Friday, February 17, 2012

novel : Kau jodoh aku, tapi aku cinta kau.( episod 1)

Views
Bab 1

KAU JODOH AKU, TAPI AKU CINTA KAU...



Deruman kenderaan masih bertali arus. Masih laju bergerak kesana- kemari. Sungguh menghilangkan nilai asthetika di bebola mataku. Sungguh itu bukanlah satu pemandangan yang aku gemar. Sungguh, jika bukan aku mencari makan di sini. Sungguh aku tidak mahu. tinggal disini sungguh aku tak mungkin berada di sini. Argghh.. wanita kampong sepertiku bukan gemar akan semua ni..

Jam tangan bermuka bulat di pergelangan tangaku di kerling. Sudah jam 5.45 petang. Ini bermakna aku sudah menunggu hampir 35 minit Zarul.

Zarul. Tunangku . Tunangku  yang aku sudah kenali hampir 6 tahun. Aku bercinta semenjak zaman persekolahan lagi. semenjak aku di tingkatan 5 lagi.

Sungguh tarikh perkahwinan kami juga sudah semakin hampir. Sudah hampir ke detiknya. Bak kata orang Countdown day is coming.

Tinggal l sebulan lagi. ishh tak sabar rasanya. Ishh.. macam gatal terlebih pulak aku ni kan..hehehe
“ kenapa abang lambat sangat sampai? Jam ke, ke banyak kerja dekat pejabat tu?” soalku pabila aku sudah berada di dalam perut kereta kelisa oren milik Zarul.

“ kau ni, tak payah banyak Tanya boleh tak..banyak songeh sangat kau ni..semenjak dua menjak nie aku tengok kau ni .makin curiga dengan aku. Kenapa?”

Nada suaranya tidak se mesra dahulu. Tidak ceria langsung.

Kenapa?

Belum pun aku sempat menjawab. Soalan lain pula di utarakan. Kenapa dengan Zarul hari ni? lain macam sahaja aku tengok..penat kerja kot…

“ Ija..aku ada perkara nak bincang dengan kau boleh?”

“ boleh la bang, nak bincang pasal apa?”

“ perkahwinan kita ”

Senyuman masih terukir di bibir nipisku. Sungguh aku teruja!

Meja  di restoran De Adila masih tidak ramai orang. mungkin hari sudah nak manghrib. Tidak ada la ramai orang datang berkunjung. Meja yang dipilih oleh abang Zarul pula di belakang daripada orang ramai yang menjadi pelanggan kedai De Adila ini.

Kedai ini adalah di antara kedai yang di gemari oleh kami. Entah la kenapa aku tidak mempunyai alasan kukuh..tapi yang pastinya Masakan nya  sedap,tambahan pula dekirasi warna kedainya yang berwarna hitam merah malahan ia dekorasi dengan penuh mempersona.

Setelah air serta makanan telah di hidangkan ke atas meja beralaskan kain berwarna merah itu.
Aku mula menyatakan soalan kepada Abang Zarul.

 Entah mengapa hatiku mula berdebar – debar menantikan patah perkataan yang akan di utarkan oleh Zarul.

Sunyi seketika.

Namun beberapa minit kemudian datang Sara dengan senyuman semakin melebar.

Entah mengapa Sara ada di sini dengan . siapa yang memberitahu bahawa kami ada di sini.hatiku menjadi hairan. Ishh..tak baik buruk sangka pada orang.

“ ehh sara. Wat apa dekat sini ? Sorang je mana Syahran?”

Lantas aku menolak sedikit kerusi yang berada di sebelah ku. Memberi isyarat untuk Sara duduk.
Namun Sara tidak duduk di sebelahku. Malahan duduk si belah abang Zarul pula..

“ Ija,aku nak putuskan pertunangan kita. Aku sedar kau bukan pilihan tepat aku. Aku…aku,..mula cintakan Sara ..aku betul – betul cintakan dia.”

Air mataku bukan lagi hanya seperti sungai malah lebih dahsyat dari air terjun gayanya.

“ abang bergurau dengan Ija ya?”

“ tak ..aku tak bergurau dengan perkara macam ni”tegas nada suara Zarul

“ kenapa.kenapa abang berubah rasa. Kenapa abang buat macam ni ..perkahwinan kita tinggal tak berapa lama lagi.kenapa nak buat macam tu. kenapa nak malukan keluarga Ija. Kenapa bang?”

gengaman tangan Sara sudah erat di pagut oleh Zarul. Sungguh aksi tersebut menjijikkan aku. Meremang bula roma aku. Sungguh pun. Kenapa aku di permainkan.

“ sebab aku dah tak cintakan kau. Cuba cermin diri sikit la Ija. kau Bukan  cantik pun..cantik pun tak..kaya pun tak. Cuba tengok Sara nie, cantik, bergaya, kaya pulak tu, pandai dari semua segi.. segala – galanya lah..pandai masak, pandai dalam pendidikan. pendek kata dia lengkaplah jadi penyeri hidup aku. Bukan macam kau”

Air fresh orange di atas meja. Di teguk. Pahit. Tidak ada manisnya sekrang ni…

Lelaki yang berada di hadapanku makin menyakitkan aku. Sungguh. Kalau di beri mata pisau mahu aku toreh – toreh wajahnya. Mahu aku toreh hidung mancungnya.
Menyesal aku mengenalinya. Menyesal!!!!!!!!!

Terus aku melangkah pergi ke tanpa menoleh lagi. sungguh aku doakan tidak akan lagi jumpanya. Tidak akan lagi.Air mata mencurah laju. Selaju kereta di hadapanku ini. Walaupun pandangan mata ini semakin deras serta kabur.

Makin kabur dan aku tidak langsung memikirkan sesiapa diriku lagi kini.

Ya- Allah apa ujian yang kau berikan ini. Ya –ALLAH aku mohon kau kuatkan hatiku ini. Kuatkan hatiku daripada menjadi rapuh. Kautkan diri menghadapi ujianmu.

Kakiku masih berlari laju. Sehingga aku berhenti betul – betul di hadapan kereta berwarna hitam.
Zarul mengejarku dari belakang.

Namun kakiku sudah tidak kuat berlari. Penat.

Aku terus sahaja melangkah masuk ke dalam kereta hitam yang tidak berkunci itu. Lantas ku kuncinya dari dalam. Zarul mengetuk – ngetuk tingkap tinted bertalu- talu.
Aku meminta lelaki di sebelahku menurunkannya tingkap keretanya.

“ aku pulangkan cincin pertunangan kita. Aku putuskan. Nanti aku bagitau mak bapak kau tentang perkara ni”

Aku menenung tajam wajahnya.

“ tak payah. Aku boleh cakap sendiri. Cincin ni pun kau boleh simpan. Tak perlulah la aku nak simpan nya”

Aku campakkan cincin itu ke muka Zarul. Lantas Tingkap di tutup kemas.

“ jom jalan”


“ terima kasih hantar saya . sebenarnya saya tak kenal pun encik ni siapa. Tapi saya dah menyusahkan encik. Terima kasih banyak- banyak sebab tolong saya.”

Senyuman Zul Hakimi masih melebar.

“ perkara kecik je tu. saya tolong awak pun kebetulan je kan. Lagipun awak masuk kereta saya, takkan saya nak suruh awak keluar pulak.”

“ ohh..lupa saya perkenalkan diri saya. Saya  Zul. Zul Hakimi. Awak?”

Senyuman aku lemparkan. Entah antara manis atau pahit senyumanku ni. aku tidak pasti. Mungkin sepahit hatiku kini.

“ saya. Heliza. Panggil saya Ija”

“ saya tahu”

“ ha, apa dia. Encik tahu nama saya?”

Zul Hakimi mula cuak. Ishh..takkan la tembelangnya akan pecah secepatnya. Ishh.. rosakla rancangannya mahu menghancurkan hidup Ija ni.

“  tak adalah ..la, mana la, saya kenal awak ni. awak ni pun kebetulan naik kereta saya kan. Mana la kenal pulak” air wajah Zul Hakimi mula berubah..

Di dalam hatinya berdoa. Janganla terkantoi pulak rancangannnya dengan Mama mahu menghancurkan hidup Ija ni. rancangan yang sudah di rancang hampir sebulan ini. Tak mungkin Zul Hakimi menghancurkannya hanya dengan satu detik.

Tiba- tiba kenangan di fountain di hadapan rumah terimbas kembali.

 “ Zul, kena ingat kita bersusah payah merancangnya. Ingat tu Zul, adik kamu merana kerana abang dia. Anak mama jadi tak  betul kerana abang dia. Sekarang ni, abang dia entah kemana. hanya ada dia sahaja. mama nak kau malukan keluarga dia. Malukan adik dia, malukan family dia. “

“ malukan semuanya”

Itulah ayat yang teringiang- ngiang di telinganya semenjak dua menjak ini.rungsing di buatnya..serabut  otak sahaja.

Ija melambai- lambai tangannya ke muka Zul Hakimi.

“ malukan semuanya”

““ malukan semuanya. kenapa encik ni?. ada masalah ?” berkerut dahi Ija memandang wajah Zul Hakimi.

“ ishh ..tak ada apa- apalah. Mana ada masalah..jom saya hantar awak balik rumah.dah lewat dah ni. tak elok la kan kalau saya bawak anak dara orang malam-malam macam ni. nanti saya yang kena pulak. tak pasal- pasal pulak.”

p/s: episod 1

No comments:

Post a Comment

Semua entry disini adalah hak milik nanyadila kecuali yang dinyatakan bukan hasil daripada pembebel blog ini.