peraduan menulis cerpen di anjurkan oleh Pihak Group Komuniti ENovel. sila la join group nie if sudi. sila- silala menjengah .KOMUNITI ENOVEL
SLOGAN PERADUAN : rasa cinta kita seperti manisnya epal merah.
cerpen : cinta jus epal merah
Cinta Jus Epal Merah…
Pagi ini aku tidak mendengar suara Encik Adib Ashraf. Bagusla seperti yang aku jangkakan. Dia tak masuk pejabat hari ini. Bagus. Tenang fikiran aku hari ini, kalau tidak, mahu permintaan pelik- pelik yang dimintanya.
“ ha, Zubaidah, kau kenapa, senyum sorang –sorang pulak ini?” jerkah Adib Ashraf.
Ada pulak mamat ini dekat sini. Ingatkan tak masuk pejabat hari ini. Ishhh…hari- hari mesti dengar suara dia.
Aku tersenyum. Sumbing.
“ ohh..kau ingatkan aku ye?”
Cepat- cepat aku mengeleng. Ishh, mana dia tahu aku tengah fikirkan dia. Ishh, kantoi. Kantoi..
“ yang kau cuak sangat kenapa? Dah pergi buah air epal dekat aku. Aku Dahaga ni. haus.Hmm..lagi satu, tolong potong epal merah dekat aku. Jangan lupa potong kulit sekali. Cepat sikit ye”
Tanpa mendengar suaraku menjawabnya, terus Adib Ashraf masuk kedalam biliknya yang berada diselah kiriku.
Itulah permintaannya hari – hari. Jus epal dan sebiji epal merah. Ingatkan dia tak nak masuk satu hari. Ini belum habis lagi pagi ini, muka dia sudah tercangak di hadapanku. Tension betul la..
“ eh, Bedah oii..yang tercegat lagi dekat sini ini, kenapa? Cepat la. Itulah siapa suruh tak jaga badan, sekarang dah gemuk, kan susah nak gerakkan badan. Badan kau tu, aku tengok macam blue hypo dah Hahaha…”
Gelakan dia menerjah masuk ke cuping telingaku. Bedah!! Adahai mak aku pun tak panggil aku nama tu. ishh…nama aku Zu la..semua orang panggil aku Zu. Encik Adib sahaja yang memanggil aku dengan nama Bedah…dah la panggil aku Bedah, panggil pulak aku dengan gelaran Blue hypo. Menyampah pulak aku tengok boss aku ni. kalau dia kuli sama macam aku. Mau aku sepak free sahaja depan ini. Nasib baik kau yang bayar gaji aku.Zubaidah mula bermonolong sendirian.
____________________________________________________________________________
Sambil- sambil tanganku ligat memotong buah epal merah di pantries. Aku memasang berbual kosong dengan Zul Hakimi. Zul Hakimi budak despech dekat syarikat ini. Biasanya pagi- pagi Si Zul ini akan berbual- bual dulu barulah dia menjalankan kerja dia. Hantar surat. Ambik mood katanya.
“ Zu, Zu..tiap- tiap hari aku tengok kau ini potong buah dekat Encik Adib tu, kau nak jadi bini dia tak.hari- hari dia makan air tangan kau. “
Zul Hakimi gelak. Kemudian menyambung kembali ayatnya.
“Yelah. Nak jus epal hari – hari., lagi satu dia bukan nak yang dalam kotak ni. nak yang original punya. Aduh..confuse aku, kau bomoh kan dia ke apa..”
Ini salah satu tabiat pelik boss aku. Nak air jus yang di buat sendiri. Pejabat pulak tu. ada pulak orang macam ni. pelik, tapi benar!.
Zul Hakimi mula start cerita nak ‘menjodohkan’ aku dengan Encik Adib tu. menyampah. Apa gila aku nakkan Encik Adib tu. tak selera betul.
“Zul, kau jangan nak mula nak buat drama dekat sini kang. Karang tak pasai- pasai. Epal merah ni masuk terus perut kau, tak payah kunyah karang kenyang seminggu. Jimat pun jimat. Nak tak kau rasa?”
Gelakan Zul hakimi rasanya boleh pecah ruang pentri ini. Si Zul Hakimi ini kalau dapat gelak. Tak ingat dunia dah. Mengalahkan langsuir dah bunyinya. Hahaha…
_________________________________________________________________________-
Adib ashraf membelek setiap helaian surat khabar news straits times. Tiada berita yang menarik minatnya untuk meneruskan bacaan. Dihadapannya Suffian kawan baiknya duduk diam sahaja mengadapnya.Sufiian kawannya sejak di Universiti. Sama- sama belajar di Oxford.
“ ehh..adib aku tengok kau macam dah syok je, dekat si Zu tu..kau biar betul.”
“ Bedah tu. Gila apa!. Kau pun tahu kan, kenapa aku buat macam tu”
Senyuman makin mekar. Zubaidah.
Zubaidah tak mungkin tersenarai menjadi wanita idaman aku. Dah la gemuk, tak cun pulak tu. mana la aku nak berkenannya. Aduh..ni, kalau bawak Bedah tu balik rumah Mama mau Mama pengsan ni.
“ yang kau senyum ni kenapa?, kau betul –betul syok dekat dia ke?”
Soalan Sufian membangkitkan rasa geli di perutku.
“ kau gila..takkan la, aku syokkan dia. Ehh…pian, kau tahukan kenapa. Pertaruhan aku dengan Wafi itu je.takkan la aku syokkan dia. Mengarut.”
Pertaruhan. Ya, pertaruhan yang dibuat untuk mendapatkan Julia. Pertaruhan yang di buat dan Zubaidah menjadi wanita terpilih menjadi mangsanya. Nasib kaula Zubaidah.
“ tapi aku tengok, kau macam banyak berubah. Kau dah mula rajin datang kerja. Rajin. Kau macam 100 % bukan Adib yang aku kenal dulu. Kau betul- betul dah berubah.”
“ apa yang aku berubahnya. Aku still Adib yang kau kenal 8 tahun lepas”
“ betul Adib…”'
Belum sempat ayat yang diucapkan oleh Sufian habis, satu ketukan kedengaran.
Sufian dan Adib Ashraff saling berpandangan. Siapa?
“masuk”
Zubaidah meletakkan semangkuk epal dan segelas jus epal diatas meja. Kemudian dia cepat- cepat melangkah keluar. Malas dia mahu mendengar suara Adib. Muak.
“ thanks”
Aku mengangguk sahaja. malas mahu menoleh kebelakang. Aku tahu itu suara milik Adib Ashraff.
“ ehh Bedah. Kau sini kejap”
Lantas aku berpaling.kenapa pulak ni?
Langkah kaki Adib Ashraff makin mendekat. Aku hanya terpacak di pintu bilik Adib Ashraff.
“ lain kali kalau aku cakap thanks ke apa ke..silala kau tu, jawab ya..kan senang. Susah sangat ke”
Aku mengangguk.
“ tengok, aku baru cakap tak sampai seminit. Kau buat hal lagi. kau payah sangat nak faham ke?aku tak suka kau angguk kepala kau tu.”
Dah mula dah, angin satu badan dah mai dah.
Aku menunduk.
“ yang menunduk tu kenapa”
Lantas daguku di sentuh. Kemudian Adib Ashraff mendongakkan daguku. Aku mula menepis tangannya.
“ ishh..encik ni kenapa? Ehh.. suami saya sahaja boleh pegang saya. “
“ eleh, jual mahal sangatla.”
Malas aku nak melayan kerenah Adib Ashraff. Walaupun dia boss aku tapi dia tidak berhak memegang aku sesuka hati. Dia boss sahaja bukan suamiku!!!!!!!!!!..bentak Zubaidah dalam hati..
“ adib, adib..kau ni kenapa, pelik tahu tak. Aku tahu kau tu Casanova. Tapi ingat sikit. Aku tak rasa si Zubaidah tu macam perempuan- perempuan macam tu. dah la aku keluar dulu.”
Sebaik sahaja Sufian hilang di pandangan mata. Adib Ashraff mula tersenyum. Lantak kau la Bedah. Aku hanya jalankan tugas aku untuk buat kau jatuh cinta dengan aku sahaja. pertaruahan tu lagi penting. Maruah aku tu.. Air jus epal yang di buat oleh Zubaidah di hirupnya. Sedap.. adib Ashraff tersenyum sendirian. Gembira hatinya.
_____________________________________________________________________________
Peristiwa Adib Ashraff menyetuh daguku terimbau kembali. Entah kenapa kenangan itu yang sering bermain di mindaku sejak siang tadi. Kenapa, pelik jugak dengan diriku ini. Dalam banyak- banyak peristiwa , kenapa peristiwa itu yang aku ingat. Ishh..gila apa. Kalau la Encik Sufian yang buat macam tukan bagus. Aduh..Zubaidah hang berangan ke apa. Encik sufian tukan tunang orang. jangan nak mengatal pulak… Tulah Zu,kalau hang kenal Encik Sufiian tu dulukan bagus. Handsome, kaya, kacak bergaya. Aduh..full package la..
“ ehh… Zu. Kau kenapa ni, berangan?”Soal Aisyah teman serumahku.
“ tak ada apa- apalah. Ha, kau kenapa Ecah”
“ aku ingat nak ajak kau pergi rumah orang tua- tua hujung minggu ni. kau free tak?”
“ aku sentiasa free je”
Deringan telefon bimbitku bertali arus. Makin membingitkan telinga. Entah siapa yang menelefon aku pagi- pagi buta ni. aku nak mandi pun tak senang.
“ kenapa lambat sangat angkat phone?”
Entah suara siapa yang kedengaran entah. Tapi macam pernah dengar.
“siapa ni?”
“ dah cepat siap, aku tunggu kau dekat dalam kereta. Aku dekat depan rumah kau ni. cepat?”
Aku kenal sangat dengan arahan suara itu. menyampah cuti- cuti pun dengar lagi suaranya. Saat aku melangkah keluar rumah. Aku katakan kepada Encik Adib Ashraff aku mahu pergi kerumah orang tua- tua. Malah dia mahu mengikutnya sekali. Ahh.. sudah..
“ tak sangka ya, Bedah ni suka dengan orang tua. Nanti boleh la kita datang lagi”
Aku mengagguk. Entah sejak bila dia mula bermesra denganku. Tapi yang pasti sejak kami pergi kerumah orang tua-tua Adib Ashraff mula baik denganku. Bagusla demikian.
“ Adib, congratulation, I tak sangka you dapat buat budak gemuk tu falling in love dengan kau. Ha, sekarang aku surrender. Aku dah tak mahu berebut- rebut dengan kau. Aku kasi kau menang ye Adib . so, kau boleh ambik Julia tu. aku emit aku kalah..”
“ ehh, gemok kalau kau nak tahu kami ni, bet je nak mainkan perasaan kau. “
Aku butang pandang kearah Adib Ashraff. Sakitnya hati. Air mataku mengalir. Bodohnya aku. Bodoh betul.kenapa aku sayangkan dia.
“Zubaidah, dengar dulu explanation I”
Kakiku pantas meninggalkan semua ini. Sakit.hanya Tuhan yang tahu sakit hatiku ini.
Wafi tersenyum riang. Ambikla Si Julia tu. sekarang ni, dia tengah memboyot anak aku. So ambik je la..aku dah tak nak Julia tu. Dulu, Si Adib ni memang sayangkan Julia tu, sampai sanggup permainkan perasaan si gemok tu, Zubaidah. padan muka kau Adib. Tak lama lagi aku dapat rasa nasi minyak kau dengan Julia.
Adib menemani Mamanya pergi ke kedai emas. Kata mamanya mahu membeli cincin. Entah untuk apa langsung tak di tanyanya. Malasla. Bukan untuk aku merisik sesiapa pun.
“ ni, Adib berkenan tak? Cantik ni?”
“ cantik untuk mama” Adib menjawab basi- basi.
“ mestila cantik untuk menantu mama. Julia”
Julia. Mama dia tak sesuai menjadi menantu mama, dia tak layak. Zubaidah je layak. Entah sejak bila berputiknya cinta itu dia tidak pasti. Yang pasti dia sering merindui Zubaidah sejak Zubaidah meningglkan pejabatnya. Surat peletakkan jawatannya juga dihantar menggunakan email. Angau mencintai seseorang yang tiada. Angau menimpikan orang jauh. Zubaidah engkau sekarang dekat mana. Rindu tahu tak…Adib Ashraff bermonolog sendiri.
“ Adib nak ikut tak. Mama nak meminang anak dara orang ini.”
Sebentuk cincin di tangan mama masih erat di gengaman mama. Malas la..siapa nak jadi pak sanggup kepada Julia. Adib Ashraff mengatakan pada ibunya dia sanggup berkahwin dengan sesiapa sahaja, tapi bukan Julia.
“ betul, tak nak ikut. Tak nak kenal dengan bakal menantu mama. Bakal isteri kamu.?” Soal mama bertalu-talu. Malas.
___________________________________________________________________________
” hari ini hari bersejarah buat Sufian.sahabat baik Adib Ashraff.. majlis pernikahan antara Sufian dan Aisyah di sambut meriah. Siapa sangakan Tunang Aisyah yang selama ini di rahsiakan rupanya Encik Sufian. Hmm, kecilnya dunia..
Cincin di jari manis, Zubaidah di gengamnya. Entah siapa tunangnya. Urusan itu hanya Emak, abah sahaja yang uruskan. Aku hanya menadah jari manis ku pada beberapa bulan lepas. Yang Zubaidah tahu lelaki yang memingnya hanya bernama Ashraff.
Wajahnya juga aku tidak ketahui. Wajahnya juga langsung tidak pernah aku lihat. Walaupun ada sebuah envelope kuning diberikan oleh emak Ashraff. Namun, aku tetap dengan pendirianku. Tidak mahu melihatnya. Biarlah, ala orang zaman dulu pun buat begitu jugak kan. Bahagia sahaja.
“ Bedah” terus aku lari dari melihat wajah Encik Adib. Sungguh aku tidak mahu melihatnya. Kenapa mesti wajahnya wujud dihadapanku.
“ eh,Zu.meh sini” panggil mak cik Qistina. Emak saudara Aisyah.
“ kenapa mak cik.serius je muka tu” aku berkerut.
“ sini, meh makan sikit sirih ni. nak cepat jodoh kamu”
Aku gelak. Iyalah.. mak su Qistina sudah lama tinggal di luar negara , namun ciri- ciri ketimurannya masih menebal. Cincin di jarimanisku ku tekan. Gila apa. Lagi dua bulanla Zubaidah nak nikah. Kenapa perlu kalut sangat. Hmm, orang melayu penuh dengan adat. Penuh dengan kepercayaannya.
Kini hari bersejarahku bakal tiba pula. Entah siapa suamiku, entah bagaimana wajahnya. Sehingga baju nikahku yang berwarna putih susu ini di sarungkan di tubuhku. Aku tidak lagi membuka envelopenya. Envelope itu tersimpan kemas di lokar almari bajuku. Malas.dalam banyak- banyak hantaran perkahwinan ini. Aku melihat sebakul buah dengan hantaran epal merah. Kenapala ada hantaran epal merah.dicelah – celah hataran epal ada terselit nama Bedah dan Ashraff. Di celahan buah itu juga ada segelas air epal merah. Epal merah ini mengigatkan aku kepada Encik Adib Ashraff panggilan Bedah itu.jus epal merah. Sepotong epal. Aduh…
Saat aku terdengar suara – suara di luar bilikku. Sah, sah…
Dari celah- celah pintu aku melihat sesusuk tubuh persis Adib Ashraff. Issh..Zubaidah kau dah jadi isteri orang sudah. Jangan di kenang barang yang lepas. Zubaidah kau kena taat dengan suami engkau. Kau kena patuh. Kau kena jatuh cinta dengan suami engkau ni. suara itu kedengaran lagi.
Saat upacara membatalkan air sembahyang. Ashraff datang menghampiriku di bilik pengantin. Bilik yang di hias cantik. Bilik yang berwarna krim lembut.
Ya Allah, dada ini berombak kencang. Mengalahkan ombak dekat laut tu. aku masih menunduk. Malu. Tapi hatiku berombak mahu menatap wajah suaminya.
Saat kucupan lembut menjengah ke dahiku. Aku menganggkat muka.
Mata kami bertentangan. Lama.
Ya- Allah kenapa dia. Kenapa?
Ashraff menggangkat keningnya. Sesaat kemudian dia tersenyum.
“ kenapa tak percaya?”
“ encik buat apa dekat sini?”
“ ishh..buat apa encik lagi. abang la. A.b.a.n.g. faham.abang yang salam tangan tok kadi. Kita suami isteri”
“ saya tak faham kenapa?”
“Syyyhhh…lepas ni la cita sayang. Ramai orang ni. malula…”
Sungguh aku tidak percaya bahawa kami bernikah. Sudah menjadi satu. Majlis merisik aku dahulu dilakukan oleh Mama Adib Ashraff setelah Sufian menerangkan perkara sebenarnya kepada mama Adib. Lantas dipinangnya aku. Sungguh. Sufian telah menceritakan semuanya kepada Mama Adib. Aku tidak menyangka.
“ ini , sayang mengelamun apa. Ingatkan abang ye” Adib Ashraff mengusik
.
Suasana malam ini sungguh mendamaikan.tenang.
“ sayang, abang rindu jus buah epal sayang. Sayang jangan lupa ye.kupas buah epal sekali untuk abang.rindu dengan air jus buatan tangan sayang”
Lantas aku kedapur dan membuatnya. Aku tersenyum riang. Setelah selesai aku membawa dulang kecil dan duduk besebelahannya.
“ untuk abang..”
“ sayang..”
“ hmmm…” aku memandang kearahnya. senyuman di bibir makin mekar..
“ sayang…rasa cinta kita seperti manisnya epal merah…”
Aku memeluknya erat. Seerat- eratnya…Ya Tuhan, tolonglah lindungi cinta kami. Berkati cinta kami.Moga kami kekal dalam agamaMu. Moga hubungan kami semanis epal merah….
jalan crita best. cuma kene alert degn ejaan dan tanda baca :)
ReplyDeletekepada eimma, tq sbb sudi mbaca cerpen ini..InsyaAllah, saya cuba memperbaikinya di ms hdapan..
DeleteBest sgt
ReplyDeleteBest tapi banyakkan membaca untuk perbaiki penulisan dan ejaan. Apa2 pun memang best 😊
ReplyDeleteBest tapi banyakkan membaca untuk perbaiki penulisan dan ejaan. Apa2 pun memang best 😊
ReplyDelete