Sunday, February 19, 2012

novel (8) : Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 8)

Views
Bab 8


KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU



Bilik Zulaikha aku ketuk. sudah tiga kali salam di beri namun, tiada jawapan yang aku terima. Sudah lengguh  tanganku memegang dulang berisi makanan tersebut. Lantas aku memulas tombol pintu bilik Zulaikha.

Semenjak dua menjak ni, Zulaikha sudah mula pandai menguruskan diri. Tidak seperti kali pertama aku melihatnya, . saat, kali pertama aku melihat Zulaikha sedemikian, aku tahu dia sudah mula berubah. Mungkin dia sudah boleh menerima takdirnya.

Namun, hingga ke hari ini peristiwa yang meyebabkan dia jadi murung tidak di ceritakan.tidak langsung di singkap, tidak langsung di selak walau sedikit..argghh..buat apa aku nak fikirkan..lambat laun rahsia akan terbongkar jua…bukankan ada pepatah melayu menyatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua…

Aku melangkah masuk, serta tanganku meletakkan dulang ke atas meja kecil yang berada di sudut tepi katil. aku mencari Zulaikha di atas katil, namun tiada. Biasanya dia akan menggulung badannya dengan selimut yang atas di atas katilnya. Tiba- tiba dia keluar dari bilik air dengan mengenakan tuala sahaja.

“ ehh, cik Zulaikha mandi sendiri?” soalku saat mataku terpandang wajahnya.

Zulaikha hanya menganguk pada pertanyaan ku tadi.

“ yap,”

“ kenapa, tak percaya, ika boleh mandi sendiri?”

Aku tersenyum sendiri, semenjak dua – menjak ini. Cik Zulaikha sudah banyak berubah dari seorang yang penuh ketakutan kepada yang sebaliknya. Mungkin juga semangatnya sudah pulih.

“ meh sini, ija sikatkan rambut cik IKa, bagus juga la cik Ika macam ni, tak lama lagi Puan Sri suka la kan, semua orang suka kalau cik IKa berubah kan..”

Aku melihat Zulaikha sudah mula ceria ..tidak seperti sebelum – sebelum ini..untuk keluar rumah juga sudah boleh…alhamdulilah..semua mungkin sudah akan berakhir sekejap lagi..

“ ija..kenapa panggil saya cik..formal sangat la..” ceria nada suara milik Zulaikha..

Ishh..cik ika ni nak aku panggil dia apa…puan ke…belum kahwin lagi la dia ni…nak pulak ke aku panggil puan..bukan semua perempuan lebih menyukai bila memanggil cik ke..ishh..pelik- pelik…

“ ishhh… kak ija molog la tu..”

Aku tesegih sahaja…macam mana dia ni dapat tahu pulak..malu la pulakkan.
.
“ panggil je la saya Ika..kan lebih mesra..lagipun ika tahu…ija ni..kakak ipar ika..boleh tak kalau ika panggil kak ija…?”

Budak ni pun..biar betul..mahu di dengarnya dekat si mamat tu ngan mak dia..mati aku..

“ boleh..tapi..ika panggil nama tu bukan depan puan sri dengan Encik Zul ek..Ika pun tahukan macam mana diorang dengan akak..”

“ hmm…ika tahu…”

“ dah la..jom makan..akak dah masak kan tu ika dah..meh la turun?”

Aku sudah menoleh ke belakang. Ingin turun..

“ akak”

Ishhh..ika hang nak apa lagi…nie kalau mamat tu tau hang tak makan on time mati aku di kerjakan…

“ akak.. petang nie akan masakan ija kek boleh..teringin la kak..lama dah tak makan…kek yang pernah akak masakan hari tu”

Nak kek bagai..kenapa pulak..hari jadi dia ke…tak pulak aku pastinya …dulu dia nie Tanya sepuluh patah jawabnya setengah patah macam mana nak kenalnya

“ kek apa yang Ika nak..kalau ada bahannya akak masakkan la…”

“ alah..hari tu ika jual mahal sangat..tak nak makan kek pandan yang akak masak..nie teringin pulak..”

Kek pandan…ohh…kek tu..kek pandan pun ade cerita sedih di sebaliknya jugakk

Kek pandan yang aku pernah hidangkan dekat ika, dengan Zul Hakimi..sugguh ade ke dia tolaknya kek sebuku yang aku masak tu dalam tong sampah..penat kot aku buatnya…bukan jamah pun, bau je pun dah mengada- ngada…

Bau tak sedap la..makanan tah apa-apa la..ishh…banyak songeh betull…nie ija nie mula la nak membebel nie…hati ija dah mendesis dah,ishh!!

“ boleh..dah jom kita makan dulu..pas tu kita pergi beli barang- barangnya..boleh?”

" errr"

Walaupun hati bagaikan menolak namun suaraku langsung tidak terkeluar. tersekat di kerongkong.Arghhh!!!..

No comments:

Post a Comment

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.