Sunday, February 19, 2012

novel (9): Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 9)

Views
Bab 9


KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU



 “ Wah, wah …kau ni kan…pantang lepa sikit..kau mengular ke apa…saja la kan..nasib baik aku balik awal hari ni..kau ni kan sehari tak buat aku sakit hati tak boleh ke?”

Ni sebab mamat ni balik dulu la ni..jadi macam ni..aku menyampah betul pulak nengok nya.

Aku tengok pergelangan tangan kiri.dekat situla aku pakaikan jam tangan kesayanganku.
Baru pukul 3.15 minit petang.apa awal sangat mamat poyo ni balik..wat sakit hati pun ada la jugak..

Malas betul nak layan mamat poyo ni..baik aku terus je ke dapur.masak terus .lepas tu aku boleh tido sekejap.maklum la penat menemani Cik zulaikha tu..banyak betul dia nak shoppingnya..alah biasala orang kaya. Duit banyak.Macam-macam yang hendak dibelinya.

Tiba- tiba bahu kiriku di rentap.

Aku mendesah sedikit.Aduh!.

“ Aku cakap dengan kau kan..yang kau nie buat pekak badak kau tu kenapa? Dah pekak dah..sejak bila pulak pekaknya..”

Dia mula dah….ni yang malas bertembung mamat ni..

“ ya..”aku memandang ke anak matanya..

Aduhaii…kenapa la mata dia tu cantik sangat..desis hati Ija..lepas tu kalau mamat poyo ini tersenyumkan ke manis..ini dok duk wat muka kentut dia tu adalah...aduh, mata di ini boleh buat aku cair. Untung kalau mamat nie senyum, mau aku tak tidur malam ni..hehehe

Cepat- cepat aku mengalihkan pandangan mataku. Ishh..kang dia perasan pulak..masalah lain pulak akan timbul punya..

“ ehh…kau ni..dengar tak aku cakap dengan kau ni..”

“ ya.encik nak apa..saya nak masak ni..dah la lepaskan saya boleh?..nanti Cik Zulaikha tengok kan tak manis”

“ banyak kau punya manis..tu adik aku tu kenapa kau bawak tak tentu hala..kalau jadi apa- apa dekat dia .macam mana..siapa nak bertanggungjawab kan. Kau?”

Beg plastic sebanyak tiga bungkus tu..aku letakkan dia lantai.berat la nak pegang lama – lama..tambahan pulak.mamat poyo nie nak membebel la pulak. Lagi bertambah berat.

“ saya beli barang je.. cik ika yang suruh saya beli .saya beli la..saya hanya beli kek chiffon pandan je..santan..tu je..lepas tu temankan cik Ika bershopping. Tak lama pun”

Aku dah malas nak duduk situ..makin aku tenung mamat ni.makin lebur aku dengan panahan cinta dia..aduh..hati jangan la macam ni. dia kan tak sukakan kau.Ingat sikit Ija oiii...

“ tak lama kau cakap..tahu tak dah hampir sejam lebih aku terpacak dekat rumah ni.kau boleh cakap sekejap.yang kau nie, keluar ade mintak izin aku tak?..main keluar je .sesuka hati kau pulakkan nak keluar mana arah tanpa mintak izin aku kan.”

Ehhh…suka hati aku la nak keluar ke nak kemana ke..dulu cakap mamat ni cakap lain. buat lain pulak sekarang ni..ishh…boleh jadi sewel kalau duduk lama-lama dengan mamat ni..

Dah sapa suh tunggu..lagipun bukan mamat ni keje ke waktu ni.ishh, saja gatal balik awal siapa suruh.rasakanla,

“ bukan encik cakap saya boleh keluar dengan sesiapa dengan keizinan orang dalam rumah ni..sama ada encik ke, tan sri ke, puan sri ke atau Cik Ika..jadikan saya keluar dengan Cik Ika..so,,dapat keizinan la tu”

Mamat nie gila ke apa..dulu kata suara aku ni macam burung terkukur la itik la kalau mintak izin dia..

Ishh..aku ni pun satu ..tak ingat langsung apa aku pernah cakap dulu..dengus hati Zul Hakimi. Peristiwa itu mula bermain di mindanya..

“ ehh…boleh tak kalu kau nak keluar mana- mana pun..keluar je la..aku malas nak dengar suara kau yang macam burung terkukur tu. tak sedap langsung. Macam itik pun ade jugak kadang –kadang..lain kali jangan mintak izin dengan aku.mintak izin dengan sesiapa jelah janji bukan aku.”

Rimas pulak aku melihat Heliza ni..banyak pulak mintak izinnya..nak jadi isteri solehah la sangat. Tapi perangai ya adooo….

“ ingat .sapa- sapa yang ada dalam rumah nie kau boleh mintak izin..kalau kau nak mintak izin jugak kat aku nie..kiranya orang terakhir la yang perlu tahu, ataupun aku orang terakhir .tak pun aku tak payah tahu. lagi elok..”

“ Encik.Encik!”

Mengelamun ke apa dia ni..kot ye pun nak berangan tangan aku tu lepas la dulu..rimas betul..

Aku mula menguatkan suaraku..tanganku melambai – lambai ke mukanya..dia ni berangan ke tidur ni..kalau tidur kenapa berdiri tegak,lepas tu tangan tu kejap pulak pegang aku..ishh..Rimas!

***

Air kopi o dihidang di atas meja di gazebo di luar ruang rumah. Aku meletakkannya dia dengan penuh berhati- hati..kalau tumpah mahu aku di semburnya..mamat ni dengan mak dia  bukan boleh caya sangat. Mahu angin tornedo datang mati aku..

“ yang kau ni tuang air pun lembab sangat kenapa?..dah tak cukup tenaga ke naik tuang air je pun..” jerkah Zul Hakimi..

Kan dah cakap dah…
Mak aii..nasib baik aku tak tertumpahkan air atas seluar dia..kalau tumpah padan muka kau..mulut tu main sesedap rasa se jerkah aku.nasib baik aku tak de lemah jantung.

 Kalau tak mati free je aku nie..sian kau jugak dah jadi duda..duda muda pulak tu..hehehe…ishh..dia kan handsome..mau tak de orang terpikat dekat dia..eleh..sekarang pun boleh dia nak tambah kota..dia kan lelaki.boleh kahwin lagi tiga..kan, kan, kan…ija kau jangan melalut dah.

Aku percepatkan tuangan.malas nak mendegar bebelannya lagi..

“ abang..apa kata kalau kita bat renewvation rumah kita..saya ingat nak buat bilik tambahan kat bekang tu..saya nak ingat nak buat bilik kecik sikit kat belakang.nak letakkan si ija tu dekat sana..rimas saya tengok dia sekarang nie”

“ Zanariah..Zanariah…awak ni kenapa..abang tengok budak tu baik je..dengar cakap..tak ada pulak saya tengok dia buat apa- apa pun dekat awak dua beranak ni..abang tengok semenjak Ija tu ada dekat rumah ni..Zulaikha tu jadi ok walaupun tak sepenuhnya  macam dulu- dulu..tapi ada jugak peningkatan nya..tak  ke bagus macam tu?”

“ Yang abang nak sebelahkan dia kenapa? Saya ni isteri abangkan..kenapa abang nak ambik dia jadi isteri muda abang pulak..asyik- asyik back up dia je..saya nie..tak ade pulak abang nak puji ke , back up ke....”

Puan sri Zanariah mula membuat muka moncongnya..

Mama ngan papa ni pun..dah hampir 29 tahun berkahwin pun masih tak habis – habis dengan usikan manja mereka..

“ishh..kalau si ija tu sudi.. seribu kali lagi saya sudi..boleh jadi madu awak jugak”

Zul Hakimi terbatuk..hampir tersembur air kopi yang aku teguk itu..
Glupp…Gila apa papa aku ni..ade ke nak kahwin dengan ija tu..bini aku tu…haram kot…ishh..papa ni ..banyak –banyak perempuan kenapa la nama dia disebut..wat sakit hati je.Ye ke aku sakit hati?..

“ Hah!..zul kau kenapa pulak?..tersedak- sedak bagai..kamu dengan dia bukan ada apa-apa pun..kamu sentuh dia pun belumkan..tengok dia pun mama tahu kamu tak selera kan…betul tak cakap mama?. Kau masih setia dengan Zura kan..”

Puan Sri Zanariah mula tersengeh panjang. Zura..rindu pulak dekat budak sorang tu..

“ Tak ada apa- apa lah mama…Zul masuk dalam dulu…selamat malam..”

“ Ishh budak ni..kita tak habis bincang lagi..” Puan Sri Zanariah bula berpot pet pot pet,…

1 comment:

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.