Bab 3
KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU
Beberapa jam lepas aku telah selamat menjadi isteri kepada lelaki yang aku kenali tidak sampai sebulan. Dengan dua kali lafaz aku telah selamat menjadi milik Zul hakimi. Inai di jariku aku tenung. Cincin berwarna silver menjadi tanda perkahwinan kami.
Sungguh aku tidak percaya, semalam aku bermimpin menjadi isteri kepada Zarul namun hari ini realitinya aku sah menjadi isteri kepada Zul Hakimi.
Aku pernah memasang angan untuk menjadi milik Zarul. Aku pernah memasang angan menjadi isteri yang taat buat Zarul.namun, kini angan- angan ku musnah..
Ishh..macam kena je la lagu pelamin anganku musnah tu dekat batang hidung aku..
Majlis pernikahan yang di lakukan dengan penuh sederhana. Itulah rancanganku. Rancangan ku untuk melakukan majlis sederhana namun penuh meriah. Rumah arwah nenekku bertambah menjadi meriah dengan kehadiran sanak saudara serta sahabat handal.
Meriah itulah yang mampu aku luahkan.
Walaupun meriah namun suara – suara sumbing tetap kedengaran. Kahwin dengan orang lain bertunang dengan orang lain la.. aku jahatlah sebab putuskan pertunangan, sanggup berkahwin dengan lelaki yang lebih mewah..hmm…kalau mereka mengetahuinya…kan bagussssssssss…..
“ terima kasih Zul, sebab sanggup menjadi suami saya. Sanggup menutup aib keluarga saya..”
Aku tersenyum kepadanya. Ya- aku belum cukup mengenalinya.. aku hanya tahu dia adalah anak yang telah kehilangan ahli keluarganya. Zul hakimi yang aku kenali adalah anak yatim piatu. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Di besarkan tanpa kasih sayang ibu dan bapa.
“ ishh.. dah jodoh…kejap ya.. saya nak ke keluar kejap, nak wat call kejap”
Kakinya terus melangkah keluar dari bilik.
“ assalamuaikum..mama..dah ma, Zul dah lakukan apa yang mama nak…esok Zul bawak mama jumpa dia ya..”
Zul Hakimi cuma mengangguk sahaja walaupun mama jauh di mata.
No comments:
Post a Comment