar di Oxford.

“ ehh..adib aku tengok kau macam dah syok je, dekat si Zu tu..kau biar betul.”
“ Bedah tu. Gila apa!. Kau pun tahu kan, kenapa aku buat macam tu”
Senyuman makin mekar. Zubaidah.

Zubaidah tak mungkin tersenarai menjadi wanita idaman aku. Dah la gemuk, tak cun pulak tu. mana la aku nak berkenannya. Aduh..ni, kalau bawak Bedah tu balik rumah Mama mau Mama pengsan ni.

“ yang kau senyum ni kenapa?, kau betul –betul syok dekat dia ke?”

Soalan Sufian membangkitkan rasa geli di perutku.

“ kau gila..takkan la, aku syokkan dia. Ehh…pian, kau tahukan kenapa. Pertaruhan aku dengan Wafi itu je.takkan la aku syokkan dia. Mengarut.”

 Pertaruhan. Ya, pertaruhan yang dibuat untuk mendapatkan Julia. Pertaruhan yang di buat dan Zubaidah menjadi wanita terpilih menjadi mangsanya.  Nasib kaula Zubaidah.

 “ tapi aku tengok, kau macam banyak berubah. Kau dah mula rajin datang kerja. Rajin. Kau macam 100 % bukan Adib yang aku kenal dulu. Kau betul- betul dah berubah.”

“ apa yang aku berubahnya. Aku still Adib yang kau kenal 8 tahun lepas”

“ betul Adib…”'

Belum sempat ayat yang diucapkan oleh Sufian habis, satu ketukan kedengaran.
Sufian dan Adib Ashraff saling berpandangan. Siapa?

“masuk”

Zubaidah meletakkan semangkuk epal dan segelas jus epal diatas meja. Kemudian dia cepat- cepat melangkah keluar. Malas dia mahu mendengar suara Adib. Muak.

“ thanks”

Aku mengangguk sahaja. malas mahu menoleh kebelakang. Aku tahu itu suara milik Adib Ashraff.

“ ehh Bedah. Kau sini kejap”

Lantas aku berpaling.kenapa pulak ni?

Langkah kaki Adib Ashraff makin mendekat. Aku hanya terpacak di pintu bilik Adib Ashraff.

“ lain kali kalau aku cakap thanks ke apa ke..silala kau tu, jawab ya..kan senang. Susah sangat ke”
Aku mengangguk.

“ tengok, aku baru cakap tak sampai seminit. Kau buat hal lagi. kau payah sangat nak faham ke?aku tak suka kau angguk kepala kau tu.”

Dah mula dah, angin satu badan dah mai dah. 
Aku menunduk.
“ yang menunduk tu kenapa”

Lantas daguku di sentuh. Kemudian Adib Ashraff mendongakkan daguku. Aku mula menepis tangannya.

“  ishh..encik ni kenapa? Ehh.. suami saya sahaja boleh pegang saya. “
“ eleh, jual mahal sangatla.”

Malas aku nak melayan kerenah Adib Ashraff. Walaupun dia boss aku tapi dia tidak berhak memegang aku sesuka hati. Dia boss sahaja bukan suamiku!!!!!!!!!!..bentak Zubaidah dalam hati..

“ adib, adib..kau ni kenapa, pelik tahu tak. Aku tahu kau tu Casanova. Tapi ingat sikit. Aku tak rasa si Zubaidah tu macam perempuan- perempuan macam tu. dah la aku keluar dulu.”

Sebaik sahaja Sufian hilang di pandangan mata. Adib Ashraff mula tersenyum. Lantak kau la Bedah. Aku hanya jalankan tugas aku untuk buat kau jatuh cinta dengan aku sahaja. pertaruahan tu lagi penting. Maruah aku tu.. Air jus epal yang di buat oleh Zubaidah di hirupnya. Sedap.. adib Ashraff tersenyum sendirian. Gembira hatinya.
_____________________________________________________________________________
Peristiwa Adib Ashraff menyetuh daguku terimbau kembali. Entah kenapa kenangan itu yang sering bermain di mindaku sejak siang tadi. Kenapa, pelik jugak dengan diriku ini. Dalam banyak- banyak peristiwa , kenapa peristiwa itu yang aku ingat. Ishh..gila apa. Kalau la Encik Sufian yang buat macam tukan bagus. Aduh..Zubaidah hang berangan ke apa. Encik sufian tukan tunang orang. jangan nak mengatal pulak… Tulah Zu,kalau hang kenal Encik Sufiian tu dulukan bagus. Handsome, kaya, kacak bergaya. Aduh..full package la..

“ ehh… Zu. Kau kenapa ni, berangan?”Soal Aisyah teman serumahku.

“ tak ada apa- apalah. Ha, kau kenapa Ecah”

“ aku ingat nak ajak kau pergi rumah orang tua- tua hujung minggu ni. kau free tak?”
“ aku sentiasa free je”

Deringan telefon bimbitku bertali arus. Makin membingitkan telinga. Entah siapa yang menelefon aku pagi- pagi buta ni. aku nak mandi pun tak senang.

“ kenapa lambat sangat angkat phone?”

Entah suara siapa yang kedengaran entah. Tapi macam pernah dengar.
“siapa ni?”
“ dah cepat siap, aku tunggu kau dekat dalam kereta. Aku dekat depan rumah kau ni. cepat?”

Aku kenal sangat dengan arahan suara itu. menyampah cuti- cuti pun dengar lagi suaranya. Saat aku melangkah keluar rumah. Aku katakan kepada Encik Adib Ashraff aku mahu pergi kerumah orang tua- tua. Malah dia mahu mengikutnya sekali. Ahh.. sudah..

“ tak sangka ya, Bedah ni suka dengan orang tua. Nanti boleh la kita datang lagi”

Aku mengagguk. Entah sejak bila dia mula bermesra denganku. Tapi yang pasti sejak kami pergi kerumah orang tua-tua Adib Ashraff mula baik denganku. Bagusla demikian.
“ Adib, congratulation, I tak sangka you dapat buat budak gemuk tu falling in love dengan kau. Ha, sekarang aku surrender. Aku dah tak mahu berebut- rebut dengan kau. Aku kasi kau menang ye Adib . so, kau boleh ambik Julia tu. aku emit aku kalah..”

“ ehh, gemok kalau kau nak tahu kami ni, bet je nak mainkan perasaan kau. “

Aku butang pandang kearah Adib Ashraff. Sakitnya hati. Air mataku mengalir. Bodohnya aku. Bodoh betul.kenapa aku sayangkan dia.

“Zubaidah, dengar dulu explanation I”

Kakiku pantas meninggalkan semua ini. Sakit.hanya Tuhan yang tahu sakit hatiku ini.
Wafi tersenyum riang. Ambikla Si Julia tu. sekarang ni, dia tengah memboyot anak aku. So ambik je la..aku dah tak nak Julia tu. Dulu, Si Adib ni memang sayangkan Julia tu, sampai sanggup permainkan perasaan si gemok tu, Zubaidah. padan muka kau Adib. Tak lama lagi aku dapat rasa nasi minyak kau dengan Julia.
Adib menemani Mamanya pergi ke kedai emas. Kata mamanya mahu membeli cincin. Entah untuk apa langsung tak di tanyanya. Malasla. Bukan untuk aku merisik sesiapa pun.

“ ni, Adib berkenan tak? Cantik ni?”

“ cantik untuk mama” Adib menjawab basi- basi.

“ mestila cantik untuk menantu mama. Julia”

Julia. Mama dia tak sesuai menjadi menantu mama, dia tak layak. Zubaidah je layak. Entah sejak bila berputiknya cinta itu dia tidak pasti. Yang pasti dia sering merindui Zubaidah sejak Zubaidah meningglkan pejabatnya. Surat peletakkan jawatannya juga dihantar menggunakan email. Angau mencintai seseorang yang tiada. Angau menimpikan orang jauh. Zubaidah engkau sekarang dekat mana. Rindu tahu tak…Adib Ashraff bermonolog sendiri.
“ Adib nak ikut tak. Mama nak meminang anak dara orang ini.”
Sebentuk cincin di tangan mama masih erat di gengaman mama. Malas la..siapa nak jadi pak sanggup kepada Julia. Adib Ashraff mengatakan pada ibunya dia sanggup berkahwin dengan sesiapa sahaja, tapi bukan Julia.

“ betul, tak nak ikut. Tak nak kenal dengan bakal menantu mama. Bakal isteri kamu.?” Soal mama bertalu-talu. Malas.
___________________________________________________________________________

” hari ini hari bersejarah buat Sufian.sahabat baik Adib Ashraff.. majlis pernikahan antara  Sufian dan Aisyah di sambut meriah. Siapa sangakan Tunang Aisyah yang selama ini di rahsiakan rupanya Encik Sufian. Hmm, kecilnya dunia..

Cincin di jari manis, Zubaidah di gengamnya. Entah siapa tunangnya. Urusan itu hanya Emak, abah sahaja yang uruskan. Aku hanya menadah jari manis ku pada beberapa bulan lepas. Yang Zubaidah tahu lelaki yang memingnya hanya bernama Ashraff.

Wajahnya juga aku tidak ketahui. Wajahnya juga langsung tidak pernah aku lihat. Walaupun ada sebuah envelope kuning diberikan oleh emak Ashraff. Namun, aku tetap dengan pendirianku. Tidak mahu melihatnya. Biarlah, ala orang zaman dulu pun buat begitu jugak kan. Bahagia sahaja.

“ Bedah” terus aku lari dari melihat wajah Encik Adib. Sungguh aku tidak mahu melihatnya. Kenapa mesti wajahnya wujud dihadapanku.

“ eh,Zu.meh sini” panggil mak cik Qistina. Emak saudara Aisyah.
“ kenapa mak cik.serius je muka tu” aku berkerut.
“ sini, meh makan sikit sirih ni. nak cepat jodoh kamu”

     Aku gelak. Iyalah.. mak su Qistina sudah lama tinggal di luar negara , namun ciri- ciri ketimurannya masih menebal. Cincin di jarimanisku ku tekan. Gila apa. Lagi dua bulanla Zubaidah nak nikah. Kenapa perlu kalut sangat. Hmm, orang melayu penuh dengan adat. Penuh dengan kepercayaannya.
         Kini hari bersejarahku bakal tiba pula. Entah siapa suamiku, entah bagaimana wajahnya. Sehingga baju nikahku yang berwarna putih susu ini di sarungkan di tubuhku. Aku tidak lagi membuka envelopenya. Envelope itu tersimpan kemas di lokar almari bajuku. Malas.dalam banyak- banyak hantaran perkahwinan ini. Aku melihat sebakul buah dengan hantaran epal merah. Kenapala ada hantaran epal merah.dicelah – celah hataran epal ada terselit nama Bedah dan Ashraff.  Di celahan buah itu juga ada segelas air epal merah. Epal merah ini mengigatkan aku kepada  Encik Adib Ashraff panggilan Bedah itu.jus epal merah. Sepotong epal. Aduh…

Saat aku terdengar suara – suara di luar bilikku. Sah, sah…

Dari celah- celah pintu aku melihat sesusuk tubuh persis Adib Ashraff. Issh..Zubaidah kau dah jadi isteri orang sudah. Jangan di kenang barang yang lepas. Zubaidah kau kena taat dengan suami engkau. Kau kena patuh. Kau kena jatuh cinta dengan suami engkau ni. suara itu kedengaran lagi.

Saat upacara membatalkan air sembahyang. Ashraff datang menghampiriku di bilik pengantin. Bilik yang di hias cantik. Bilik yang berwarna krim lembut.

Ya Allah, dada ini berombak kencang. Mengalahkan ombak dekat laut tu. aku masih menunduk. Malu. Tapi hatiku berombak mahu menatap wajah suaminya.

Saat kucupan lembut menjengah ke dahiku. Aku menganggkat muka.
Mata kami bertentangan. Lama.
Ya- Allah kenapa dia. Kenapa?
Ashraff menggangkat keningnya. Sesaat kemudian dia tersenyum.

“ kenapa tak percaya?”

“ encik buat apa dekat sini?”

“ ishh..buat apa encik lagi. abang la. A.b.a.n.g. faham.abang yang salam tangan tok kadi. Kita suami isteri”

“ saya tak faham kenapa?”

“Syyyhhh…lepas ni la cita sayang. Ramai orang ni. malula…”

Sungguh aku tidak percaya bahawa kami bernikah. Sudah menjadi satu. Majlis merisik aku dahulu dilakukan oleh Mama Adib Ashraff setelah Sufian menerangkan perkara sebenarnya kepada mama Adib. Lantas dipinangnya aku. Sungguh. Sufian telah menceritakan semuanya kepada Mama Adib. Aku tidak menyangka.

“ ini , sayang mengelamun apa. Ingatkan abang ye” Adib Ashraff mengusik
.
Suasana malam ini sungguh mendamaikan.tenang.
“ sayang, abang rindu jus buah epal sayang. Sayang jangan lupa ye.kupas buah epal sekali untuk abang.rindu dengan air jus buatan tangan sayang”

Lantas aku kedapur dan membuatnya. Aku tersenyum riang. Setelah selesai aku membawa dulang kecil dan duduk besebelahannya.

“ untuk abang..”

“ sayang..”

“ hmmm…” aku memandang kearahnya. senyuman di bibir makin mekar..

“ sayang…rasa cinta kita seperti manisnya epal merah…”

Aku memeluknya erat. Seerat- eratnya…Ya Tuhan, tolonglah lindungi cinta kami. Berkati cinta kami.Moga kami kekal dalam agamaMu. Moga hubungan kami semanis epal merah….




novel (7): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 7)

Views
Bab 7

KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU (7)




Hari ini semua orang tiada di rumah..maklum la pagi lagi .baru pukul 11.00 pagi.semua kerja sudah aku bereskan tadi.basuh kain, memasak, sidai kain..semuanya sudah disiapkan. Semenjak aku berhenti kerja ni.aku sudah mendapat perkerjaan baru. 

Aku kini menjadi maid a.k.a. orang gaji a.k. a. jugak menjadi suri rumah sepenuh masa. Walaupun suri yang tidak di cintai oleh puteranya..ngee..ngee…

Sudah lama aku tidak membuka blog kesayanganku. Ishh..blog ni la aku gunakan untuk meluahkan perasaan, meluahkan pendapat serta meluahkan apa sahaja yang aku nak luahkan..masuk hari ni aku dah jadi maid kira-kira dua bulan setengah.

Jadinya aku tak buka blog dah hampir dua bulan setengah la jugak. Sebabnya aku buka blog kali terakhirnya malam sebelum aku bernikah.
Aku membaca entri terakhir ku…

Assalamuaikum..uollll…
Esok aku bakal menjadi puteri sehari je..sebab kalau orang kawin dia kawin sehari je..jadi putera n puteri pun sehari la jugak kan..aku bukan la kawin dengan putera raja..boleh jadi puteri raja berhari – hari..huhuhu…
.
Esok tandanya jugak aku bakal menamatkan zaman bujangku..zaman yang mungkin sejuta kenangan..sejak dari aku belajar di sekolah rendah, menegah, next aku hanya sambung di politeknik kursus kesetiusahaan , dah akhirnya kahwin…ishh macam tajuk novel la pulakkan..

Korang –korang semua ni..mesti ada kenangan kan dengan cikgu, pensyarah, kawan-kawan…aku pun ada setiap gambar yang aku lampirkan ada keanangannya..tu aku dah tulis kat bawah setiap gambar..ishh,,,aku nie pun macam iklan canon la pulak..yang dslr tu..alah, Yuna jadi model tu…
Di setiap gambar ada lagu…wah…gambar aku tak de la lagu pulak…ishh…dah – dah puas dah melalut – lalut ni…jom layan gambar- gambar aku

Lantas aku pulas perlahan scroll di tangan kanan ku..aku menatap lama gambar- gambar di sejak aku di bangu sekolah rendah lagi..

Gambar aku berdiri di tengah – tengah antara Zarul, aku, dan sara..ishh…air mataku mula menitis..kenapa la aku menagis pulak ni…itu kenangan aku semasa kami baru turun dari bas selepas balik dari membuat lawatan sambil belajar di Kuala Lumpur…

Kenapa la jodoh kita tak kuat kan..

Barang yang lama jangan di kenang..

Aku ingin menulis..menulis, bukan untuk menagis apa yang terjadi..

Assalamualaikum…uolll…

Kita semua ada kisah hati, kisah hitam, kisah merah, kisah biru..dan lain – lain ..hidup ini jangan sedih- sedih..kalau kita sedih seluruh dunia aku tak ceria la gamaknya…ishh…aku mula la melalut- lalut ni kan…

Tiba- tiba shout box aku..berbunyi massage..ishhh..dah lama kot tak layan kawan- kawan yang tersayang, tercinta ni…

Ika elis: hola..apa habaq…lama menyepi…awat kawan kau nie..entri buh pun sedih2…
Ijamengeja: hola too my friend…ish..bukan menyepi..buzy ckit…huhu…

Ika elis: buzy ek…mesti buzy layan suami kan..ehh..lupa nak ucap tahniah kat ko..

Ijamengeja: ishh..mana ada buzy tula…ko apa cerita sekarng..dah ade isi belumm…

Ika elis: ishh..tanya aku pulak..mana ade isi nie..tengah pantang lagi..sabar- sabar la dulu..Adam baru dapat ..ko dah tanye adik dia pulak..ishh..ko nie..hahaha

Ijamengeja: ohh…bila ko dapat bb baru xtau pn …pnadai ko smpan rhsia hang kan…by the way..tahiah

Ika elis:ko kat mn skrng…duk kat ne? aku kat penang, baru ja pindah ikot my hubby pindah..

Ijamengeja: ishh..napa jauh angat..aku ingatkan dekat2 nie ja..ak kat shah alam …hmm..ingatkan boleh la g wat lawatan…

Ika elis: aku tengok ko punye blog nie..banyak sawang dah…huhu…ehh…ko ble pulak nak ade bbny..

Ijamengeja: ishh…baru lg kawin mane boleh nak ade ny..biaq dl la..dpt honeymoon dulu..hehehe

Ija-ija..kot tak ingat apa Zul Hakimi tu cakap…kalau kau mengandung bagitahu dia cepat- cepat dapat dia gugurkan anak ni…ishh..mana pulak aku nak ade anaknya…

Ikaelis: ishh..gatai gak hang nie kan…

Ija mengeja: gatai ngan my pricess tak pe la..bukan gatai ngan laki hang..nnati kita jd madu pulak..hahahaa…

Ikaelis: amboi hang…berani hang…buat la if hang berani sangat…huhuhu….ehh..aku nak pegi ikut mak mertua aku kuaq sat..aku nak cau dl ni..

Ija mengeja:ishh..hang kata tengah pantang…boleh hanq kuaq jln2 lg..ishhh…

Ikaelis: pantang aku habis sok…dah sihat dah la aku ni…

Ija mengeja: ishh…2x aku ingatkan hanq habis pantang bulan dpn…

Ikaelis:mn de la…okla…aku caw dulu…assslamuaikum…kim slm kat your prince ok…
Ijamengeja: ok..thanks ya..

Syukur ade jugak yang layan aku sekarang ni..if not bosan kot…


“ wah, wah – wah…kau Ija selamba badak je ko mengadap laptop tu kan…siapa benarkan kau main notebook tukan.. aku suruh kau buat kerja rumah bukan mengadap benda ni…”

Ishh…puan Sri nie dah balik pulak dah…ishh…gangauan betull..ini mak si Zul Hakimi ni la..perangai sebijik macam anak dia..ishhhh…bak kata pepatah mak boreh anak rintik..ishh betul ke peribahasa aku tu..macam salah je…

“ ehh..yang kau senyum sorang- sorang tu kenapa…aku lapar ..nak makan ni…”

“ baik saya hidangkan..”

lantas langkah kakiku ku percepatkan ke ruang dapur. 

novel (6): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 6)

Views
Bab 6


KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU




Hari ini Zul hakimi mahu aku pergi ke sebuah rumah. Rumah yang katanya pernah dia tinggal. Sudah dua jam perjalanan kami. Namun, tidak sampai- sampai lagi.  Villa Sri Cempaka. Itulah papan tanda yang tersergam indah di hadapan villa tersebut. Villa yang penuh dengan kecantikan. Dekorasinya, designnya, malahan warnanya juga cukup aku gemari.

“ dah ..kita dah sampai”

Aku di pelawa duduk di atas sofa empuk yang berwarna merah krim.

“ mama, mama…” laung Zul Hakimi ke tingkat atas.

“ mama?”

Zul hakimi berdiri sambil berpaling ke arahku. Lantas mengangguk.
Aku menoleh ke kanan.

“ assalamuaikum, mama” tanganku di hulur ke arah wanita yang penuh bergaya itu.

Huluran tanganku tidak di sambut.

“ waalaikumuslaam..kau la Ija tu ya…hey, jangan kau nak panggil aku dengan gelaran mama ya,. Kau tu tak layak nak panggil aku mama.kau kena panggil aku denga  Puan Sri Zanariah faham..”

“ zul..kenapa ni..saya tak faham.”

" apa zul, zul..sila panggil anak aku dengan gelaran encik ke , tuan ke apa ke. asalkan kau tak panggil anak aku dengan gelaran abang, zul.hey! sedarla diri tu sikit" cemuh Puan Sri Zanariah.

“ kau tak faham..biar aku bagitau kau satu perkara. aku bukan anak yatim. Aku bukan anak yang tinggal dekat rumah anak- anak yatim. Ini mama aku. Ini mama kandung aku..Puan Sri..”

Air mataku gugur sederas air terjun.

“ aku kahwin dengan kau sebab, dendam..”

“Dendam?”

“ apa salah saya..saya tak faham..kenapa?”

Peningnya kepala aku.. dendam bila masa pulak aku buat salah dengan orang.. pelik betulla..kepala ni pulak ligat berfikir adakah aku berdendam dengan orang.

“meh aku tunjukkan dekat kau kenapa aku jadi macam ni?”

Lantas pergelangan tanganku di rentap kasar. Aku di tarik ke tinggat atas dengan kasar. Sakit…

Sakit kot…mamat ni pun…beragak – agak la kot ye pun marah…aku nie sebijik macam punching bag dia je aku tengok..

“ tu..kau tengok adik aku tu. kau tahu kenapa dia jadi macam tu?”

Mataku dapat melihat seorang wanita yang sangat kurus berbaring di atas katil.kurus serta tidak bermaya.

“Nampak tak”

Kepalaku di tonyoh oleh Zul Hakimi.

Kot ye pun mamat ni.. emosional telebih..kenapa entah..aku rasa tak pernah pulak kenal dia..

Aku mengagguk.

“ kau tahu dia kenapa dia jadi macam tu. itu semuanya sebab abang kau si Hakam tu. “

“ abang long?.” Abang long hakam. Sudah lama aku tidak berjumpa dengannya. Semenjak dia putus kasih dengan seorang anak orang kaya dia membawa diri ke luar negara. Sudah dua tahun kami tidak mendengar kabar berita darinya.sebetulnya, hanya panggilan telefon di buat dan hingga kini kami sudah lama tidak berjumpa dengannya.

“ itu Zulaikha ke?” soalku.

“ yelah. Tanya wat apa. Dah Tahu wat apa Tanya lagi  . aku nak buat kau jadi macam tu. biar kau rasa pulak.?”  jerita  suara Zul hakimi tepat ke cuping telinga ku. Kuat.

“ tapi…………”

Satu tamparan hingga ke pipi gebuku. Sakit, teramat sakit .tidak aku sangka kisah hidup aku sedemikian rupa.


Sudah dua minggu aku di kurung di Villa orang tua Zul Hakimi. Layannya pula kepadaku. Bukanlah layanan yang istimewa, tapi layanan yang sungguh “teristimewa” buat aku . Sugguh malangku bertimpa- timpa. Ya- Allah ujianMu menguatkan semangatku.

Aku dilayan seperti orang gaji. Malah lebih teruk daripada itu.

Sepak, teranjang, penampar juga bukanlah suatu perkara yang luar biasa bagiku. Tapi ia sudah biasa . mukamu. Jika perempuan –perempuan di seluruh dunia menampal bedak di mukanya. Aku, menampal lebam yang teramat sakit…Kini dapatku rasakan wajahku ada tampalan lebam lebih banyak.

Sakit!.

Ya- Allah ini ujian apa yang kau kurniakan kepadaku. Ya Tuhan, tidak ku duga satu saat aku menjadi sebegini. Cermin yang sederhana besar yang berada betul- betul di hadapanku ku tenung. Lebam di bibir sebelah kiri ku sentuh. Ini kesan tamparan akibat aku tidak menjawab panggilan daripada Zul Hakimi.

Ketukan pintu bilik tidur ku. Di ketuk kuat. Aku yang baru sahaja habis menunaikan solat bangkit untuk membuka pintu.Sesaat sahaja aku memulas tombol.

Zul Hakimi berada di hadapanku dengan tangan sebelah kanan memegang  bingkai pintu serta wajahnya masam bak nasi basi!.tangan kanannya lantas di hayun ke arah pipiku.Lantas aku terjatuh ke lantai dan kepalaku terhantuk ke lantai.

“ yang kau lambat sangat bukak pintu ni kenapa?” jerkah Zul Hakimi ke mukaku.

Tergagap-gagap Ija menjawabnya.

“ err…sa..saya baru habis sembahyang tadi. Kenapa encik cari saya?”

Panggilan encik memang wajib di pangil kini. aku tidak boleh lagi memanggil dengan gelaran abang, Zul, awak dan sebagainya. Hanya encik sahaja yang sesuai buatnya..maklumlah dia kan boss aku.lagipun itu yang dia suruh aku panggil..aku panggil la…

“ sembahyang konon, alasan la kau ni kan. “

Ya- allah buta ke apa encik Zul ni..aku ni memang tengah pakai telekung kot, lainla kalau aku pakai tudung yang aku selalu pakai tu. aduh la…payah betul…gerutu Ija dalam hati..

Malas nak melawan cakap lelaki di hadapan ku kini..

“ hmm. Encik nak apa? “

“ aku lapar, nak makan .. tak reti- reti nak hidangkan”

“ tapi, saya dah hidangkan dah kat atas meja makan tu.”

“ amboi, mudah betul kau cakap..aku bayar gaji kau ..kau kenela layan aku. Kau ingat aku ni apa tunggul kayu. Dah , lepas aku mandi nanti aku nak kau siapkan di hidangan aku. Aku nak ada orang yang sendukkan nasi untuk aku, bukan aku yang sendukkan sendiri. Faham?”

Aku hanya mengangguk tanda faham dengan arahannya.

Zul hakimi..arahannya sahaja yang perlu di dengar..segala arahannya kena di patuhi..

Tiba- tiba pipiku di cengkam.

“ encik, sakit..kenapa?

“..tak reti nak jawab Ya.., lain kali jawab ya. Aku tak nak dengan anggukan sahaja. faham”

“ baik encik. Saya faham.”

Hidangan nasi dan lauk pauk yang berada di atas meja aku susun sebaik mungkin. Takut- takut dekorasinya tidak menepati cita rasa Encik Zul Hakimi.Kan ke susah nanti nak layan songehan Encik Zul Hakimi. 

Sedang tanganku ligat mengagkat air kopi, serta oren ke meja makan.  Zul Hakimi, sudah berada di meja makan dengan muka yang mencuka.

“ kenapa tak siap lagi hidang, kan aku cakap tadi. Bila aku turun , aku nak semua dah terhidang. Kenapa payah kau nak faham ni?”

Aku hanya tertunduk memandang ke lantai. Tak kuasa aku mahu melayan kerenah Zul hakimi.  Kemudian, tanganku mencapai gelas yang berada berhampiran Encik Zul Hakimi. Tiba- tiba tanganku tersentuh tangan Encik Zul Hakimi.

“ hey, kau sengajakan nak sentuh aku, senganja je kau nak mengatal dengan aku kan”

Laju aku mengeleng- geleng kepalaku. Sungguh, aku tidak mahu dia tersalah anggap. Aku tidak sengaja menyentuhnya.

Kat kuasa la pulak nak mengatal dengan mamat ni..dah la macam singa yang lapar sentiasa..

“ bu..bu..bukan itu maksud saya, saya tak sengaja menyentuh encik. Betul saya tak berniat apa- apa pun.”

“ tak berniat, sengaja kau nak mengatal dengan aku kan”

Lantas dia berdiri menghampiriku. Tangan kanan ku direntap menghampiri tubuhnya. Aku melangkah setapak ke belakang. Namun, dia lebih cepat memaut pinggangku.Kini aku berada di dalam dakapannya.

“ ingat, aku bila nak je aku datang cari kau, kau tak payah mengatal dengan aku, sebab..aku bayar kau.. aku bayar setiap apa kau buat dekat aku. Tapi…aku tak akan jatuh cinta dengan perempuan berketurunan jahat macam kau ni”

Aku menolak tubuhnya . aku tidak rela di perlakukan sedemikian.Aku bukan perempuan murah. Aku bukan pelacur. Aku bukan semua tu..

“ hey, berani kau tolak aku ye. Apa kau ingat aku ni apa? Aku bayar kau, tahu tak.meh sini kau ni.aku ajar sikit..”

Bibirku di cium oleh Zul Hakimi. Kini aku di tarik ke arah ruang tamu,lantas tubuhku di tolak jatuh keatas sofa. Kemudian dia datang menghampiriku. Semakin mendekat. Sungguh aku takut. Lantas pergelangan tanganku di tarik ke tingkat atas. Aku tahu pastinya aku sudah tidak selamat bila aku berada di dalam biliknya.

“ tolong la encik.. saya ni,Ija,,tolongla encik..”rayuku. aku tidak mahu benda itu. sungguh aku perlukan orang menyelamatkan ku daripada Encik Zul Hakimi.

“ yang kau nak takutkan kenapa. Aku kan suami kau. Sah kot..lagipun mama dengan dik ika pergi rumah Mak Su Fauziah , papa pulak outstation.jadi,  semua orang tak ada dekat rumah ni sekarang. Tak salahkan aku buat benda tu. aku tuntut hak aku je pun.bukan aku bunuh kau pun ”

Aku mahu menolak tubuhnya..namun apa kudrat yang aku ada. Zul Hakimi semakin mendekat. Dan aku hanya mampu berdoa kepada Allah untuk menyelamatkan ku.

“ dah- dah bangun- bagun. “ tanganku di rentap, pipku juga di tampar.

“ tak reti –reti nak bangun. Nah, duit kau sebab layan aku tadi. Terima kasih sebab layan aku”

Wang itu di lempar ke tubuhku .Zul hakimi sedang memakai pakaian ke atas tubuhnya. Aku tahu dia akan keluar untuk berjumpa dengan kawan- kawannya.

“ saya tak nak duit ni, saya bukan pelacur!!”

“ eleh, bla la kau…aku bagi duit ni , Cuma aku tak mahu berhutang dengan  kau. Aku  takla nak buat berhutang dengan kau kan.”

Dia makin menghampiriku.  Dan dia sudah mendaki katil yang aku sedang duduk. Lantas aku menarik selimut yang menutupi tubuhku.

Aku memejamkan mataku. Sungguh aku tudak mahu lagi. tiba- tiba gelakan kuat menerjah ke cuping telingaku.

“ hey, aku tak nak dah la..ingat, jangan kau suka- suka nak mengadu dekat mama aku, ke sesiapa ke apa yang apa aku dah buat dekat kau. Duit ni ambik je la. Banyak songeh sangat.“

Wang yang berada di badanku di kutip satu- satu lantas diletakkan ke atas mukaku.

“Bukan banyak pun aku bagi perempuan murah macam kau ni. sikit je ni. lagi satu kalau kau mengandung. Baik kau cakap cepat- cepat, nanti senang aku nak gugurkan kandungan kau tu. “

Lantas beg kamera Dslr nya di capai..entah kemana arahnya yang hendak di tuju aku tidak mengetahuinya.

 ya- allah , aku isterinya.bukan perempuan simpanan, bukan perempuan murah,..jika pelacur mencari wang  untuk membantu diri sendiri, keluarga, dan lain- lain. tapi, aku sama seperti mereka. Ya mungkin lebih hina dari mereka di pandangan mata Zul Hakimi.

yaAllah..kenapa aku mesti merasai semua ini…kenapa…Ya-Allah tabahkan hati hambamu ini…Ya- allah..aku berlindung dengan kuasaMu..Ya- Allah..

p/s: selamat membaca^^^
Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.