Sunyi . itulah yang dapat di gambarkan di dalam rumah teres dua tingkat milik Encik Hamid dan Puan Salehah. Kesemua anak nya pergi ke sekolah. Hanya aku satu –satunya anak mereka yang malas ke sekolah hari ini . Bagiku sekolah itu bagaikan tempat yang paling tidak menyeronokkan buatku.
Aku lebih menyukai tempat- tempat hiburan seperti pub- pub, kelab dan yang selebel dengannya. Jikalau di situ aku dapat menikmati hidup yang penuh dengan kegembiraan. Pendek kata kegembiraan yang hakiki hanya akan aku perolehi jikalau aku ke tempat- tempat sedemikian. Tempat itu adalah jiwaku.
Sayup –sayup gegendang telingaku mendengar suara enjin kereta. Pastinya itu bunyi enjin kereta wira milik Umi. Televisyen yang terpasang serta lagu nyanyian Britney Speare aku perlahankan suaranya sedikit . Aku tahu Umi paling tak suka aku memasang lagu kuat- kuat . katanya bingit telinganya.
Malahan tambah Umi lagi , kalau aku memasang radio atau lagu pastinya umi boleh terkena heart attack.dan tak elok menganggu jiran – jiran lain.
“ Ya Allah, Mia.kamu ni dah la tak pergi sekolah. Tu tengok tu bersepahnya rumah. Mia tak boleh tolong Umi ke kemas rumah ni. dengan baju , majalahnya bersepah. Mia tahu tak Umi penat berkerja siang malam. Mia tolng la Umi kemas apa yang patut.” Pujuk umi kepadaku.
Aku hanya menundukkan diri.
“ Banyak betul la orang tua ni membebbel.balik kerja je mambebel. Tak penat ke mulut. “ aku hanya memerahkan umi hanya dalam hati.
Aku hanya melemparkan satu jelingan buat Umi . Aku malas mahu menyampuk. Kalu menyampuk lagilah panjang bebelan umiku. Lagi payah nak berhenti.lantas kakiku terus melangkah meninggalkan umi yang masih membebel panjang .bosan. Hal lain aku sudah tidak mahu mengambil pusing.
“ mia , aku tengok kau ni makin lama . makin payah je nak keluar join kita orang. Nape mak ko dah tambat kaki kau ke?”
Suara gelakan 3 orang gadis bersatu. Kesemua gadis- gadis itu adalah kawan baik Mia.kesemuanya adalah gadis belasan tahun yang masih bersekolah sama seperti mia. Mereka kesemuanya adalah penuntut di tingkatan 4serta 5 sebuah sekolah di ibu Kota.
“ yelah, sekarang ni. Umi aku tu makin garang.dah la tu, makin banyak yang di bebelkan kat aku. Tak tahan aku. Cairrrrrr…tahi telinga aku ni mendengar umi aku membebel. Ada kepatut dia suruh aku jadi macam kakak aku. Belajar pandai – pandai . jadi macam kakak belajar sampai oversea.”
Nada serta mimic mukanya di buat seakan- akan wajah uminya.kemudian “sahabat baik” pun turut ketawa sama.
“ hai, ketawa panjang Nampak. Boleh join tak ..nak gelak gak. ?” gurau Izuddin atau Din. Kemudian Din dan beberapa rakannya duduk berhadapan dengan ku.Din, Wan dan Khairul masing – masing berusia lingkungan 20 hingga 23 tahun. Sudah beberapa bulan aku bercouple dengan Din. Walaupun baru mengenalinya namun aku rasa bagai sudah mengenalinya lama. Serta aku juga telah menbenarkan Din menyentuh tubuhku. Aku relakan Din meperlakukan ku seperti isterinya.
“ hey, janganla marah – marah ..nanti cepat tua..bikin gaduh saja…”
Din menyanyikan lagu nyanyian Aznil Haji Nawawi.aku ketawa . Din mengajakku pergi ke meja yang sedikit tersorok dari rakan – rakanku.
“ dah la tu Mia. Mia, abang ada ubat untuk Mia. Mia telan pastu Mia dah tak ade problem.” Aku memandang tepat ke wajahnya. Aku masih lagi ragu- ragu dengan permintaannya. Dia tersenyum kembali kepadaku. Kemudian mengangukkan kepadanyaku. aku pasti itu dadah. Dadah! aju belajarnya di Sekolah. cikgu sering mengatakan jangan terlibat dengan dadah. tapiku itu bagaikan angin lalu.
“ Mia, mia abang bukan nya nak bunuh Mia. Abang nak kurangkan masalah Mia je.”
Sambil tangannya memegang erat tangan kananku. Sebelah tangannya lagi memberikan aku segelas air. Pil putih yang berada di tanganku kini aku tenung lama. Kemudian lambat- lambat aku memasukkan pil putih itu kedalam mulutku. Lantas ku teguk air yang berada di dalam gelas tersebut.
Dan akhirnya aku sendiri tidak tahu aku berada di alam mana. Tapi yang pasti alam itu makin memberikan aku satu kenikmatan duniawi. Dan suara marah umi langsung aku tidak dengari kini. Yang aku dengari kini hanya suara – suara yang mengajak aku bergembira sahaja.
Aku memasukkan anak kunci rumah teres milik umi dan abah dengan penuh berhati- hati. Aku takut nanti Umi terdengar malah ternampak .lagi parah di buatnya. Lagi susah hidupku. Setelah aku memulas tombol pintu berwarna emas itu aku melangkah perlahan – lahan memasuki kedalam rumah.
Kemudian aku menolak anak pintu itu secara perlahan juga. Aku kemudiannya berpaling dan ternampak kelibat Umi dan abah di kerusi sofa buatan itali yang di tempah khas oleh umi .
Aku memandang wajah kedua orang tuaku satu persatu. Aku tidak tahu tindaklan apa yang patut ku buat. Lantas aku ingin segera mendaki anak tangga yang berada di sebelah kiriku itu. Belumpun sempat aku mendaki anak tangga yang pertama, umi sudah memanggilku untuk duduk di kerusi sofa tersebut.
“ mia nak pergi mana tu. Duduk dulu. Abah ada perkara mahu cakap dengan Mia. “
Aku berpaling dan hanya berdiri kau di anak tangga itu. Tidak sedikitpun aku bergajak dari anak tangga tersebut. Aku masih keras di situ. Umpama tugu negara lagakku.
“ mia kenapa mia tipu umi .kenapa mia buat umi macam ni. umi dah lama perhatikan mia sekarang makin berubah. Makin kerap keluar malam. Balik lewat malam. Tengok tu dah pukul 3 pagi. “
Jari telunjuk umi menunjukkan kearah jam yang berukir cantik di dinding . aku kerlingnya sedikit aku melihatnya jelas jarum jam tersebut sudah menunjukkan pukul 2.55 tengah malam.
“ alah umi. Mia ada kerja sekolah nak buat. Tu yang balik lambat ni.” itu sahaja alasan yang aku ada.
Aku terdengar suara gelakan kecil umi serta abah di situ. Abah masih lagi sunyi tanpa percakapan dari tadi.
“ takkan la kerja sekolah sampai lewat malam. Orang lain sekolah juga tapi tak adalah sampai lewat malam macam ni.Mia.” kedengaran suara umi sedikit berubah. Sebak barangkali.argh..malas aku untuk mengambil pusing permintaan umi tu.
“ dah la umi, mia nak naik atas. Esok pagi-pagi mia nak pergi sekolah pulak. “
“ jangan nak menipu la mia. Tadi petang baru, cikgu Mia telefon. Dia kata mia dah lama tak pergi sekolah”
Wajahku sudah pucat lesu. Kalau di dilihat di wajahku pastinya tahu perasaan sebenarku . Mujurlah mekeupku menutup sedikit perubahan wajahku ini.
“ tu tadi..sapa yang hantar Mia.? Dengar bunyi motor ni..YaAllAh kuat semacam je umi dengar. Mia dah tak minat nak belajar dah ke mia?. Mia kawan dengan Mat Rempit ke? pakaian dia pun..Nauzubillah”
“ ye umi…tu lelaki yang hantar Mia balik tu. Lelaki yang Mia cinta . Mia sanggup hidup semati dengan dia. Dan lagi satu Umi.Mia dah tak larat lagi nak belajar Umi. Mia tak minat dah. Mia bosan pergi sekolah. “ aku melemparkan sebiji bantal berwarna merah ke arah meja di hadapanku. Habis berkecai pasu bunga di hadapanku.
Kemudian aku melangkah mendaki anak tangga tanpa menghiraukan kata-kata umi dan abah lagi.
Aku menghempas pintu serta aku membenamkan tubuhku di katil empuk milikku.
Umi ni hari – hari membebel. Arghhh…Bosan hidup macam ni…
Aku menghantar pesanan ringkas kepaa Din. Aku mahu berjumpa dengannya. Aku tidak kira sama lagi sama ada di mahu atau tidak. Semenjak akhir-akhir ini Din seperti tidak mahu berjumpa denganku. Sms ku kirimkan juga tidak di balasnya. Panggilan telefon juga tidak di jawabnya.aku menukar baju tidur ku ke baju T-Shirt putih serta seluar jean biru.
Kini aku bertekad aku mahu berjumpa dengan Din tidak kiralah dia mahu atau tidak. Aku memutuskan untuk pergi ke rumah sewa milik Din sekarang juga . aku sudah tidak ada masa lagi untuk merahsiakan perkara ini lagi. Aku mahu Din bertanggungjawab dengan anak yang ku kandungkan ini. Aku sudah buntu. Aku hilang arah. Aku juga hilang hala tujuan. Entah pada siapa lagi aku mahu meluahkan rasaku ini.
Tidakkan aku ceritakan perkara ini kepada umi. Sungguh aku tidak tahu apa lagi yang patut ku lakukan.
Aku melangkah masuk ke rumah Din. Pintunya nya juga tidak berkunci. Lantas ku memasuki ke biliknya.
“ abang. Sampai hati abang buat Mia macam ni.sanggup abang tidur dengan perempuan lain. Abang kata abang cintakan Mia sampai akhir hayat abang. Bang tahu tak Mia mengandungkan anak abang ni. “
Tanganku ku tunjukkan ke arah perut kuyang semakin membesar.
“ gila apa kau ni. aku tak pernah cintakan kau pun. Sedetik pun tak ada cinta buat kau. Lagipun kau tu budak hinggusan sangat. Tak layak untuk aku. Untuk buat hiburan boleh la. Nak buat bini aku , kau bukan teste pilih perempuan macam kau. “
Tanpaku pinta serta ku duga aku telah menampar pipi Din . lelaki yang selalu ku puja dan ku sanjung. Namun di tidak mencintaiku langsung dia hanya mencintai tubuhku sahaja.
“ berani kau tampar aku ye.”
Lantas badanku di tolak ke dinidng. Sakitnya bukan kepalang. Aku terjatuh terjelopok ke lantai.
“ dengar ini ye perempuan. Aku tak pernah sekalipun cintakan kau.dan lagi satu gugurkan kandungan kau tu. Aku takkan bertanggungjawab. Entah anak sapa entah kau kandungkan. Senag- senang je kata aku ni membuntingkan kau. Nak duit untuk bayaran kau pernah puaskan aku “
Aku hanya menaggis di dinding yang berwarna krim tersebut. Aku hanya mampu menangis sahaja. beberapa note 50 aku renungkan, aku ambil lantas aku kenyukkan. Aku menangis sepuasnya.
Inikah bayaran cintaku . aku memulas perutku.keketuk-ketukan perutku. Aku mahu kandunganku gugur. Argh….kurang ajar punya lelaki….
“ mia mari makan. Kenapa ni nak. Umi tengik Mia semakin lama makin tak selera nak makan. Tak elok untuk kesihatan Mia. “
“ umi, mia ada satu rahsia nak bagi tahu umi. “
“ada apa nak?”
Lembut sahaja nada suara umiku. Selembut perwatakkannya.
“ tapi, mia malu umi….”
“ apa dia nak?”
“ mia dah malukan keluarga ni..mia…”
Aku tidak dapat menghabiskan ayatku. Aku malu. Kau takut umiku akan mengalauku dari rumah ini. Aku malu . aku tidak ada orang lain untuk ku kongsikan. Kawan-kawanku semua mentertawakanku. Malahan Illa menyuruhku menggugurkan kandunganku di hospital swasta. Dia juga sudah dua kali melakukan pengguguran haram.
Aku tidak mahu melakukan pengguguran haram. Aku tidak mahu melakukan dosa besar lagi. cukuplah sekali aku melakukannya. Aku sudah tidak sanggup lagi.
“ mia..”belakng badanku di usap lembut oleh umi. “
“ umi…mia mengandung …umi…mia dah malukan umi.”
“apa ni Mia. Apa Mia cakap ni. tula Mia tak mahu makan . tu dah sakit.. tu yang melalut cakap macam tu. Dah la Mia mari Umi suapakan.”
“ betul umi. Mia dah mengandung 4 bulan umi. Umi tengok betul – betul perut Mia ni. dah besar. Dah tak boleh sorokkan lagi dah umi. Mia mintak maaf banyak – banyak kat Umi. Mia dah buat salah” sambil tangannku memegang perutku.
Air mat ini tidak tertahan lagi. umi juga menitiskan air mata. Namun umi mengelengkan kepalanya. Lantas berdiri dibelakangku.
jam loceng bulat berwarna putih milikku berbunyi nyaring. Aku memtikan jam tersebut. Sudah pukul 3 pagi. mahu mahu melakukan solat tahajut serta solat taubat nasuha. Aku benar- benar insaf dengan semua perbuatanku.
Umi banyak membantuku melakukan solat – solat sunat sedemikian. Umi juga ada membelikan aku buku panduan solat serta buku motivasi untukku meneruskan hidup.
Aku lantas mengambil air sembahyang. Aku perlu menjaga air sembahyangku. Walaupun sedikit payah untukku bergerak. Namun aku harus kuat. Begitulah perasaan ku buat masa kini. Begitulah juga perasaan umi sewaktu mengandungkan aku . kini aku juga merasainya. Namun, aku hanya merasai kasih sayang umi sahaja. tidak dari lelaki yang bergelar suami. Tiada kasih dari ayah kepada anak yang ku kandungkan ini.
Setelah selesai melakukan solat sunat tersebut. Aku menadah kedua tapak tanganku. Aku mahu memohon keampunan dari illahi. Aku telah melakukan dosa besar. Aku telah membuat satu kesilapan yang saharusnya aku tidak lakukan dahulu . Aku seharusnya tekun dalam pelajaran. Aku seharusnya belajar . aku seharusnya menelaah pelajaran bukan membawa perutku yang makin membesar.
Aku bersyukur juga kedepan yang maha Esa. Kerana Allah membuka hati umi untuk menerimaku. Walaupun ayahku masih tidak menerima perbuatanku. Namun aku pasrah. Aku perlu hidup yang baru. Aku mahu membuka buku baru. . buku lama bukan untuk di kenang namun untuk di tutup .dah jangan lagi memandang ke belakang. Hidup mesti pandang ke hadapan. Lurus ke hadapan.
Serta aku berdoa bahawa Allah ampunkan dosaku. Ampunkan dosa kawan – kawanku. Terutamanya Illa yang sudah beberapa kali mengugurkan kandungannya. Dosa mengandung , dosa berzina dan dosa membunuh anak yang pernah berada di rahimnya. Aku tidak pernah lupa untuk mendoakan Din supaya bertaubat.
Semoga taubatku serta doaku di terima oleh-NYa.
Hari ini genaplah usia kandungan ku 9 bulan . dan bila – bila masa sahaja aku bakal melahirkan anakku. Anak yang tidak sah tarafnya di dunia ini. Anak yang ku lahirkan tanpa ada sebarang ikatan antara aku dan Din. Din entah kemana. Sehingga kini aku langsung tidak mahu mengambil tahu mengenai dirinya.
Aku hanya mampu mendoakannya sahaja. Kali terakhir aku berjumpa dengan Din pada hari aku menyatakan yang aku mengandungkan anaknya.
“ umi, ?”
Tanganku hulur untuk mencium tangan umiku. Kelihatan umiku datang berseorangan . aku tahu ayahku malu dengan ku. Aku telah menconteng arang ke mukanya,
“ umi ampunkan mia ye..mia banyak buat dosa dekat umi dah abah. Mia malukan keluarga kita. Andai dapat dipusingkan waktu . mia janji dengan umi , Mia takkan buat kesilapan ini. Mia tahu umi selalu pesan manusia akan melakukan kesilapan. Dan kesilapan itu bukan untuk dikesali. Kesilapan itu untuk di perbaiki.”
“ mia, andai kita mahu mengundukan waktu mia. Mia mahu masuk dalam rahim umi balik. “sambil umi gelak sedikit. Mungkin untuk mengiburkan diriku kini. “
Umi ampunkan mia..aku mengucup kedua tangan umi sekali lagi. aku mencium pipinya puas – puas. Aku tahu dia terluka dengan sikapku. Aku juga tahu umi malu dengan jiran –jiran yang sering mengatakan macam –macam kepada umi. Namun umi wanita yang tabah. Setabah serta seteguh kerang di lautan. Maafkan mia.halakan titisan susu yang umi berikan pada mia. Mia anak yang derhaka pada umi….ampunkan mia umi…ampunkan mia…
“ puan ini siapa? …puan kenal pada suami kepada puan Damia?dia ada ke?”
Umi hanya mampu tersenyum. Lantas mengelengkan kepalanya.
“ saya ibunya..ada apa doctor?”
“ saya harap puan tabah menghadapi dugaan ini. Paun Damia tidak dapat di selamatkan. Dia sudah pergi menghadap kepada pencipta-Nya.”
“ ya Allah, aku redho wahai anak ku..aku merodhoimu…”
Ya ini ujian..ujian untuk menjadi seorang yang tabah. Ujian untuk menguatkan iman. Ujian untuk menguji keimannan. Sesungguhnya ujian itu sangat Indah pada orang- orang yang bersabar.
No comments:
Post a Comment